Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

02 May 2013

Umar & Dania

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sabtu 27 april lepas Jusiza ada buat sikit kenduri tahnik untuk anak sulung dia yang baru je lahir 15 April lepas. memang plan asal nak melawat jue dengan anak dia sabtu tue. alang-alang dah ada orang ajak kenduri memang jom jela dengan suami. yela kenduri kawen diorang ritu kami berdua memasing tak sempat nak menghadirkan diri, Amir Junior's dah keluar nie ape la salahnya uncle dengan auntie pi melawat, tak jauh pun kat sungai petani tue je :D nape tak panggil Jue Junior's? sebab Umar nie banyak iku abi dia. confirm Jue nak jerit2 tue hahahaha :p

sebelum sampai rumah Jue, singgah Amanjaya dulu. cari souvenier untuk Umar Faiq dengan Dania. Dania tue anak kawan suami yang jugak baru sebulan lahir. decide sabtu lepas hari melawat baby baru. ;) Umar dan Dania berkongsi hadiah yang sama. auntie dengan uncle nie malas dah nak pilih-pilih. hihihi. harap souvenier yang kami bagi tue muat la dedua baby tue pakai.

amanjaya buat sales tuk barang baby ritu. jenuh pujuk suami nak beli baju baby sepasang je. tapi tak dapat. huuuu nak nanges dah tapi sebab kat public kena cancel la. kang buat malu je. huuu. sabar ye baby nanti baby dah 6 bulan setengah mesti abi bagi beli. 


selamat lahir ke dunia, Muhammad Umar Faiq. semoga menjadi anak soleh yang berjihad di jalan Allah dan menjadi penyejuk hati abi dan ummi awak. semoga terus membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik. amin. tatau nak bahasakan diri sendiri ape. Ummira ke achik kira ye? hihihihi :p

masa sampai dengan suami kat rumah Jue sempat la jumpa dengan Kak Shida, Aimaa dan Finaz. tak rancang pun. kebetulan sampai masa yang sama dan boleh makan sesama. dah lama KBU tak gather2 kan huuu. 

masa pegang Umar nie baby kat dalam pun tak boleh duduk diam. sibok la dia tendang-tendang ummi, bila dah rasa tak mampu nak tahan sakit kena tendang kena la letak Umar kat tilam dia balik. adoiiii anak kesayangan ummi nie jeles ke?

balik je dari rumah Jue, suami call kawan dia. elok la diorang ada kat rumah. dan masa kitorang sampai tue sekali dengan kawan kepada kawan suami yang jugak nak datang melawat baby baru lahir sebulan tue. elok kan, takde susah tuan rumah nak jamu makan tetamu. sekali harung je senang hihihi.



selamat lahir ke dunia, Dania. semoga menjadi anak solehah yang berjihad di jalan Allah dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayah awak. semoga terus membesar dengan sihat, cerdas dan cerdik. amin. tak ingat dania ape. ade lagi nama selepas dania tue tapi lupa dah. waktu tolong pegang Dania nie. baby kat dalam tak pulak sibuk menendang. tapi Dania pulak yang tak mau duduk dengan saya, nak tido agaknya budak tue bila tepuk-tepuk baru senyap.

23 February 2012

Afiq Danial

Assalamualaikum semua


semalam mama call konon nk 3g kan aku dgn baby kecik atas nie, 
"enpon ya yg nie mana ada 3g mama" T_T

setelah merengek kt mama suh sent gambar Afiq yang bukak mata
tadaaaaaa kat atas tue..
"sabo ye Afiq petang nie achik balik nk gomol2 Afiq" weeeeeeee :D


30 November 2011

lepaskan kerinduan

Assalamualaikum semua

*******
kira :: mama, makcik ada kt rumah tak? ya rindu zaim la.. tgk nie rndu smpi buat gmbr die jadi wallpaper..

mama :: mama call dah, makcik ada kt rumah. jom la klu nak pergi..

siap-siap terus ke rumah makcik dgn mama..

siap sedia nak menggomol zaim!!!

tersandar kegirangan lepas kene gomol,, hihihi :p

kira :: mama tengok nie die buat perangai (zaim tundukkan badan and muka die x bagi kira gomol dah)
mama + makcik :: hahahahaha, tue la sape suruh kamu kire nak cium die jer..


walau dulu pernah terpalit satu titik hitam,
lupakanlah kesakitan dan kesedihan itu,
kerna memaafkan dan menerima kemaafan itu adalah
satu kegembiraan dan keindahan yang tak terluah dek kata-kata.
itulah nikmat Yang Maha Kuasa



 

19 September 2011

Kenapa awak menangis?


Alhamdulilah dapat jugak keluar dari sini… wahhhh ramai nya yang sambut kedatangan saya, terima kasih semua tapi kenapa saya tengok macam ramai jugak yang sedih nie?

Awan, kenapa awak menangis? eh siapa nie? Yang tue kenal la, yang nie tak kenal pun..

Kita nak kemana nie? Eh eh kenapa tinggalkan saya kat sini? Kenapa nie? Ibu…
ibu nak pegi mane tue? Saya sejuk, ibu…..

Ibu tolong la, ade semut nak gigit saya nie..
saya takut, tolong la saya ibu..

Kenapa ibu tak nak berpaling pada saya? Apa salah saya? Saya mintak maaf dah susahkan ibu selama saya dalam kandungan ibu, saya janji saya akan jadi anak yang baik, tapi tolong jangan tinggalkan saya kt sini… ibu…..

………………………………………………………………………………………………………

-seorang bayi lelaki telah dijumpai disebalik timbunan sampah,dan telah disahkan meninggal dunia akibat kesejukan dan gigitan serangga yang berkeliaran-

………………………………………………………………………………………………………
Assalamualaikum semua


Satu kesalahan dah dilakukan, jangan lakukan kesalahan yang kedua.. bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka.. tak ada perasaan ke bila tinggalkan baby macam tue jer? Menatang pown tau sayangkan anak, dah tue orang yang buang baby tue nak kategorikan ape pulak?

** Sangat sedih bila tengok pembuangan bayi…semoga kita semua terhindar dari buat benda-benda macam tue. Amin…

Peringatan untuk kira sendiri dan semua

:: sekian ::

16 September 2011

Bersama Si Dia

Assalamualaikum semua...

hari yang membahagiakan,,,
kenapa?
kerana bersama sidia....
siapa sidia?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

tadaaaaaaaaaaa
Nur Damea Medeena

permata hari yang baru..
baru lepas melawat Mea and Kak Yati(osmate) tadi...

Achik sayang mea,, semoga mea menjadi hamba yang patuh pada Yang Maha Esa dan penyejuk mata dan hati buat semua yang menyayangi.. amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...