Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Fisioterapi Thumb Trigger Finger. Show all posts
Showing posts with label Fisioterapi Thumb Trigger Finger. Show all posts

09 May 2016

Discharge Fisioterapi | Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dah lama rasa tak cerita pasal anakanda yang seorang itu. bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dia. hujung tahun lepas Fateh Uwais kami disahkan dengan ujian Thumb Trigger Finger. ada banyak cerita dia dalam ni. macam mana akhirnya kami berjaya dengan izin Allah luruskan balik ibu jari dia pun ada saya kongsi kan dalam ni. untuk pengalaman kami sendiri dan untuk rujukan kami sendiri jugak nanti nya. 

sebelum boleh discaj dengan Klinik Fisio kena discaj dengan klinik pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah dulu. Alhamdulilah 3 Feb 2016 dokte pakar tulang sendiri yang discaj kan Fateh Uwais. tak perlu buat rujukan dengan diorang lagi memandangkan ibu jari Fateh Uwais dah sembuh sepenuhnya. cuma kena tunggu apa pulak kata dokte Fisioterapi dia. kalau Dokte Fisio 'lepas' boleh la discaj. 




14 March last Fateh Uwais appoitment dengan unit Fisioterapi HSB. dokte buat jugak la segala aktiviti fisioterapi tu. tengok jari dia pun dah boleh bengkok lurus bengkok lurus. akhiranya dah boleh dicaj dengan unit Fisioterapi jugakkkkk. alhamdulilah syukur sangat. tak payah ulang alik hospital tetiap bulan tetiap minggu dah. Uwais pun dah naik kenal dokte dengan nurse dekat unit tu. staff sana pun dah boleh cam dia. budak ramah tamah tu biasa la. huhuhu

cumanya malam lepas balik dari hosp jadi balik jari dia!!! duk menangis kata jari adik sakit jari adik sakit. tengok ibu jari bengkok keras balik. errrrrrr apakah??????? cuma sapu minyak TYT je. nak sentuh beria-ria tak di baginya. ada la jugak dokte pesan sebelum balik tu. kalau jadi lagi. kena pergi klinik tulang cepat-cepat. supaya dapat diagnosis cepat. errrrkkkkkkk erkkkkk

esok bangun pagi alhamdulilah tak sakit dah jari katanya. minggu depan nya jadi lagi. ayooooo ape ni ape ni. bila ummi buat keras main-main ibu jari dia. jadi ok balik. oohhhhh baru la dapat tau. urat ibu jari dia macam terpeleot sikit. errr tak reti nak terang. jadi macam kadang tengah2 kita solat urat kaki rasa berselirat. kena main-main kan tulang tu baruuuuuuu ok. baru tak sakit. haaa jadi macam tu lah. 

apa pun alhamdulilah dokte sahkan Uwais dah bebas Thumb Trigger Finger. syukurrrrrrr sangat. terima kasih pada semua yang pernah mendoakan Fateh Uwais kami. terima kasih pada yang mengambil berat dan terima kasih Doktor dan Staff unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah khasnya. budi baik anda hanya Allah je yang mampu balas :)

31 January 2016

Discharge Dari Klinik Ortopedik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Alhamdulilah baru je lepas appoitment dengan pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Dr. Haryati, 27 Januari 2016. last appoitment dulu 21 Oktober 2015. masa tu dokte Yati kata mulakan dengan fisio dulu. fisio dekat 3 bulan jugak la. bulan pertama dan kedua seminggu sekali, bulan ketiga dua minggu sekali dan sekarang tiga minggu sekali sesi fisio dengan dokte fisioterapi dekat HSB jugak. ohh ye sesape yang blur tu. boleh rujuk entry ni, berkenaan kisah anakanda Fateh Uwais yang diuji dengan Thumb Trigger Finger.

berdebar sebenarnya nak jumpa Pakar Tulang ni balik. sebab kata dokte Hanif dulu, dokte fisioterapi Uwais. kena tunggu apa kata dokte Yati lepas tengok perkembangan jari Fateh Uwais baru diorang boleh buat keputusan yang lain pulak untuk kes Fateh Uwais kami. samada terus dengan fisio lagi atau operate atau boleh discaj. 

Alhamdulilah sekarang jari Fateh Uwais dah ok. dah lembut normal macam kanak-kanak lain, dah boleh gerak2. boleh genggam. boleh buat 'best' alhamdulilah alhamdulilah. syukurrrrrr sangat. kalau sebelum ni jari dia bengkok dan tulang seakan LOCK tak boleh lurus2. cumanya aktiviti dia tak terganggu tapi akan ada side effect masa depan dia kalau kami tak bawak dia buat fisioterapi atau tak cari alternatif nak sembuhkan dia. 

D for Discharge. alhamdulilah yeayyyyyy ;)

dan tadi dokte kata dekat Fateh Uwais. "awak dah ok ni, dah sihat. awak tak payah datang lagi lah. saya discharge awak hari ni" alhamdulilah legaaaa hati ummi abi. senyum sampai ke hati kami ni dengar dokte kata macam tu. cuma kena tanya dan tunggu dokte fisio pulak bila nak discaj putera hati kesayangan kami tu dari unit fisioterapi.



selain aktiviti Fisioterapi yang dokte buat dekat hospital. dekat rumah pun kami kena rajin jugak. tak boleh nak harap masa yang dua jam dekat hosp dengan dokte tu je. kena rajin cari alternatif sendiri. urut jari dia dengan minyak TYT. yang tu abi je boleh buat. tapi kadang dia sendiri urut jari dia. "adik urut jari ni ummi" hihihi good boy ;) ada jugak sesekali ummi bagi dia main sepit baju tu haaa. guna jari yang sakit pesan kat dia. dia pun guna lah sambil sepit2 kotak tu haaaa. jadi la janji ada latihan dekat jari yang tak sihat tu dan sel otak kecik dia pun boleh menggembang sekali hihihi.

paling ekstrem aritu kami letak batang kayu aiskrim dekat jari dia. bagi lurus. ikat dengan gam medic tu. menangis2 budak tu hari tu. tapi sebab dokte fisio izinkan dan dokte kata kena 'forced' jari dia. tu yang ummi abi dengan tanpa rasa bersalah terus buat. sebelum tu buat sekejap2 ada sikit je perubahan. satu malam tu kami buat dari sebelum tido sampai pagi esoknya jari dia keras macam tu. alhamdulilah lepas pada tu baru jari Fateh Uwais ok. boleh lurus, mula lembut, boleh bengkok2. cumanya sayu la jugak dengar dia dok berzikir sakit-sakit tiga hari lepas kejadian tu huuuu. tapi dengan cara tu je yang kami nampak paling berkesan. Alhamdulilah dengan izin Allah semua tu. 

dan sekarang Alhamdulilah jari Uwais beransur pulih dan normal sediakala. Alhamdulilah syukur dengan izin Allah :)))))  

01 December 2015

Aktiviti Fisioterapi Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

setiap minggu tatau sampai ke bila memang kami akan ke Hospital Sultanah Bahiyah sana nunnnn. dah sebulan. dan akan bersambung huhuhu. selalunya setiap minggu abi yang memang bawak dia. tapi minggu lepas ummi ganti shift abi hihihihi. abi ada kerja, maka marilah kita berdua beranak ke hospital bersama-sama. boleh tangkap gambar kihkihkih :p



selalunya lepas dokte check jari dia, akan terus ke mesin urut jari dia tu. ummi tak la tangkap gambarnya. segan dengan dokte hewhewhew. lepas dah 20-30 minit urut-urut jari pakai mesin. kena 'simpan' tangan dalam towel panas ni. lama sikit mula bosan budak kecik tu. sebab kena duduk diam2 tak boleh gerak ke mana


lepas tu kena cubit2 plasticine ni haaaa. ummi ajak dia buat doh roti canai. tapi Fateh Uwais suruh ummi buat kura-kura. ummi tak layan, rupanya abi kata kalau abi yang bawak, abi buat plasticine tu bentuk ikan dan suruh anak cucuk2 perut ikan. exercise yang sama cuma method berlainan. ohhhhh mana la ummi nak tauuuuuuu. patut la mulut dia sibuk nak ikan la kura-kura la mana la kita nak tau. maafkan ummi sebab kurang kreatif sobssss

lepas main plasticine kena picit2 bola yang lembut tu haaaa. dia takmau nguuuuu. dokte tukar bagi patung kecik yang bila picit perut bunyi crittt critttt tu haaaa. kejap boleh la. dah umur dia bukan nak main benda bunyi2 gitu lagi cepat lah dia bosan. adoiiiii. ummi kena tukar ayat "uwais!!! picit perut bebear. bebear sakit perot tak boleh berak tu, picit perut katak keluarkan lalat yang dia dah makan, picit perut rimau tadi dia makan kangroo, picit perut rabbit keluarkan carrot dia makan tadi" riuh pulak mulut ummi dekat situ hukhukhuk. pun bila lama dia bosan.

habis sesi picit perut dokte panggil nak tengok balik jari dan kami boleh balik tunggu pulak next appoitment. fuhhhhhh lega. tapi yang pelik awat bila dengan ummi fisio jadi dua jam!!! dengan abi sejam je. grrrrrrrrrr


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...