Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tempat Makan Menarik Di Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Tempat Makan Menarik Di Terengganu. Show all posts

12 April 2016

Sotong & Udang Celup Tepung : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rugi besar la kalau ke Terengganu tapi tak makan celup tepung dorang ekekekeke. yang ini area Pantai Rhu Sepuluh. jalan nak ke Kuala Terengganu. jalan tepi pantai. memang banyakkkkkk kedai celup tepung ni tepi-tepi jalan tu haaa. tinggal pilih je mana yang berkenan. macam udang ni secucuk RM10 ada lebih kurang 11 ekor tak silap udangnya. ranguppppp sedappppp. yang ni memang betoi udang celup tepung. bukan tepung celup udang. (tepung je banyak). masa nak beli udang ni sejuk dah sebab terhidang dekat situ. tapi diorang goreng sekejap panaskan balik. memang mabeles lah. sedap sangat.


Kedai yang ktorang pilih. tepi jalan dan belah kanan kedai tu ada taman permainan tempat orang bersantai santai. cumanya kedai makan celup tepung ni dorang tak sedia nasi sekali. ada celup2 tepung tu je. mungkin sebab nanti kalau ada nasi fully tank sangat dah tak larat nak habiskan udang ikan sotong tu kannnn. kedai dia memang ramai orang. hari first sampai ingat nak singgah tapi somi terlajak jalan terus tak jadi. on the way balik dok sebut-sebut dia pun drive slow-slow tak nak terlajak lagi. kalau tidak nanges la mak buyung hahahahaha.


yang Sotong celup tepung. sotong ikut size. yang saya ambik ni RM5 je seko. beli seko je sebab nak makan pun dua mulut je. Uwais bukan suka makan sotong. kunyah-kunyah tapi tak telan. sotong kat situ harga bermula dari RM5. maksudnya yang RM5 tu tak besar sangat lah. tapi pada kami besar la jugak dah kalau kenyang makan sotong dengan udang tu je sepanjang jalan nak ke Kelantan sana. Sotong pun sedappp rangup. tak liat. cicah pulak dengan sos diorang uihhh meleleh ailio teringat mihmihmih. ikan tak beli pulak aritu. ummi uwais is tak berapa suka sangat ikan :D beli bungkus je makan dalam kereta. anak bujang tu dah letih. dia bantai tido sampai la jumpa hotel dekat Kelantan.

03 April 2016

Roti Paung : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


adoi adoi busy bebeno minggu lepas. tak sempat nak menyambung cuti2 mesia kami 3 + 1 beranak. hewhehwew. On the way ke Kemaman, rumah sepupu suami. balik dari makan kenduri. Nampak kedai tepi jalan ada yang jual Roti Paung. terus teringat rasa macam Blogger Eima ada buat entry pasal Roti Paung ni. kalau tak silap lah. laju-laju ajak suami singgah. karang kalau dah keluar dari kuala Terengganu takut tak jumpa dah roti paung nya. ye memang betoi. lepas pada tu takde dah kami jumpa kedai roti paung ni haaaa.


Roti macam roti kita biasa jugak. ala kan sekarang dekat fb orang dok buat tutorial roti gebu homemade tu. sama jugak dengan yang ini. tapi roti ni lembuttttttttttttt sangat. kecik-kecik comel je. ada 4 perisa. Pandan, Kelapa, Kacang Merah dengan Mentega. boleh jugak beli yang campur 4 perisa.

kami beli campur. beli seloyang. seloyang baru RM3 okkk. rugi rasa tak beli dua tiga Loyang aritu. Loyang kecik je. dalam 5" je gamaknya kalau tak silap. tapi kira ok la. setiap perasa dapat 4 bijik roti kecik tu. kenyang la jugak makannya. tapi serius tetap menyesal beli seloyang je aritu sobsssss. sampai sekarang still terasa kelembutan rotinya. lembut sebab tak masuk angin. dorang simpan dalam kotak polisteren tu sebelum jual dekat pelanggan. rasanya kalau dapat yang panas-panas tu lagiiii sedap. korang kalau ke kuala Terengganu dan terserempak dengan kedai jual roti paung sila berhenti dan beli ok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...