Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Virgin Coconut Oil. Show all posts
Showing posts with label Virgin Coconut Oil. Show all posts

09 January 2017

Mudah Bersalin Dengan VCO | Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Maaf set Nona Roguy pulak yang over shadow hewhewhew. dari masa mengandungkan Fateh Uwais dulu dah kenal dengan VCO ni haaa. tapinya masa tu dah hujung hujung dan tak sempat nak membeli pun. jadi bila mengandungkan Furqan Uqbah terus lah hati ini tergedik gedik nak cuba VCO. orang kata VCO ni membantu melancarkan proses bersalin nanti. 

ada jugak yang kata elok untuk orang hb rendah macam saya dan jugak elok untuk baby. kulit dorang bersih dan rambut lebat katanyaaa. semua tu baca dalam google je :p mengadungkan Furqan Uqbah dah 7 bulan lebih baru sempat nak mencari VCO dan kebaikannya. awal awal tu busy ape ke benda nya ntah pun tatau phewwwww

VCO ni pun ada macam macam brand. yang saya makan ni brand Catalyst beli dekat kedai jual jamu area Alor Setar ni jugak. tak berapa ingat berapa puluh sebotol. tapi tak silap nya RM47 sebotol. kalau online ada yang lagi murah tapi bila campur dengan postage jadi mahal lagi dari yang jumpa dekat kedai sini. jadinya marilah menjadi pembeli yang bijak. berbelanja dengan bijak :p

pengalaman saya sepanjang dengan VCO ni. proses meneran tu memang mudah. sepuluh minit je teran dah keluar baby Furqan Uqbah. faham betul betul. proses meneran ye. bukan proses bukaan jalan serviks. Proses bukaan jalan serviks saya lambat. jalan serviks saya bukak penuh dalam masa 19 jam. mungkin dah memang takdir saya dua orang anak dua dua jalan bukak serviks tu lambat. takpe la saya redha :) tapi nak teran anak kedua dalam 10 minit. berbeza masa lahirkan Fateh Uwais dulu proses teran baby tu dalam 3 jam lebih. 

keluar je baby staff nurse tanya "awak ada makan minyak kelapa dara ke?" mungkin dorang tengok baby kulit putih bersih dan mungkin licin kot masa baby keluar. entah la lupa pulak nak tanya staff nurse aritu awat dia tanya lagu tu hewhewhew. tapi alhamdulilah memang kulit baby bersih.tapi tang kulit bersih tu saya keliru jugak. sebab masa Fateh Uwais dulu pun kulit putih bersih jugak tapi tak makan VCO. herm herm

rambut lebat? anak kami ikut rambut ummi nya. jadi rambut tak lebat mana hahahahaha. cumanya rambut baby Furqan Uqbah nampak la banyak sikit dari rambut Fateh Uwais. Fateh Uwais dulu lagi lambattttttt tumbuh rambut. sampai orang duk perli perli lah rambut dia tu pffftttttt. jadi berbaloi ke tidak makan VCO masa mengandung. bagi saya berbaloi la jugak sebab boleh nampak keberkesanannya tu. kalau nak amalkan VCO. sila amalkan dari baby 7 bulan dalam perut. makan sehari sebijik pun ok. tapi biasa lah lain orang mungkin lain effect nya. bergantung pada individu jugak :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...