Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 December 2013

Ummi Yang Bersalah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kemain ceria lagi Fateh Uwais ummi nie pagi nie, Alhamdulilah. kalau semalam balik dari kerja dia langsung tak nak berenggang dengan saya. saya macam terhidu ada benda yang dia tak puas hati, sebab tue dua hari nie dia buat perangai.

rasanya pasal dah dua hari Fateh Uwais nie TERPAKSA minum susu formula kat rumah pengasuh. yang boleh pengasuh dia bagi jugak sebab si bam-bam nie dah menangis tak menyempat2 nak susu. susu saya pam tue pulak belum cair lagi. jadi terpaksa la bagi susu formula. saya memang ada spare kan susu formula kat rumah pengasuh dia, sebab faham sangat peel anak sendiri. saya tau tak sepatutnya bagi susu formula tapi bila time dia nak susu tak menyempat memang boleh terlucut kain dibuatnya. saya tak nak jadi susahkan pengasuh dia walaupun kita bayar tetiap bulan. nanti tak nak pulak orang tue mengasuh. lagi susah. 

Fateh Uwais nie pulak jenis yang tak suka susu formula, bila terpaksa minum jugak tue yang dia buat perangai. konon tanda protes sebab dah tinggalkan dia lepas tue bagi pulak susu formula. hurmm anak anak, panjang sangat akalnya. 

bab susu satu hal, lagi satu bab nya bila saya masukkan dia dalam buai dan pasang motor letrik tue, lagi satu benda yang dia tak suka bila saya pasang motor letrik tue sebelum dia betul-betul lena. dia nak saya sendiri yang enjut buai tue baru dia nak tido. sebab semalam saya pasang je benda tue terus dia mengamuk tak nak masuk buai dah. masuk je buai dia tengok motor kat atas tue terus menjerit nanges2. aduhaiiiiiii. ummi tau ummi dah buat salah ;(


agaknya semalam tue dia protes pasal dua benda tue la. mungkin katanya dah la tinggalkan dia, bagi pulak susu formula suruh pulak main sorang-sorang dalam buai terus tak nak jauh dari ummi. jauh sikit je dia menjerit nangis. tido pun dlm peluk ummi, nipple ummi pun dah rasa nipis je bila dia langsung tak nak lepas. sakit pinggang pagi nie usah cakap la. huuu padan muka ummi buat lagi salah. maafkan ummi yayang.

saya nak ucapkan tahniah dan berbangga dengan diri sendiri sebab bukan senang nak uruskan anak kecik sorang diri. lantak la orang nak senyum sinis pun pedulik ape. sebab yang tak laluinya tak kan tau macam mana besarnya pengorbanan yang dilakukan dan sabar yang dibentang demi seorang bernama anak. sampai tak mandi la ummi semalam, solat pun letak anak atas sejadah. haaaa ambik awak ummi. penangan sorang anak panjang akal si Fateh Uwais tue. 

04 December 2013

Ummi Sebak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebak sangat nak hantar Fateh Uwais pagi tadi. sampai rasa nak ambik cuti la arini, nak duduk melayan anak. huuu. semalam balik je dari rumah pengasuh dia mengamuk. ingatkan nak tido, masuk buai dia ngamuk. bagi susu dia main-main, letak atas katil terus menjerit nangis. bila pegang baru diam. alahai anak ummi. ummi tau tue bahasa dia nak bagitau yang dia rindu ummi, tak puas main memanja dengan ummi hari sebelumnya tue. ummi layankan aje la walaupun badan letih baru balik kerja. bila tengok anak tersenyum manis tue hilang semua penat kerja.

malam semalam memang mood dia tak berapa nak elok, nak merap je. syukurlah ada housemate sorang tue nak tolong jaga time saya makan dan solat. sebab dia suka tengok tivi dan rumah sewa takde tivi. Kak Yati bagi dia tengok barney kat tab, sekejap je lepas tue dia sambung ngamuk balik. bagi tengok tivi bisu (almari gambar kartun tom & jerry) baru diam, siap jerit-jerit lagi dengan tivi bisu dia tue. sabo aje la budak sorang tue. 


disebabkan duduk rumah sewa, abi dia beli sesiap buai letrik. senang saya nak mandi, makan, solat atau buat pape, dengan harapan tak nak menyusahkan kawan-kawan rumah nak tolong jaga dia. pasang je buai letrik bila dia dah tido dan saya boleh curik-curik buat kerja lain. awalnya dulu saya takde niat pun nak beli buai letrik sebab takut dia biasa berhenjut, nanti susah pulak nak ke klinik atau mana-mananya. tapi takde pilihan lain bila saya dengan dia je kat sini tanpa suami atau family. Alhamdulilah Fateh Uwais anak baik, dia tak menyusahkan ummi abi bila bawak keluar. mekasih yayang ummi abi (selalu ucap terima kasih kat dia, biar dia tau kita hargai setiap apa yang dia buat)

pagi tadi elok lepas mandi, saya intai dalam buai tengok dah jaga. mintak tunggu sekejap sementara saya nak solat. alhamdulilah dia elok je main sensorang dalam tue siap menjerit-jerit lagi. seronok sangat agaknya. mana la ummi tak sebak dengan dia hari nie. sungguh rasa takmau pegi kerja arini. tak boleh lupa muncung dia masa hantar ke rumah pengasuh tadi. muncung tunduk bawak je, mengantok dah la tue. hihihihi

03 December 2013

Fateh Uwais bin Nadzri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengok ritu Jusiza introduce kenapa dia memilih nama Umar Faiq untuk mujahidnya. Terpanggil pulak nak kongsikan kenapa kami suami isteri memilih Fateh Uwais untuk khalifah kami *ayat skema ntah hape2 :p

Yang sebenarnya sebelum Fateh Uwais macam-macam nama yang kitorang fikirkan. Kadang tue dalam otak terfikir nama yang sama, bila dah terkeluar kat bibir baru tau yang kami ada cadangan yang sama. Sweet tak ummi abi? :p sebelum suami daftar nama kelahiran anak kami jenuh la duk fikir nak letak nama apa, dah sampai dekat jabatan pendaftaran pun still berbincang nak letak nama apa. Nak yang terbaik untuk anak punya pasal. Hihihi.

Adam Uwais, memang kami berdua dah berkenan tapi sebab ada pakcik saya nama Adam terus tak jadi. Nanti  panggil Adam dedua pulak menyahut. Aydin Uwais, abi dia takut nanti orang panggil khalifah dia Din pulak. Uwais tue memang priority kami sebab saya yang paling suka nama tue. Nak jugak nama Uwais kalau anak lelaki yang lahir. Kenapa? Sat lagi saya bagitau.

hari pertama keluar dari rahim ummi

Fateh : Permulaan
Uwais : Pemberian

Fateh Uwais : Permulaan Pemberian, dari Allah untuk kami berdua

Fateh, saya memang ada terfikir nama nie sempena nama Sultan Muhammad Al Fateh lepas suami ceritakan satu masa dulu. Tak sangka yang suami pun berkenan dengan nama Al Fateh. Asalnya nak letak Al-Fateh Uwais bin Nadzri tapi jabatan pendaftaran tak luluskan Al-Fateh untuk awalan nama, kalau Uwais Al-Fateh atau Muhammad Al-Fateh Uwais boleh. Dah panjang sangat la pulak.

Ummi sentiasa berdoa dengan adanya nama Fateh nie keperibadian anak ummi sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh yang berani syahid untuk meluaskan empayar islam. Sehebat peribadinya dalam memimpin tentera-tenteranya ketika perang. Kalau pun tak dapat semua dapat ikut sikit pun ummi abi dah bersyukur.

Uwais, nama nie saya dah berkenan lepas baca cerita Uwais Al-Qarni yang dikenali penduduk langit. Rasanya ummi pernah cerita pasal Uwais Al-Qarni dekat anak ummi masa dalam perut. Macam mana setianya Uwais Al-Qarni berbakti untuk ibunya dan macam mana rendah dirinya ketika Saidina Umar nak bagitau wali kota Iraq mengenai dirinya Uwais Al-Qarni dan tentunya kerana tingginya cinta Uwais Al-Qarni pada Rasullulah SAW. Ummi berdoa moga anak ummi tak mendabik dada dan sentiasa rendah diri walau setinggi mana pun anak ummi berada.



Tinggi sangat ke harapan ummi abi? Takde la kan? Sebab ummi tau khalifah ummi nie anak yang baik, hamba Allah yang soleh dan taat, ummi abi tak mintak jadi bulat-bulat macam Uwais Al-Qarni dan Sultan Muhammad Al-Fateh cuma mencontohi keperibadian mereka. Ummi abi sentiasa doakan yang terbaik untuk khalifah kami yang hebat nie. We love u deeply laling!!!!

pernah baca dalam majalah Al Ustaz, sambutlah anak yang baru lahir seperti seorang khalifah Allah, salah satu caranya dengan memberi nama yang baik-baik. Alhamdulilah dah lepas satu tanggungjawab ummi dan abi. 

#klik je kalau nak tau cerita penuh pasal Sultan Muhammad Al-Fateh dengan Uwais Al-Qarni

02 December 2013

Baby PJJ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

petang semalam lepas habis makan kenduri suami terus pecut Nurul Iman untuk hantar saya dengan Fateh Uwais balik alor setar. kalau minggu lepas ada mama temankan kami kat sini, pertama kalinya bermula hari nie cabaran saya tinggal berdua dengan Fateh Uwais di negeri kedah ini. ummi dengan abi belum punya peluang dan rezeki nak tinggal dekat lagi, masih ber PJJ. doakan kami dimurahkan rezeki dapat tinggal 3 beranak sekali ye ;')

disebabkan semalam pau ummi(sebab pipi uwais macam pau hihi) sorang tue letih sangat travel penang-alor setar, dari pagi sampai ke petangnya ke kenduri sepupu. dalam kereta dia tido sakan, siap bunyi dengkur lagi =.= yang boleh lena teruk pun pasal atas riba ummi, bila letak dalam car seat sekejap je lepas tue dia ngeliat2 sikit terus cerah matanya grrrrrr. keluar je kereta ummi terencut-encut, lenguh kaki huuuu

tengok tue letih ya amat. kesian yayang ummi nie

malamnya seronok la dia ada abi melayan, itupun sekejap je, lepas tue sambung beradu sampai la pukul 5 pagi tadi. kejutkan sebab nak hantar abi balik. suami janji dengan kawannya nak balik ke seberang jaya sesama. saya pun angkat la anak dengan berhati-hati dengan kadar senyap. siap bawak masuk car seat dalam rumah sebab nak bagi dia sambung tido. elok je masuk kereta, terus terjaga @.@

pass stereng kereta dekat abi bila Fateh Uwais dah mula menangis, konon sebelum tue nak feel2 la saya yang anto abi tapi dengar je anak nangis terus bagi signal, tukar tempat. bagi susu sekejap ok la dia. lepas je abi gerak masuk kereta kawannya, saya pun bagitau la sebab apa kena keluar awal pagi, sebab apa kacau dia tido. terangkan satu persatu dengan jujurnya. saya tau Fateh Uwais faham, sambil tue dia peluk tangan saya, mata tak beralih tengok ummi drive kat sebelah. sebaknya ummi dengan awak wahai anak.

alhamdulilah sepanjang memandu tue memang senyap je dia, dah masuk rumah dalam bilik baru dia nangis. itupun sebab mengantuk. kesian.... tapi ummi abi terpaksa sayang, insyaAllah ummi abi cuba sebaiknya untuk khalifah kacak ummi abi nie ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...