Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

20 May 2014

Tak Jadi Bubble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 bos kecik hati banyak senang, abi jaga hari ahad

dah dua kali plan dengan Mummy GKSB nak deting keluarga kat Taman Jubli Emas Alor Setar. yang pertama dulu gagal pasal mummy nak balik perlis. plan semalam gagal jugak pasal hujan petang tue. keluar ofis dah berhenti hujan tapi sampai je kat depan taman jubli, hujan rintik-rintik turun balik. abi tak bagi bawak anak keluar.

Mummy Gk call kata hujan. ajak tukar tempat deting. iols nie kalau nak lepak kedai makan memang la mati kutu. bukan sebab ape, sebab nya tatau nak ajak orang makan kat mana. nak ajak tempat selalu makan, nun kat kuala kedah sana. kesian pulak ke diorang nak patah balik rumah nanti kata suami.

 anak bukan reti duduk diam nak bergambar, sibuk kejar botol air mineral dia =.=

Mummy ajak ke Ketiow Goreng Iman. ok lah jom lah kita ke sana kata suami. sampai je tengok Mummy dengan Abah Fateh Uwais pun baru sampai. sebelum sampai tue anak kemain eksaited. sembang sakan dalam kereta, jerit-jerit lagi tue. turun kereta masih dengan senyuman yang manis. tapi bila Mummy unjuk tangan nak ambik dia, terus pusing peluk ummi. aduhaiiii anak.

sembang lepak santai keluarga kecik kami je sebenarnya. Mummy rindu ke anak letewwww. ummi nie mesti dia tak rindu ermm ermm ermmm :p dalam kedai pun bila perot dah kenyang kemain Fateh Uwais jerit-jerit, kesian Kak Putri (adik GK), pekak telinga katanya hahaha. Uwais kalau jerit memang bengang rasa telinga. rasa nak geget je mulut dia tue kihkihkih :p


terima kasih MummyGK dan Abah Azrul sudi sayang Fateh Uwais ummi abi nie. ummi tak mintak pun orang belikan Fateh Uwais macam-macam hadiah. cukup sayang dan doa untuk dia. moga ukhwah kita berpanjangan hingga syurga. Mummy Gk cop Uwais jadi menantu katanya. pitam~~~~~~

moga impian Mummy untuk tak hidup pjj lagi dipermudah Allah amin. nanti insyaAllah kita jumpa lagi ek. terima kasih belanja makan. ummi sombong makan roti arab je. sudahnya tengah malam gigit roti keping coklat kismis. abi bangun terkejut tengok ummi menguyah. tanya ummi buat ape tue? tau la mamai pun tapi tak kan tak perasan kita tengah makan. abi nie :p 

*****
 PEMBETULAN


tq Putri untuk pencerahan dan pembetulan. kalau entry semalam saya ada kata sekiranya lewat buat Mykid anak selepas 14 hari kena datang ke hospital semula untuk ambik rujukan. Putri dah bagi pencerahan kat atas tue. sebenarnya misi dekat hospital yang cakap macam tue kat saya. mungkin dia saja nak gempar kami suami isteri supaya tak leka dan cuai bab pendaftaran anak nie. tq misi!!! :D

27 March 2014

Semoga Beroleh Kebahagiaan Sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

arini 27 March 2014, Selamat Hari Lahir Sahabat Tersayang, Mummy GK. semoga setiap helaan nafas mendapat keberkatan Ilahi, dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, dimurahkan rezeki dapat tukar balik ke perlis, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia bersama keluarga tersayang sampai taman-taman syurgaNya.


mesti hari nie hari lebih special dari besday yang lepas kan? sebab sekarang ampa dah ada seorang suami yang sentiasa ada kat sisi tak kira masa. jujurnya kami seronok sangat tengok kebahagiaan ampa sekarang. dan kami tau kebahagiaan tue akan berpanjangan sampai syurga nanti, insyaAllah. jom kita sama-sama jadi bidadari terbaik kat dunia untuk suami, supaya nanti masa kat syurga kita boleh jadi ketua bidadari untuk suami masing-masing. jom jom ;)

Fateh Uwais ngorat abah azrul dia

haaaa lagi satu kan. kalau ada sesape yang gataiiii mulut tanya kat ampa yang baru sebulan dua kawen nie pasal anak, ampa tunjuk je gambo anak ampa kat atas nie kat depa. ampa kata je "haaaa ini la anak cheq, keluar masa bulan 9 aritu" tengok apa depa nak kata hihihihi. tapi dah memang pun budak kecik tue anak ampa jugak kan ;) kan Mummy Gk dengan Abah Azrul. terus naik pangkat jadi abah Azrul lepas jabat tangan tok kadi. hihihihi.

kami pun tak berapa nak ingat sejak bila kita rapat. tapi kami nak ampa tau yang sesungguhnya bersahabat dengan ampa adalah kenangan terindah dalam hidup kami. moga2 kita tak berkelai teruk-teruk, dan bersahabat sampai syurga nanti. kami nak ampa tau jugak yang kami, Nadzri dengan Fateh Uwais yang kacak tue (puji anak sendiri) sayanggggggg ampa dunia akhirat. ampa jangan lupa tue tau.

Muka gatai abah azrul layan dia, cuba kalau tak layan mau bebai hahahaha

ok sebelum kami meneruskan entry dengan kadar sebak. sebelum banjir kat blog nie haaa. baik la kami mengundurkan diri dulu. semoga ampa beronok-ronok honeymoon kat sabah. kalau pi ladang lembu tue nanti jangan lupa pakai baju tebal. kat sana sejuk. kami aritu kat sana la naik demam, sobsssss. ok MummyGk. akhir kata i love youuuuuuu emmuahhhhhh ;)

06 January 2014

Cinta Bintulu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 
Selamat Pengantin Baru buat akak sunah sakura dan abang ady budika. semoga kasih sayang terus mekar mewangi hingga ke jannah. kekurangannya diredhai, kelebihannya disyukuri kata Ustaz Hasrizal. besar maknanya tue. kira doakan moga rumah tangga akak dan abang beroleh barokah dan dikurniakan permata hati yang soleh solehah. amin. sebak saat akak sunah sah menjadi isteri pada abang ady. abang ady jaga kak sunah kita bebaik tau ;')


awalnya kami 3 beranak dah cancel plan nak ke Bintulu nie atas sebab-sebab tertentu. tapi bila bincang balik dengan suami. akhirnya kami meneruskan hajat yang hampir tertangguh nie. khamis 12hb kami bertolak dari penang ke ipoh, naik bus pukul 1pagi dari amanjaya terus ke lcct. alhamdulilah si bam bam Fateh Uwais tue behave sangat. dalam bus dia tido cuma merengek kecik-kecik sebab tak berapa nak selesa kan. sampai lcct dalam 4lebih macam tue. flight pukul 7. 


yang bestnya walaupun sampai awal tapi tak selesaikan segala urusan luggage awal-awal. agak kelam kabut la jugak sebab dalam web kata kalau bawak infant tak boleh check in dekat web tapi kat airport bintulu nak balik kl ritu boleh je guna pakai yang kami check in kat web. kalau tau tak payah la nak beratur check in kat lcct ritu grrrrrrr. 

sampai kat rumah kak sunah, alhamdulilah layanan baik yang kami terima. terima kasih akak sunah sekeluarga layan kami baik. makcik kak sunah nampak kami nak mandikan Fateh Uwais terus dibagi air panas sebab takut si kecik tue terkejut kena air sejuk. memang kesukaan dia la mandi air suam-suam tue. sampai tak nak keluar tub mandi tue la. tido pun lena je tumpang buai yang ada dekat rumah akak sunah. siap berdengkur lagi, orang bising pun dia buat tak layan je. letih sangat tue. sian anak ummi abi. 

tengok dia tido lena dalam buai saya dengan suami pun kesian nak angkat. tapi hajat hati nak sangat tengok kak sunah dan abang adi dinikahkan. takpe la ummi wakil abi jela sobssssss. tengok-tengok Fateh Uwais bangun terjaga time rombongan pengantin lelaki masuk dalam rumah. yeayyyyyyy ummi boleh tengok akak sunah sakura menikah :p

selesai urusan nikah kami pun bergerak ke tempat tinggal sementara kami, Kidurong. rumah kawan kak sunah yang diberi izin kami tinggal kat situ sepanjang 3 hari kami di Bintulu. asalnya separuh dari kami menginap di Perkampungan Jepak. tapi atas sebab tertentu dan sebab keselamatan akhirnya kami 14 orang duduk sekali dalam satu rumah. takpe la janji semua selamat dan senang nak bergerak kemana-mananya. terima kasih untuk kereta kancil Kak Zatil yang kami sewa hari tue. bersih kereta dia. selesa nak pakai.


takde banyak tempat pun yang pergi hari tue. selain Pantai Tanjung Kidurong dengan Pasar Tamu kat Bintulu. tempat lain pergi sekejap-sekejap dan hanya untuk singgah makan sahaja. masa nak balik pun kelam kelibut jugak kejar flight. mujur flight delay 10 minit. sempat la nak makan nasi bungkus sebelum naik flight. alhamdulilah sepanjang kat sana Fateh Uwais behave sangat. nanti la entry lain cerita pengalaman berholiday dengan baby pulak. panjang sangat dah nie.


pape pun terima kasih sekali lagi atas layanan baik kak sunah sekeluarga. terima kasih kawan-kawan yang banyak bertolak ansur dengan kami yang ada baby nie. terima kasih melayan karenah Fateh Uwais. terima kasih atas jalinan yang tercipta atas nama Cinta Bintulu nie. insyaAllah ada masa lain, ada jodoh, ada rezeki kita buat trip lain pulak ;)

10 June 2013

7 Bulan Sudah, dan Mereka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

salam 1 syaaban 1434H, sekejap je dah masuk syaaban maknanya lagi sebulan dah nak puasa. semoga saya mampu puasa penuh tahun nie, insyaAllah ummi mampu. dah study apa yang diperlukan oleh seorang ibu mengandung untuk berpuasa dengan bertenaga, insyaAllah ummi boleh dan baby pun boleh ;)


dan bersyukur dah masuk 7 bulan usia rumah tangga saya dan suami. mendoakan moga rumah tangga kami dilimpahkan dengan keberkatan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan untuk kami tinggal dan menjalani kehidupan suami isteri serta abi ummi dibawah satu bumbung, dan ikatan antara kami mewangi hingga ke taman-taman syurga, amin. saya cintakan awak suami :D


pagi tadi dengan pagi semalam tersenyum tengok dashboard belog nie. semua angkara kawan-kawan maya yang rajin menjenguk. terima kasih daun keladi pada semua yang selalu kunjung tiba, yang selalu drop komen berjemaah Kay_Are, HaniAsyira, Noraim, Okje dan kengkawan yang selalu ada baca cerita saya yang biasa-biasa aje nie Kak Shida, GKSB, Kak Zai, Kak Sue, Adik Hlovate, Seharum Kasturi, Mama Aryan, Kak Sunah, Kesuma Angsana, Mrs Eady, Mimie Najib, OE, Liza, neesa_jun, Fiza Rahman, Sue Pelik, Jusiza, serta ramai lagi yang mungkin saya terlupa letak, atau yang datang tapi tak tinggal jejak, maafkan saya. perhatian kalian semua saya hargai dengan kasih sayang yang penuh dihati. semoga kalian semua sentiasa dibawah kasih sayang Ilahi hendaknya. Amin

dan tak lupa jugak suami yang selalu stalk belog bini kesayangan dia nie. walaupun kadang timbul tenggelam komen dia tapi saya tau dia baca tiap entry baru saya. mekasih yayang :D

#besok check up, berdebar tunggu result HB darah dan berat besok, mendoakan moga semuanya baik-baik jela. amin

27 May 2013

Demam dan Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas memang tak kemana pun. menghabiskan masa kat rumah melayan diri yang demam. petang khamis habis keja gagahkan jugak diri drive balik rumah mentua. memang dari awal pagi kat ofis rasa lemah badan. masuk makanan pape memang lepas tue muntah balik. pagi tue ingatkan baby takmau makan ketiow goreng rupanya memang badan ummi yang terlalu panas sampai tak boleh nak terima apa-apa bentuk makanan sekalipun.

suami paksa makan malam tue pun sebab nak bagi ada tenaga, takmau perut kosong. makan la dua tiga suap lepas tue tolak pinggan. naik bilik konon nak rehat-rehat lagi sekali muntah kat situ. huuuu. tak pernah rasa dugaan demam teruk macam nie. memang nangis je. nangis sebab nak keluarkan rasa sakit dan lemah yang ditanggung. sambil tue berkali-kali ingatkan diri. sabar ummi, ummi kena redha, sakit tue kan penghapus dosa-dosa kecik ;(

syukurlah ada suami kat sisi. dari dia balik keja menghadap muka bini dia nie, sekejap-sekejap lap tangan kaki badan, sampai paksa dia tido baru la berhenti mengelap. memang dia pun cukup risau sebab badan saya terlampau panas sampai berbahang. takut nak ke klinik sebab risau kena tahan wad. saya tau demam saya tinggi dan takde air dalam badan. tak nak tidur wad nanti takut tak mampu nak jaga diri sendiri. huuuu. sampai jumaat petang demam surut sikit-sikit. syukurlah dedua kami cuti boleh rehat kat rumah. 


tengahari sabtu kami suami isteri memenuhi jemputan majlis tunang seorang sahabat. Mak KBU, Cik GKSB. sebenarnya masa demam tue cukup risau kalau tak mampu nak datang majlis dia. saya memegang amanah Kak Sue yang kirimkan coklat untuk dibuat hantaran tunang GK. dengan saya punya hantaran lagi. sangat susah hati. berdoa jela masa tue moga dapat kekuatan nak datang majlis dia.

Alhamdulilah Allah perkenankan, walaupun dah agak lambat masa tue. sampai rumah GK cun-cun sekali dengan rombongan pihak lelaki. terus turun kereta masuk hantar hantaran dulu. syukurlah sempat kalau tidak tatau nak kata cam mana. dan syukur semuanya dah selamat pun. cantik kan orang yang bertunang tue, pelamin dia pun sangat cantik dan lagi satu teruja tengok ummi dia yang cantik dan nampak muda tue(eh sebenarnya memang tatau umur ummi dia bape). auchhhhh semua la cantik :p 

selamat bertunang Cik GKSB dan tunang. semoga dipermudahkan urusan kalian berdua untuk melangkah ke destinasi seterusnya. dugaan dan ujian memang banyak menanti dihadapan. sabar tabah dan cekal hadapinya bersama. jangan dengar hasutan yang bukan-bukan tau ;) terima kasih sudi jemput kami suami isteri.


last but not least. mekasih yayang untuk semuanya. terima kasih susah payah jaga ummi, tahan dengan karenah ummi sepanjang ummi tak sihat. ummi tau semua benda ummi mintak abi buatkan ;( terima kasih sebab bersabar dan bertabah dengan ummi. lebiu dear ;)

#walaupun ummi demam, baby tetap aktif tak duduk diam kat dalam. pesan suruh dia main sendiri, ummi tak larat nak layan =.="

31 March 2013

Hanya Doa Dari Jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ringkas dan padat je entry kali nie. mata terasa sangat letih, hidung pulak pedih ya amat. sejak preggy nie antibodi tersangat lemah mudah sangat dapat jangkitan tak gagah dah macam sebelum nie, takpe la redha jela.


selamat ulang tahun kelahiran MummyGk *name nak glamer aje* :p kami mendoakan moga ampa sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa mendapat keberkatan Ilahi, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan dan dipermudahkan lagi urusan menuju ke perjalanan hidup yang ke seterusnya, dan semoga segala yang ampa usaha dan doa diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa. nak bagitau kami dengan baby sayang MummyGk keketat :D

GKSB nie ada jual novel second hand kalau teringin nak beli boleh rojer-rojer kat blog dia. kalau nak upah dia mekap pun boleh. contoh dia mekap masa saya nikah dulu, gambar atas tue bukan contoh ok. kalau nak tengok contoh tengok kat sini. yang sebenarnya besday dia 27 March lepas tapi biasa la ummi mengandung nie kan macam-macam kekangan yang menghalang :p


dan tak terlambat nak ucapkan selamat bertunang kepada kenalan saya dan suami. doa kami moga kalian sama-sama sabar dan tabah menghadapi ujian dan cabaran dalam menempuh perjalanan menuju ke destinasi cinta yang diredhai Allah. jangan pernah lupa yang syaitan tak pernah berhenti menghasut anak adam yang berusaha membina rumah tangga atas nama Allah. moga dipermudahkan urusan kalian dalam membina baitul muslim yang diredhai Ilahi. amin

19 February 2013

Jenjalan dengan Ciksu tapi tak lupa kat Cikde

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

adehhhh banyaknya nak cerita tapi tatau nak mula yang mana dulu. cerita yang tertangguh pun banyak lagi =.= minggu sebelum chinese new year dulu adik sorang tue ada gitau nak turun kedah melawat saya. bila bincang dengan suami dia tak bagi saya berulang khamis dengan jumaat tue. dia tak bagi balik khamis kalau nak turun alor setar jumaat tue pulak. huuu "saya bukan tak bagi jumpa, tapi saya tak bagi awak berulang" haaa giteeewww ayat dia

last bincang-bincang jumaat lepas adik nie turun penang dengan kakak dia. terharunya ada orang sanggup turun jejauh semata-mata nak jumpa saya. tapi saya tak berani janji la nak bawak jenjalan banyak tempat sebab saya pun baru je punch card kat penang nie. setakat yang suami pernah bawak saya tau la jalannya. huuu


"baby nampak tak abi keja kat bawah tue" giteww ummi pun senget kemain =.= yang gambar atas tue pemandangan penang dari atas bukit bendera. tengahari masa sampai penang sempat la lunch dengan suami. selama tiga bulan kawen nie la first time teman suami lunch. yela satu keja pulak saya nak menyeberang jambatan tue semata nak lunch dengan dia, suami pun tak akan baginya. baik la tunggu dia balik keja je kot nak makan sama pun. 

suami bagi direction macam mana nak pegi bukit bendera. siap lukiskan map lagi kihkihkih. saya bukan xpernah lalu jalan nak pegi situ tapi ritu lupa nak tengok jalan bebetoi kena la berpandukan map yang diberi. Alhamdulilah sampai jugak kat bukit bendera kemain teringin lagi nak pegi situ. tapi bila tengok kena naik keta kabel tue terus gugup. alamak selamat ke untuk ibu mengandung naik nie. kat kaunter tanya petugas tue katanya selamat. Alhamdulilah boleh ummi dengan baby naik :D


pilih untuk berdiri dalam train dan pegang pemegang yang disediakan. supaya baby tak terhentak kuat sangat. Alhamdulilah selamat naik atas dan selamat turun bawah balik. kat atas sejuk. tapi takde banyak tempat yang menarik pun. yang menariknya saya nampak pejabat pos je. cakap dalam hati ramai ke yang nak bayar bil kat atas nie? ngehngehngeh

dah sudah tue bawak adik nie makan laksa kat tepi pantai seagate tue, sebab situ je yang saya tau sedap :p jenjalana cari barang dia lepas suami saya balik keja dan hantar dia ke hotel semula. sabtu tak sempat nak bawak ke mana-mana. kaki saya dah sakit sebab jumaat tue banyak sangat berjalan dan drive huuuu. maaf dik cuma kat tempat tue je yang akak boleh bawak awak. moga tak serik jumpa akak. maafkan andai ada kekurangan dari pihak akak ye. 


15 feb lepas besday cikde kesayangan. tak sempat nak buat entry khas tuk dia. akak terlampau bizi la dik. huuuu. mendoakan moga cikde sentiasa sihat, dibawah payung keberkhatan Ilahi, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan bertemu jodoh. amin. maaf ye lambat wish dalam entry tapi dah wish dalam mesej kan? kihkihhkih :p jaga diri bebaik ye cikde sayang. sayang awak muahhh muahhhh :p

06 February 2013

Housemate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ritu baca entry Kay_are dia tanya macam mana dengan housemate korang? dia suruh jawab dalam komen dia jer tapi rasa baik buat entry boleh sembang panjang sikit kan. haiiii Kay_are :p

dulu masa duduk dengan mama papa selalu teringin nak menyewa duduk sendiri. konon nak berdikari. sekarang bila dah memang kena berdikari gedik-gedik pulak kan nak duduk bawah ketiak mama papa =.= eh tak boleh la sekarang kita ada suami kena duduk dalam pangkuan dia la pulak kan, ada sesape nak muntah? :p

pestime saya menyewa adalah saatnya pestime saya kena lapor diri kat loqstaq kedah. masa baru sampai tue pakcik makcik tolong carikan rumah area sini sebab dulu dorang pun ofis kat sini jugak. yang ada cuma bilik sewa dengan harga RM150 sebilik. ada katil kelamin dan jugak rak baju. masa tue tatau lagi rate sebenar rumah dan bilik sewa kat sini. duduk jela kan dah takde tempat lain. masa tue la saya kenal dengan ain dan kak yati, housemate sampai hari nie. 

sewa bilik duduk dengan owner. kena la disiplin kuat kan. sebab parents mesti tinggalkan amanah mintak tengok-tengok2kan anak dorang. yang tue tak kisah la. cakap-cakap belakang pun buat tatau jer. tapi lastnya kami decide untuk pindah dari situ dan cari rumah sewa sendiri. yela kalau kira-kira 3 orang menyewa dah RM450 dah boleh sewa sebijik rumah kosong untuk keselesaan kami bertiga. cari punya cari akhirnya kami dapat sebijik rumah kat jalan pegawai dengan harga RM370. 

kiranya ok la. cuma untuk bayar api air tue tak sampai RM50 untuk standard rumah bujang nie kan. rumah pun besar ada 3 bilik tido dan dua bilik air. duduk situ memang dekat dengan ofis. tiga-tiga orang pun dekat. nak ke pasar, tesco ke setakat jalan dalam loqstaq tue memang dekat sangat lah. kami bertiga memang jenis boleh masuk. setakat gaduh sikit-sikit tue biasa la. sedangkan adik beradik sendiri pun ada bertikam lidah kan. tapi kejap je lepas tue ok balik.

masuk lagi dua orang housemate lain, lain pulak ceritanya. kami bertiga nie jenis statik sikit. contohnya ambik barang kat situ, kat situ letak balik. alaa senang citanya kitorang tak boleh masuk dengan dua orang lagi tue. yang paling tak boleh blah bila dia kata suami saya (masa tue tunang lagi) pakai rantai =.= itu tulang la wei gambar tue masa dia kurus celah mana rantainya =.= yang housemate sorang tue dia memang suka cari pasal dengan saya. pasal yang dia cari selalunya berkaitan dengan suami saya. nak kata dia dengki saya dah bertunang tak mungkin sebab dia pun dah bertunang. hampir-hampir saya nak tanya dia apa masalahnya tapi dihalang oleh suami berserta ain dan kak yati. lastnya dorang pun pindah rumah senang hati.


suami zaman kurus :p

setahun jugak la agaknya kitorang duduk menyewa kat situ akhirnya kitorang decide cari rumah sewa lain. sebabnya kerosakan rumah owner tak nak bertanggungjawab walaupun sepatutnya dia yang kena selia. duit sewa nak tepat masa. akhirnya kitorang angkat kaki angkat barang. pindah.

dapat la rumah sekarang dengan kadar sewa RM320 sebijik. walaupun jauh sikit nak ke ofis. rumah kecik sikit tapi rasa tenang dan aman je sebab owner rumah jenis tau tanggungjawab dia. sedar yang kalau dia buat tak elok besok dia kena tanggung kat sana. haaaa kan senang nak deal, kitorang pun takde la kedekut sangat kalau setakat nak tukar kepala paip dengan menda kecik-kecik tue. tapi yang tak bestnya jiran belah kanan nie miang kemain =.=

bila kira-kira dah 3 tahun lebih menyewa dengan dua orang housemate yang sama. rasa tak nak cari housemate lain sebab bukan senang nak dapat yang sekepala kan. doa saya moga ukhwah kami berpanjangan. amin. 

sekarang tengah berdoa moga saya dapat jadi housemate sepenuh masa untuk suami tercinta. moga-moga ada la rezeki kami. mana tau rezeki baby dalam nie dapat dekat dengan abi dia kan. amin

16 July 2012

Rancangan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

teringat saya satu masa dulu ada sorang sahabat berskype dengan saya. berkongsi cerita kegusaran hati dia sebelum dia bernikah dengan suaminya sekarang, dia punya sahabat rapat, sangat akrab tapi tidak sampai melampaui garis sempadan antara seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi. mungkin kerana dulu pernah ada cerita cinta antara mereka yang membuatkan mereka akrab hingga saat nie. 

pernah dia kata, dia tatau macam mana nanti hubungan dia dengan sahabat lelaki tue sebab diorang berkerja ditempat yang sama, dilevel yang sama, juga department yang sama. katanya nanti selepas dia mendirikan rumah tangga dia takut kekok nak berdepan dengan si sahabat. saya diam sekejap sebab tak faham, ohh baru lah saya ingat mereka punya kisah cinta satu masa dulu. biarpun dalam hati sudah tidak punya rasa cinta dan kasih tapi mungkin timbul perasaan kekok andai dirinya dah bersuami. 

mungkin pada sesiapa yang tak berada ditempat dia akan cakap "dah ada suami buat cara ada suami, tak perlu fikir pasal sahabat tue lagi" dan betul lah sebab tue islam letakkan garis sempadan antara lelaki dan perempuan ajnabi takut timbul fitnah kemudian hari. tapi sahabat saya takut silaturahim antara dia dan sahabatnya terputus. ada budi yang dia terhutang pada sahabatnya.  dan kerana dia sayangkan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

sebenarnya saya sendiri tatau nak bagi penyelesaian pada sahabat saya. cuma apa yang saya pesan kat dia. berdoa agar hati sentiasa tetap, terus berdoa agar hati tak terpujuk dengan syaitan yang menyesatkan. dan jangan lupa sentiasa muhasabah diri. mohonlah pada Allah yang terbaik. 

dua bulan lepas sahabat saya menikah, sahabat lelaki nya berhenti kerja, meneruskan delegasi perniagaan ayahandanya. sebaik-baik perancangan kita hebat lagi perancangan Allah kan.. Alhamdulilah Allah memudahkan urusan mereka. saya tumpang bahagia.

 

14 June 2012

Saya terkilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya jika sayangkan sesuatu benda. saya akan jaga sehabis baik. saya akan sayang sepenuh hati. kalau satu hari benda tue hilang dari saya. saya tahu saya akan menangis menahan pilu.

saya jika sayangkan seseorang, sahabat perempuan terutamanya. saya akan jaga hubungan kami seelok mungkin. sayang dia dan persahabatan kami sepenuh hati. sakitnya dia, peritnya dia, gelisahnya dia, kecewanya hati dia saya dapat rasa. sedangkan saya yang jauh dari dia tak dapat menahan rasa sedih dan sakit hati kecewa inikan pulak dia. saya nak capai bahu dia dan tenangkan dia dalam pelukan saya. saya nak buat macam tue tapi saya tak mampu. maafkan saya awak,  jauh saat awak memerlukan bahu untuk bersandar saya tiada. ketahuilah saya juga menangis disini. saya tak dapat tahan perasaan sedih. saya mendoakan awak dari jauh dari sini.  sungguh saya terkilan jauh dari awak saat nie.

Allah sayangkan awak dan dia dia. kerana itu Dia uji awak, ketahuilah awak, Dia sangat dekat dengan awak saat ini. ketahuilah awak, Dia sedang memeluk awak. ketahuilah awak Dia punya perancangan yang lebih hebat untuk awak semua. saya juga sayang awak, biarlah saya kirimkan angin sebagai ganti diri saya untuk awak... saya tau awak kuat!!!

23 May 2012

Saya Bersahabat Memang Begini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kalau dulu sedikit sebanyak saya mengharap setiap kebaikan saya pada sahabat dibalas. contohnya bila saya ingat besday dia jugak kena ingat besday saya. tapi saya tertanya sendiri tak ikhlas ke saya sebab mengharapkan balasan pada setiap kebaikan saya? Alhamdulilah akhirnya saya sedar khilaf saya. sedangkan setiap kebaikan dari Allah saya tak mampu nak balas inikan pula saya mengharap balasan dari sahabat saya yang lain. oh hinanya diri =.='

salah satu yang saya belajar dari Pakcik Imam. hadir saat kawan kawan memerlukan, pinjamkan bahu saat mereka perlu tempat bersandar, lap kan air mata saat mereka bersedih, pendek kata ada dengan mereka saat mereka memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hiba. cuma satu, mula pergi saat mereka tak perlukan diri lagi, saat mereka sudah kuat menempuh hari, saat senyuman mula terukir dibibir dan wajah mereka.

saya ikut apa yang dia kata dan buat. Alhamdulilah hidup saya tenang dan sangat gembira sekarang. saya gembira bila tengok sahabat saya sudah boleh bergelak tawa kembali, saya sangat gembira. kegembiraan mereka adalah hadiah buat saya. sungguh ini nikmat yang Allah sembunyikan bila kita benar-benar ikhlas memberi tanpa mengharap.

saya memang suka nak ada dengan mereka yang ada masalah sebab saya nak mereka tau yang walau satu dunia menolak mereka. saya dan Allah masih bersama mereka. Iffah selalu kata yang saya memang suka sibuk fikir masalah orang lain. hihihi saya pun baru perasan lepas dia kata tue. mungkin sebab saya selalu fikir yang saya tak ada masalah sebab tue saya tolong fikir untuk orang lain. 

saat saya lahir ke dunia satu dunia tersenyum gembira menyambut kedatangan saya sedangkan saya menangis. saat saya kembali ke rahmatullah biarlah saya tersenyum indah, cuma satu jangan terlalu bersedih dengan pemergian saya sebab saya mahu saya dan awak semua sama-sama berjalan menuju Jannah. insyaAllah.. itu kata-kata dari Pakcik Imam dan saya. tolong pegang amanah dari kami :)

  

10 May 2012

Kerana saya sahabat awak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

terharu ramai teman, sahabat, keluarga sebenar dan keluarga maya yang mendoakan saya cepat dapat rumah sewa baru, dan selamat sampai kampung hari nie.. terima kasih semua untuk doa tue, semoga Allah tak henti memberi rahmat dan keberkhatan pada kalian Amin.

ramai yang mengeluh bila ada dikalangan teman dan sahabat yang tinggalkan kita. nak pulak kalau kita dah lama kawan dengan dia. ramai jugak yang tinggalkan saya dan ada ketika nya saya pula yang tinggalkan diorang. adat berteman. 

cumanya bila ditinggalkan teman kita muhasabah diri, tengok ada tak kita buat salah dekat kawan tue? ada tak kelakuan kita yang mungkin sakitkan hati dia, pernah tak kata-kata yang keluar dari bibir tue menyinggung hati pihak yang lagi satu. kalau ada cepat-cepat kena sedar diri, mintak maaf pada dia, kalau peluang nak jumpa tue xde mohon pada Allah untuk kebaikan teman, mohon kesejahteraan untuknya, mohon Allah ampunkan dosa kita dan beri peluang untuk kita minta maaf sebelum masing-masing perlu mencari di padang mahsyar nanti.



jangan selalu fikir kita yang kita nie baik selalu, dan dalam masa yang sama cuba faham mungkin teman tue ada masalah dia sendiri yang memerlukan dia bersendiri untuk satu tempoh tertentu. biarkan dia bersendiri jangan kacau privasi dia. mana tau nanti bila dia dah ok dia datang cari kita balik dan waktu tue baru la kita selesaikan gelodak hati kita sendiri.

saya jugak pernah sedih bila seperti dilupakan sahabat baik yang dah lama bersama. rupanya dia punya masalah dan dia takut kiranya masalah dia menganggu saya  nanti. saat tue saya hanya mampu genggam jari dia dengan harapan sedikit kekuatan yang ada pada saya mengalir pada diri dia juga. fahami kehendak dan isi hati teman dan sahabat kiranya benar awak rasakan awak sahabat dan temannya.

18 April 2012

Jangan tidur dalam angan-angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 hahaha.. saya gelak sekejap baca feedback yg dapat lepas buat ending cerpen Dilema Iffah tadi. macam ramai jer yang tak puas hati dengan ending tue? hihihi




si addicted kamen rider nie pun perasan jugak. tue menunjukkan yang dia fokus tiap kali baca cerpen saya.. thanks Kay! aku hargai keprihatinan ko tue.. 


ok berbalik pada asal. memang saja saya suka buat ending macam tue. ada cerpen saya yang ending dia hepy, sedih, cinta bertukar. sebab?


sebab itulah kehidupan yang sebenarnya. kita mampu berdoa, berharap apa yang kita nak tue tercapai. berharap Allah makbulkan semua permintaan kita. betul tak semua nak macam tue? 


tapi kita jugak kena sedar yang tak semua keinginan tue akan tercapai. tak semua yang kita sayang tue akan kita miliki. tak semua yang kita cinta tue akan kita dapat. sakitnya dalam kehidupan perlu kita hadapi jika tak, kamu tak kan hargai sebuah kehidupan, dan kamu tak akan bergantung harap pada Yang Maha Kuasa lagi. yang penting jangan hidup dalam dunia angan-angan!!!


saya sayang dan hargai setiap mereka yang hadir dalam diri saya. entry saya terkadang mungkin menyentapkan hati anda tapi percayalah dalam saya menarik anda dari terus terleka saya juga sedang berusaha mendidik diri saya menjadi lebih baik. kenapa saya terlalu kejam? kerana satu... saya ingin bersama anda hingga ke jannah... insyaAllah....

24 March 2012

Boleh percaya dengan rakan alam maya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
dah off pesbuk konon nak tido dah la, tapi jenguk2 belog tetiba rasa nk up entry pasal alam maya nie. klu dlu ramai yg kata kawan2 alam maya nie xblh dipercayai, byk komen yg negatif keluar. dan mama pun byk kali pesan suruh saya berhati2 bila berkawan dgn mereka yg dari alam maya,ibu mana yg x risaukan anknya kan. saya katakan pada mama, insyaAllah saya tahu menilai mana yg boleh dijadikan teman mana yg tidak.
Kami Blogger Utagha, mereka lah teman pertama saya dari alam maya. Alhamdulilah ramai yg baik2 dan saling menasihati dalam tue. bila saya kemana, menghadiri event group yg besar, KBU tempat pertama dihati saya mengapa mungkin cara kami bersahabat menepati piawaian saya mungkin. dan sekarang kiranya saya kemana2 pasti mama bertanya "dengan KBU ke?" besar impak KBU dalam hidup saya. terima kasih anda semua yg berada dalam KBU kerana bukan sahaja menjadi teman saya tapi juga sebahagian keluarga saya.
 
saya berkenalan dengan pakcik imam pun juga dari alam maya. Alhamdulilah saya bersyukur punya dia sbg sebahagian kekuatan. Alhamdulilah jugak hubungan kami dah ke peringkat seterusnya. doakan urusan kami dipermudahkanNya.
dari hanya teman menjadi sahabat dan rakan akrab juga ramai yg dari alam maya.dulu saya punya seorang sahabat yg sering berhubung melalui YM, siapa dia dan siapa saya tak pernah kami selongkar, hanya kata2 nasihat dan pengalaman hidup yg kami kongsikan bersama, dia sudah beristeri dan akan menjadi ayah tidak lama lagi, saya tumpang bahagia. terbaru saya punya seorang sahabat, Achie namanya die yg rajin datang jenguk saya suruh update entry.. hihihi
 
Kak Sunah, Kak Miza, Iffah, Kak Elly, Along, Wan, saya kenali mereka dari alam maya juga melalui pakcik imam. Ustaz Jiji, HJ, Budak Penjara, Kay juga saya kenali dari alam maya. saya akui saya selesa berteman dan bersahabat dengan mereka yg sebutkan disini.
berkawan lah dengan siapa pun, dari lubuk mana sekalipun. yg baik kita jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan. pokok pangkalnya diri sendiri, jika diri gagal memilih jalan yg betul.

19 February 2012

dia sahabat dia kembar

Assalamualaikum semua

bukak comment pepagi nie nampak comment bawah nie


haisshh syahdu pulak baca komen dak gemok nie.. 
bersahabat dengan Kirin dari KBU.
seseorang yang aku up kan dari rakan menjadi sahabat.
 apa yang istimewanya Kirin hingga menjadi sahabat?

boleh bawak bergaduh, memang fevret kitorang la nie bila dah berjumpa
dalam tengah duduk saja pun blh tetiba bergaduh.
 yang kadang-kadang bukan mulut jer bertekak, tangan kaki pun bergerak sama

sahabat yang menjadi tempat aku meluah perasaan satu ketika dulu tak kira la time tue sedih, marah, geram, sakit hati, sampaikan pernah menangis. tapi yang bestnya dia boleh buat kelakar walau aku nie tengah marah bagai nak rak, menangis sampai nak sembab mata.

kerana bersahabat dengan KSP jugak membuat kan yang lama dulu salah faham erti persahabatan dan cara kami bersahabat. Alhamdulilah Pakcik Imam faham. 

kerana dia sahabat, antara terawal yang tahu perihal aku dan Pakcik Imam. yang menyokong tak kira apa jugak yang aku buat. yang melindungi saat ada yang menganggu. tapi dalam bersahabat, batas pergaulan tetap terjaga. 

Kirin dan Kira kerana itu kami menjadi kembar, juga kerana perangai kami yang seakan sama.. sama gila!! hihi

KSP... aku tetap sahabat dan kembo ko sampai bila-bila. doa aku biarlah kita bersahabat sampai syurga. Amin. terima kasih menjadi sahabat dan kembo aku. dan aku pun rindu kebisingan kita yang dulu. :)

 biarpun ada mulut-mulut yang berbisik dari sahabat boleh menjadi teman tapi nak mintak tolong jangan ada yang nak kenen kan aku dengan sahabat sorang nie sebab aku sendiri dah punya Pakcik Imam dan Ksp sendiri dah punya Cik Lesung Batu. doakan kami menjadi sahabat hingga ke syurga, kerana itu yang sebaiknya.

**akan review Pakcik Imam satu hari nanti, InsyaAllah

08 February 2012

Kalau dah jodoh

Assalamualaikum semua
-copy gmbr tanpa kebenaran dari mulut murai- :p 

Alhamdulilah, syukur sangat akhirnya Allah izinkan kira jumpa dengan Kak Sunah, Iffah, Kak Elly, yang memang dah lama sgt nak jumpa, Finaz dan bonus dapat jumpa Along + Rozuan.. terima kasih pada pakcik yang tolong drive...

ekceli perancangan awalnya kira memang tak jadi pergi tapi walau sehebat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah kan..    

tak tahu nak gambarkan perasaan hepy mcm mana... yang ada kt tempat kejadian jer tau mcm mana hepy nya kitorang semua..

terima kasih kat semua, sudi menjadi teman kira bukan jer di alam maya, di realiti juga di akhirat hendakNya. Amin. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi,, tetiba sedih mcm masa nak balik hari tue T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...