Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Furqan Uqbah. Show all posts
Showing posts with label Furqan Uqbah. Show all posts

22 November 2021

Balik kampung dah korang?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Balik kampung dah korang? saya alhamdulilah selamat dah balik dua dua kampung. Ipoh dan Seberang Jaya. syukur masih diberi peluang nak peluk cium mak ayah di kampung, balik bawak cucu2 perantauan yang dorang rindu. Alhamdulilah 



Sebut cucu ada 7 bunyi ramai. Tapi bila ambik gambar.. laaaaa ada banyak ni je rupanya...


Balik kampung sempat jugak la celebrate birhtday mama. Dah jatuh hari kita balik kampung. takkan tak sambut kan? tahun lepas boleh wish dalam video call je. tahun ni boleh wish dan celebrate depan depan. takkan nak lepaskan peluang lagi ye tak hihihi. Semoga mama sihat selalu, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan yang baik baik sentiasa mengiringi mama. 



Balik kampung selain nak jumpa mak ayah memang cakap dengan Nadh. balik kampung kita kena jogging. Kalau tidak badan memasing mesti naik. Mama dua2 mesti masak sedap sedap jamu kita makan. Tiap pagi wei pulun jogging laki bini. Keluar bilik senyap senyap taknak anak tau mak bapak dia jogging. Tapi esok esok tu bila depa tau kemain awai bangunnya. Tak dapat dating jogging dah kihkihkih



Dengarnya macam ramai nak loloskan diri balik kampung lagi sebelum PRK ni. takut kena kurung lagi. huuuu. Jadi korang balik kampung dah ke belum tu?

19 July 2019

Tripple F.U

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Tuan blog senyap. Tetiba keluar tripple F.U kohkohkoh. Fateh Uwais, Furqan Uqbah, Faiha Ulya. Iyeeeee tuan blog ni baru dapat anak. gegirl. Alhamdulilah. tu yang senyap sunyi sepi lama sangat tu. Alahnya masyaAllah tatau nak cerita. mujur la time alah tiga bulan tu tengah cuti semester. duduk rumah layan alah jela yang boleh. nak bangun berjalan, masak, makan, uruskan lagi dua orang anak tu pun tak terdaya. nak ngadap laptop update entry lagi la tak larat. hukhukhuk.

bila dah sihat sikit busy attend kelas. dah habis kelas, busy dengan final exam lagi, assignment nya lagi. hal rumah tangga lagi. ehhh banyak nya nak kena list hihihi. dah habis final. beranak baby baru pulak. dah tu hari ni baruuuu lah rasa boleh nak update entry. itu pun kena tunggu ada 'rasa' tu dulu baru rajin nak ngadap blog nya. 

nanti la ada masa terluang kita cerita sembang banyak sikit. rindu ke blog ni sebenarnya. ini jela medium yang boleh 'cakap' banyak pun selain sembang dengan suami dekat rumah. tapi tula. banyak tapinyaaaaaaaaa


belanja gambo budak tripple F.U sekeping ;) hihihi

16 May 2017

Kemas Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau dulu masa bujang kemain lagi rumah teratur sedia. bilik pun elok je kemas. jarang la nak Nampak susun atur selerak kemain. sebab saya ni ada sejenis mild ocd. mild jela. tapi kalau bujang tu memang rasa macam heavy sangat ocd nya. bila dah kawen terpaksa belajar kurangkan penyakit ocd tu. kalau tidak hari hari stress. bukan kita je. nanti suami dengan anak anak pun stress sama. mula masing masing naik darah tinggi hhihihi.




sejak ada anak kecik ni jujurnya memang jarang sangat kemas rumah. jarang tu maksudnya dalam masa sehari tak la setiap masa nak kemas rumah sesaja. kemas rumah kemas mainan bebudak lepas diorang dah tido. iaitu malam hariiiiii. lepas je dorang tido cepat cepat kemas simpan mainan dorang. susun balik ke tempat asal. legaaaaa tengok rumah kemas takde mainan sepah sepah. kalau tidak tu semua tempat ada mainan dorang. siap atas tilam pun ada. tak ke sakit hati bila elok nak baring tapi terbaring atas lori sampah. atas lori simen. brrrrrrrr



konsep saya. main la korang. sepah la korang. ummi tak larat nak susun je sentiasa. habis kuat bila ummi tak larat nak kemas tak larat nak tengok mainan terlampau banyak. ummi masuk dalam beg. masuk dalam bakul. bungkus pakai plastic sampah letak dalam store. haaaa puas hati aku. hahahahaha. dah tiga bag mainan dorang dalam store tu duduknya. kerja ummi simpan. kerja anak bila masuk store sebijik sebijik mainan dia bawak keluar balik. kalau dia bawak sebakul karang ada pulak suara petir yang keluar hahahahaha.



rumah sewa kami hall kecik. jadi memang takde niat nak beli perabut like sofa atau meja makan. sebab nanti makan space takde ruang anak anak nak main basikal ke main kereta motor ke. kesian dekat dorang. nak bagi main dekat parking kereta. sape pulak nak tunggu tengok dorang main dekat luar nun. walaupun masih dalam kawasan berpagar tapi hati ummi tetap takmo lepaskan dorang main dekat luar. bahaya sekarang ni.

orang kata kalau rumah bersepah dengan mainan anak. anak punggah mainan. punggah baju tu maknanya otak anak tengah berkembang. ye memang berkembang pun. sekali dengan mak nya pun kembang sekali hahahaha. tapi yang heran kadang tuang je mainan dari dalam bakul tapi bukan semua mainan tu main punnnn. ada la dua tiga bijik je yang mainnya. yang selebihnya saja buat semak atas lantai. bila Tanya kenapa sepahkan mainan? kenapa tak ambik je yang akhi nak main tu? jawabnya. biarlah ummi. nanti senang akhi nak ambik bila nak main yang itu pulak. grrrrrrrrr

budak kecik ni sorang lagi lah. bukan mainan je dia punggah. baju kotor dalam bakul. baju dorang dalam almari. stokin ummi. stokin depa dalam bakul tu pun dia Tarik bawak keluar. lagi geram dengan budak kecik ni haaa. Nampak je kecik gitu. grrrrrr

jadi kesimpulannya bila tak nak diri sendiri stress sampai sakit kepala. bila nak bagi otak anak BERKEMBANG. biar je mainan dorang bersepah. nanti diorang dah tido kita kemas balik. bila ada tetamu nak datang kita sorok dulu mainan. takde la kena chop pemalas kemas rumah kuikuikui. anak gembira ibu bahagia gituuuuu. terpaling bahagia bila terpijak mainan dorang. nak pulak mainan macam lego, tangga lori bomba, tong lori sampah. paling best bila terpijak lepas tu krakkkkkk bunyi pecah. terus ummi humban masuk tong sampah. settle miahahahahahaha 

07 May 2017

Double F.U

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak sejak ummi rajin share cerita budak double F.U tu dekat fb ummi jadi jarang pulak nak cerita pasal dorang dekat blog. padahal dulu berderet cerita pasal anak je mihmihmih. yela sat lagi orang kata macam dia je ada anak. orang lain takde anak pulaks :p





Fateh Uwais sekarang tengah lalu makan. tengah berselera makan. kadang tu pukul 10.30 malam mintak nasi walaupun tadi pukul 7 malam dah makan nasi bagi habis "akhi lapaq Nasik la ummi" anak iols speaking utara sikit, speaking keyel sikit uolsssss :p kadang tu lepas makan nasi pun boleh mintak koko crunch. makan habis sekotak pek kecik tu adoyaiiii. tak bagi kesian. nak bagi takut karang dia tak boleh tido kekenyangan pulak. lagi haru ummi abi dia.

macam aritu makan dekat kedai. "kalau nasi akhi habis, abi mintak tambah nasi lagi ye abi" =..=' padahal tengah makan nasi kot. nasi yang duk ada tu pun tak habis lagi. Fateh Uwais kami memang jenis makan nasi. dia tak makan benda ringan macam spaghetti ke mee ke dia tak layan. kalau nasi, sup sup, telur rebus memang berselera makan bertambah tambah. tapi kitorang pulak yang jemu ulang tayang sup hari-hari. kalau sehari tak buat sup mesti soal banyak-banyak sampai tak larat nak jawab. brrrrrr. dan sekarang Fateh Uwais sangat suka menyanyi. kalau nak balik kampong dari Alor Setar sampai Penang kot dia boleh menyanyi. tak penat pulak tu!!!

adik dia Furqan Uqbah pun sama naik. pantang Nampak makanan. ailio dia dulu menitik, mulut tu cap cap cap macam dah masuk makanan. tapi badan serupa tu jugak sampai kena berulang klinik tiga bulan sebab berat badan tak cantik. dia ikut ummi kot. selim melim kofkofkof :p pandai gempar orang. kalau main dengan Akhi Uwais. dia yang kejar orang tu. Merangkak. tak letih pulak tu merangkak laju-laju. arghhhh arghhhh duk gempar orang =..=

tapi dedua kembar siam abi. abi balik je dedua laju je ke pintu sambut abi. bila abi Tanya ummi mana? pandai pandai je jawab ummi tido. padahal ummi tengah solat. pepandai je grrrrrrr    

23 February 2017

Menangis Dalam Pantang | Furqan Uqbah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama nak cerita pasal ni. tapi tula penyakit M tu banyak sangat hahahaha. baby dah masuk 9 bulan pun. pantangkan anak sulung dulu tak banyak sangat karenah nya. senang cerita semua pun berjalan dengan lancar. anak pun senang nak jaga.





pantang anak kedua yang paling rasa mencabar sangat. balik dari hospital malam tu dia dah start buat perangai. menangis tak berhenti. mulanya ingat sebab susu tak keluar lancar. dia lapar. kan hari tu susu ummi tersumbat. tapi lepas urut susu. susu dah meriah. pun sama menangis tak berhenti. paling best dia menangis start mahgrib sampai la pukul 11 ke 12 malam. MENANGIS TAK BERHENTI dan HARI HARI ye. sampai merah merah keras badan dia menangis tu. time siang ok. sampai atok dia kata "macam bukan dia yang menangis semalam tu" macam macam cara la kami buat.

mula ingat kembung perut. picit itu ini. jaga makan semua. sebab menyusu badan. pun sama tetap menangis jugak. bila maghrib je mula lah susah hati sebab itu lah time dia nak mula menangis nya pun. kesian ke mama papa dan family lain. semua orang pun tak boleh tido bila time dia menangis tu. lepas je 11 atau 12 malam dia diam dan tido sampai ke pagi esoknya. bila menangis tu sumbat la apa pun. tak jalan punya. kadang nak boleh diamnya bagi gigit jari kita =..= bagi pacifier dia takmo. pandai pulak tu tolak.

angin pasang. pergi berubat dekat sungai siput. pakcik tu kata memang ada angin pasang. tapi baru nak jadi. berubat dengan pakcik tu sekali. alhamdulilah Nampak ada surutnya. dan tak pernah jadi lagi lepas daripada tu sampai sekarang. tapi ummi kena pantang betik. baby pun tak boleh makan betik. tapi baby tetap menangis bila time maghrib.

cuba pulak cari orang yang boleh berubat sawan tangis. pun orang tu kata ada sawan tangis sikit. baru nak menjadi. berubat. bagi air mandi. air sapu dekat kening. tapi tetap menangis jugak tak berhenti henti.





paling ummi takut bila bawak ke klinik untuk cucuk sebulan. dalam hati dah doa banyak banyak jangan la anak menangis. masa tu pulak pergi dengan pakngah dorang. abi nya kerja. kan masa tu pantang dekat Ipoh. opah dorang pulak kena tunggu dekat rumah. Fateh Uwais dorang tak boleh handle kalau bawak ke klinik sekali. budak aktif tu abi dia je boleh handle huuuu. sekali ummi pergi toilet nak test urine baby tinggal dekat nurse. balik dari toilet dengar baby menangis tak berhenti sampai tersedu sedu. sahhhh Furqan Uqbah yang menangis tu. semua orang tengok. tebal jugak la muka tapi apa boleh buat. jenuh nak pujuk bagi diam. lepas pada tu rasa tobat takmo pergi klinik sendiri lagi dah huuuuuu

nak jadi cerita anak kedua ni ada pulak jaundice. bila time nak cucuk ambik darah tu Allah tuhan je tau macam mana perasaan dengar anak menangis dan nak pujuk anak tu bagi diam. sebab anak kita bukan menangis sikit sikit macam baby baru lahir lain. menangis menjerit sampai tersedu sedan. sampai selop la orang utara panggil. orang keliling memang tengok pelik ke kita dah. mujur la jaundice nya sikit je dan detect pun masa hari ke 9. jadi tak lama sangat kena berulang klinik.

berubat dengan bapak sedara saya pun tak jalan jugak. takut Furqan Uqbah ternampak makhluk halus yang kita tak boleh Nampak ni. tapi katanya tak. dia ok je. takde kena gangguan makhluk halus ke apa.

bidan yang mengurut bagi petua suruh ambik air kolah masjid time malam lepas isyak. time sunyi sunyi. dan mandikan baby. dengan niat. moga baby boleh senyap sunyi macam sunyinya masjid waktu malam hari. punnn sama tak menjadi jugak.

last sekali berubat dengan Ustaz Hussin dekat kampong tu. Ustaz tu cuma pandai baca baca ayat Al Quran je dekat air. bagi mandi bagi baby minum sikit. alhamdulilah dengan Ustaz Hussin tula baru menjadi. baruuuuuuuu lah baby tak menangis lagi dah. baru lah rasa macam keadaan kembali normal dan boleh berpantang dengan tenang. itupun masa lagi seminggu dua nak habis pantang. bayangkan mula dari hari ke tiga pantang sampai lagi seminggu nak habis pantang baru baby Furqan Uqbah diam dan tak menangis dah. kalau tidak tu sepanjang malam dia menangis setiap hari. mujur family dan suami banyak tolong. kalau ummi sendiri entah la jadi macam mana. huuuuuu

sepanjang pantang kedua ni memang ummi banyak berjalan keluar rumah. kalau dengan anak sulung dulu duduk rumah je tak kemana. keluar pun cuma pergi klinik. saya pantang ketat. pantang kampong. memang pantang mama saya kalau keluar rumah time pantang ni haaaa. time pantang yang kedua terpaksa keluar rumah nak berubat anak. kalau tak ikut sekali buatnya tengah jalan budak tu menangis nak sumbat dengan apa. sebab susu badan. botol memang tak jalannya kalau time dia buat perangai menangis tu haaaa

tapi setiap kali pergi berubat. semua pun cakap benda yang sama. Nama anak berat. maksudnya macam nama yang kami bagi untuk anak tu berat untuk dia bawak masa baby born tu haaa. Fateh Uwais dulu pun sama. jadinya kata mereka nak kekalkan nama tu boleh. tapi masa baby born kecik kecik tu panggil dengan panggilan lain. contohnya 'baby' elakkan dari panggil nama dia yang betul. nanti bila dah besar sikit baru panggil nama dia sendiri. ummi redha. mungkin sebab memang nama dorang ni dalam maksudnya dan berat jugak maksudnya maka ummi redha. janji nama tu tetap kekal nama dorang sampai ke besar. masa baby2 ni panggil baby pun takpeeeeee. hihihihii.

nama dorang bukan saje saje saya bagi dan pilih. bukan nak nama yang lain dari lain. bukan nak nama yang sedap disebut sahaja. saya cari dan pilih maksud yang baik. dengan harapan dan doa bilamana setiap kali nama dorang dipanggil. sekaligus mendoakan diri dorang sendiri. itu niat sebenar Ummi FatehFurqan. hanya itu sahaja.

cuma yang bagusnya bila dia menangis sampai merah merah muka badan dia tu. badan dia cepat keras. leher pun dalam pantang dah kerasnya. badan memang takde lembik lembik susah nak dukung macam baby born lain. jadinya mudah untuk orang lain dukung dan mengasuh dia kejap sebab tak lembik. orang pun tak takut nak dukung hihihi.

Fateh Uwais = Pemberian pertama. Fateh dari Sultan Muhammad Al Fateh. Uwais dari Uwais Al Qarni. rasanya ramai yang kenal dengan ikon islam ni kan? nama Uwais Al Qarni dan Sultan Al Fateh dah viral sekarang ni. ramai parents yang bagi anak dorang dengan dua nama ni

Furqan Uqbah = Qari alim yang dapat membezakan antara hak dan batil. Furqan dari surah Al Furqan. Uqbah dari Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani. Seorang qari alim juga penghafaz Al Quran dan seorang panglima perang.     

22 February 2017

Extra Aktif | Double F.U

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sama je perangai dua beradik ni. malam semalam rasa nak laga je deme dua ni. sama naik!!! semalam ummi abi ter ralit sikit. tertido lambat dari selalu. lambatnya dalam pukul 11.30pm. selalu tu pukul 9pm @ 10pm dah tutup lampu tido dua beradik ni. Fateh Uwais memang kami laki bini tau dah kalau lari jauh sikit dari waktu tido dia memang jadi extra aktif semacam. jadi payah nak tido. buat perangai. sebab lambat tido. dia tak mengamuk mintak tido tapi buat perangai over aktif lain dari hari biasa. rupanya Furqan Uqbah pun sepesen perangai sama macam Akhi dia. adoiiiiiiii

sebelum tutup lampu kemain dua beradik ni main terjerit jerit. main kejar kejar. kepala iradatnya cuba teka siapa? tuuuu budak baju biru lubang lubang paling kecik tu haaaa kepala iradatnya. dia yang pergi acah-acah akhi dia suruh kejar, ajak main. sanggup tu tahan takmo susu pergi merangkak tempat akhi baring menyusu acan acan suruh kejar geletek dia. ya ampun adikkkkk ko tu baru 9 bulan tau. apasal perangai macam budak besar je haaaaa adoiiii stress memalam. yang si Akhi pun seronok kemain sebab baby yang mula ajak dia main. lagi ligat terjerit2 herrrrrr

ingatkan dah tutup lampu gelap gelita rumah boleh la tido. rupanya sama jugak. boleh pulak tu merangkak2 jumpa akhi belah sana. siap sambung gelak lagi =..= abi dah bedung pun tak jalan jugak. masuk buai dia bantai menangis sedih sedu sedan. last sekali abi separate tempat tido budak berdua ni. selalu tido dekat dekat. malam semalam sorang sana sorang sini itupun lepas kena marah deduanya baru aman boleh tido dengan tenang sampai ke pagi. adoiiiiii semput rasa. orang dah tak boleh nak angkat mata diorang boleh buat segar bijik mata pulak dahhhhhhh
 

14 February 2017

Alergik Organ Dalaman | Furqan Uqbah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Penyakit M update blog makin menjadi jadi pulak sekarang ni hukkkkk. sejak ada anak yang menyusu badan ni. kita pun jadi kena jada diet harian sama. bukan diet nak kurus tuuuuuu tapi diet untuk jaga kesihatan dia. sebab baby yang menyusu badan ni dapat khasiat dari susu yang diminum dari ibunya. sebab tu ibu yang menyusu kena jaga diet harian. kalau tidak effect ke anak yang menyusu badan tu. kalau makan benda angin. kembung lah perut si anak. kalau makan benda pedas yakmat silap silap anak cirit birit pulakkkkk. banyak pengorbanan momies ni haaaaa

kalau Fateh Uwais dulu kalau saya makan limau oren berlebihan atau minum susu dia yang cirit birit. jadinya ummi kena makan sehari sebijik je oren Sunkist tu. dan minum susu pun kena berpada pada kalau tidak merah lah montot dia asyik cirit je huuuuuu

Furqan Uqbah masa lahir dulu detect angin pasang. menangis je dia. lagi menangis lagi besar angin pasangnya. berubat cara kampong. sampai ke Sungai Siput kami pergi. masa dalam pantang kan dia ummi berjalan ke sana sini nak berubat kampong. banyak betoi dugaan nya masa pantang aritu. takpe la next time cerita. ke Sungai Siput berubat angin pasang. dengan pakcik tu sekali je berubat kalau dengan orang lain kena berturut tiga kali buatnya. tapi alhamdulilah walaupun sekali tapi Furqan Uqbah terus elok dan takde jadi lagi angin pasang. kata officemate kalau nak tengok angin pasang tu jadi lagi ke tidak tengok time bulan mengambang. kalau time tu jadi angin pasang maksudnya tak sembuh sepenuhnya lagi. dan ummi dan baby kena pantang makan betik. tak kisah la pucuk betik ke buah betik. kena pantang makan kalau nak angin pasang tu sembuh elok.






dan dapat detect lagi satu. baby Furqan Uqbah sangat alergik dengan organ dalaman. macam hati, jantung, pedal tak kisah organ dalaman ayam atau lembu kerbau semua tu. asal namanya organ dalaman memang alergik. kesian ke dia. mulanya tak perasan. tapi satu masa tu muka mata dia merah merah sampai bengkak. kaji punya kaji ada satu je benda pelik yang ummi makan. hati lembu berempah. sedapppp tapi anak tatahan. maka marilah kita lupakan yang sedap tu sementara anak menyusu badan ni haaaaa



kalau masak organ dalaman kuahnya pun ummi tak boleh makan. dia lagi lah tak boleh makan. terus cepat naik merahnya. siap bergaru lagi hukkkk. kesian dia. jadi momies kalau detect anak tetiba ada something yang pelik. kalau anak tu menyusu badan cuba tengok diet seharian. try and error. kalau jadi lagi sahih lah benda tu memang alergik dengan anak. dan cuba elakkan. kami pergi klinik hari tu dokte bagi krim ezerra. alhamdulilah serasi dengan Furqan Uqbah





05 January 2017

Cara Didik Abang Sayangkan Adik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




saya mengandungkan Furqan Uqbah masa Fateh Uwais baru masuk 2 tahun. kiranya hadiah birthday la dapat adik baby tu kofkofkof :p memang dah plan kalau Fateh Uwais dua tahun nanti baru kot nak bagi adik dekat dia. kalau boleh takmo gap jauh sangat. kes terpengaruh dengan kata kata staff nurse masa lahirkan Fateh Uwais dulu. katanya kalau gap anak jauh sangat nanti masa nak bersalinkan anak kedua sakitnya sama macam anak sulung. maksudnya macam kalau anak kedua nanti lagi mudah bersalin lah kalau gap tak sampai tiga tahun. hurmmmm takde pun. sakit nya sama je bersalin sulung ke bersalin kedua ke. tapi rasa macam bersalin kedua lagi sakit. hurm hurm 

dalam hati dan otak memang cukup risau. takut Fateh Uwais tak pandai ber'adik'. takut dia buat adik. dia jeles ke dan macam macam lagi benda negatif hasil dari mulut mulut orang sekeliling yang banyak menabur kata-kata negatif pfffftttttt. tapi ummi is ummi. belajar untuk berfikir yang baik baik dengan harapan dan doa yang baik jugak mengiringi. cuba untuk didik abang sayangkan adiknya dari dalam perut lagi.



masa baru je pregnant terus bagitau Fateh Uwais ada adik baby dalam perut ummi ni. ini adik akhi. akhi kena sayang baby sebab baby sayanggggg akhi sangat. tengok ni baby tendang-tendang akhi. tu maksudnya baby sayang akhi la tu. sambil sambil tu ummi pun menggerak2kan perut. biasa ummi drama queen miahahahaha. so start dari hari dia tau ada adik baby dalam perut ummi memang dia tak pernah buat lasak dengan perut saya. sekejap sekejap datang cium perut. gosok2 perut. sebab tu ummi sekarang cukup susah hati kalau tetiba dia mai gosok2 perut. haihhh berpeluh ummi nakkkkk hahahahaha

yang baby pun masa dah pandai menendang. setiap kali Fateh Uwais datang cium dan gosok perut mesti dia akan bagi tindak balas. macam dah boleh faham je haaaa. sebelum ni bila Fateh Uwais tengok biras saya pregnant dia dah siap siap tanya "dalam tu ada adik lagi ke ummi?"


bila adik baby dah keluar memang akhi Uwais antara manusia yang terpaling excited. sampai sekarang pun dia sangat protect adik baby dia. kalau orang dia tak kenal nak pegang baby atau acah acah nak ambik adik baby siap la engkau kena marah. kadang siap kena tumbuk, kena jerkah lagi. jangan harap lah nak dapat. memang mulut dia laju je "tak boleh!!" kadang mak ngasuh acah acah suruh tinggal baby pun laju je mulut dia marah kata tak boleh tu. dekat rumah pun alhamdulilah tak pernah lagi dia pukul adik dia ke, apa ke. cuma kadang je bila dia geram adik baby tu kena gigit. "akhi gigit lah sebab geram baby tu comel sangat" adoiiii doiiii

antara cara kami suami isteri didik anak sulung sayangkan adik nya. setiap hari setiap masa kami sebut perkataan hikmat ni "baby sayangggggg akhi sangat sangat. akhi sayang baby tak?" bila sebut je perkataan tu dia pun datang peluk baby gosok2 kepala baby cium baby. setiap kali bila baby terrrr tarik rambut dia ke ter buat apa apa dekat dia ke sebut je perkataan hikmat tu automatik emosi Fateh Uwais jadi lembut balik.

peranan mak pak pun penting jugak bila dah ada anak dua ni. kena sama sama adil. walau dah ada anak kecik tapi perhatian tetap kena bagi sama rata. walau adik kecik lagi memerlukan perhatian sebab baby born tapi kena pandai pandai kaburkan mata pandangan anak sulung supaya dia nampak yang kita ni adil. insyaAllah takde kes cemburukan adik sebab perhatian mak bapak tertumpu pada baby baru lahir yang lebih memerlukan perhatian. 



kena pandai tepis mulut longkang yang selalu provok anak sulung "nanti dah ada adik ummi abi tak sayang dia dah laaaaa" kena pandai tepis dan cuci balik minda anak kita dari perkataan perkataan kotor macam ni. biar dalam otak dia sentiasa subur yang ummi abi tetap sayangkan dia walau dah ada adik dua tiga empat lima sepuluh orang pun. tapi kena betul betul buktikan lah yang kita memang masih sayangkan dia walau dah ada anak kedua. janganlah hanya manis mulut aje hewhewhew. 

buat buat tak nampak kadang kalau akhi Uwais terrrbuat baby Furqan. yang sebetulnya tindakan dia tu tak sengaja. Fateh Uwais kami ni kadang kasar dan lagi satu awalnya dia belum pandai nak tahan tangan dia dari laju dan last sekali tersasar kena baby. kalau kesan dia tak kuat sangat dan baby nangis sikit kami memang buat tak nampak. kalau kesan dia kuat kena tegur la jugak. rasanya tak pernah lagi kami tengking dia kalau dia tak sengaja terbuat baby. selalunya memang kena tegur dan kena peringat "baby kecik lagi baby tak reti nak main kasar2. nanti baby dah besar baru akhi boleh buat macam tu" dan alhamdulilah dia paham dan berkesan. dan rasanya tindakan kami ni jugak nak bendung Furqan Uqbah dari manja dan tak boleh salah sikit. takut kalau biasa sangat kena protect nanti dia tak pandai nak berdikari pulak bila sorang dia nanti. lain ada Fateh Uwais. akhi memang protect dia sungguh sungguh punya. 

dan jangan lupa selalu selalu lah puji tindakan anak yang sangat sayangkan adiknya tu. biasalah budak budak ni makan puji sikit. bila dia dah buat sesuatu dan ada penghargaan dia mesti akan hargai. budak hati dia putih lagi ;)




  

12 October 2016

Bezanya Dua Beradik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dua beradik walau dari rahim yang sama. Ummi Abi yang sama tapi karakter yang berbeza. memang rasa berbezaaaa sangat walaupun jantina nya jugak sama hihihihi. 


Fateh Uwais dulu kalau bagi menyusu badan. paling dia suka lah boleh merap atas badan ummi. paling suka tido atas lengan kalau boleh tido tu takmau jauh langsung dari ummi tersayang dia ni haaa. kalau letak je atas katil boleh terus segar bugar mata dia =..=

orang suruh tido, dia senyum2 menggoda grrrrr

tapi Furqan Uqbah takkkk. tak suka nya dia nak tido merap2 atas badan atas lengan ni haaa. baringkan dia atas katil je. bagi susu celah tiak :p lagi dia selesa. ape ke engko nak kata lengan ummi ni tak sasa tak empuk yang tak syok nak merap atas lengan ummi tu ke wahai anak???? sobssss sentap hati ummi. baru ingat nak manja2kan anak merap2kan anak sekali anak meronta ronta mintak dilepaskan. pffffttttttt

kalau nak kata manja. Adik baby ni lagi nampak manja dari akhi uwais dia. tapi bila bab menyusu hurmmm nak berdikari pulaknya. suka hati la korang. asalkan bahagia badan sihat cerdik pandai pun dah membahagiakan hati ummi abi. cumanya kalau Fateh Uwais dulu bangun je tido mesti meraung terus kalau tak nampak ummi atau sesiapa dekat tepi. tapi Furqan Uqbah boleh buat rileks main selimut main bantal sensorang dia. masuk bilik nak spotcheck tengok2 dah senyum2 gatal nampak ummi abi tersayang datang jenguk dia. tak sedar pun bila bangunnya. bangun pagi lah selalunya yang macam tu. anak2 berbeza karakter. kalau tidak takut ummi abi bosan lah kot nak mengadap dua keindahan yang sama ye tak? ;) 

03 October 2016

Maksud Nama Furqan Uqbah



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Perkara yang paling penting dalam hidup seorang ummi FatehFurqan bilamana tau diri mengandung bawak satu nyawa dalam rahim. Memilih nama yang terbaik untuk anak yang baru lahir. Dari mengandung sulung memang dah ready dua nama. Satu nama lelaki satu lagi perempuan. Buat masa sekarang simpan kemas2 dulu nama untuk heroin. Tapi kot kot sampai masanya nama bertukar tatau la pulak ekekekeke

Memang saja pilih nama bermula huruf F. nama saya mula huruf N. dulu masa sekolah bila time nak tunggu turn selalu rasa lama. Dari A nak ke N tu rasa lamaaaaaa sangat. Bila masuk dewan exam pun sama. Orang lain dah kemana hala. Kita baru nak kena panggil nama. Terus takmo letak nama anak yang hujung abjad. Nak pilih A. macam biasa sangat. Kita buat luar biasa sikit ambik F. kihkihkih. Sebab Fateh Uwais dah FU. Makanya adiknya pun kena FU barulah synchronise kakakakaka :p




FURQAN

Membawa maksud yang dapat membezakan antara hak dan batil. Inspired dari Surah Al Furqan sendiri. Disebabkan nama Fateh tu sendiri adalah salah satu dari surah dalam Al Quran jugak (Al Fatihah) makanya ummi cuba sedaya mungkin cari nama adik baby berdasarkan dari surah Al Quran jugak. Ummi takut nanti bila dorang besar masing2 pertikai kenapa nama akhi ada dalam salah satu surah Al Quran tapi nama baby tak. Ko tengok ummi ko fikir punya lah jauh ke depan sesiap dah hahahaha

UQBAH

Membawa maksud Seorang qari alim. Penghafaz Al Quran dan panglima perang. Inspired dari nama Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani. Yang mana meninggalkan ‘harta dunia’ dan berlari menemui Rasulullah untuk mencari ‘harta akhirat’ jugak menjadi “Radif Rasulullah” (Boncengan Rasulullah). Belajar membaca Al Quran dari Rasulullah SAW sendiri sehingga menjadi Qari Alim yang merdu alunannya ketika membacakan Al Quran, Ahli hadits, Ahli Fiqh. Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani jugak salah seorang panglima perang yang sangat mahir memanah. Turut berperang bersama Rasulullah SAW dalam perang uhud dan perang2 selepas pada tu.

Kalau tengok pada maksud nama anak2 yang ummi bagi pada Fateh Uwais dan Furqan Uqbah. Memang berat namanya. Masa diorang berdua baru lahir memang diorang sukaaaaa sangat menangis. Menangis yang sampai tatau nak pujuk macam mana lagi. Menangis yang tatau punca samada kembung ke, ape ke. Bila ‘berubat kampung’ kebanyakkan nya akan kata nama dorang ni ‘berat’ untuk diorang bawak masa umur baby2 tu huuuu.

Ummi yang sebenarnya nak bagi nama yang baik untuk anak2. Tak terfikir pulak berat ke tidak. Yang fikir masa tu nak bagi nama yang baik. Maksud yang baik. Dengan doa dan harapan bila orang panggil nama tu sekaligus mendoakan anak2 ummi dengan maksud yang ada pada nama tersebut. Pernah jugak baca memberi nama yang baik untuk anak yang bakal lahir salah satu sunnah yang dituntut bagi setiap ibu bapa. Ummi hanya berusaha jadi yang terbaik hukhukhuk. Sekaligus mendoakan moga keperibadian anak2 ummi walau tak semua tapi sedikit sebanyak tercalit peribadi yang baik dari maksud2 nama yang baik ituuuuu.

Furqan Uqbah = Seorang Qari Alim yang dapat membezakan antara hak dan batil

Maksud nama Fateh Uwais dan inspired namanya dulu pernah tulis dalam entry ni. Jujurnya nama anak-anak ni saya yang cari dan namakan. Suami memang bagi peluang untuk saya namakan anak-anak. Takde jadi tragedi berebut nak namakan anak. Hihihihi. Cuma Fateh je yang dia bagi. Sebab terpaut dengan peribadi Sultan Muhammad Al Fateh. Ummi pun sama. Terpaut lepas baca kisah Sultan Muhammad Al Fateh. Samalah macam terpaut lepas baca kisah Uwais Al-Qarni dan Uqbah Bin ‘Amir Al Juhani.

26 September 2016

Pusat Berdarah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kejadian lepas pusat Furqan Uqbah dah jatuh. Pusat tertanggal masa hari ke-7 dulu Fateh Uwais hari ke-11 baruuu nak jatuh pusat. Masa dulu tu tatau yang rupanya air merah yang hospital bekalkan kena letak sehari sekali je. Yang ummi letak dua kali sehari. Padan la pusat anak tak kering2 dan lambat jatuh. Dengan anak kedua ni baruuuuu la nak PANDAI sikit(hahaha) letak sekali je sehari dan bagi tali pusat tu kering2 baru lah pusat tu cepat jatuh.

Bukan ape baby ni selagi pusat tak tertanggal selagi tula seriau nak uruskan dorang. Takut dorang sakit bila tali pusat yang tergantung2 tu terlanggar ke tersepit ke ape ke. Bila dah jatuh legaaaaaa. Nak pakaikan pampers pun tak seriau lagi dah.

Tapinya Furqan Uqbah ni bila dah jatuh pusat jadi berdarah pulak dalam pusat dia tu. Banyak hari la jugak. Kebetulan check up dekat klinik. Terus tanya pasal pusat yang berdarah tu. Kata nurse normal je sebab boleh jadi masa tertanggal tu pusat belum kering elok. Atau masa nurse LR potong terpotong jauh sangat dari pusat. Jadi nya luka dalam tu lambat sembuh tu yang jadi berdarah. Tapi baby takde rasa sakit.

Alhamdulilah legaaaa dengar. Info tambahan yang bidan urut kabo(bagitau) kalau orang dulu masa bersalin tali pusat tu bidan lurut dulu bagi keluar lendir baru dipotong. Tapi zaman sekarang tak. Keluar je baby terus gunting tali pusat, tak lurut keluarkan lendir dulu. Tu yang tali pusat lambat kering dan lambat proses nak tertanggal dengan sendirinya.

Lagi katanya. Sebab tu baby baru lahir ni kena tuam dekat area pusat tu. Takut lendir yang masih ada tu masuk dalam ari2. Kalau perempuan tu yang jadi punca keputihan dan kalau lelaki punca kena angin pasang. Wallahualam. Tapi orang tua ni kan lagi banyak pengalaman. Lagi banyak makan garam. Makanya kalau ada petua kita ikut jela selagi tak salah ;) katanya kalau nak tuam pusat anak yang belum jatuh lagi daun sireh tu layurkan atas api dah suam tuam2 ke perut anak dan pusat anak tu


hurm boleh jadi jugak la sebab Furqan Uqbah memang kuat nangis masa dalam pantang. yang tu nanti cerita lain la. abi dia pun perasan masa nangis tu pusat tutup bukak tutup bukak sama macam mulut baby yang tutup bukak masa nangis tu. sekarang alhamdulilah lepas pusat dah kering elok, dah tutup rapat takde dah isu pusat berdarah lagi. alhamdulilah :)
 

20 September 2016

Mak Anak Dua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Dah lama rasa tak cerita pasal anak-anak dekat blog. Asyik cerita pasal review bla bla bla je. Makin busy dengan dua budak ni haaaa. Pandai pulak tu bila ada abi masing2 merap. Bila takde abi elok je dedua bagi kerjasama. Kome pakat ke ape?

Fateh Uwais. Dah tiga tahun budak ni. Cepatnya masa berlalu. Sedar2 anak dah pandai jalan sendiri, dah pandai pilih barang, pilih baju cantik mana nak pakai, dah dah pandai lari dari tangkap gambar. Susahnya nak ajak dia selfie sekarang ni. “jgn tangkap gambar akhi!!” =..= dah makin besar, otak berkembang ke arah lain pulak. Dah masuk fasa kenapa kenapa dan kenapa

Bila jawapan berbalas KENAPA sesak dada nak mencari jawapan. Bila jawapan berbalas “ohhhh” baru boleh bernafas dengan tenang. Fuhhh mencabar betul kadang rasa. Paling mencabar bila kena jawab soalan yang sama berulang ulang ulang kali. Sampai satu tahap bila ummi stress dan ummi jerit arghhhhhhh “kenapa ummi jerit ni? Ummi tak pape pape?” hukhukhuk. Dah pandai membebel. Tambah bila adik baby buat perangai takmo tido. “bagi tidoq takmau, susu takmau, lena takmau. Nak ape lagi? Amboiiii” siap beramboi lagi tuuuuuuu



Furqan Uqbah. Bulan ni dah masuk 4 bulan. Dah membulat seketoi dah budak tu. Badan nampak kecik tapi hantap kemain. Tak larat la ummi nak dukung kalau berjalan kemana. Duduk la dalam carrier tu macam anak kanggaro kihkihkih. Peramah, suka senyum, suka goda, suka berdiri tapi tak suka baring lama2. Hahahahaha. Paling pantang dia kalau biar baring lama2 atas tilam tu haaa. Sakit hati gamaknya tengok akhi boleh main berlari sana sini. Bila nak menerap kalau dah asyik duduk atas orang je adik oiiiiii

Dah boleh pusing2 dah. Sedar2 dah jauh dari playgym, pusing 360 darjah. Tendang2 selimut, tendang bantal. Tapi tak lepas lagi lengan dia nak menerap. Kalau Fateh Uwais dulu jenis seorang yang gigih. Kalau nak tu dia buat sampai boleh. Tapi adik baby tak. Bila tak dapat, dia terlentang balik bawak masuk tangan dalam mulut dan sambung mengomel.

Haaa dan memang sekarang fasa dia ‘merasa’ semua jenis benda yang lalu depan mata, yang dapat dicapai jari kecik comel tu. Dah dapat, bawak masuk mulut. Sampai gam ummi pun nak bawak masuk mulut grrrr betoi!! Seronok bila tengok dah pandai tarik2 menan bergantung, main mainan. tetiba rasa jangan la besar cepat sangat. Hihihi.
 

06 September 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua | Furqan Uqbah Bin Nadzri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tiga bulan cuti kerja. Tiga bulan plus plus jugak cuti blog hewhewhew. Bukan pemalas tapi memang tak sempat pun nak bukak blog. Fateh Uwais tido Furqan Uqbah jaga. Furqan Uqbah tido Fateh Uwais jaga. dah tu mana masanya ummi nak ngadap blog pulak. nak ngadap entry pun kena ada mood yang tak terganggu. kalau tidak nanti jadi entry tak beremosi. tak syok diri sendiri nak baca kofkofkof :p



Alhamdulilah 13 Mei 2016 lepas hari Jumaat yang barokah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah. Lelaki dengan berat 2.8kg dalam keadaan normal. Orang kata anak kedua ni mudah lagi dari anak sulung. hurmm mudah la sikit kot. kalau masa anak sulung dulu sakit sehari suntuk. anak kedua sakitnya setengah hari. nak kata kurang sakit, sama je sakitnya macam anak sulung dulu. lebih lagi pulak rasanya sobsss. cuma masa nak meneran tu sekejap. 10 minit dah keluar budaknya. kalau Fateh Uwais dulu 2 jam lebih proses meneran baru keluar.



11 Mei 2016, Rabu



Malam sebelum tido. Mula rasa macam baby dalam perut mengumpul ke ruang nak keluar rahim. Dekat serviks. Bergerak ke bawah dan ke bawah. Pergerakan tu rasa dalam empat kali. Terfikir jugak ni salah satu tanda ke cam mana nya? Masa Fateh Uwais dulu takde pulak rasa macam ni. Sakit pinggang sakit ari2 tu memang dah seminggu lebih rasa. Rupanya tanda yang saya rasa tu memang salah satu tanda dah nak bersalin. Doctor muda yang check dekat LR tu bagitau.



12 Mei 2016, Khamis



Pepagi tetiba mai mood rajin kemas almari adik baby. Kemas baju2 dia. Kemas beg bersalin yang entah berapa kali kemas tu entahnya. Sambil2 tu sembang2 la dengan baby dalam perut. Suruh keluar cepat sikit. Ummi is tazabarrrr. Yang betoinya ummi dah tak larat nak tahan sakit dekat Miss V tu huuu.



Tengah dok kemas dalam 8.30am rasa macam panassss je keluarnya. Ada lendir dengan darah!! Ohhh ok dah sampai masanya ni. Lagi pulak due date adik baby 14 Mei. Call suami yang masa tu ada dekat Alor Setar suruh balik ipoh cecepat. Saya dan anak sulung memang dah balik kampung awal sebelum tu. Yang bezanya masa anak sulung sakit dulu baru turun darah. Yang kedua ni turun darah tu. Sakit tak rasa lagi. Cuma ada la sikit2. Tapi tak heavy macam masa anak sulung dulu. Tak rasa pun nak ke hospital lagi sebab takde contraction.



Decide dengan somi lepas asar ke HRPB. Risau jugak kot serviks dah bukak ke ape. Kan orang kata anak kedua ni bukaan dia lagi cepat huhuhu. Check jantung baby semua pun ok. Cumanya baby banyak tido. Graf jantung tak cantik. Dahhh kena tambah masa penalti lagi. Sampai ke nak meneran dia boleh buat tido tak nak bangun. Pfffftttttttt

cucuk yang paling gerun untuk seorang Ummi FatehFurqan. Dokte siap kata lagi "sabar ye puan, cucuk ni memang sakit sikit" kofkofkof


Masa tu baru 2cm. ingatkan tak payah admit macam anak sulung dulu. Kena admit jugak, katanya anak kedua bukaan laju lagi dari anak sulung. Contraction pun makin kerap. Dannn wad kosong tak ramai orang maka marilah kita menjadi penghuni wad bersalin HRPB. Nanti dah 4cm baru nurse tolak masuk Labour Room.



13 Mei 2016, Jumaat



Dah admit baruuuu lah contraction makin kerap kerap dan kerap. Memang sakit sungguh lah. Sakit lebih dari anak sulung dulu. 2.30am tengah tido tetiba rasa ada benda panas keluar. Ingatkan darah tu jugak la, tapi heran awat makin lama makin banyak. Masuk toilet check tengok jernih. Tanya nurse rupanya air ketuban dah pecah!!! Ohh macam ni rasanya air ketuban pecah. Selama ni dok tengok dalam tv je orang leaking air ketuban hewhewhew. Anak sulung dulu nurse yang pecahkan air ketuban.



Dokte round malam check masih 2cm lagi walaupun contraction makin kerap makin lama dan air ketuban dah leaking. Start dari tu memang lansung tak boleh nak tido. Selang 5 minit bangun berjalan nak tahan sakit. Tak berjalan memang tak boleh. Serba tak kena. Campur stress sama kot. Serviks 2cm tak bergerak2.



Pagi sebelum sarapan nurse tanya sakit sangat tak? Mungkin tengok saya duk berguling guling sakan sangat kot. Siap pesan kalau rasa nak terberak macam sembelit tu bagitau. Sebab takut serviks dah bukak. Memang duk rasa pun nurse. Padahal dah buang air besar siap2 sebelum subuh. Nurse pun tolong check lagi sekali. Walaupun dia kata ikutkan tak boleh check. sebab tadi dalam setengah jam macam tu baru lepas dokte round pagi check. Takut jangkitan kuman sebab dah leaking ketuban. Nurse check dah 4cm!!!



Alhamdulilah syukur rasa sebab berjalan jugak bukaan serviks tu huhuhu. Lepas je breakfast terus tolak masuk LR. Suami dah tunggu dekat sana. Nak makan nasi dengan ayam masak kicap pun takdan. Ingatkan boleh la breakfast nasi dengan ayam masak kicap pagi tu. Kofkofkof :p nak breakfast roti keping pun tak lalu nak telan dah. ada hati makan ayam kicap hewhewhew



Macam biasa salam mintak ampun halalkan makan minum. Cium pipi kiri kanan usap2 kepala sebak2 sikit nurse pun tolak masuk LR. Masuk Suite 3, Fateh Uwais dulu Suite 5. Dokte india perempuan masuk nak pecahkan air ketuban tu sampai habis. Sakitnya Ya Rabbi!!! Bukan sakit sebab pecah air ketuban ye. Sakit kena seluk nak check jalan. Sebelum tu rasa ada la dalam tiga empat dokte tak campur entah berapa ramai nurse yang check jalan takde pun sakit macam tu!!!



Katanya jalan bukak dalam 3/4cm je jugak. Contraction selang 3 minit. Dan memang sakitttttt sangat. Lebih sakit dari anak sulung dulu. Memang langsung tak dapat tido walau sekejap dari start leaking air ketuban 2.30am tu tadi. 9.30am check serviks pun still takde progress jugak sobsss.



Dorang offer ambik epidural. Takut jugak nak ambik. Takut kesan sampingan huuuu. Tapi hasil dari temu ramah katanya takde kesan sampingan. Dan epidural hanya dapat waktu office hours sahaja. Hanya dokte pakar je boleh biuskan epidural. Ianya percuma kalau hospital yang offer. Kalau swasta confirm kena bayar hihihi.



Disebabkan badan dah lesu tak dapat rehat tak dapat tido. Ambik jugak la epidural nya. Yang bagusnya dokte pakar bagi saya masa. Time contraction datang dia bagi rileks dulu. Elok je contraction berhenti terus dia cucuk. 10.30am dan dapat lah ummi rehat dan tido dengan tenang tanpa rasa sakit hasil dari epidural ituuu.

tambahan aksesori :p

11.30 nurse datang check bukaan baru 5cm sobssss lagi sekali seorang ummi. Nurse kata nak drip induce air. Bagi jalan cepat sikit progress. Lepas dari drip induce tu baruuuu lah dapat rasa balik contraction. Sejam lepas cucuk epidural memang takde rasa langsung. Efektif lah kot untuk seorang ummi FatehFurqan hekhekhek.  Sebab kata nurse sebelum tu ada jugak patient yang walaupun cucuk epidural tapi still boleh rasa sakit. Tak rasi dengan dorang.



Lepas drip induce walau contraction kuat tapi still dapat tahan sebab ada EPIDURAL.



Somi yang setia tunggu dekat tempat menunggu mesej kata nak pergi masjid. Kan hari jumaat. Nak stand by solat jumaat la. Sambil2 tu boleh la jugak baca yassin dari sana. Nak masuk baca yassin dekat tepi saya mana boleh. Hospital kerajaan boleh masuk time dah betol2 nak bersalin je nanti. Redha dah masa tu. Kot kalau masa somi pergi masjid ni dah tiba masa nak bersalin redha je takde somi teman kat tepi macam Fateh Uwais dulu.



12.30pm dokte datang check jalan. Tanya saya “awak takde rasa nak teran ke?” terus tanya kenapa? Takde pulak rasa nak teran. Rasa best je boleh tido kohkohkoh :p “awak dah 10cm ni dah boleh teran” ehhh betoi ke? Cepat nya jalan dia bukak. Dalam sejam dari 5cm terus jadi 10cm. alhamdulilah. Tapi sebab takde rasa sakit sangat2 macam tadi. Dokte lagi sorang kondak sambil pegang perut bagitau kalau masa tu dah boleh teran ke tidak. yela rasa sakit contraction tu dah tak rasa sangat. dokte pegang perut nak rasa bila ada pergerakan baby dan terus bagitau bila dah boleh terannya. 



Nurse pun tanya kalau2 somi ada nak panggil masuk. Terus sedih kata somi dah pergi masjid nak solat. Rupanya nurse gigih jugak pergi panggil nama somi dekat tempat menunggu tu. Hampa. Somi takde. Elok lepas baby dah keluar tengok somi ada dekat pintu bilik. Rupanya somi pergi ambilkan air nak bagi dekat saya yang mengadu dahaga dahaga tadi. Lepas bagi air kononnya baru nak ke masjid. Tak sempat nak minum air dah bersalin. Somi pun terkejut masuk2 tengok dah ada baby atas dada ummi nak bagi susu.

Akhi Uwais dulu hari pertama keluar tido je kerjanya. nak tengok bukak mata memang payah. Baby Furqan kemain lagi mata celik nengok merata =..=



Proses teran alhamdulilah kejap je 12.40pm baby dah selamat dilahirkan. Yang lambatnya sebab terbelit tali pusat masa nak keluar tu. Tapi alhamdulilah semuanya selamat. Dengar je abi azan terus diam budak baby tu. Alhamdulilah semuanya selamat. Entry ni pun dah dekat 3 bulan baruuu selamat ditaip dan share hihihihi.

Discaj dah tapi sayang nak gunting buang tag nama :p

Kesan epidural ada tak? Ada…… dah beberapa jam lepas bersalin still rasa macam contraction tu. Sekejap2 rasa sekejap2 rasa. Dan selamat jugak muntah dengan jayanya atas katil wad disebabkan pening kepala yang amat sangat. Sampai nurse kena tolak naik wheelchair ke bilik air lepas selamat muntah huhuhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...