Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

25 March 2014

Pesan Ustazah : Belajar Apa Yang Suami @ Isteri Suka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesan Ustazah : tips rumahtangga bahagia. Belajar apa yang suami atau isteri suka. kalau tak mampu belajar pun jadi pendengar setia setiap kali suami berkongsi kesukaan atau kegemaran dia.

kalau dulu sepatah haram tak paham bila suami cerita pasal dunia trade dia. tergaru-garu kepala setiap kali dia cerita. menguap pun ada kekadang kahkahkah (tak baik betoi :p) tapi cuba la jadi sesetia mungkin mendengar. karang kalau orang lain yang jadi pendengar setia ada pulak yang nak makan hati, beremosi huhuhu

alhamdulilah berkat sabar mendengar dan cuba fokus, dah mula faham apa itu floating, profit, SL, TP, EU, EJ dan bla bla bla. boleh la nak bahas balik bila suami berkongsi cerita. takde la jadi komunikasi sehala yang membosankan. suami pun jadi seronok nak kongsi cerita. cari kita dulu tiap kali nak kongsi sedih atau seronok.

dan dia pun jadi seronok nak dengar bila tiap kali saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan proses pam susu. dia pun dah boleh mula paham apa itu demand & supply (ibu2 mengandung paham sangat la bahasa nie). wujudlah komunikasi dua hala yang menyeronokkan.

pernikahan bukan hanya tuntutan seks semata. tapi saling melengkapi antara satu sama lain. saling berkongsi suka dan duka. moga baitulmuslim yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan kekal mewangi hingga ke taman-taman syurgaNya amin amin amin

tapi kalau share cerita nak pasang pencawang lain memang ada yang berhajat tido kat kaki-kaki lima la gamaknya :p

**baru setahun jagung berkahwin tapi tak salah nak kongsi apa yang baik kan? ;)



mendoakan moga ada keajaiban pada MH370, kuasa Allah menandingi segalanya. bersabar dan bertabahlah pada keluarga mangsa yang terlibat. Allah lebih tahu. Al Fatihah

10 March 2014

Sabarlah Wahai Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

samada petang ahad atau sebelum subuh hari isnin tugas kami dua beranak hantar abi ke shahab perdana untuk pulang ke seberang jaya. memasing ada kerjaya yang menuntut untuk kami sentiasa bersabar dan berdoa moga dipemurahkan rezeki untuk tinggal sekali. setahun 4 bulan genap hari nie. alhamdulilah segala ujian dan cabaran mampu kami hadapi bersama. syukur yang teramat sangat.


yang paling gembira bila abi ada disisi tentu sekali sikecik Fateh Uwais tue. bila ada abi, dia akan peruntukkan masa sebanyaknya bersama abi. merap dengan abi. main dengan abi. bagi tangan kat abi. sentuh kulit abi. semuanya abi. dan saya hanya biarkan. jauh kat sudut hati sebak bila tengok bersinarnya mata anak, manisnya senyuman anak setiap kali mata terlihat kelibat abi. hanya Allah yang Maha tahu. saya tahu dia seronok berjumpa abi. 

saya? hanya Allah jugak yang maha tahu bagaimana berbunganya hati dan perasaan seorang isteri bila ada suami disebelah. masa tue la nak manja. masa tue la nak cerita semua benda. masa tue la nak bagitau itu ini. masa tue la nak belek muka suami. semua masa tue. masa sedikit yang berusaha menjadikan masa berkualiti kami.

suami? semua suami perlukan bidadari disisi sepanjang masa. berjayanya seorang lelaki kerana wanita dibelakangnya bak kata pepatah. saya tahu hati suami jugak kosong separuh tanpa kami. saya tahu suami jugak menghitung hadirnya Khamis untuk bertemu kami. saya tahu lelaki itu juga punya perasaan rindu yang cukup kuat. saya tahu seorang yang bernama Nadzri itu sedang kuat berusaha agar kesayangan hati keduanya ada didepan mata.

orang kata "elok-elok nanti dia bukak cawangan kedua kat sana" orang kata "kerja ada dimana-mana, rezeki kat mana pun sama" orang kata "biar gaji sikit janji boleh duduk sekali" orang kata "tak nak mintak tukar ke?". biarpun ada yang bergurau ada yang serius. tapi percayalah pedih dan perit untuk kami yang melalui nie mendengar dan menelan.

hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat disudut hati hambaNya. hanya mampu berdoa moga Allah terus segarkan bunga cinta kami hingga ke jannah. moga Allah titipkan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam hati kami. moga Allah kuatkan iman kami. moga Allah murah rezeki dan permudahkan jalan yang kami lalui. amin ya rabbal alamin

terima kasih keluarga dan sahabat yang faham dan mendoakan kami. terima kasih suami yang selalu kuatkan saya. terima kasih Allah atas ujian ini yang sememangnya mendekatkan lagi diri dengan Mu. setiap kejadian punya hikmah yang akhirnya nanti saya percaya akan mengukirkan senyuman di bibir hingga ke akhirnya amin amin.

26 July 2012

Nak Kahwin Lagi Satu Boleh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 
"saya ikut sunnah nabi"

selalu je kan kalau orang laki yang dah pegang tittle suami nie guna kata kat atas tue. itulah ayat klise yang selalu sangat saya dengar kalau orang lelaki nie nak berpoligami. bukan lah saya nak menolak fitrah dah yang dah Allah tetapkan jauh sekali menidakkan apa yang Allah dah gariskan. saya bukan anti-poligami tapi saya anti dengan mereka yang salah gunakan 'peluang' yang diberi Allah nie.

kalau seorang suami tue mampu dari segala segi. mampu bagi nafkah dengan adil dan secukupnya, sayang isteri-isterinya dengan adil, layanan yang sama tak berbelah bahagi, harta dari suami yang tak berat sebelah dan yang penting ilmu agama yang tak berhenti untuk semua isteri. saya tabik dengan suami yang macam nie. sungguh semua isterinya jugak mesti bahagia dan tenang dengan tittle madu yang dipegang.

tapi kalau awak nampak seorang suami tue tak mampu pun nak bagi sama adil, secukupnya segala keperluan isteri tapi nak jugak ikut sunnah Nabi kat atas nie. cuba awak tanya dia dulu. Sunnah Nabi yang lain ada tak dia ikut? sunnah nabi bukan jer berpoligami. membahagiakan pasangan sunnah nabi. setia dengan isteri yang tak dapat melahirkan zuriat pun sunnah nabi, beromantis dengan isteri jugak sunnah nabi.

banyak lagi sunnah nabi selain berpoligami yang boleh diikut kalau rasa diri tak mampu nak adil. tak takut ke disoal kat sana nanti kalau gagal laksanakan amanah yang dipegang tue? macam saya kata kat atas saya bukan anti-poligami tapi saya anti si pengambil kesempatan itu.   

06 July 2012

Bila lah pulak turn saya? hurm

Assalamualaikum dan salam sejahtera

heiii awak kenapa sedih sangat nie? awak sedih sebab kawan-kawan yang sebaya awak dah kahwin dan ada jugak yang dah ada anak kan? dah!! jangan nak monyok sedih lagi. setiap hambaNya dah ditetapkan jodohnya, kalau tidak didunia diakhirat pasti ada jodoh untuk awak. itu janjiNya.

jangan la sedih sangat cuba awak muhasabah diri. bila awak lambat kawen, awak punya masa yang sangat banyak nak diluangkan dengan keluarga tersayang. memanglah banyak pahala yang kita dapat kumpul bila dah ada suami/isteri. tapi awak jugak kena ingat, besar ganjaran yang Allah sediakan untuk anak yang berbakti pada kedua ibu ayah. 

bila awak lambat kawen awak punya lebih masa nak bercinta dengan Dia yang mencipta. siapa lagi kalau bukan Yang Maha Esa kat atas. bukanlah sampai saya menidakkan perasaan indah antara suami isteri. tapi kan awak, bila awak bercinta dengan Allah percayalah yang awak akan rasa dicintai dan disayangi oleh segala penduduk bumi dan langit. dapat mencintaiNya sepenuh hati satu perasaan yang sangat indah awak, tak semua orang boleh dapat tapi tak mustahil untuk digapai...

lagi satu awak, awak punya masa yang banyak untuk persiapkan diri awak sebelum menjadi isteri yang solehah atau suami yang soleh. mungkin ada lagi kekurangan dalam diri awak yang perlu awak tampung,, haaaa ambik la masa nie perbaiki kekurangan diri sekurangnya nanti bila awak dah berkawen zauj/zaujah awak mesti bersyukur dan bangga punya kekasih hati yang hebat macam awak..

banyak lagi sebab yang indah awak akan jumpa bila kawen lambat nie. cumanya awak sendiri kena ajar diri awak berfikir positif. kalau bukan awak yang cuba kawal fikiran awak siapa lagi kan? Allah aturkan segala perkara bersebab, sebabnya Dia tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. jangan sedih ye awak dan jangan berfikiran negatif. berfikiran negatif cuma racun yang sikit-sikit memakan diri awak :)




La Tahzan : Lambat Kawen  

10 June 2012

Aib kamu, saya simpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


wahhh lama gila tak update entry. minggu nie sakan berjalan padahal mama dah pesan ritu minggu nie jangan kemana-mana!!! tapi bila saya memujuk buat ayat manja sikit mesti mama lepaskan jugak anak dia nie merayau.. hihihi.. kisah gunung jerai dan kembo dari johor nanti la saya ceritakan ;)

selalu je saya pesan kat diri sendiri dan sahabat yang rapat dengan saya. bila kita dah punya bakal suami/isteri jangan sesekali terlepas aib/kelaku dia yang buruk pada sesape pun terutamanye kat parents and family kita. walau buruk dan terok mana pun dia cukuplah hanya Allah, awak dan dia je yang tau.

kenapa? kalau terlepas aib dia saya yakin peratus keyakinan dan keselesaan parents dan family awak pada dia mesti menurun. tak banyak sikit. dan kesian pada dia mesti nanti dia pun malu nak berdepan dengan keluarga awak.  lagi pun awak sayangkan dia, saya pasti setiap kekurangan dari dia awak boleh terima dengan hati yang terbuka tapi awak tak boleh pastikan yang keluarga awak akan terima sama macam awak. jadinya nak elakkan jadi macam tue, awak simpan kemas-kemas segala aib dia ye?

saya pernah jumpa situasi dimana dengan lantang dia bercerita perihal kekurangan bakal suami ditelinga parents dan family. saya yang hanya mendengar dari jauh seboleh mungkin elakkan telinga saya dari berasap sama.

lagi satu. bukan ke sepatutnya kita berusaha menutup aib orang lain tak kisah la siapa pun sebab sekali kita bukak aib dan malukan dia, Allah pasti bukak aib kita walau dalam rumah kita sendiri.

terimalah pasangan seadanya, kekurangan nya diredhai, kelebihannya disyukuri. bukan ke Adam dan Hawa dijadikan untuk melengkapi bukan fighting sape yang lebih tinggi dari segala hal. sama-sama kita muhasabah diri ye.. ;)   

30 May 2012

Murabbi Cinta #8 : Pilihan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera


kadang bila pilihan sendiri tak diretui parents sakit kepala jugak kan? lepas tue parents mintak kita terima pilihan diorang.. adoiii pening, nak bangkang kang jadi anak derhaka, x pasal je tergelincir dari syurga sebab melawan kata parents..

ehhh kejap awak, jangan la serabut lagi.. Islam memang menyuruh kita taat pada perintah kedua ibu bapa. wajib lagi tue hukumnya selagi tak bertentangan dengan syarak. tapi islam jugak bagi hak pada bakal mempelai pilih pasangan hidup mereka sendiri. ingat! islam tak memberatkan umatNya.tenang lah dulu. kalau awak dah ada calon sendiri cuba bandingkan calon parents dan calon awak mana yang lebih baik. 

siapa keturunannya, yang mana lebih menjurus pada agama. paras rupanya yang menjadi sejuk mata awak memandang, tak sejuk mata orang lain pun xpe asalkan dimata Allah dan awak dialah yang paling cantik dan sempurna. hartanya pulak kemana perginya, zakat ditunai atau tidak, yang kurang dibantu atau tak. dan paling utama agamanya, bukan ustaz ustazah xpe asalkan solat 5 waktu tak tinggal, hubungan dengan Allah dipelihara, hubungan dengan ibu bapa dijaga, ingat awak, kalau hubungan dengan Allah dia jaga insyaAllah yang lain-lain pun akan dia jaga dengan baik. kat situlah indahnya orang yang beragama.

jadi janganlah terus nak melenting dan muka cekodok basi kalau parents suruh pilih calon pilihan diorang. bila awak dah buat perbandingan ikut 4 ciri yang islam tetapkan awak jangan lupa mintak bantuan dari Allah. janganlah pulak belakangkan Dia.. pilihan Dia adalah pilihan yang paling tepat dan terbaik untuk awak... ;) 

20 May 2012

Sayang perlu dilafaz? versi Kiera Sakura

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Iffah tanya perlu ke ungkapkan sayang?dan ada moral of the story dalam entry dia tue.. "..Akhirnya mereka tak jadi bercerai sebab si suami mengaku yang.." sambungan dekat sini...


bagi pandangan saya tetap saya pilih jawapan ya dan tidak. Tidak bagi yang belum ada ikatan sah kerana nak menjaga hati dari dihasut bisikan syaitan. menjaga kesucian perasaan, kesucian cinta seperti pecinta senyap Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. keduanya memilih mendiamkan rahsia hati kerana lebih memilih redha Allah. memilih mencintai Allah lebih dari dunia. tapi kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah, Allah pelihara cinta suci mereka dari tercemar. akhirnya Allah satukan mereka dengan ikatan suci yang dipanggil pernikahan. indah kan bercinta sesudah halal.

sungguh saya dan awak semua bukanlah manusia yang lahir di zaman Rasulullah. tapi tak mustahil untuk kita jaga kemanisan cinta tue dari tercemar dan tidak melafazkan didepan orang yang kita sayang. kalau benar sayang, mohonlah pada Allah minta dipermudahkan urusan, bawalah keluarga awak berjumpa keluarga si dia, mintalah restu kedua orang tua, peliharalah keindahan cinta sebelum ikatan terbina. memang payah nak memelihara tapi tak mustahil untuk mencuba*nasihat untuk saya juga*

Perlu melafazkan macam contoh kat atas tue la lafazkan sayang dan cinta didepan Allah, didepan Keluarga. dan perlu lafazkan sayang dalam hubungan suami isteri. benar, awak memilih dia itu jer dah jadi bukti yang awak sayangkan dia. tapi lebih indah lebih manis kalau setiap hari awak baja ikatan itu dengan perkataan sayang cinta atau perkataan yang romantik. bukan kah berkasih sayang dengan pasangan dikira ibadah. pandang mata je pun dah dapat pahala. bukan minta awak dukung dia tiap hari *sekali sekala apa salahnya kan* hihihi..

tapi orang kata kalau sayang luahkan, kalau kena reject pun tak pe janji kita dah usahakan. tapi kalau tak kena reject jangan pulak melambatkan proses ikatan tue. Tak boleh ke nak lafazkan sayang walau sedikit? bagi hint sudahlah jangan pulak terlampau kerap.... ;)

31 March 2012

Bertunang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ada seorang teman yg ingin bertunang hujung tahun nie pernah bertanya pada saya. budget saya hari tue. saya berterus terang dengannya. apa yg saya belanjakan. dia terkejut, katanya budget saya sangat jauh dari budget yang dia perlukan.

saya tanya padanya berapa pulak budget dia, saya pulak yang terlopong dengarnya. budget yg dia perlukan sampai ke angka empat. saya pulak yang pening bila dengar budget yang dia sebut tue. saya ada juga kongsikan pengalaman saya yang dah lepas dengan dia. katanya dia juga mahukan begitu tapi desakan si Ibu yang mahukan kemeriahan untuk anak sulung memaksa dia turutkan. dalam hati saya bersyukur kuluarga saya turutkan kemahuan saya (saya degil dan keras hati).

saya kongsikan disini apa yang saya kongsikan dengannya. bukan niat mendabik dada tapi sekadar perkongsian untuk yang mahu bertunang. terus terang budget yang saya gunakan dalam 500-600 ringgit sahaja. majlis saya hanya antara keluarga saya dan dia, mungkin bila ada yang tengok majlis saya seperti majlis merisik tapi saya kisah apa, redha Allah yg lebih penting bukan? Alhamdulilah hari tue ramai juga yang datang sponser macam2..

makanan : saya beri pada mama RM300, keluarga saya masak sendiri(mungkin disini lebihnya saya puya keluarga yg sudi membantu)

hantaran : 8 dulang hasil kerja tangan saya sendiri + barang makanan yang diisi dalam hantaran. saya kira2 habis dalam RM2** sahaja. yang lain-lain buah tangan dari keluarga terdekat.

baju + mekap : saya sendiri

pelamin : TAK PERLU

khemah : Alhamdulilah rumah papa saya boleh muat untuk dua keluarga.

"bestnya kalau aku boleh dapat macam ko" kata teman saya hari tue. saya kata bagi saya pilihan utama ada pada tangan kita. kalau ikut islam dah bertunang pun kita, bilamana terima propose dari si lelaki, majlis hanya adat yang melengkapkan dan perkenalan antara dua keluarga. bila nak buat majlis ada juga guideline dalam islam. ikut apa yang ditetapkan insyaAllah tak ada siapa yang tekanan kan?

"kalau awalnya kita dah buat Alah murka, agaknya ada keberkhatan lagi ke dalam perhubungan kita nanti tue?" kata Tunang saya, dan saya mengiakan.

17 January 2012

Ohhh mama, saya mau kawen.....


Assalamualaikum

Aku sangat yakin dan pasti ramai pasangan yang kat luar sana terpaksa menunda niat membina rumah tangga kerana factor kewangan. Yela kan macam mana nak meminang anak dara orang kalau duit gaji yang ada pun cukup nak tampung diri sendiri jer.

ada jugak tue para Ibu yang risau kiranya anak teruna mengajukan niat mahu menghantar rombongan meminang. Mula la keluar ayat mcm nie,

“diri kau sendiri pun mak ayah yang tolong tampung kat sana sini sikit-sikit, dah ada hati nak tanggung anak orang. Besok-besok kau dah kawen ayah kau jugak yang tolong bagi makan anak bini kau tue” –errrrrrrr

“baru jer dapat kerja tetap dah mula nak kawen, kau tue baru nak merasa pegang duit, bagi la peluang kat diri sendiri tue merasa enjoy dulu” –lepas kawen pun blh enjoy mak :p



Tapi kita selalu lupa dengan firman Allah swt yang satu nie…

Surah An-Nuur, ayat 32

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Surah Taaha, ayat 132 ;

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Memang kalau nak diikutkan kita terlalu banyak meminta padaNya sampai ada ketika rasa malu sangat terlalu banyak meminta. Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa sentiasa menanti permintaan hamba-hambaNya, sentiasa merindui gemersik suara pengharapan hambaNya. 

Surah Al-Mu’min, ayat 60 ;

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".”

Tak ada alasan lagi kan? Menyokong pendapat Nadzri dalam entry die yang ini, 

"kalau ambil langkah sekarang, dari matlamat, akan datangnya cara, dari cara wujud usaha, dan akhirnya akan ada juga simpanan untuk ke arah itu. Ingat kalau abg tak fikir sekarang, bila umur abg dah 50, abg rasa abg akan fikir tak bab tu? KONPEM TAK sebab masa tu abg akan bagi alasan yang sama 'aku tak ada simpanan juga'. "

Kalau kita tak berusaha dari sekarang, sampai bila pun resultnya tak kan kita dapat kan? Apa-apa pun semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Tapi janganlah hendak berumah tangga sampai melupakan tanggungjawab pada keluarga. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang kita.

Pesanan untuk aku sendiri dan semua….

21 November 2011

Hati nak Kawen, tapi....


Assalamualaikum semua
 
“calon dah ada, hati teringin nak kawen, tapi….”

“seronok nya tengok kawan² lain, bila pulak turn aku, hurmm..”

“keinginan nak kawen tue ada, tapi ekonomi pulak x mengizinkan…”

“dengan aku yang kerja tak menentu, gaji tak menentu sekarang nie mampu ke aku nak tanggung anak bini nanti..”

Selalu jer ayat² kat atas tue bermain² kat minda sesetengah orang yang punya keinginan berumah tangga tapi terhalang dengan berbagai masalah.

Antara yang lazim nya menghimpit fikiran golongan nie. Kerja tak menentu, kerja bukan dalam posisi TETAP, komitmen untuk sama² membantu ekonomi ibu dan ayah dalam membesarkan adik², dan macam² lagi la. belum masuk bab ilmu rumah tangga yang tak khatam lagi.

Tapi kita selalu lupa apa yang difirmankan Allah dalam surah Taahaa ayat 132

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.


Rezeki Allah banyak atas muka bumi nie, tinggal usaha kita untuk mencari dan menggalinya sahaja.

Bersangka baik lah pada Allah, setiap perkara yang didahului dengan niat yang betul hanya keranaNya pasti akan dibantu Allah. insyaAllah.

“Alhamdulilah rezeki saya makin bertambah murah selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak”

Itulah Hikmah dan nikmat yang Allah berikan buat setiap hambaNya yang berniat melakukan kebaikan. Jangan takut memulakan langkah, memang payah, setiap jalan yang dilalui pasti akan terselit onak dan duri tapi percayalah itu semua akan mematangkan kita yang mana akan kita rasai indahnya bila berada dipenghujung jalan yang kita pilih tue..

Betol, saya tak kawen lagi, mana saya nak tau langkah² yang sewajarnya diambil. Tapi sedikit sebanyak pengalaman saya yang lalu menjadi bekalan saya menempuh hari yang mendatang. Dan pengalaman mereka yang disekeliling saya juga saya jadikan panduan dan sempadan..

La Tahzan sekiranya kamu ingin mendirikan rumah tangga tapi terhalang dek berbagai komitmen kerana nikmat Allah itu besar dan Allah tak pernah membebankan umatNya diluar kemampuan mereka sendiri. Berusahalah dan jangan sesekali menjauhi Allah. Kerana Dia Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui Maha Kaya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...