Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kami Blogger Utagha. Show all posts
Showing posts with label Kami Blogger Utagha. Show all posts

10 February 2015

Baju Pink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





minggu tak sihat. dari anak bawak ke ummi bawak ke abi. yang akhir sekali bertiga sekeluarga tak sihat. syukur alhamdulilah anakanda kecik tak kena demam, cukup lah ummi abi je yang demam itu pun kesian dia kekurangan kasih sayang. masuk minggu ni cukup lengkap la tiga minggu ummi tak sihat.. sakit penghapus dosa. mudah-mudahan hendakNya amin amin. 

ummi dah sememangnya peminat pink. tapi bila anak lahir sebagai seorang lelaki yang kacak bergaya macho lagi hensem, ehem!!! :p ummi takde la pulak teruskan kerja membeli baju kaler pink buat si anak. tipu la kalau kata takde. ada la tapi helaiannya amatlah terhad. setakat baju buat pakai tido aje. tak pernah lagi beli baju buat pakai jenjalan. baru tersedar rupanya. selama ni duk pulun beli kaler merah, biru, oren, hijau. sebenarnya warna baju bebudak lelaki ni terhad tau tak!! kalau ada banyak pun semua mahal. huhhhh!!!

ahad lepas, 1 Februari 2015 dokte KBU, dokte Fana tunang. awal-awal dia dah peringat tema pink wajib pakai. tak kira lah mak pak anak semua kena pakai pink. abi ok je katanya. elehhh itu pun sebab spesies kulit cerah kalau gelap mau takmo jugak tu :p anak lagi lah ok, bukan dia reti ape pasal ootd ni haaa. semua kerja ummi abi dia, tapi selalu didominasi oleh ummi lah. tak boleh salahkan ummi, sebab abi pun kalau nak keluar tunggu ummi bagi baju dulu, baju anak pun sama. yela dah ko suka komplen kalau pakai baju yang ko tak pilih kannnn hewhewhew :p bertabahlah wahai seorang abi Fateh Uwais >.<




susah oiiii nak mencari baju pink dekat budak Fateh Uwais ni. pegi memana yang ada pun semua ada gambar pinces pojen. kemeja pulak semua mahal sampai cecah sehelai kemeja without seluar RM70!! ehhh tak kose pulak ummi nak berabis sampai banyak tu hanya untuk sehelai kemeja walaupun berjenama ape sekalipun. jujurnya baju Uwais semua tak pakai lama. kalau pakai lama sikit mesti sangkut tang perut. kesian pulak ummi nengok anak pakai baju fit cenggitu :p

jumpa yang cantik dah tak berbaloi dengan harga, jumpa yang murah dah tak lawo pulak. ehhh mesti lah kena cari yang murah dan lawo gitewwwww kahkahkah :p akhirnya pegi mydin ipoh jenjalan cuci mata dekat kiosk2 situ ternampak baju kaler pink ada dua. yang sesuai untuk budak laki. satu kaler lembut satu lagi kaler terang. sebab Fateh Uwais spesies cerah ummi kasi yang terang gitu, abi kata ambik soft. tapi ummi tetap bangkang kahkahkah




balik penang tokmak kasi tali kaler merah tu pulak. terus rasa wahhhh nak matching kan dengan shirt pink itu lah. tengah kecik la boleh nak dress up kan dia. besok kalau dah beso mau ke idak lagi ntah nak ummi ootd kan dia. hurmmmm




selamat bertunang mama Fana, moga dipermudahkan segala urusan untuk majlis akan datang. makin dimurahkan rezeki, dan jodoh berpanjangan dan terus bahagia sampai taman-taman syurga sana amin. mama fana cantikkkkk sangatttt. tazabar nak tunggu majlis ampa :D teringat pulak ayat abi satu masa dulu, lepas dua bulan berkawan "kita tunang hujung tahun ni nak?" terus masa tu ketar lembut lutut mihmihmih :p

15 July 2014

Iftar Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kelebek folder gambar dengan blogger dalam external. huwaaaa rindunya dengan kemeriahan KBU dulu-dulu. kalau dulu paling kurang dalam dua bulan mesti ada aktiviti gather2 tapi sekarang sejak memasing dah punya komitmen. susah sangat nak lepak sesama lagi. tak payah orang lain. diri sendiri pun punya kekangan yang menghalang ;( Allah pertemukan kami suami isteri dalam KBU jugak. jadi jangan la pelik kalau nampak muka suami dalam ni hihihi


Iftar pertama kami sejak KBU beroperasi. tahun 2011. meriah masa tu. kami anjurkan Program Majlis Kembara Ramadhan bersama MAYC Kampung Padang Melangit Perlis. sampai ke Perlis kau berbuka puasanya hihihi. tapi meriah. sebab kami berkongsi rezeki yang ada dengan penduduk kampung yang kurang kemampuan. sepanjang sebelum majlis berlangsung lagi dah rajin iftar sana sini. meeting untuk majlis yang bakal berlangsung.

seronok tengok wajah gembira penduduk kampung sana. lebih seronok dari kita dapat bonus majikan bagi tu. bila lah boleh nak ada program macam ni lagi wuuuu. blogger yang dari Penang, Kedah semua pakat turun ke Perlis untuk menjayakan. oh ye masa ni kami suami isteri belum kawen lagi, baru merancang nak bertunang. hikhikhik :p


Iftar 2012. dekat je. Sungai Petani saja. takde pape event besar macam tahun sebelumnya. tapi tetap ada buat kutipan sekadar membantu ahli KBU yang mengalami bencana alam tak silap. target kami selagi boleh selagi mampu nak tolong orang yang tak berkemampuan. moga Allah berkati amin amin. masa ni kami suami isteri dah jadi tunangan orang masing-masing rasanya. ewahhhh trobek kisah ko sekali pulak ye Kira oiiiii hahahaha :p


Iftar 2013 paling sikit gambarnya . sedih betoiii hahahaha. saya pulak tengah preggy masa tu, perasaan nak keluarkan kamera memang takde sobsss. berbuka di sekitar Alor Setar saja, restoran ape ntah tak ingat dah. lepas solat maghrib kami moreh pulak ke Burger Abang Burn cawangan Alor Setar. amboiii awal moreh ye. ngehngehngeh :p


dan yang terbaru baru je berlangsung ahad lepas. berbuka di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. makin sikit pulak tahun ni tapi takpe la asalkan ada dari takde langsung ye dak. asalkan jangan KBU lenyap ditelan masa gitu aje. *kelip-kelip mata* bezanya dari tahun-tahun sebelum ni. dari yang bujang dah berdua, kami pulak dah bertiga moga yang single tahun ni tahun akan datang berdua pulak amin amin. tahun depan kami bertiga lagi? wallahualam semua tu kuasa Allah kalau Dia nak bagi walau kami belum bersedia tetap kami terima dengan hati terbuka :)

terima kasih pada semua yang ada dalam KBU. walau jarak dan masa memisahkan kita, kalian semua tetap dihati dan ingatan sampai bila-bila. ukhwah kita takde sape boleh pertikaian selagi Allah memberi redha. semoga kalian berjaya dunia dan akhirat. with love, Bendahari KBU yang cengei :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...