Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 June 2018

Birthday Gift | Printcious


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hai korang. Selalu tak macam blur nak bagi hadiah apa kat orang tersayang atau kawan-kawan? Saya lah tu yang salah sorangnya. Selalu blur nak bagi hadiah apa. Dah tu nak keluar rumah pergi cari pun macam tak berapa nak sempat je tambah dah ada dua orang bala tentera ni lagiiiiii la. Kita cari barang kita, depa cari barang depa. Last sekali bebai balik tangan kosong macam tu jeeeee.

Tapi sekarang saya dah jumpa satu web best untuk cari hadiah. Siap boleh DIY lagi haaa. Special lah sebab korang boleh DIY untuk orang tersayang. Limited edition tau. Mesti senyum lebar sampai telinga orang yang terima hadiah tu nanti. 

Meh saya nak share birthday gift idea yang special untuk best friend birthday gifts korang tu. Kali ni ingat nak birthday gift dengan kawan dunia akhirat saya. Sape lagi kalau bukan Abi Double F.U, suami tercinta lah hihihihi.
 
Tengok macam ramai je yang DIY design sendiri dekat web Printcious. Nak try jugak la. Macam best je boleh letak gambar sendiri kan. Kali ni ingat nak bagi Canvas sebagai birthday gift suami. Jom nak share macam mana cara nak design sendiri birthday gift ni. Tak susah pun. Senang sangat



i. first off all mesti la kena masuk ke web Printcious dulu kan. tekan je link web yang saya dah share kat perkataan Printcious ni. 

ii. pilih dari tab content korang nak design apa. macam saya nak design Birthday Gift jadi saya pilih menu Gifts dan pilih Birthday. 


iii. pilih untuk siapa birthday gift yang korang nak design tu. saya pilih For Him


iv. haaa kat sini yang best. korang boleh pilih nak design birthday gift jenis apa. ada mug, cushion, canvas, puzzle, mouse pad. tshit pun ada uolssss. yang bestnya boleh design sendiri. saya pilih Canvas


v. dah pilih canvas korang pilih pulak jenis canvas yang macam mana korang nak design nanti ni. sempena pindah masuk rumah baru ni. boleh la gantung canvas nanti dekat dinding atau letak atas rak meja suami. baru la matanya tak pandang ke sisi indah insan lain kannn. kihkihkih


vi. saya pilih pilihan yang pertama. simple but niceeeee. ok dah boleh mula design dekat sini. korang boleh klik menu Start Designing tu.



vii. okey kat sini korang boleh design. senang je sebab Printcious dah sediakan siap-siap tools untuk memudahkan korang design nanti. cuma pilih dan masukkan je


viii, pilih gambar yang korang nak masukkan.dan upload macam step yang saya share kat atas tu. dan klik menu Insert


ix. dah insert gambar. korang boleh design pulak nak tulis apa atas Canvas nanti. kalau dah siap klik menu Done



x. kat sini korang boleh dah Add to chart untuk proses pembelian atau kalau rasa macam kurang cantik design yang dah buat tadi. boleh design semula dengan klik menu Edit My Design Again



xi. teruskan pembelian korang dengan memilih mana-mana internet banking korang dan tunggu sehingga ref number diberikan untuk pembelian tersebut


mudah je kan? kalau sebelum ni kita cuma pilih dan beli birthday gift dari hadiah yang memang kilang supplier kat kedai. tapi dekat Printcious korang siap boleh design sendiri hadiah ikut pilihan korang untuk yang tersayang. harga pun berpatutan dan sekarang Printcious tengah buat sale tau. macam Canvas yang saya nak beli ni. harga asal RM67.20 tapi ada less 30% tinggal RM47.00 je. ada dua size untuk design. yang lagi besar harganya cuma RM99 selepas less. hurmmm ada yang tukar size kejap lagi ni karang hahahahaha

“If you are looking for best mug printing supplier , don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, birthday photobooth is your best entertainment.”

03 June 2018

Maslow Motivation Theory | Ummi Level Ke Berapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


semalam belajar pasal Maslow Motivation Theory ni haaaa. rasa macam best pulak nak share dengan korang ekekeke. mohon bertabah selama dua tahun separuh ini. ummi akan seronok share pasal belajar sambil sambil share pasal dua mami monster tu :p tu pun post entry kalau line internet kuat. streamyx tak masuk lagi lepas pindah rumah hari tu. bertabah lah engkau. dah la assignment banyak nak kena pakai internet ni haaaa.

ok berbalik pada tajuk asal. piramid tu apa yang akan kita achieve satu masa nanti. mengikut kata lecturer setiap level tu pun ikut peringkat umur kita jugak. dan bagi saya sendiri saya dah lepas level physiological needs, Belongingness and love needs dan safety needs. dan sekarang sedang mencapat level Esteem needs. mudah2an Allah permudahkan perjalanan kisah hidup seorang ummi double F.U aminnnn.

untuk peringkat bawah physiological needs dah dapat sejak mula lahir kat dunia ni dulu. alhamdulilah mama papa jaga elok. bagi makan pakai sampai lah sekarang dah pandai cari semua tu sendiri dan dapat dengan sempurnya.

safety needs pun alhamdulilah dah dapat. ada rumah, ada kereta motor sendiri. rasa selamat tapi mudah2an negara kita selamat lah sampai bebila tanpa ada peperangan atau apa2 yang memudaratkan. aminnn

Belongingness and love needs pun alhamdulilah dah dapat. ada keluarga yang harmoni bahagia. ada suami, anak-anak, kawan-kawan. alhamdulilah rasa sempurna. yela kalau duduk sorang-sorang dalam dunia tak ber relationship dengan sesiapa pun tak jadi apa. takde mau nya. sedangkan orang gila pun perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk dia mengganggu :p hahahaha

Esteem needs sedang menuju untuk mencapainya. jauh lagi perjalanan hidup ni. tapi alhamdulilah semuanya sempurna. semuanya Allah atur elok dan indah. ala ujian tu memang la ada. tapi bila dah makin lama makin tinggi tahap ujian tu. sampai satu tahap rasa macam dah mangli dengan ujian. "ada la tu yang Dia sedia. dah Dia yang bagi ujian takkan lah Dia tak bagi jalan keluar" gituuuuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...