Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

29 November 2012

Duhai Mama Papa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mesti sebak bila teringat papa mengusik saya hari tue. Alkisahnya waktu tue saya selsema, suara pun bertukar sengau. call mama tapi papa yang jawab. papa tanya saya kenapa, lepas dia tau saya selsema terus diusik nya dengan suara sengau tue. sabo jela papa nie. tapi saya tau sebenarnya papa rindukan. ditambah bukti balik ipoh ritu papa call tanya kat mama saya tido sana ke tak kalau tak tido dia nak balik awal jumpa anak dia. huwaaaa saya dah menangis ;(

jumaat lepas suami izinkan balik ipoh ambik surat nikah. balik sorang sebab suami kerja, minggu sebelum tue dah cuti kawen tak kan nak ambik cuti lagi kan. saya paham mama papa pun paham. dan suami jugak benarkan tido rumah mama papa semalam sebelum balik penang sabtu besoknya. terima kasih Pakcik Imam sanggup korbankan sehari waktu kita berdua walaupun saya tau cuma weekend je waktu kita nak deting pun, yela PJJ kan jadi suami isteri hujung minggu jela. sebab tue saya hargai sangat bila suami izinkan tido rumah mama papa tanpa kehadiran dia kat sisi. ayat macam mintak orang muntah berbaldi baldi hahaha :p

malam tue saya mengekor jela mana mama pergi. dia ke toilet takde la nak ikut, mau kena kuteyh haluih haluih pulak nanti hihihihi. sampai waktu dia nak tido pun saya ikut masuk bilik sekali. last-last bila mama kata "jom la mama tido dengan kamu" yeayyyyy itu yang saya tunggu tue. cepat-cepat turun katil masuk bilik sendiri. hihihihi peluk mama ketat-ketat malam tue. rindu ;)

malam sebelum tido papa pesan suruh bawakkan deyan kat menantu dia. deyan yang gugur kat laman rumah. semua keja mama la tue tanam pokok deyan kat ruang tanah tepi rumah bila gugur senang nak kutip katanya. papa geleng kepala je mujur la tak dekat dengan rumah kalau tidak mau berlubang atap hihihi.

bila papa kata "nanti bawak balik deyan tue bagi laki kamu" terus saya benti bejalan cakap kat papa "papa kupas la pastu letak dalam tupperware, seal betol-betol letak beg plastik banyak-banyak pastu nanti suh mama masukkan dalam bonet" papa geleng je sebab tau anak dia memang liat nak cemar duli Nurul Iman tue dengan deyan. saya tak boleh bau deyan!! huuuuuu

mama papa diorang memang sayang semua menantu. tapi sekali hati terluka mesti diorang sedih sangat-sangat yela hati orang tua kan cepat terasa tue yang kita kena jaga betol-betol. ala apa la sangat nak jaga hati banding pengorbanan diorang yang jaga bini atau laki awak dari kecik dulu tue. sebab tue saya pesan kat Pakcik Imam, mohon jaga perasaan dan hati mama papa sebaiknya sebab terluka mereka terluka lah saya. dan saya yakin Pakcik Imam saya mampu jaga hal yang satu nie ;) 


01 November 2012

Selamat Hari Lahir Mama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

25 Oktober lepas besday mama saya yang tersayang. Puan Zuraidah binti Hj Abd Rahim. terlewat create entry pasal nie. tapi lebih bermakna bila dapat wish besday sambil kiss pipi mama kiri kanan.menantu dia pun sibok suruh kirimkan kiss kat mama, katanya dari menantu tersayang =.= khamis lepas kan balik raya dapat la jugak buat kek yang mama mintak.

balik je khamis tue rasa tak boleh duduk diam. dengan tak mandi lagi terus ke dapur selongkar apa yang ada dan Alhamdulilah terjadi la kek gula hangus yang mama mintak. kek gula hangus je pun tak susah sangat nak buat, padahal pestime ritu tak menjadi kek nya hahahaha :p

mama takde doa lain yang Ya panjatkan melaikan moga mama sentiasa berada dalam rahmat Allah, semoga mama ditempatkan bersama para solehah di syurga nanti, semoga mama mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat dan semoga satu hari nanti impian mama nak ke tanah suci mekah termakbul. Amin. Ya sayang mama. maafkan segala salah silap dan dosa yang Ya lakukan. insyaAllah Ya akan jaga mama dan sentiasa doakan mama. ingatkan Ya tiap kali Ya terlupa ye mama. 

kata ramai orang muka saya macam muka mama. tapi kalau tengok gambar terbaru memang sama pun hihihihi :p sebelum nie tak sama bila dah besar pulak baru nak sama. bila compare gambar saya sekarang dengan mama masa muda langsung tak sama. kata mama "yela dah kamu tue ambik gen papa kamu sikit-sikit takde la samanya" :p

kalau nak tau kami berdua tergolong dalam jenis darah yang sama A+ makanya Pakcik awak boleh tersenyum sebab buat sementara waktu nie awak je menantu yang jenis darah sama dengan mama :p adik badik yang lain mesti meluat bila saya kata saya yang banyak ikut gen mama. hihihi

kalau dulu kengkawan kat kampung mesti marah kalau saya tak jumpa dorang. saya biar je malas nak layan. dah jauh dari keluarga bila balik bercuti priority utama saya adalah KELUARGA. masa saya bersama keluarga yang saya nak maksimumkan sebanyak mungkin sebab bila saya susah keluarga jugak la yang setia disamping saya.

mama la kawan baik saya sekarang nie. apa pun saya luahkan kat dia. balik kampung nak kemana pun saya ajak mama, sampai kan mama marah bila saya tak keluar beli ubat ulser sebab dia takde sekali. nak pegi cuci Nurul Iman pun ajak mama :p kadang bila perangai mengade datang curik mama dari papa, nak tido sekali. papa jeling je. hahahaha :p


 haaaa sama tak? hihihihi :p

#besday mama jugak jatuh hari yang sama dengan besday abah Kay_Are. semoga kasih sayang Allah sentiasa melingkari kalian berdua. Amin

22 October 2012

Mama kata lepaskan dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

wahhhh sangat sibuk rini. ofis ada KIK. baru nie ada masa nak jenguk jenguk belog. huhuhu.. minggu lepas ada baca kat belog Kak Lydia, dulu saya panggil dia Kak Miza, tapi Pakcik Imam panggil Kak Lydia sudahnya saya pulak terlekat panggil Kak Lydia. hihihi. Kak Lydia cerita pasal dia takut lepaskan Aqilah yang baru 4 taun ikut rombongan sekolah ke zoo. terus saya teringat apa yang pernah mama saya bagitau.

masa balik kampung ritu anak sedara saya yang sulung tue menangis2 pasal ibu dengan ayah dia tak bagi ikut rombongan pegi pusat sains kat kl. anak saya tue dia otak sains mana la tak menangis budak tue bila apa yang paling dia suka tak dapat nak buat. taun nie dia darjah 3. kata mama,

lepaskan lah anak tue ikut rombongan sekolah. dari rombongan tue cikgu akan ajar masa lawatan. dia dapat ilmu kat situ. lagi satu bila masuk sekolah nanti kawan-kawan mesti bercerita apa yang jadi dan apa yang ada masa lawatan tue. nanti kesian kat anak-anak tercangak-cangak (tertanya-tanya) depan kawan-kawan. kesian kat dia.

pasal keselamatan, mama kata percaya kat cikgu. cikgu mesti jaga anak-anak murid dia. cikgu pun mesti ada perjanjian dengan kementerian tuk jaga keselamatan anak kita. mesti ada guru pengawal yang lain yang akan jaga. dan yang menariknya selalunya bebudak nie kalau bawah kawalan guru diorang akan lebih berdisiplin dan mendengar kata.

mama kata lagi. lepaskan dia sebab dari situ dia akan berlajar berdikari dan lebih berkeyakinan insyaAllah. selalu parents nie susah hati bila anak dah besar tapi still takde keyakinan tak reti berdikari. tapi selalu parents lupa yang awalnya diorang tak bagi peluang tuk anak-anak belajar erti mengurus diri sendiri. 

tapi lain orang lain caranya ye tak. ini hanya pendapat mama saya yang saya kongsikan kat sini. tapi apa pun seorang ibu selalunya ada insticnt mereka, jadi buat keputusan yang sebaiknya dan terbaik untuk semua pihak. Mak mana yang tak sayangkan anak kan ;)

anak saya tue dapat la permission dari ibu dia. tapi akhirnya dia buat keputusan tak ikut rombongan lepas saya kata nanti Pakcik dia bawak ke sana. pegi ramai-ramai dengan adik-adik lain. baru la dia berhenti nangis.

"Pakcik Nadh ke achik?" tanyanya. dah tue awak ada Pakcik lain lagi ke selain Pakcik Nadh tue? dah tue dia tersengih-sengih sibuk pulak tanya bila achik nak kawen. sebab yang dia tau bila achik dengan pakcik dia kawen baru dia dapat pegi sana. adoiiiii sabo jela anak oihhhh

25 April 2012

Lakinya xda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 "maafkan saya Nurul Iman, buat awak cedera" kata saya. 

"Nurul Iman tue nama kereta kamu ke?" Mama tanya lepas dengar saya mengeluh itu ini, menung sana sini lepas saya terlanggar sesuatu kat highway ritu. saya pun dengan penuh semangat mula kenalkan satu-satu nama kesayangan saya.

"a'ah kereta nie nama dia Nurul Iman, kamera pink tue Safiyyah, yang pink lagi satu tue pulak nama dia Intan Asha. ohh Pc kt bilik tue jer yg blm ada IC lagi" dengan mata bersinar-sinar mcm mata sailormoon tue saya cerita kat mama..

"laaa dah tue xde la yang laki? dah semua kamu letak nama perempuan" mama balas balik..

"erkkkk =.=' " tiba-tiba saya pulak yang terdiam..

sebab tue la mama sahabat baik saya sbb mama pandai pujuk kalau saya dalam situasi yg macam mana sekalipun. mama sanggup layan kepala senget saya. mama jugak la yang sanggup upah saya mcm-mcm bila saya larikan diri dari makan ubat. mama jugak la yang teman kat dapur time saya mengidam nak masak itu ini walau kadang-kadang dapur dia meletup saya kerjakan... mama tak pernah merungut cuma mama duduk diam-diam tanda protes kalau saya drive kereta lelaju.. ya sayang mama sangat-sangat!!!! 

05 March 2012

Mama dah lupakan saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

semalam dok merungut-rungut depan enpon.. selalu bila mesej mama kata dah balik dari keja mama laju-laju je balas siap ada love u muah muah lagi tapi semalam sunyi sepi.. aikkkk

lepas maghrib tengok mama tak reply pun lg, call pun x.. laju-laju la kira call mama..lambatnya mama angkat siap dah nak abis opic tue nanyi2..

kira :: mama pegi mana? ya mesej x balas, mentang-mentang la ada baby kecik kat rumah mama lupa kat ya dah ke? ya nie dah la kekurangan kasih sayang dok kat sini.  sampai hati mama (intonasi suara yg sungguh dramatik)

mama :: ishhh mana pulak mama lupa, mama baru beli enpon. nak naip mesej nak nganto kat kamu x reti lagi, dah tue mama nak call xtau mcm mana nak call.

-mesej yang telah dipendek2kan-

owhhh mama beli enpon baru ingatkan dah lupa kat anak dia yang jauh diperantauan nie, baru nak tacing... hihihihihi :p

*mama dah pandai anto msej malam tadi, :D

**motif entry : rindu mama T_T

28 November 2011

mereka

Assalamualaikum semua...

anak mama papa balik kg mcm2 ektibiti yg blh buat...

situasi 1

kira :: mama yg nie kenapa warna mcm nie? yg tue kenapa bentuk mcm tue? kenapa kena hancurkan dulu? kenapa tak telan terus jer? kenapa? kenapa? dan kenapa?

mama :: ishhh tercekik aku nak telan ubat dgn budak sorang nie...

situasi 2

kira :: papa cantik tak ya pakai baju nie? papa comey tak ya nie? (smbl kelip2 mata depan papa)

papa :: (smbil tergelak2) aku nak kire duit pown tak senang budak nie, (ntah dah kali ke bpe duit tue papa kire)

...........

entah la mungkin sebab kakak2 dah kawen, abg dengan adik selalu keluar tak da kt rumah, jadinya bila kira balik jadi manja terlebih..mungkin kerana ini Allah tak mengizinkan ianya terjadi..

mereka mahukan saya kembali ke sana, dekat dengan mereka. saya kuatlah mama papa!!! 

bila keinginan sendiri dihalang oleh kemahuan kedua orang tua yang sentiasa ada bersama kita apa lagi pilihan yang saya ada? hurmmm

10 October 2011

Bunga Mama Sakura

Assalamualaikum semua

petang-petang yg syahdu nie teringat pulak kenangan beli bunga dengan mama ritu... cite die macam nie..


Mama :: Sakura, jom la teman mama pegi kedai bunga tue..mama nk beli bunga

Saya :: -adoiiii jammed bab-bab bunga nie- alaaaaa mama, wajib ke beli bunga? nanti2 bunga tue kene buang jugak.. dah tue nanti berhabuk, nanti mula sesema la ape la...bukan best pown ada bunga...

Mama :: kalau bukan kamu yg bawak mama pegi kedai bunga tue alamatnya x dapat la mama beli bunga dah.. 


mama dah mula ayat2 bunga nak merajok.. tapi saya nie jenis nakal.. ajak mama keluar, bila mama kata jom singgah kedai bunga, cepat2 jawab tak nak tapi stereng kereta pusing masuk kedai bunga tue..ape lagi senyum sampai telinga la puan mama saya tue... :D


yela dah la balik kg sekali sekala.. ape lah salahnya makbulkan permintaan mama tue.. bukan berat pown kan.. drive kete jer bukan kene dukung mama jalan berbatu-batu pegi kedai tue.. sweet kan saya? :p


Mama :: tolong la mama cari bunga yg cantik, mama nak bunga sakura...


Nasib mama mintak bunga sakura.. kalau tak alamatnye berejam la nak cari bunga walau setangkai pown.. hohohohoho...


lupa pulak nak tangkap gambar bunga sakura mama tue...
...............................................................................................................


tak tau lah kenapa kira x minat bunga nie.. tapi normal kan perempuan tak minat bunga?



 MAMA OH MAMA
YA RINDU MAMA.... =.="


**betol, mama saya panggil saya "sakura"

02 October 2011

Tinggal Mama Sorang

Assalamualaikum semua

pagi ahad... Alhamdulilah mood pagi nie baik maybe sbb baru balik dari tengok mama kowt... 

Alhamdulilah mama dah sihat!!!
lega hati bila dapat tengok mama dengan mata sendiri, sebelum nie just blh dengar suara dari jauh x puas hati selagi x tengok depan2...
mungkin mama bertambah sihat lepas tengok semua anak-anak mama ada depan mata kowt..

tapi sangat sebak bila nak balik alor setar semalam, mama cakap macam nie 

"lepas nie tinggal mama sorang2"  T.T

sebelum nie blh cover mover lagi buat aksi lawak demi xnak mama dan diri sendiri nangis tapi semalam SPEECHLESS dalam pelukan mama...  

hari sebelumnya dengar mama sembang dengan ika(anak kakak) 

"besok achik balik,dah kurang sorang anak opah"

"lepas tue mama dengan ika pulak balik, tinggal opah sorang2"

mama ampunkan kami terpaksa jauh dengan mama, terpaksa tinggalkan mama sekejap.. insyaAllah ade masa dan rezeki kami anak2 mama balik lagi...


mama ya rindu mama

08 May 2011

mama....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mama…
Setitis air mata mu membuat hatiku gentar
Seraut wajah bening mu membuat jiwaku menangis
Sepatah kata rindu dari mu membuat kaki ku ingin pulang menemui mu

Mama…
Betapa besarnya pengorbanan mu..
Jika allah ingin menguji mu doaku balikkanlah ujian itu padaku tidak ingin aku melihat walau sedikit pun kepayahan yang harus kau lalui..
Ketahuilah mama tidak sesaat pown dirimu hilang dari hati dan sanubariku
Doaku biarlah allah memberi keberkhatan dan kebaikan yang berterusan untukmu
Doaku biarlah dikau bahagia walau didunia mahupun di akhirat kelak..

Mama…
Terima kasih kerana memberi ya peluang untuk merasa keindahan dunia
Terima kasih atas pengorbanan mama selama menjaga ya hingga sekarang
Terima kasih atas belaian manja dan pelukan hangat yang mama berikan
Bersyukur nya ya punya ibu seperti mama
Walau sejuta kata yang ya utarakan masih tidak dapat menggambarkan betapa ya sayang dan ridukan mama
Terima kasih diatas segalanya… hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan dan kasih yang mama curahkan untuk anak-anak mama
Ampunkan segala dosa dan kilaf yang pernah ya lakukan pada mama..

Selamat hari ibu buat mama, Puan Zuraidah binti Abd Rahim…
Moga Allah mengampunkan segala dosa mama, memberikan kebahagiaan, keceriaan, kesihatan yang baek dan keberkhatan pada mama..moga mama sentiasa berada dibawah keredhaan Ilahi.. smoga mama menjadi salah seorang penghuni syurga yang abadi kelak.. Amin Ya Rabbal Alamin…

Selamat hari ibu juga untuk mama, mak, ibu, along, kakak dan semua ibu diseluruh dunia, kalian terhebat kerana tanpa kalian kosonglah dunia ini, tanpa kalian tiadalah insan yang bergelar anak.. betapa besarnya pengorbanan yang telah kalian lakukan..

Ingat kawan2,, redha Allah adalah pabila redhanya kedua ibu bapa…

pagi tadi call mama, sebaknya dengar mama nangis... mama kate jangan la call, klu msg xde la dengar mama nangis.. tapi mama, tak puas hati ya nie kalau x dapat dengar suara mama... love u so much mama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...