Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

16 December 2012

Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



tengok kak Shida dengan kak Sunah join contest cikgu Areef tue saya pun macam eh nak join jugak lah. hihihi. sesape yang berminat boleh klik sini untuk maklumat lanjut.


ini gambar masa saya dan suami potosut bulan lepas. ekceli ini gambar candid. masa nie suami menyakat apa ntah. suami saya memang rajin menyakat dan akhirnya bila saya geram maka saya picit-picit muka dia jadi begitu. sekian~~~~~~ :D

kepada awak semua sila join sebelum pukul sebelas malam ini. 

pssttt awak semua : entry terbaru ada kat bawah sila baca *dengan nada paksa* :p

09 October 2012

Impian Mampu : Abang Stalker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rini sangat sibuk. tak sempat nak update pape pun. tapi sempat khatam semua cerpen kak Lydia Miza kat warna kaseh sambil nguyah pau kacang. hihi.  maafkan saya kalau tak sempat bw ke belog awak semua ye. insyaAllah nanti saya lelaju ke sana kalau ada masa free. terima kasih sudi jenguk2 entry saya yang tak seberapa nie ;)

ok semalam Iffah ada tag saya satu contest nie. saya jadi rajin nak join sebab Abang Stalker akan up kan singgit untuk satu blogger yang join contest nie. tak susah pun kan. sape nak join boleh click kat banner abang stalker bawah nie.


impian saya cuma satu nak menjadi muslimah solehah bak kata tunang saya sebab didalamnya ada semua. saya tau terlalu banyak kekurangan dalam diri yang perlu saya perbaiki. jadi buat masa sekarang itu impian saya yang paling utama :)

ok Abang Stalker suruh tag 3 orang. saya tag Sue Pelik, Everthing's Everthings dengan Noraim. sila join!! hihihihi :p

13 August 2012

"segmen di mana anda beraya tahun ini bersama phat corner"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

pagi nie dah decide nak setelkan semua contest yang di tag... adik sorang nie rajin sungguh mengetag akak dia nie.. xpe la demi adik akan akak turutkan #SambilKuisKuisPasirLaut tapi maaf dik sayang, yang lagi satu segmen tue dah tutup kan? x perasan tarikh tutup dia huuuu


sesape yang nak join boleh klik banner.. klu tak boleh klik banner klik sini.. phat tanya raya mana taun nie.. omaaiii sebenarnya soklan nie la yang paling saya menyampah nak jawab dekat ofis nie sebab ofismate semua pulun dok tanya soklan yang sama setiap tahun.. padahal bukan tatau saya masih bujang belum bergelar isteri orang... kalau taun depan tanya logik la jugak.. haaaaa kan dah berletiaq.. maaf maaf huuuu

taun nie memandangkan masih memegang status belum berkahwin.. ada satu kampung je yang saya boleh beraya.. Kampung Seri Klebang, Perak Darul Ridzuan.. insyaAllah khamis nie meluncur lah saya bersama Nurul Iman membelah lebuhraya utara-selatan.. wahhhh tak sabo nak masak lemang rendang kuah kacang... opsss rumah saya takde ketupat ye, anyam daun nyor x siap2 kihkihkih 

#aci x kalau ada yang tanya raya mana lagi saya tunjuk entry nie? :p

#ada lagi satu contest nak kena buat nie =.='  

01 February 2012

Cantik tak?

Assalamualaikum semua

sebelum tue saya nak tanya, cantik tak gambar bawah nie?

Pathway To Wonderland by Nadzli Azlan

kalau anda rasa ia cantik dan ada sentimental value yang tersendiri boleh la like photo dia..

pertama like page yang nie dulu
kemudian photonya disini

 terima kasih :D

23 November 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2]

Assalamualaikum semua..

bw pagi nie ternampak pulak kene tag dgn pakcik nie.
hurm mulanya macam tak tau nak buat ke tak, tapi tak pe la. terai jela ye tak..

contest dari abg EQ.
syarat ada dekat sini

selamat mencuba bagi sesiapa yang teringin nak join, kira nak tag mikero memandangkan die dah mula berjinak-jinak dengan novel nie :D

yang nie dari kira :)

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"
...........................................................................................................

 
hari pertama :spaghetti

hari kedua :mee hailam

hari ketiga :laksa

hari keempat :kek coklat

hari kelima :cheese cake

Nadzri menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sepanjang minggu nie ada saja bekalan yang “disediakan” di atas meja.Siap ada note yang terselit setiap hari.

kalau takut saya letak yang tak elok, jangan lupa baca bismillah, doa makan, dan ayat Qursi sekali sebelum makan

“rezeki dah ada depan mata membazir kalau aku tak makan” gumam Nadzri sambil tersenyum.Namun apa yang menjadi tanda tanyanya,kesemua bekalan tersebut adalah kegemarannya.Pelik.
…………………………………………………………………………………………………………………………

“class,please submit your assignment before next Sunday”

“dan awak sya, datang ke pejabat saya lepas lunch hari ni”

“dia tau ke aku yang selalu buat bekal untuk dia?Mati la aku kalau dia tau,mana aku nak sorok muka nanti?”ngomel syakira dalam hati,terasa peluh turun macam baru lepas jogging 5km!
……………………………………………………………………………………………………………………………

Di dalam pejabat En.Nadzri

“Assalamualaikum,eh maafkan saya En.Nadzri,saya tak tau encik tengah lunch,saya keluar dulu la nanti saya datang balik”dan matanya terpandang sambal tumis udang.

“eh tak pe,habis dah pun,salah saya terlewat lunch hari ni.Anyway saya nak mintak tolong awak sikit.”Pinta Nadzri.
…………………………………………………………………………………………………………………………


“eh sejak bila pulak level atas nie diorang letak cermin?heran” 

“Tapi kenapa dia suruh aku beli tepung,gula dan semua benda nak masak nie?” 

“mana pulak En.Nadzri ni tadi beria-ria suruh aku beli cepat, ni dia pulak yang tak ada”

“Assalamualaikum,awak lihat dalam cermin dihadapan awak dan katakan padanya yang saya dah jatuh hati pada dia”Nadzri muncul dari belakang sambil tersenyum manis.

“mesti awak tertanya kan.sebenarnya saya dah tau semua bekalan tu datang dari awak sejak dari hari pertama saya ternampak bekalan awak sama seperti saya.Dan saya minta awak belikan semua tu,supaya awak bekalkan saya setiap hari selepas kita menikah nanti”ujar Nadzri dengan setulus hati.

Syakira terdiam.Namun dalam hati dia bersyukur kerana Allah dah makbulkan doanya.Air matanya bukti die menerima Nadzri.

(297 patah perkataan)

.................................................................................................................
saja guna "nama" tue tak da maksud tersirat ye kawan-kawan :)

23 June 2011

Kenangan Manis Dan Pahit | Nur Syakira Yaakub

Assalamulaikum

Tadi tengok KSP punye entry yang nie.. waaaa nak join… pastu click kat owner contest nie kat sini.. jom kita join sama2…



Kira nak ceritakan kenangan pahit dan manis bersama keluarga tersayang.. since sekarang nie rindu sangat dengan diorang semua…

Kira akan menggunakan kata ganti nama “ya” sebab dalam family kira bahasakan diri “ya”…



Mama x kasi masuk PLKN, mama takut anak dara die nie jadi pape.. papa pown macam x berapa nak bagi.. smpi mama kata mama doa ya x dapat masuk PLKN tue.. tapi mama xtau ya nak sangat masuk PLKN,,, ya suka kan aktiviti lasak, ya nak merasa pengalaman jauh dari keluarga,, ya nak merasa hidup berdikari…

Masa dapat surat PLKN tue mama terus muram,,, sebab anak mama kena pergi jugak,, dah la jauh kat Kelantan pulak tue.. mama risau sebab nanti susah mama nak menjenguk anak mama…

Masa hari pendaftaran tue ya dah mula rasa rindu kat mama, saat mama papa lambai tangan kat ya,, ya sedih sangat sebab tue first time kita berpisah lama.. setiap weekend ya mesti call mama papa,, setiap kali tue jugak ya akan menangis sebab rindukan mama papa… sampai papa cakap macam nie “kalau telefon papa nak nangis2 jer xpayah telefon dah laen kali” mama kata masa papa dengar ya nangis tue mata papa pown dah merah..

Kalau sebelum nie ya ingatkan mama papa x sayangkan ya, x hiraukan ya, ya rasa tersisih dari mama papa tapi sejak ya masuk PLKN baru ya sedar betapa mama papa sayangkan ya…

Lepas peristiwa ya jatuh masa ujian tali rendah, yang membuatkan ya susah nak bergerak seminggu, mulanya ya tak nak call bagitau mama papa sebab ya tak nak mama papa susah hati.. tapi lepas ya balik dari x-ray kat hospital ya terus tekad call bagitau mama papa..

Masa tue mama papa belum bangun pown lagi sebab subuh belum masuk. Lepas ya bagitau mama terus terkejut, papa lak mama kata terus bangun. Mama kata papa risau sangat sampai papa tak boleh nak fikir pape dah.. mama papa nak datang lawat ya tapi ya kata xpe la..

“ya ok jer.. insyaAllah xde ape2… jauh ipoh nak datang pasir mas,, papa pown x sihat lagi masa tue, kereta pown x servis nanti kalau jadi pape kat mama papa masa on the way datang kem macam mane?”

Lastly mama papa ikut jer kata ya.. sebab masa ya call tue hari sabtu.. weekend je yang boleh ibu bapa datang melawat..lepas ya tau mama papa risau pasal ya jatuh terus ya menagis sebab ya tau mama papa sayangkan ya, mama papa tak pernah tinggalkan ya..

Sampai ke hari nie ya tekad, ya akan cuba sebaik mungkin bahagiakan mama papa.. sedaya mungkin ya tak nak buat dosa kat mama papa.. sebanyak mungkin ya nak doakan kesejahteraan mama papa.. doa ya biarlah sakit mama papa beralih pada ya, kesusahan mama papa biarlah diberi kan pada ya.. ya tak nak mama papa susah dah, ya xnk mama papa sedih dan susah hati lagi.. ya sayang mama papa… ampunkan segala dosa2 ya mama papa..


[Surah Al Israa’ Ayat 23&24]

Redha Allah apabila redhanya kedua ibu bapa kamu….

15 June 2011

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO

Assalamualaikum...


kak es & nesloo telah sepetak suara ingin menganjurkan contest mereka..
hadiah pown lumayan...
kalau menang boleh buat hadiah besday mama nanti... hihihi...

syarat die yang lain...
jangan malas!!! baca kat entry tuan punya contest



maka dengan ini marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mendokan kejayaan kira memenangi contest anjuran bersama mereka ini... :D

12 June 2011

Da Best Memory Contest

Assalamualaikum....

setelah ditag sendiri oleh tuan tanah Secebis Bingkisan, maka dengan ini kira pown akan turut sama merajinkan diri join contest yang dianjurkan nie..

firstly follow diorang..
DONE

second, tepek banner


DONE jugak

third, letak gambar yang menyimpan memory tersebut dan ceritakan cikit ape yang kenangan nye...


lokasi :: penang

agenda utama :: majlis perpisahan adik badik KBU .. onie, erika and tatia..

apa yang kenangan nye? tengok tue semua pakat pakai bju kurung/melayu..
memang respek semangat kesukanan  persepakatan adik badik KBU nie..
buat la event ape pown, mesti bersepakat semuanye..
tagline KBU "we are family"
jadi bila dah family mesti la kena bersatu hati kan? alhamdulilah buat masa laa tak ade lagi adengan gadoh madoh , tarik2 rambut, semua dalam keadaan baik2 belaka sebab diorang nie semua pandai jage diri dan jage hati adik badik yang laen..

eh kena cite pasal gambar lah!!
okey okey...
mase farewell tue memang tersangat happening, bbq dengan depa, yang bawak makanan dari rumah pown ade.. serius semua makanan tue teramatlah sedap sampai sekarang terasa rasa lagi semua makanan tue.. huhuhu

semua sempoi sampai terhasilnya gambar2 yang sangat happening contohnya gambar kat atas tue, nak tengok yang laen2 klik kat sini...
ape yang kira nak tekan kan kat sini...

KBU bukan sahaja kenangan termanis yang kira ade bahkan KBU dah menjadi sebahagian dari diri kira..
doa kira, semoga ukhwah yang terbina antara kami akan berpanjangan hingga ke taman-taman syurga, semoga Allah memberkati persahabatan kita semua..
sama-samalah kita membaja persahabatan yang terbina ini agar ia nya terus mekar dan berkembang.. 

love all my adik badik....

banyak lagi cerita pasal KBU dalam blog kira...
rajin2 lah diri mengexplore ye.. hihihihihi...

korang pown mesti ade da best memory yang nak dikongsikan, jom reramai klik kat sini...

eh lupa kena tag...
tag kat photograher lah, depa mesti ade banyak nak share... =)






20 April 2011

Aku Ingin Berubah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


alhamdulilah akhirnya datang jugak idea nak join contest aima

bismilahirahmanirahim...

Jika dulu,
Aku dipanggil “sutun”
Dipandang hina oleh mereka
Ibu selalu menangis mengenangkan nasib aku
Salahkah aku lahir ke dunia?
Salahkah ibu dengan hadirnya aku
Bukan pintaku untuk menjadi lembut sebegini

Aku masih lelaki
Masih mampu membantu ibu membanting tulang
Juga punya sekeping hati yang rapuh
Mahu memberi kebahagiaan buat ibu
Meskipun sejuta cacian dilemparkan padaku aku tahu Allah sentiasa bersama denganku

Aku ingin berubah
Ingin memberi sedikit senyuman buat ibu
Mahu mereka mengubah pandangan padaku
Ye, aku perlu berubah

Kini ,
Aku berdiri tegap bersama iman dan kejayaan yang Allah berikan untukku
Ibu tersenyum bahagia denganku
Kalian mengapa tunduk pabila berjalan dihadapanku?
Dongaklah untuk melihat aku yang kalian hinakan dulu
Pandanglah aku kelak aku akan menghulur ukhwah buat kalian
Kita manusia yang sama hina di pandangan-Nya
Berubah lah, berusaha berdoa dan bertawakal padanya
Sesungguhnya Dia tetap bersama kita walau duka mahupun bahagia…

sekian.... bagi sesiapa yang berminat nak join contest nie sila kunjungi laman muslimah optimis... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...