Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

09 July 2011

Sama-sama Buat Sama-sama Dapat

Assalamualaikum

Tadi sorang housemate gurau ngn kira… katanya..

“ ira beli barang-barang nie macam nak duduk sini terus jer ”

Tudiaaaa kejam kata kira nak dok sini terus, diolag tue rentetan dari kira beli barang-barang untuk kegunaan bersama kt rumah sewa nie la..

Bagi kira yang merantau jauh dari mama papa nie, tak rugi pown beli barang-barang tue contoh macam mesin basuh. Kenapa tak rugi? Sebab itu satu keperluan dan akan menjadi satu pelaburan masa depan.

Kenapa pelaburan? Segala barang yang kira beli nie boleh guna bila dah kawen nanti. Boleh la tolong kurangkan beban bakal Mr.Hubby. percaya tak kalau kira cakap kehidupan kita yang sebenar bermula selepas ijab dan Kabul?nak2 pulak kalau yang b’PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan Mr.Hubby time tue duit lagi laju dari air keluarnya. Kalau tak caya cer tanya akak2 ngn abang2 yang dah kawen tue..

Memang kira belum kawen tapi kira belajar dari pengalaman kakak2 kira yang dah kawen tue.. sbb kami datang dari keluarga yang sederhana jadi semua keperluan kena beli sendiri.bagi yang parents nak sponsor tue syukur alhamdulilah la kan..

Ok sambung balik.sekarang kira bagi contoh. Bila dah kawen setakat sebulan boleh la lagi Cik Wife tue basuh semua baju dia dengan suami pakai tangan kan? Tapi masuk bulan kedua atau dah ada anak mesti memerlukan mesin basuh. Yelah tanggungjawab dah makin bertambah. Nak uruskan makan pakai anak-anak ngn Mr.Hubby lagi,nak uruskan rumah,kerja kat ofis yang bertimbun tue bagi Cik Wife yang berkejaya la . kalau yang suri rumah tue mungkin x termasuk dalam kategori nie kowt .. :D

Bila Cik Wife dah merengek mintak dibelikan mesin basuh Mr.Hubby pown mula la pening kepala. Kadang-kadang ade lagi benda laen lebih penting yang perlu diselesaikan. Dari hal yang macam nie la kadang-kadang boleh mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Sebab hal nie melibatkan factor kewangan.

Sebab tue bagi kira, sementara kira masih pegang title “belum berkahwin” yang hanya punya tanggungjawab pada mama papa adik juga diri sendiri. Kira gunakan kesempatan nie tuk kumpul barang-barang yang diperlukan lepas pegang title “sudah berkahwin”. Barang-barang tue bukan jer boleh kira pakai sekarang tapi jugak yang kira boleh guna pakai lepas kawen kelak. Harap sgt dengan cara kira nie dapat tolong ringankan beban bakal Mr.Hubby nanti, insyaAllah.

Kalau kita masih sempitkan ruang fikiran kita dengan ayat “suami yang perlu tanggung segala keperluan rumah tangga” dikhuatiri keharmonian dan kebahagiaan yang kita harapkan tak kesampaian. Tak salah nak ringankan beban Mr.Hubby dan Mr.Hubby tue sendiri kalau dapat jenis Cik Wife yang tak berkira macam tue jangan pulak ambik kesempatan. Sama-sama buat sama-sama dapat. Kan untung tue.. semoga makin bertambah kebahagiaan dalam berkasih sayang...

Pape pown doa kira moga kita semua lebih tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang dalam kehidupan kita. Selain usaha jangan lupa doa selebihnya tawakal. Mohon ampun atas segala salah dan silap kira…



**Cuma bakal Mr.Hubby kena sewakan lori jer tuk bawak pindah semua barang-barang nie nanti.. hihihihihi :D

Yang baek dari Allah dan yang buruk dari kira sendiri..

5 comments:

syukri0235 said...

ooo...nie la idea yg muncul masa iron baju td eh..?? nice.... cukup bermakna buat bakal Mr. Hubby ^_^

Unknown said...

kalo mintak mr husband kete sebijik agak2 dia tranforms jadi ultraman x?? hak3

Kira Sakura said...

mikro :: a'ah yg nie la.. hihihi...

haniss :: xyah mintak sbb sye dah ade satu .. hahahaha :p

Penyu said...

ehem ehem.. Mr. Hubby. hehehe.

#tak lama lagi dah tuuuu..

Kekunci Merah said...

gud!! bijak berfikir!

# mr hubby??? leh x aku nk agkt tgn tnda aku dah tau sape orgnyer?hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...