Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 April 2013

Kisah Khalifah #Chek up Minggu Ke-20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ahad semalam, ditemani suami check up baby untuk minggu ke 20 kat tempat biasa. klinik simpang kuala. highlights ditemani suami sebab sebelum nie kena pegi sorang2 sebab PJJ sobsobsob :p punya la ramai orang, disebabkan diorang bagi appoitment pukul 9 makanya kena la tunggu lagi lama. mujur la ada suami kat sebelah boleh jugak kacau-kacau dia, kalau tidak mati kutu sensorang. 

Alhamdulilah berat dah tak naik mendadak. lebih 100 gram je. ok la tue janji tak tanda kaler merah dah :p hari sebelum-sebelum tue timbang naik 46.2 mau tak terkejut dari 41.7 terus naik mendadak macam tue. rasanya penimbang tue rosak agaknya. terus hilang selera nak makan bila tau berat naik sampai macam tue sekali. berat yang sebenar 41.8kg, Alhamdulilah kembali normal.

cumanya Hb darah yang tak mau naik-naik. tetap maintain 9.5 macam bulan sebelum nie. nurse pun naik heran kenapa hb tak boleh naik sedangkan saya makan vitamin ikut aturan. vitamin tambah darah tue saya makan dua jenis lagi. kena rujuk dengan dokte la minggu depan, lagi pun memang dokte dah aturkan appoitment untuk saya minggu depan, pasal darah yang makin kurang dan kurang nie la. hurmm redha jela. usaha dah, doa pun sudah, tawakal jela moga takde ape yang pelik-pelik jadi. moga Allah lindungi saya dengan khalifah dalam nie amin. nak kena makan lagi banyak jambu batu lah, orang kata jambu batu boleh bantu tambah darah. kita usaha jela ye.

lagi satu nurse kata, kalau sebelum nie saya gap kan sejam sebelum dan selepas makan ubat baru boleh makan makanan lain. nurse suggest up kan jadi dua jam pulak. jadinya empat jam tak boleh makan pape. huwaaaa saya susah hati dah. yang dua jam sebelum nie perut dah tergedik-gedik menahan lapar. ini kan pulak empat jam. nangesssssss. 

dalam saya dengan suami dok susah hati tue. ada satu kejadian yang buat kami berdua tersenyum senang. baby dah pandai tendang!!! eh bukan, tendang tue rasanya memang sebelum nie dia memang dah pandai cumanya baru semalam saya betul-betul dapat rasa tendangan dia tue. mula-mula rasa tue saya tergelak, gelak yang betul-betul gelak, agaknya suami pun pelik. lepas saya cakap "ummi dah boleh rasa baby tendang la" suami pun join gelak sama. suka letewww :p amboiiii aktif kemain dia bila dah makin besar nie ye. bila malam jauh dari abi mula nak tendang-tendang ummi. heiiii bukan saya yang manja la tak boleh jauh dari suami, dah permintaan baby kannnnnnn :p

dengan semua ujian dan dugaan yang dilalui nie tetap tersenyum bila si kecik kat dalam nie sentiasa 'pujuk' saya dengan suami dengan gerakan-gerakan halus dia kat dalam nie. ummi dengan abi sayanggggggg baby ;)


disebabkan semalam suami yang teman, kita request nasi arab kat dia. semua  sebab terpengaruh dengan Jusiza, masa sampai depan kedai nie bau dia cukup menggoda. rasa pun not bad. harga pun boleh tahan. saya oder nasi arab mandy ayam yang kecik RM9. suami oder nasi arab mandy kambing kecik RM11. masa kitorang sampai tue cuma nasi arab mandy je yang ada yang lain belum siap lagi. kedai bukak dari jam 12.15 tengahari sampai 11 malam. oh lupa. lokasi kedai nasi arab belakang tesco stargate alor setar kedah. 


petang masa masuk keta lepas abis keja, cakap kat suami. "abg macam ada terbau laksa la" senyum je dia. "jom makan kalau teringin" hihihi lebleb abi. lokasi laksa ikan seko kat mergong. harga sepinggan RM3.50 memang la macam mahal sebab dia letak ikan seko kat dalam tue. lagi satu kalau kita makan kat kedai tue kita boleh tambah laksa lagi, dan percuma!!! suami nyaris-nyaris la nak tambah semalam tapi sebab dah oder ABC terus tak jadi kang mau terbongkang dedua. saya dah memang pasti la kan :p duduk dalam keta serba tak kena sebab kenyang sangat huuuu

#semalam kalau tak sebab suami halang tak bagi cuti semalam, rasanya selamat dah ambik cuti sehari sebab kesian kat dia kena tunggu saya sementara nak abis keja pukul 5. terima kasih awak :D

13 comments:

NinaAz said...

Jg diri bebaik yea sis. Jg kesihatan juga ♥

cik Anggur said...

terliur tgk laksa

Unknown said...

salam sakura...

baby kita sebaya la..akak pun dah 20 minggu ni..hehehe
moga segala urusan dipermudahkan ye

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bila la nk merasa pegang perut kiera ni haha

aDisH.sHidA said...
This comment has been removed by the author.
aDisH.sHidA said...

ikut nsihat nurse ye..

sedap ye nasi arab tu..nak mencuba jugak la nanti...

eh makan laksa ikan sekoq tu sedap x..aritu akak bawak kawan g makan kat stu dah x ok..masin...huhu..xsama mcm akak makan dnegan adik2 dulu

Tengkubutang said...

seronok dengar citer awk.. bila lea turn teman pulak yea.. =)

suria lekatlekit said...

saya dulu makan vitamin tu berterabur jer.. tp ada la sekali dua yg hb tak naik.. lepas tu ok jer. Berat naik byk dekat2 nak due dah.. masa tu dh 8 bulan. walau bulan puasa pun..alih2 baby yg keluar come lote je berat dia. Apapun semoga ibu & baby sihat2 jer & di permudahkan Allah segala urusan.

Zai Zamree said...

bestnya dh leh rs baby tendang2...syok2...

OKje said...

Baru tanya kat entri atas tadi dah pandai tendang ke belum? dah terjawab kat entri sini....nanti semakin besar lagilah banyak geraknya ...lagi seronok!

Hb darah tak naik eh Kiera...cuba google kat tenet makan apa yg membantu!

Anonymous said...

bestnyer bila dah ada rasa tendang2an halus ni kan !

aku HaniAsyira said...

tang laksa dah buat meleleh.. hmm

نورعيم said...

makan banyak tp xpenah habis pn. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...