Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 September 2014

Pandai Main Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

disebabkan buat masa sekarang Fateh Uwais tu anak tunggal dan dah biasa main sorang diri, bila ummi atau abi tak sihat, dia tak merap sangat. boleh main sorang-sorang. tapi kadang main sorang dia tu kena tengok jugak. dah makin lasak, kerja nak latih skill memanjat aje!!!


weekend lepas saya tak berapa sihat, duduk rumah mentua, suami kerja. bawak anak naik atas, kalau dekat bawah jenuh pulak nak kejar dia panjat tangga. bawak naik bilik kat atas tutup pintu dah selamat dia dari tangga. itu difikiran saya la. difikiran si Fateh Uwais tu lain. memula dia jatuhkan luggage yang besarrrr tu. dia naik atas luggage, berdiri dan melompat-lompat atas luggage =.= mentang la dah boleh reti melompattttttt. bila ummi tak larat nak tahan jantung takut dia terjatuh, ummi letak luggage atas katil. tak boleh panjat berdiri dah.

kalau sebelum ni dia agak payah nak lepas panjat katil, weekend lepas lain pulak ceritanya. dia nampak ada beg kura-kura dia tu, baringkan. try pijak bahagian belakang beg, tak stabil, goyang-goyang. terbalikkan lagi sekali dah try pijak bahagian cengkerang yang keras. berjayaaa!!!! dan akhirnya saya berjaya naik atas katil setelah memijak beg kekura =.=


yang merisaukan bila dah naik atas katil, dia akan panjat meja, juga melalui rak buku yang ada kat tepi katil. meja tu tinggi cukup risau kalau dia jatuh. selalunya memang kami tangkap dia cepat-cepat bila dah mula kaki nak panjat meja. tatau nak kemas bilik tu macam mana lagi. pusing ikut sini, dia panjat ikut situ. pusing ikut sini, dia naik ikut sana pulak. ummi dah mati akal. kalau dekat rumah sewa memang rumah, bilik kosong. takde tempat yang dia boleh asah skill dia. sebab tu bila balik kampung habis semua tempat dia jelajah =.=

selalu doa moga Allah lindung anak kami. hanya dengan kuasa Allah je boleh melindungi Fateh Uwais. ummi abi cuma mampu berusaha sehabis baik, sehabis daya melindungi dan menjaga amanah yang seorang. selebihnya tawakal dan berserah je pada Allah SWT.  

7 comments:

Zai Zamree said...

otak depa mmg kreatif bfikir.Aqil skrg pnjt grill rumah.klau pntu tutup pnjt sndiri keta kontrol dia...adehhhh...risau ttomoih muka kt lantai ja

Unknown said...

Bdk umur baya fateh mmg sdg melasak...lagi2 kalau boy..hehe..

aizamia3 said...

Moga dak Uwais membesar dengan sihat dan kuat.. lasak seorang anak yang sedang membesar.. ;)

AtieYusof said...

Hihihi..dah start lasak ye si bam-bam ni..kena alert Kira.. takut jatuh.. biasalah klu baya2 Uwais memng kita mak ayah kena kerja keras skit nak jaga/pantau dia...hehe

Fiza Rahman said...

Tu dia. Berusaha jugak nak memanjat kan. Bijak...bijak ☺

Anonymous said...

Salam jumaat yer ! kemain lasak lagi tu hehehe

OKje said...

Kang kalau Fateh duk diam jer umi gak yang susah hatikan hehe...so eloklah dia belajar memanjat Kiera biar dia lasak sikit...cuma umi kena pantaukan ajelah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...