Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 September 2014

Tara Nak Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah decide dengan suami. mulai weekend yang baruuuuuu je lepas kemarin. saya dan anak hanya akan balik ke penang 2 minggu sekali. suami jugak akan bergilir balik ke sini, bila hari kami tak balik ke sana. banyakkkkkk modal boleh jimat kalau kami buat konsep begitu. walaupun masa bersama terkurang sikit sobsssss. nak pulak gaji bulan ni kena potong RM6++ dari koperasi. diorang nak potong duit orang lain pinjam, tapi terpotong duit saya grrrrrr betoi. dah kalau bayar balik secepat mungkin takpe la jugak, ini dah seminggu pun duit tak boleh nak dapat lagi.  

minggu lepas kami tak balik, sepatutnya suami cuti kerja hari sabtu, tapi disebabkan ada stock take, makanya lambat lah sikit boleh balik ke sini nya. petang khamis tu nampak anak steady lagi. tapi bila menjelang ke maghrib dia dah mula gelisah. mungkin dia dah terbiasa hari khamis balik ke sana jumpa main dengan abi. sibuk pegang handphone saya, tunjuk-tunjuk dekat kita, bila dengar je suara abi keluar terus cium-cium telefon. Allah T_T malamnya dia tak berapa nak lena tido, merengek mengingau hurmmmm.

Jumaat, pun macam tak berapa nak boleh main sorang diri. mesti nak mengekor ummi, selalu cuma mengekor tapi masih boleh main sendiri tapi kali ni banyak merengek, merap. nak kata tak sihat takde pun. malamnya abi sampai rumah sekali dengan mama papa dan acu. family saya datang ke sini, saja melawat anak dan cucu. sejak kami pindah duduk sendiri belum berkesempatan mama papa nak datang tido sini lagi.



abi sampai dia tido lagi. tersedar tengok abi dengan opah terus menangis merengek. tapi sekejap jela. lepas je tu sampai tak boleh nak berenggang dengan abi la. tido pun dekat tengah, ok la ummi kasi can malam ni. tapi sekejap je nanti ummi angkat letak tempat awak balik ek :p

sabtu pagi abi kerja, tapi takde la dia merengek merap lagi. sebab ada opah atuk dengan acu. boleh ajak main, ajak bersembang. macam-macam kelaku yang dia tunjuk, mana la orang tak geram rasa nak lempang aje kahkahkah >.<

petang abi sampai rumah, nampak aje abi terus bagi tangan suruh dukung. abi letak bawah menangis menjerit macam ape je lagi, ummi nak ambik pun ditolaknya tangan. sampai hati betoi!!! abi bawak keluar main dekat taman, ambik hati dulu, baruuuuuu la dia boleh lepas abi pergi solat. amboiiii akallllll kemain!!!!!

dan pagi ni abi opah atuk acu balik. bangun pagi awalnya elok dengan senyum tunjuk gigi. lepas menyusu agaknya dia baru terasa takde orang mai terpa macam dua hari lepas, terus merengek merap dengan ummi =.= takpe la anak, tara nak biasa kan diri. insyaAllah lepas ni ummi yakin awak mesti akan terbiasa. tak lama je lagi. lagi 5 bulan 11 hari. moga Allah permudah amin amin  

4 comments:

AtieYusof said...

Salam Kira..
alo..lo..lo dah decide mcm tu ker?? kesian kat Uwais..mesti dia mencari nti.. takpelah slow-slow latih dia berenggang sikit dgn abi ye..lama2 nti Ok lah tu.. mudah2an Kira dan suami dapt duk sekali nti.. cepat lah kan.. :)

Izwa Kamaruddin said...

amin..semoga dipermudahkan.

Zai Zamree said...

cian dia...

Aqil pon hr tu abah shari suntuk keja x blk2 dia dok sibuk tunggu kt pintu.dh tau dh time abh blk pkl brapa.

Insyaallah...moga dipermudahkan semuanya

OKje said...

yelah dah biasa hujung minggu abi ada surelah Fateh terasa....Gitulah kehidupan Kiera bukan mudah nak melayari bahtera ada kalanya dilambung ombak dan badai itu semua buat kita tambah matang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...