Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

01 March 2016

Fateh Uwais Dijangkiti HFMD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terasa besarnya dugaan dan ujian bawak adik baby kali ni. lepas satu-satu ujian kami sekeluarga. selain masalah kesihatan diri masa mengandung, diuji pulak dengan kesihatan Fateh Uwais yang terjejas sama. kalau bulan oktober tahun lepas Fateh Uwais kena Thumb Trigger Finger bulan Februari tahun ni kena jangkitan HFMD pulak. Allahuakbar Subhanallah Allah je yang Maha Mengetahui. bukan mudah nak menguruskan anak yang tak sihat, dalam waktu yang sama diri sendiri pun tak berapa cukup nak sihat. tapi Alhamdulilah puji pujian pada Allah yang memberi kami ujian dan dugaan yang mampu kami sekeluarga tanggung. moga ada ganti yang lebih baik Allah sediakan untuk kami amin amin.

Syukurnya suami dah duduk sekali dengan kami anak beranak. takde la ummi nak menangis meratap hiba urus diri dan anak sensorang dekat sini. Fateh Uwais pun banyak suami yang uruskan, kalau nak harap diri seorang ummi ni entah lah, nak urus diri sendiri pun kadang terkontang kanting rasa nguuuuu.

start hari selasa 23 Februari. dah nampak Uwais takde selera nak makan, susu pun takmo minum. "susu tak sedap" katanya. padahal baru je buat susu. sejak bila pulak ntah susu dia tak sedap. makan pun setakat dua tiga mulut je. mulanya pening jugak dah kenapa budak sorang ni takmo makan takmo minum susu. petangnya ambik dari rumah mengasuh mak mengasuh cakap dalam mulut dia ada ulser. dah sudah. bila check memang betoi ada tiga bijik ulser dekat lidah dia. patut la budak tu takmo makan minum. sakit!!!

dalam hati ada jugak terdetik dia ni kena HFMD ke sebab kaki dengan tangan ada bintik merah!! nak kata campak bukan sebab dekat badan takde bintik merah. tup tup mak ngasuh uwais kata budak yang dia mengasuh sekali (Hana) kena campak campur hfmd. pulakkkkkk. tapi yang lebih menyakitkan hati mak hana takde pulak nak cuti jaga anak kuarantin anak dekat rumah ataupun bagitau pengasuh supaya asingkan Hana dengan Uwais. penyakit berjangkit memang kena kuarantin. kalau nursery orang halau suruh bawak anak balik rumah, kuarantin tak bagi bercampur dengan anak orang lain. mak ngasuh tau pun lepas tanya dekat mak hana kenapa badan hana ada bintik2. baruuuu nak bagitau grrrrrrrr rasa macam tonyoh pun ada orang yang pentingkan diri sendiri ni. nak kata tatau takkan masa pegi klinik dokte takde bagitau. sedangkan dokte klinik yang kami pergi tu memang bagitau sesiap asingkan Uwais dari budak lain sebab taknak budak lain kena jangkitan yang sama. sakitnyaaaaaa hati ini.

memang lah redha sakit tu datang dari Allah. Allah jugak yang menyembuhkan tapinya jadi makin sakit hati bila kita tau yang orang lain pentingkan diri dorang dan menyebabkan anak kita dijangkiti memang sakit hati. paling rasa nak meletup bila tengok anak meraung menangis tiap kali dia lapar nak makan tapi tak boleh makan sebab sakit dalam mulut. dan meraung masa mandi sebab bisa dekat badan. memang rasa nak pergi serang orang je masa tu.



petang hari selasa lepas suami balik terus ajak pergi klinik kesihatan bandar alor setar yang bukak lepas pukul 5 petang. dan dokte sahkan memang Fateh Uwais kena jangkitan HFMD tapi diperingkat awal sebab bintik merah baru nak keluar banyak. dalam mulut dah mula merebak banyak. sebab tu yang dia takmo makan dan minum susu. dokte ada jugak suggest dua pilihan pada kami. satu nya ambik ubat dan sapu pada anak atau kedua bawak terus ke emergency hospital untuk dimasukkan air sebab takut Uwais dehydrate sebab tak makan dan tak minum. yang syukurnya Fateh Uwais tak demam dan aktif macam biasa boleh berlari sana sini. jadinya kes dia masih boleh dipantau dari rumah. dan dokte kata ambik masa hampir seminggu jugak nak sembuh pulih sepenuhnya. 

suami decide ambik ubat dulu dan kami pantau dari rumah. pulun la ummi sapu calamine lotion yang dapat dekat klinik tu dekat Uwais. tiap kali sapu ubat mesti Uwais sebut "adik sakit ummi, siannn adik" hati mak mana la yang tak meronta2 masa tu bila dengar anak merintih macam tu. pulun jugak bagi Uwais makan aiskrim. walau masa tu dia selsema tapi bagi jugak aiskrim sebab nak bagi ulser dalam mulut tu cepat kecut. nak bagi ada selera makan balik. takut dehydrate pulak nanti. lagi kesian. 

rabu 24 Februari terpaksa hantar jugak Uwais ke rumah pengasuh. lantak la malas nak fikir hal kebajikan orang lain dah bila orang pun tak fikir kan kita. Uwais pun takde merengek merap. jadi ummi abi kuatkan hati hantar dia dekat pengasuh jugak. sambil tu pesan dekat pengasuh jangan bagi dekat dengan hana dan sapu calamine lotion pada Uwais tiap kali lepas mandi. ada jugak letak duit pesan belikan aiskrim yang orang lalu lalang selalu jual naik moto tu. tapi takde pulak orang aiskrim tu lalu huuuu. mujur mak dia rajin buatkan aiskrim malaysia tu bagi dia makan. 

alhamdulilah Fateh Uwais recover cepat. Jumaat 26 Februari nampak banyak dah positif. bintik merah dah mula kecut sepenuhnya. dalam mulut takde ulser dah. tapi kami tetap pantau dan kuarantin dia. dan baru lah datang balik selera makan dia. tu pun jamu makan bubur dengan sup je. takmo bagi nasi keras2 takut sakit mulut nak makan. dan hari ahad 28 Feb alhamdulilah dah sihat sepenuhnya. moga Fateh Uwais ummi abi terus sihat-sihat hendakNya dan dilindungi Allah selalu walau dimana jua awak berada.   


18 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah, anak aktif tak mau makan, kena check silapnya kan..syukur dah sihat

QasehnyaRania said...

aamiin. alhamdulillah dah baik. mmg risau kan..
geram kn dgn org yg selfish ni..
mentang mentang lah org persendirian yg jaga ambil x kisah je..

Izwa Kamaruddin said...

kene lebih bertabah sementara anak nak membesar ni dikala adik nak keluar kan...pernah mengalami nyer!

Nieyla Nadia said...

Moring..♥
semoga fateh cepat sembuh yea...Amin..

FarahFerraDotCom said...

Farah doakan semoga uwais cepat sembuh..kesian dia mesti tak selesa.. :(

el said...

semoga cepat sembuh abg uwais hehe

Eintan Nurfuzie said...

di bidang vet, fmd kerap juga berlku pd lembu atau kerbau. cuma dalam manusia dipanggil human foot and mout disesase (HFMD)

cikpinz said...

Kesiannya budak comey ni. Alhamdullilah dah sihat kan. Uncle CP doakan Uwais sihat2 ya..nanti boleh jumpa Uwais lagi bila ada review hehe..blogger junior ni..

eima said...

PENGASUH TU JG BERAPA BUDAK ??
KLU HANYA HANA DAN UWAIS JE OK LA TINDAKAN KIRA HANTAR JG KE PENGASUH KLU ADA BUDAK LAIN ...SORI AKAK TAK SETUJU NGAN TINDAKAN KIERA SBB MERISIKOKAN KANAK2 LAIN ...TINDAKAN TU MENJADIKAN KIRA SAMA JE DGN MAK HANA .... KEMUDIAN PENGASUH PUN PTT TENGOK KEADAAN BUDAK JG ..KLU NAMPAK BERISIKO PENYAKIT BERJANGKIT KENA TEGAS ...

SEMOGA UWAIS SENTIASA KUAT DAN TERUS KUAT ...DAH NAK JD ABG DAH KAN ... BILA DUE DATE KIERA

OKje said...

Àlhamdulilah dah sihat pun Fateh. Mama pun dah lega. Mau tak risau bila anak sakit kan Kiera.
Pening jugak na jadik pengasuh. Tetiba anak asuhan semua demam. Jenuh le nak suh budak budak beratuq bagi ubat sorang satu...

Aryan azra said...

Alhamdulillah..kejap je sakitnya tu, tp yela hati mak mana tak sedih tengok anak mengadu sakitkan. Ada juga orang macam tu kan,xnk fikir orang lain,fikir diri sendiri je

Zafirah Kama said...

alhamdulillah... mak hana tu pun satu.. dah tau anak tak sihat, bagi tau lah kalau tak nak cuti pun.. erkkk !

Syamimi Saad said...

Sllu mcm tu. Ada stgh mak ni xnk jga ank time ank x shat. Lbih rela pngasuh yng pntau.

cik Anggur said...

sakit pulak hati kita bila baca...tk kesian ank org udah la pk la ank seniri...ank sakit pttnya brtggjawab la sikit...jaga seniri ke..ni etk...alahai...sian uwais

Nina Mads said...

alhamdulillah uwais dh baik.. mcm2 hal tak alert langsung ke.

Zai Zamree said...

kita ni anak demam biasa2 pon xnk hntr ank p umah pengasuh tkut gngu pengasuh+ bdk2 yg ada kt situ....ini dh sakit cmni boleh di hantarnya...agak2 la

Aryan azra said...

patutnya sebagai emak kita dah tahu anak tak sihat tak perlulah hantar pada pengasuhkan

Cik Ash said...

semoga cepat sembuh fateh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...