Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

16 October 2017

Baucer Diskaun 20% Zoo Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entah zaman bila pun tatau last masuk zoo taiping. rasanya zaman bujang belum kawin lagi kot tak silap. yang jadi takmau pergi zoo taiping tu pasal bebai tak banyak haiwan dah dekat situ. yang ada pun dah tua. semua malas2 duduk jauh dekat kandang dorang. masuk mahal tapi tak dapat tengok haiwan mau tak bebai. sampai sanggup pergi Melaka semata mata nak masuk zoo sana. zoo Melaka memang best. banyak haiwan dan haiwan pun rajin sikit. puas la sikit nak berjalan. tempat pun besar. nak bayar tiket pun tak rasa sakit hati.

tapi kata orang sekarang zoo taiping dah ada improvement. kalau nak tengok haiwan rajin berjalan datang time pagi dan petang. masa pekerja zoo bagi haiwan2 tu makan. ewahhhh ko pun pandai kan. time makan rajin kalau tidak tu kerja membuta je ppffffttttttt



baru dapat tau yang zoo taiping ada buat 20% untuk pengunjung. cuma kena masuk web Majlis Perbandaran Taiping dan print out baucer, tunjukkan pada kaunter sewaktu pembelian. kalau mereka ic beralamat Selama, Bagan Serai dan Taiping pun ada diskaun. hanya tunjukkan ic masa pembelian tiket. tapi tak ingat pulak berapa % diskaun. jadi korang kalau nak dapatkan baucer diskain 20% Zoo Taiping klik link ni tau.

saya pun nak try print out tiga keping. satu baucer valid untuk satu tiket je. nanti bebila balik Ipoh boleh la singgah taiping. bebudak ni tak pernah lagi masuk mana-mana zoo. duk tengok ayam kambing kucing lembu burung je keliling rumah ekekekeke

update 15 Oktober 2017

kami sekeluarga baru masuk zoo taiping hari tu. alhamdulilah ada la jugak improvement nya. merasa la jugak Fateh Uwais bagi zirafah makan roti. tengok haiwan. haiwan pun tak menyorok dalam kandang. ok la bagi kami puas hati la jugak anak dapat kenal macam macam haiwan. pasal tiket saya lupa print baucer tu hahahaha. tapi untuk tahun ni tahun melawat perak. jadi siapa sahaja yang ic ber alamat perak masih boleh dapat diskaun 20% tu. tapi sayang takde gambar kenangan sebab hp suami rosak, hp saya kamera kelabu asap dan kamera pun rosak jugak huwaaaa sakit hati rasa!!! sobssss

No comments:

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...