Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

15 October 2017

Resepi Sambal Tumis Sotong | #IdeaBekalKePejabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

start bulan Julai tahun ni kot saya dah mula buatkan bekal untuk suami. kisahnya suami dah bertukar tempat kerja. dan kantin tempat kerja baru ni makanan nya terhad dan menunya tak meriah. jadi kalau lambat keluar rehat tinggal lauk sikit sangat nak makan. nak makan pun jadi takde selera. makanya marilah menggesa diri menjadi isteri yang rajin bangun awal pagi sebelum subuh dan buatkan bekal suami. jenuh hari hari doa moga istiqomah buatkan bekal suami, yela ingat senang ke nak istiqomah bangun pagi pukul 5 lepas tu kalut nak bersiap ke ofis pulak. belum campur lagi nak berdrama dengan dua tentera kecik tu. banyak dugaan sebelum dapat nak start kereta ke ofis pffttt



Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan-Bahan :

Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Bawang holland - hiris
Cili Giling
Air asam jawa
Kicap pekat mudim
Sotong

blend bahan bertanda *

Cara-caranya :

  1. tumis bahan bertanda * hinga perang kekuningan
  2. masukkan cili giling dan biar sehingga pecah minyak
  3. kemudian tuang air asam jawa dan tuang sedikit kicap pekat. saya pakai kicap pekat mudim, dan saya tak tambah garam. biarkan kuah menjadi pekat
  4. masukkan hirisan bawang holland. perlahankan api dapur dan biar sambal masak diatas api. tips sambal tumis sedap. lagi lama masak lagi sedap sambal tu
  5. agak sambal dah masak elok. masukkan sotong dan gaul gaul. jangan biarkan sotong lama di atas api. takut sotong jadi liat nanti. 
  6. matikan api dan boleh dihidang





1 comment:

Cik Ash said...

salute kiera.. akak xkeje bangun pkl 6 pun dah kalut... hihihihi

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...