Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lately ramai yang hire influencers untuk review produk mereka. Kebanyakkannya akan hire instafamous. Tapi tahukah kalian bahawasanya sekiranya kalian hire seorang Blogger sangat menguntungkan...
Kenapa? kerana entry di blog akan terus dipamerkan tanpa di delete. Jarang lah nak jumpa blogger yang delete entry lepas publish ni. Biasanya memang lekat kat situ jela entry nya. Jadi walau dah lepas setahun entry tu masih boleh diakses bila prospek search.
Dannnn Sekiranya kalian pandai cari blogger yang pandai main SEO, Search Engine Optimization. Lagi untung, lagi mencanak views yang korang boleh dapat.
Minggu lepas saja jela tengok view entry Kiera Sakura. Tak sangka banyak jugak view. Dalam kita duk rasa kita menaip ikut hati, rupanya banyak jugak views nya
ramai yang cari apa yang boleh dan tak boleh dilakukan sekiranya masuk ke Escape Penang
Us Pizza dengan rare flavour. Contoh Pizza Telo Masin hihi
Bengkel Ceramic Tiles Painting Workshop. 533 views. Best pameran ni sebab ada banyak lukisan yang pengajur kumpulkan dari mangsa buli. Jadi kita boleh tengok dalam lukisan tu apa yang mangsa rasa dan lalui.
Pengalaman bagi Fateh Uwais guna
Diapex diapers duluuuuu. Ramai jugak orang search dan baca. 9.89K views
Yang ni pun sama. Antara yang paling ramai cari.
Pengalaman menggunakan Set bersalin NR. Sampai ke email dan facebook saya dorang cari. Pandai pulak tu cari cara nak komunikasi tu. Hihihi. Actually produk ni bukan paid review. Saya beli, Saya guna, Saya kongsi
Yang sentiasa berada di tangga pertama carian terbanyak.
Cerpen. Dulu sebelum Kawen rajin la buat cerpen ni. Macam2. 132K views. Entah apa yang direpekkan pun tatau la hahahahaha
Bukan views yang jadi yang utama untuk saya. Tapi kepuasan menulis dan berkongsi apa yang kita rasa dengan pembaca. Kadang tak terfikir pun ada ke tak yang membaca. Cuma kongsi pendapat, mungkin ada yang melalui pengalaman sama dengan kita. Jadi apa yang kita tahu. Kita kongsi
Semoga bermanfaat pada semua.... dan memberi manfaat pada client yang mana percayakan sebagai medium promo produk mereka.
nak contact saya?? email sahaja di syakira.yaakub@gmail.com
No comments:
Post a Comment