Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

23 September 2018

Ceramic Tiles Painting Workshop | The Best Of You


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Semalam berkesempatan join program The Best Of You dekat Aman Central Alor Setar. Saya join Ceramic Tiles Painting Workshop yang pihak penganjur anjurkan sempena program The Best Of You semalam. Best!!ohh sebelum tu meh nak cerita sikit pasal event The Best Of You ni haaaaa. The Best Of You sebenarnya anjuran Julies. Ala biskut yang dah memang kita kenal kesedapannya tu.





Program ni sebenarnya bertujuan untuk kumpul cerita dan pengalaman dari orang ramai, orang awam. Cerita dari pengalaman mereka sendiri samada pengalaman yang seronok, menakutkan, sedih dan macam-macam lagi. Yang mana dari pengalaman diorang ni boleh dijadikan inspirasi dan semangat untuk mereka yang mungkin pernah mengalami ujian dan dugaan yang sama ataupun inspirasi dan semangat untuk kita sendiri. Selami dan hayati sendiri pengalaman yang pernah diorang lalui, sebab adakalanya kita tak duduk dalam situasi diorang kan. Banyak cerita dan hasil seni tangan yang dikongsikan sepanjang program ni berlangsung. Gambar yang saya kongsikan ini cuma sebahagian je tau, ada banyak lagi yang dipamerkan dekat sana dan korang kena pergi dan tengok sendiri.







Yang mana nak join nak tengok dan baca sendiri pengalaman dan cerita diri diorang boleh join lagi sampai hari ni. Ehh sebenarnya program The Best Of You ni mula dari 20hb September lagi haaa. Dan tarikh akhirnya hari ni lah. Sampai pukul 10 malam ni tau. Jadi pergi cepat cepat








Saya sempat join Ceramic Tiles Painting Workshop dengan adik adik kecik dan ada jugak la orang dewasa beberapa orang hihihi. Painting atas ceramic ikut contoh yang pihak guest dari Julies lukis dari awal lagi. Cuma pilih nak ikut yang mana satu dan lukis sendiri atas ceramic tiles yang pihak penganjur sediakan. Tak perlu bawak apa pun, marker pun pihak pengajur dan sediakan.




Ni la ceramic tiles yang saya lukis tu. Yang atas tu guest lukis dari awal. Jauh beza kan lukisan beliau dari saya hahahaha. Tapi boleh la. Dan rasanya setiap dari lukisan ni membawa ciri diri seseorang tu sendiri dan bina keyakinan diri sebab melukis depan orang walau jari kayu kohkohkoh




Ohh lupa lagi satu sepanjang korang di program The Best Of You ni korang boleh dapatkan poskad percuma dari diorang. Tulis la cerita dari diri korang sendiri. Atau siapa yang The Best Of You untuk diri korang. Spot where are mine dekat banyak poskad tu :p gambar tu printed dekat situ jugak. Pihak The Best Of You yang print kan. Dan lekat dekat poskad korang. Mana tahu cerita korang pulak yang jadi sumber inspirasi dekat orang lain kan.   






Kami seisi keluarga dah pun tengok dan rasai sendiri pengalaman tu. kalau korang nak tau tarikh dan masa untuk event The Best Of You akan datang keep update on their facebook and instagram at JuliesTheBestOfYou

Be the best for you and you will be the best of others people. not only in their mind but in their life, their heart and their mind. 

2 comments:

Nadia Nurul said...

menarik juga ye...

Shahida Dzulkafli said...

Aktiviti yang bagus dan menarik..

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...