Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 November 2011

Rewang atau Kontrak?


Assalamualaikum semua

Petang tadi pergi kenduri kawen adik kak Elly, ofismate. Kenduri rumah die masih mengekalkan cirri gotong royong, tapi sekarang dah susah nak jumpa kenduri gotong-royong atau rewang nie lagi kan. Kalau kat kampung tue insyaAllah ade lagi, tapi kalau kat Bandar kebanyakannya dah tak ada.

Bagi kira yg dah pernah merasa buat kenduri along dan kakak kawen, dah merasa pengalaman menguruskan kenduri kat rumah sendiri.

Gotong-royong

Eratkan persaudaraan dengan saudara mara, adik beradik, orang kampung, orang sekeliling. Bila time basuh pinggan boleh gurau² sembur² air (kira la tue)

Menu yang dimasak lebih banyak kuantitinya, sebab masak sendiri tak perlu budget kan sorang seketul ayam jer. Siap boleh bungkus bagi kat sedara mara lagi yang lebih² tue.

Membantu mengurangkan belanja..

Kontrak


Dah tak ada sape nak harapkan mengelola kenduri tue, contoh mama papa dah makin berusia, kalau sebelum nie tegap nak kehulu kehilir, tapi lani baru gerak 10 langkah dah kena duduk rehat sekejap. Kene fikirkan kesihatan diorang jugak, jgn fikir diri kita jer.

Kurangnya budak² muda nak membantu kemaskan meja, basuh pinggan kenduri kendara.wujudnya Sedara mara yg menggunakan konsep “aku dah kawen, dh ada komitmen, tak boleh tolong kenduri kau lagi”

Senang. Cuma bayar sekian² kat catering. Semua diorang uruskan mengikut budget yang diberi. Sediakan duit mencukupi jer.

Tak perlu nak penat² kemaskan barang² lepas kenduri lagi.

Hati tak merungut bila tak ada sape yg tunjuk muka sebelum dan selepas kenduri.


Tapi apa-apa pown nak buat majlis kenduri kawen kene ukur baju dibadan sendiri. Jangan sampai ada guest yang balik masih berlapar sebab makanan tak cukup nak jamu tetamu…

Makan kat kenduri kak Elly tadi pedas! Tapi sedap,,,, :D

 dina dan achik kira nya :D

**kenduri aku, nantikan dalam Satu Perjalanan :D

Arghhh jerawat!!!


Assalamualaikum semua

“kira nie makan kacang tak takut naik jerawat ke?”

“kalau naik jerawat, tempek la krem jerawat tue kat muka” kira sengeh jawab masa akak ofismate nie tanya tadi..

kacang yang dah selamat kena makan

Jerawat dan kita, confirm ramai yang susah hati kalau jerawat naik kat muka kan? Kira sendiri ngaku kira susah hati tapi tak la sampai meroyan.. dalam susah hati tue still tak pantang makan, makan je selagi mau :p

Kalau masa sekolah dulu bila jerawat tumbuh mesti tutup jerawat dengan tisu, tak pown dengan sapu tangan. Konon nak cover ayu, malu la tue.. cehhhh bila ingat balik perangai bebudak dulu rasa macam nak masuk dalam kotak nyorok 17 jam!!!

Tapi tak normal ke seseorang tue kalau jerawat tumbuh atas muka die? Normal la tue, tue maknanya ade perubahan hormon yang jadi dalam tubuh badan die. Tak perlu nak jerit sampai dengar jiran keliling taman. Kira kalau mama sebut perubahan hormone nie jadi syok mesti balas mcm nie “maknanya ya dah wajib kawen la ye ma? Hahahahaha” :p

Pergi cari bedak sejuk, tempek kt keliling muka tue, nak lagi nikmat perah asam limau dalam bedak sejuk tue.. perghhh kira rajin buat dulu (tapi muka xla licin mcm Barbie doll pown) time tue rasa meretit-retit kat muka nie tapi best!!! Pergi la try…

Tak pown pergi je farmasi kan byk krem jerawat jual kat situ, pilih jer mana berkenan.. make sure tempek krem tue sebelum jerawat mula membesar…

Jangan rasa rendah diri bila ada jerawat, sbb itu normal.. kalau orang dok ngata² ngumpat² kat awak tue, biar je sbb lepas nie die dapat jugak jerawat tue, tak cepat lambat.. percayalah :D



**semalam baru jer kene gelak dengan pakcik tue, tapi tak pe biar die tengok kita buruk
Jangan selalu dipamerkan yg elok² jer sbb manusia nie tak sempurna!!!
sama² lah belajar memberi dan menerima…
kami sedang belajar :D

19 November 2011

Satu Perjalanan #2

Assalamualaikum semua

 Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta

semoga ia petunjuk untuk satu perjalanan ini..
semoga ia nya didekatkan, dipermudahkan



Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

pabila petunjuk dah diberi moga kami menjaga kemanisannya, keindahannya..

**lagu pertama, yang diberi oleh sahabat dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...