Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 May 2012

Kerana saya sahabat awak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

terharu ramai teman, sahabat, keluarga sebenar dan keluarga maya yang mendoakan saya cepat dapat rumah sewa baru, dan selamat sampai kampung hari nie.. terima kasih semua untuk doa tue, semoga Allah tak henti memberi rahmat dan keberkhatan pada kalian Amin.

ramai yang mengeluh bila ada dikalangan teman dan sahabat yang tinggalkan kita. nak pulak kalau kita dah lama kawan dengan dia. ramai jugak yang tinggalkan saya dan ada ketika nya saya pula yang tinggalkan diorang. adat berteman. 

cumanya bila ditinggalkan teman kita muhasabah diri, tengok ada tak kita buat salah dekat kawan tue? ada tak kelakuan kita yang mungkin sakitkan hati dia, pernah tak kata-kata yang keluar dari bibir tue menyinggung hati pihak yang lagi satu. kalau ada cepat-cepat kena sedar diri, mintak maaf pada dia, kalau peluang nak jumpa tue xde mohon pada Allah untuk kebaikan teman, mohon kesejahteraan untuknya, mohon Allah ampunkan dosa kita dan beri peluang untuk kita minta maaf sebelum masing-masing perlu mencari di padang mahsyar nanti.



jangan selalu fikir kita yang kita nie baik selalu, dan dalam masa yang sama cuba faham mungkin teman tue ada masalah dia sendiri yang memerlukan dia bersendiri untuk satu tempoh tertentu. biarkan dia bersendiri jangan kacau privasi dia. mana tau nanti bila dia dah ok dia datang cari kita balik dan waktu tue baru la kita selesaikan gelodak hati kita sendiri.

saya jugak pernah sedih bila seperti dilupakan sahabat baik yang dah lama bersama. rupanya dia punya masalah dan dia takut kiranya masalah dia menganggu saya  nanti. saat tue saya hanya mampu genggam jari dia dengan harapan sedikit kekuatan yang ada pada saya mengalir pada diri dia juga. fahami kehendak dan isi hati teman dan sahabat kiranya benar awak rasakan awak sahabat dan temannya.

09 May 2012

Khamis tue besok lah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sepanjang minggu nie entah kenapa dengan saya setiap hari dok ingat hari khamis.. bangun pagi isnin ingat dah khamis.. bangun pagi tadi pun ingat khamis jugak.. masalah betol!! =.='



saya rasa sebab utamanya, plan balik kampung minggu nie tue yang perkataan khamis berlegar-legar dalam otak saya nie. mana taknya segala barang nak bawak balik kampung saya dah sumbat masuk Nurul Iman sejak weekend hari tue lagi. punya la semangat, sebulan dah tak balik kan.. hihi.. satu masalah yang saya tak dapat cari penyelesaiannya, asal balik kampung je mesti Nurul Iman tue penuh! yang kosong seat sebelah driver jer.. saya pun tak faham kenapa jadi macm tue sampaikan Pakcik Imam pernah cakap "nie baru sorang kalau berdua macam mana pulak" err err kalau macam tue kita share baju jela kan kita sama je size #Ehh :p

bila saya drive sesorang atas highway dari Alor Setar ke Ipoh, balik sini pun drive sensorang ramai yang tanya tak takut ke, beraninyaaaa drive sensorang .. apa yang boleh saya buat lagi, kalau tak saya sendiri yang cabar diri rempuh ketakutan tue ada ke sape-sape yang boleh bantu saya? dan saya paling tak suka kalau seseorang tue mengaku kalah sebelum menyerah. belum cuba usaha drive jauh sensorang dah fikir macam-macam yang buruk, kalau macam tue naik bus jela senang.. hati pun tak susah sangat kan..

apa yang selalu saya buat kalau drive sesorang. kerana saya seorang perempuan kena make sure mulakan perjalanan seawal mungkin elakkan perjalanan diwaktu malam. selalunya kalau dari Ipoh balik Alor Setar saya gerak dari sana 5 petang pukul 7 lebih sampai Penang berenti solat, dalam 8 lebih ke 9 dah sampai Alor Setar, at least xde la lewat sangat kan.. sebab saya kalau dari Ipoh selagi boleh lambat saya nak balik sini.. selalu je Papa Mama bising kalau pukul 5 tak gerak gerak lagi, kalau singgah Penang pulak Mama Ayah asyik tengok jam je tak bagi saya balik lewat..hihihi

pape pun sebelum mulakan perjalanan jangan lupa mulakan bismillah, doa naik kenderaan selawat dan salam ke atas rasul junjungan dan sesekali berzikir la sepanjang perjalanan minta perlindungan Yang Maha Kuasa dari segala halangan dan rintangan. insyaAllah mesti selamat... esok dah Khamis!!! hihihhii     

08 May 2012

kisah annoying petang semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hujan lebat malam ahad lepas, saya terjaga dari tidur bila terasa tempias hujan dari luar. bangun dengan pantasnya semata mata nak selamatkan selipar barney saya dari kelemasan, tapi bukak je pintu tengok barney tue dah tergapai-gapai dalam air.. hukhukhuk. selipar barney tue material dia kain pasal tue la yang saya over eksaited jaga keselamatan dia. mesti awak awak semua rasa macam apa jer saya nie kan barney tue pulak yang dirisaukan, oihh mestilah saya kalau dah sayang memang akan jaga sebaik mungkin. 

disebabkan dapur dah naik air, air tue pulak dah mula merayap masuk dalam bilik saya yang bersebelahan dengan dapur maka saya pun dengan senang hatinya tutup pintu bilik dan naik atas katil nak sambung tidur, xde keja pulak saya nak mengemas semuanya tengah pukul 2 pagi tue. tapi tempias hujan dari luar pulak masuk dalam bilik, ada tingkap untuk aliran udara dekat atas bilik saya nie tempias tue masuk ikut situ la.. saya dah letih nak fikir semuanya, selubung badan dengan selimut, tutup muka dengan bantal, dan saya tidur....

bagi saya insiden nie ada hikmahnya sebab owner rumah tue kata nak datang jumpa saya semalam. ohh kena pada masanya lah, saya pun memang teringin sangat nak tengok sape dia dan sangat teringin nak dengar apa yang keluar dari mulut dia.. petang semalam macam dijanjikan dia pun sampai dekat depan rumah. apa yang menjadi tanda tanya saya tujuan dia datang. saya jemput dia masuk dia tak nak, nak kata segan tak mungkin sebab masa tue ada saya, osmate dan makcik jiran sebelah. lagi pun dia datang dengan abang dia.

saya : masuk la pakcik tengok rumah pakcik nie (kali kedua ajak)
dia : xpe la dekat sini pun boleh (tercegat depan slinding door)
saya : masuk la pakcik tengok dapur tue ha masuk air (saya dah nak marah time nie, cuba kawal suara sebaik mungkin)

akhirnya abang dia melangkah masuk dulu, baru dia. lepas tue dia boleh tanya saya macam mana boleh jadi macam tue, saya jawab tatau jer. dah diorang tengok-tengok keadaan rumah tue katanya nak panggil orang yang boleh repair rumah tue. bila osmate mintak service loji kumbahan tue dia kata nak panggil orang repair tue jugak. saya diam je time nie sebab saya tahu hati saya tengah panas. dah banyak kali dapur dan bilik kami masuk air, dan saya benci bila dia masih nak salahkan penyewa lain sedangkan dia yang tak service rumah tue sebelum sewakan pada penyewa baru.

paling annoying bila dia arahkan saya bank in duit sewa rumah ke akaun bank dia dan maklumkan pada tiga orang yang berlainan bila dah selesai urusan tue. bila saya tanya kenapa, jawapan nya 

"mesej pi jela, 1 sen je kan satu sms" 

saya diam, peluk tubuh dan biarkan dia dan abang dia membebel itu dan ini. doa saya moga Allah bantu saya dapatkan rumah sewa lain dengan kadar segera. saya benci berurusan dengan manusia macam tue... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...