Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
25 Oktober lepas besday mama saya yang tersayang. Puan Zuraidah binti Hj Abd Rahim. terlewat create entry pasal nie. tapi lebih bermakna bila dapat wish besday sambil kiss pipi mama kiri kanan.menantu dia pun sibok suruh kirimkan kiss kat mama, katanya dari menantu tersayang =.= khamis lepas kan balik raya dapat la jugak buat kek yang mama mintak.
balik je khamis tue rasa tak boleh duduk diam. dengan tak mandi lagi terus ke dapur selongkar apa yang ada dan Alhamdulilah terjadi la kek gula hangus yang mama mintak. kek gula hangus je pun tak susah sangat nak buat, padahal pestime ritu tak menjadi kek nya hahahaha :p
mama takde doa lain yang Ya panjatkan melaikan moga mama sentiasa berada dalam rahmat Allah, semoga mama ditempatkan bersama para solehah di syurga nanti, semoga mama mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat dan semoga satu hari nanti impian mama nak ke tanah suci mekah termakbul. Amin. Ya sayang mama. maafkan segala salah silap dan dosa yang Ya lakukan. insyaAllah Ya akan jaga mama dan sentiasa doakan mama. ingatkan Ya tiap kali Ya terlupa ye mama.
kata ramai orang muka saya macam muka mama. tapi kalau tengok gambar terbaru memang sama pun hihihihi :p sebelum nie tak sama bila dah besar pulak baru nak sama. bila compare gambar saya sekarang dengan mama masa muda langsung tak sama. kata mama "yela dah kamu tue ambik gen papa kamu sikit-sikit takde la samanya" :p
kalau nak tau kami berdua tergolong dalam jenis darah yang sama A+ makanya Pakcik awak boleh tersenyum sebab buat sementara waktu nie awak je menantu yang jenis darah sama dengan mama :p adik badik yang lain mesti meluat bila saya kata saya yang banyak ikut gen mama. hihihi
kalau dulu kengkawan kat kampung mesti marah kalau saya tak jumpa dorang. saya biar je malas nak layan. dah jauh dari keluarga bila balik bercuti priority utama saya adalah KELUARGA. masa saya bersama keluarga yang saya nak maksimumkan sebanyak mungkin sebab bila saya susah keluarga jugak la yang setia disamping saya.
mama la kawan baik saya sekarang nie. apa pun saya luahkan kat dia. balik kampung nak kemana pun saya ajak mama, sampai kan mama marah bila saya tak keluar beli ubat ulser sebab dia takde sekali. nak pegi cuci Nurul Iman pun ajak mama :p kadang bila perangai mengade datang curik mama dari papa, nak tido sekali. papa jeling je. hahahaha :p
haaaa sama tak? hihihihi :p
#besday mama jugak jatuh hari yang sama dengan besday abah Kay_Are. semoga kasih sayang Allah sentiasa melingkari kalian berdua. Amin