Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 January 2014

Mintak Perhatian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




dah lama saya perasan, Fateh Uwais nie kalau time dia menyusu nak tido tue dia takkan bagi saya bersuara menyembang dengan sesape. mesti dia tengok muka saya sambil menangis terjerit-jerit. bila saya pujuk kata "ok ummi tak sembang, ummi diam je sambil2 belek muka awak" baru dia sambung nyusu dan diam. kalau tak tepuk2 dia pun marah jugak. 

kalau dengar suara abi dia time nak tido pulak, cabut susu dan lentok kepala tengok abi sambil senyum-senyum. goda abi ajak main dengan dia. bezanya takde menangis jerit-jerit kalau dengan abi

balik kampung ritu boleh pulak dia menjerit nangis masa opahnya sembang dengan jiran belakang. agaknya sebelum tue opahnya kata nak ambik dia dari tok tapi opah ralit bersembang tak jugak2 ambik dia. terus protes, suara jiran pun dah tenggelam dengan suara dia hahahaha

pandai dah dia tarik perhatian kami bila nak bagitau sesuatu. agaknya dia nak bagitau "bila saya ada tolong bagi sepenuh perhatian pada saya!!!!" kot. bagi tangan nak pergi atas dukung orang lain pun pandai dah. alhamdulilah syukur dengan perkembangan anak ummi abi nie

dua hari nie saja mendera perasaan abi, selalu hari-hari anta gambo anak dekat dia. hewhewhew :p

12 January 2014

2013 Yang Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tengok orang lain berthrowback, saya pun tingin jugak hahahaha. alang-alang nak hupdate blog tapi kurang idea kannn :p

January


baru dapat tau secara rasminya ada si kecik dalam rahim. anugerah yang tak ternilai harganya. dan walaupun orang kata masih awal, tapi doktor suggest untuk scan perut. nak tengok baby selamat duduk kat tempat dia ataupun tak. Alhamdulilah segalanya dipelihara Allah

February - March


bila dah bukak Buku Pink untuk ibu mengandung, maka bermula lah episod berulang ke klinik kesihatan. berulang sebab ada problem darah kurang. kalau tak takde masa nak ulang alik situ. bukan best pun huuu



dan pertama kali jumpa adik sorang yang jauh dimata nie. Noraim Ismail. entah bila nak jumpa untuk yang kedua ketiga dan seterusnya tatau la. moga Allah permudahkan jalan kita ye dik. 

April


luluh hati bila Nurul Iman tersayang kena langgar lari. habis kemek-kemek. syukur lah tak lama kemeknya lepas tue terus repair. tapi melayang jugak RM2++ hukhukhuk 

May


bulan kelahiran kecintaan hati saya, suami tersayang dan may lepas jugak bulan sahabat tersayang bertunang dengan TTM nya. insyaAllah CNY nanti akan menjadi isteri sorang. sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. cuma tak berkesempatan nak call tanya preparation. si kecik Fateh Uwais suka nak ambik hp bila saya mula pegang telefon tue. nguuuu. dan pestime ketemu si kecik Muhammad Umar Faiq. adik badik junior KBU si Fateh Uwais hihihihi :p

July


pestime jumpa baby secara 3D!!!! masa nie tengok muka baby macammm muka ummi. tapi sekali bila dia dah besar nie orang kata muka abi dia. heiiii muka abi ummi nie seiras tau. makanya muka abi ummi la. kenot sesekali kata muka abi je. terguris hati ummi!! hahahahahaha :p

August

saat dan penantian menanti si kecik tue keluar menjenguk dunia. ingatkan awal bulan August dah keluarnya rupanya sampai hujung bulan pun tak jugak keluar-keluar. duduk berehat kat rumah infiti lamanya. konon berehat dan ambik tenaga untuk push baby. tapi time bersalin takde jugak tenaganya sebab tenaga dah habis masa duk menahan sakit.hewhewhew

September


dan rupanya Fateh Uwais yayang kenit kecik tue nak bulan besday sama dengan ummi. sobssss terharu ummi :p Alhamdulilah hadiah yang tak ternilai dari Allah untuk kami suami isteri. hari-hari kami dah berubah 360 darjah dengan adanya budak pipi pau tue. yang pasti cinta kami makin berseri dengan adanya dia. sayangggg anak ummi

Oktober


melalui pengalaman berpantang yang super mencabar diakhir2 hari. orang kata sesetengah baby. lagi dekat nak habis pantang lagi mencabar nak jaga dia. saya iyakan aje. bila dah nak habis tue. nak tungku tak sempat. nak makan anak ngamuk. ada je yang tak kena. alhamdulilah lepas dari tue semuanya boleh dikawal. pestime jugak bawak Fateh Uwais tengok dunia luar. ngamuk sakan orang tue. nak merap je. lastnya abi kata "jom balik"

November


Selamat ulang tahun yang pertama untuk kami berdua. Alhamdulilah dah setahun perjalanan, dan banyak pengalaman yang lebih mematangkan kami berdua. moga cinta milik kita hingga syurga. amin

Disember


berjalan sakan dari Bintulu sampai ke Kota Kinabalu. sudahnya ummi demam seminggu. nguuuu. tepuk tangan untuk ummi. dan akhirnya alhamdulilah anak manja ummi tue dah menerap untuk pertama kalinya. Kak Zai pun kata macam mama "ntah2 anak nak dapat menda baru, ummi yang tolong demamkan" pun boleh la. lebih sanggup ummi yang demam dari tengok anak tak sihat. terima kasih Allah atas segala kurniaan :)

09 January 2014

Fateh Uwais #4Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 1 Januari 2014

dah baby 4 bulan baru nak hupdate perkembangan bulan-bulan kan. hewhewhew. dalam 3 bulan lebih tue Fateh Uwais dah mula pusing-pusing badan nak menerap. masa ummi demam hari tue, 29 Disember 2013 baru dia betul-betul menerap. tapi yang ralatnya saat pertama kali dia boleh nerap tue bukan depan mata ummi. ohh sedihnya rasa sebab kalau boleh saat pertama kali dia dapat benda baru ummi nak ummi orang pertama tengok. sobssss, tapi tetap bersyukur anak dah boleh menerap.

hari pertama menerap

baru hari pertama dapat menerap dah buat muka berlagak gila macam dia tue dah menerap berbulan-bulan. geram je tengoknya. masuk je 4 bulan, 1 Januari 2014 dia dah pakai gear reverse. satu katil dia boleh pusing. sebelum terlena tengok kepala ada kat badan ummi, terjaga lagi sekali tengok dah pusing sampai hujung kaki. kusssss semangat tak boleh leka dengan Fateh Uwais nie. bantal tue satu katil kepong kat dia. lepas nie tilam pulak nak lena kat kaki katil.

kadang bila dia teringat dia pusing badan bila dah letih menerap. bila lupa nanges mintak orang pusing. paling dia suka bila dah nanges letih tue angkat bagi berdiri terus gelak mengekek2 senyum sampai telinga. terus cair hati ummi yang kepenatan nie.

muka bahagia tak kena cucuk bulan nie, tunggu bulan depan ye dak kenit

timbang hari tue 6.4 kg kurang 600gram dari sepatutnya kata nurse tapi masih diparas normal, digaris putih. alhamdulilah. sekarang Fateh Uwais banyak nak main, menyusu memang kurang, tido pun kurang. mungkin atas faktor tue yang buat berat dia tak naik macam selalu. kalau bulan lepas 5.8kg. bab menyembang bagi kat dia. riuh satu rumah dengar suara dia je.

bab menarik rambut orang pun menang kat dia, nak menangis rasa bila sekali dia genggam tue. abi selalu meronta sakit bila janggut dia jadi mangsa hehehehe. kalau main 'tundak' atas kaki orang pun fevret dia jugak, sampai meleleh-leleh air liur syok sangat. seronok bila tengok gelak tawa anak, tenang je rasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...