Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 April 2014

Review : ESP, Alfalfa, Vita Lea dan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya saya nie bukan lah seorang yang mudah nak makan pil-pil supplement, ubat dan sewaktu dengannya. kalau sakit demam tue jangan harap nak makan ubat selagi tak betol-betol teruk. tapi sejak-sejak hamilkan Fateh Uwais dulu terpaksa rela telan segala jenis pil selagi alasan "demi anak". pasrah aje ummi nie tau tak anak. 

Vita Lea Shaklee

disebabkan saya ada masalah hb kurang masa pregnant dulu. saya pun cari la alternatif lain untuk dapat supplement yang mencukupi selain iberet yang saya duk makan. google dan jumpa Vita Lea shaklee untuk masalah hb kurang semasa hamil. saya ambik sebijik waktu pagi selepas makan. Alhamdulilah untuk check up bulan berikutnya dah mula nampak tanda-tanda hb naik semula banding sebelumnya. juga sesuai untuk ibu dalam pantang dan menyusu demi mendapatkan zat besi yang mencukupi setiap hari.

ESP

ambik satu sudu pagi dan satu sudu malam bersama Anmum Lacta atau minuman lain selain kafein dan air bikarbonat. Alhamdulilah berkat izin Allah lepas je makan nie Fateh Uwais kurang dah aktiviti menyusu, gantung lelama. nampak yang dia cepat kenyang lepas menyusu. susu pun alhamdulilah makin banyak. selain mengeyangkan perot si kecik, ummi pun kenyang sekali. sungguh makan nie terasa la perot tue 'kejap' kalau tidak tue terhegeh-hegeh lapar setiap kali baru bangun tido. 

ESP nie banyak fungsi dia. untuk kurus, untuk tambah berat badan, untuk kawal kolestrol dalam badan, untuk cantik, untuk rawat tumit pecah merekah dan macam-macam lagi. alhamdulilah lepas minum botol pertama dah nampak perubahan merekah pada tumit, makin licin. dan alhamdulilah berkat izin Allah sekali lagi. lepas 2 botol ESP tumit dah takde pecah merekah, syukur.

Alfalfa Complex

saya ambik dua bijik selepas menyusu dan selepas proses pam susu. untuk optimumkan penghasilan susu yang baru. Alhamdulilah Allah izinkan jugak usaha saya nie, susu makin banyak dan masih cukup untuk Fateh Uwais sehingga 8 bulan nie. moga Allah izinkan dan murahkan rezeki saya menyusukan dia sampai 2 tahun. amin amin

dan lagi satu. Alfalfa membantu menyahkan toksin dalam badan. setiap hari memang akan terasa nak buang sisa toksik dalam perot nie haaa. insyaAllah takde masalah sembelit masa dalam pantang mahupun selepas itu. cumanya kena banyak minum air kosong. sesuai jugak untuk kurangkan berat badan. tapi niat utama saya bukan untuk kurangkan berat badan la.


bagi sesape yang tak boleh minum susu. boleh ganti dengan ostematrix. sesuai untuk menggantikan kalsium yang tak dapat dalam susu tadi tue. kira macam susu dalam bentul pil la ostematrix nie. sesuai untuk sesape yang sakit sendi, sakit-sakit belakang. Alhamdulilah lepas saya makan nie, rasa segar la sikit bila nak bangun pagi. kalau tidak rasa tak cukup sangat tido malam. dengan terjaga tengah malam anak mintak susu, alhamdulilah berkat izin Allah.

sangat sesuai untuk ibu hamil. juga mengurangkan rasa kejang kat kaki akibat kekurangan kalsium yang diperlukan ibu dan anak. 

***************
 sesiapa yang berminat mendapatkan produk Shaklee boleh wassap saya di 0194942450. mesej pun boleh.

ajen Shaklee kawasan Alor Setar, Pulau Pinang dan Ipoh :)
 
hanya boleh review produk yang saya pernah guna. lain-lain produk tak berani review sebab tak pernah cuba lagi. tapi bagi sesape yang teringin nak guna produk Shaklee boleh hubungi saya ye. tq :)

29 April 2014

Bubble Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 kena pegang pasal sibuk nak merangkak merata =.=

anak dah besar sikit, dah makin cerdik. jadi waktu untuk mencari masa yang lebih berkualiti bersama keluarga kecik kami ini. selalunya suami buat keputusan nak balik ahad petang atau pagi isnin besoknya bila jam dah hampir pukul 7 malam. tapi beza minggu nie, hari sabtu lagi dah buat keputusan. nak pulak abi buat cadangan nak lepak santai kat memana. hati ummi dah berbunga, ummi tau hati baby pun mesti berbunga sebab dia tengok mata ummi ;)

abi kata ummi decide nak pergi mana. ermmm ermmm. mula nak ajak ke Taman Tasik Jitra, tapi bila fikir jauh pulak kami nak patah balik ke Kuala Kedah nanti. oh ye ada Taman Jubli Emas. boleh main bubble!!! aritu Mummy GK ajak pi main bubble tapi sebab abi buat keputusan tue lewat terus tak jadi. 

lepas abi ambik ummi kat ofis terus lelaju ke Apple Baby House dulu. nak belikan Feeder untul Aqil Najmi anak kak Zai dan soft book buat khalifah kecik kami nie. pergi mana pun mesti ada habuan dia jugak. untunglah~~~ selesai soping terus ke Taman Jubli. yang sebetulnya ummi bukan ingat pun jalan nak pegi situ. weechat MummyGk awal-awal lagi nak tanya jalan. karang kalau sesat abi dengan anak moody APTB hahaha :p

 bosan tunggu bubble ummi tak jadi kahkahkah :p

sampai terus menapak beli bubble dengan makanan ikan. ummi nie kalau nak bagi makan ikan memang eksaited lebih. suka tengok ikan tue berebut. mula ummi bukak la skill main bubble. sekali tak jadi banyak macam adik jual tadi buat. terus kecewa majok takmau main dah hahahaha. ajak abi dengan anak pergi tasik. teruja tengok setiap kelompok orang yang bagi makan mesti berkerumun ikan datang. wahhhhh *tengok tue ummi yang teruja lebih* hahahaha :p

 seronok tengok ikan dia

ajak abi duduk kat satu tempat yang kosong. abi kata takde pun ikan. haishhh abi nie mana la dia nak datang kalau takde umpan. tabur je makanan berkerumun semua datang. anak pun kemain eksaited sampai gelak mengekek bila abi bagi peluang tengok ikan banyak-banyak secara dekat. siap nak terjun masuk dalam tue lagi. hoiii mana boleh!!!

 bahagia nampak awak??? ;)

dan secara official nya petang tue Fateh Uwais dapat main atas rumput. kemain suka siap tarik2 rumput tue grrrrrr. ummi dengan abi biar je tapi takde la biar sangat. bagi dia merasa sikit-sikit je buat lepas kempunan :p dah habis main kita basuh la tangan kaki muka kepala badan dia balik. hihihi. habis makanan ikan ajak abi main bubble balik.


teruja bila bubble menjadi. hahahaha ummi nie dia yang lebih-lebih pulak. padahal anak tue takde teruja mana pun bila main bubble. cuma dia syok bila tengok menda tue bebas berterbangan dan dia dapat 'sepak' bubble itu. seronok tengok anak dengan abi seronok. ummi nie lagi beronok-ronok sampai berjela entry hahahaha. maaf la ye :p ekceli nak habiskan bubble hari tue jugak. tapi abi kata simpan la sikit. nanti kalau kita datang lain kali boleh main lagi. oh nak datang lagi ek? horeyyyyyy hihihihi

28 April 2014

Baby Safe Feeder Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dalam bosan-bosan takde idea nak update entry, bw ke blog kak Zai, tengok feeder Aqil. baru teringat pasal feeder Uwais. yang belum saya share fungsi dia dalam blog ummi nie. saje la nak share dengan kengkawan segala pengalaman dan barang yang kita dah pernah pakai. untuk pengetahuan bersama kan :)

 
beli kat apple baby house alor setar, RM16.90. masih mampu milik :p yang ada jenama Bee Son dengan ape ke hari tue ntah. ada size untuk baby 6-12 bulan, dengan 12 bulan ke atas. sesuai untuk letak buah yang lembut mudah baby gigit. masuk buah dalam puting plastik tue dan bagi baby makan. puting takde la besar atau kecik mana. untuk sepotong besar jari kelingking saya muat la dalam tue.


pernah bagi Fateh Uwais makan buah limau. hanya air yang keluar. yang lelain tinggal kat dalam puting. kira selamat la untuk baby. seronok budak kecik nie bila letak buah dalam tue. dapat buah fresh. selalunya bagi puree buah je. tapinya bila dia rasa dah habis kenikmatan buah tue. diketuk2nya feeder kat lantai. habis comot lantai pulak, hurmmm takpe la anak. ummi tau awak sedang belajar :)


nak leka kan dia dari mintak makanan ummi adalah dengan letak buah dalam feeder. takde la tergedik-gedik mintak makanan ummi. yela takleh nak bagi sangat makanan kita ke dia. takut perot dia tak sesuai. aritu bagi makan mangga. manis mangga tapi rasanya perot dia tatahan. dua hari sakit perot. nguuuu kesian anak ummi. lepas nie ummi sorang je yang makan mangga tue ek, awak makan la bite awak :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...