Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 June 2014

Lagu Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 sampai berdiri awak yeeeee, tu bersedia nak joget letewww =.=

sejak anak dah makin besar ni, makin rajin pulak ummi abi cari bahan belajar dia. antaranya lagu kanak-kanak. tak kisah lah nasyid nasihat ke, lagu ajar apa-apa ke asalkan berbentuk kartun. ada lagu Upin Ipin tapi bukan bebudak dalam upin ipin yang nyanyi langsung dia tak mau layan. ditinggalkan aje tab tu. awal dulu tak layan lagu melayu nak omputih sesaje. ewahhhhh pandai pulak ye awak anakkkkk.

 mesti nak tergolek hujung kaki ummi, alololo sweet sangat :p

siri upin ipin dengan boboi boy pun kami simpankan sekali dalam tab dia tu. amboiiii sekarang tab pun dah sebut "tab baby" kalau dulu tab abi. untunglah awak anakkkkk, abi wakafkan tab dia ke awak. tapi nampak gayanya dia tak berapa berkenan boboi boy. kalau tengok BB mesti ajak ummi teman, nak duduk atas ummi. kalau Upin Ipin elok je boleh tergolek terlentang tengok sensorang diri. agaknya sebab BB ada aksi lawan-lawan hati member pun jadi gentar tengok sorang-sorang. pesen ummi la ni bila tengok cite menakutkan duduk belakang abi pastu tanya-tanya abi, ape jadi bang? dia hidup ke bang? dah kena makan ke bang? nasib la abi tabah je layan isteri tercinta dia ni hahahaha :p

amboi kekecik lagi dah ajar anak layan gadget. esok sampai ke besar usung gadget aje, tak boleh hidup takde gadget... hurmm jap lagi mesti ada orang kata macam ni bila baca entry ummi ni. biasa la tau dahhhh. bukan kami takde tv, ada je tv yang toklong Uwais bagi aritu. tapi kami takde astro, jadinya jangan mimpi la nak ada kartun best2 sepanjang masa ikut masa kita. dan lagi satu sekurangnya dengan ada nya kartun dan lagu kesukaan anak boleh la ralitkan anak dari kejar ummi time ummi basuh baju, basuh pinggan, ambik wudhuk, makan dan macam-macam. bak kata Kak Izwa, kena terangkan nanti orang kata kita mak yang tak tengok anak pulak :p

 dah letak jauh tab dari mata dia, dengan harapan takmau mata cepat rosak. tapi lagi jauh letak lagi dekat pulak dia datang tengok =.=

paling sweet Fateh Uwais mesti duduk dekat tengah pintu bilik. sebab? nak teman ummi makan kat luar. agaknya dia risau ummi takut duduk sensorang dekat dapur. itu yang dia duduk tengah sebab nak teman ummi. mata tengok tab dalam bilik, sambil-sambil jeling ummi kat luar. tengok ummi lama sikit jauh dari dia terus cari hahahahaha. takut ummi tinggal letewwwww :p takde nya ummi sampai hati nak tinggal awak tu. awak kan jantung hati ummi ;)

  
mukaaaaaaaaa. sebenarnya Fateh Uwais tengah syok layan tab dia. ummi pulak panggil-panggil suruh tengok kamera. tension terus muka tuuuuu. hahahaha. ummi harap sampai masanya nanti awak lebihkan akhirat berbanding urusan dunia. dunia hanya persinggahan sebelum kita tinggal selamanya diakhirat nanti. ummi doa moga sampai waktunya nanti kita sekeluarga dapat bersama disyurga sana. amin amin. insyaAllah sedayanya ummi abi didik awak jadi insan yang cintakan Allah dan Rasul. insyaAllah

25 June 2014

Uwais Makan Ape?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau mak ngasuh atau kami bawak Fateh Uwais ke mana-mana atau tempat baru mesti orang tanya. makan ape badan sampai bam-bam elok semangat macam nie? (merujuk pada baby pipi pau tu la). Alhamdulilah walaupun Uwais aktif sangat tapi badan pun elok semangat lagi. sebenarnya kami cukup risau kalau badan dia susut/kurus. lebih seronok tengok badan dia naik elok macam tu. syukur badan dia masih bersemangat. dukung pun semangat jugak hihihi.

pernah ada kawan suami tanya. "anak u mesti tak aktif kan?" sebab tengok badan Uwais bulat. hoiiiiii sampai hati kata dia tak aktif. ummi memang emosi kalau orang kata bukan-bukan kat anak ummi ni. kalau depan mata mesti ummi dah buat muka meluat, hahahahahaha :p

ok berbalik pada tajuk. Fateh Uwais makan sama je macam bebudak lain. pagi makan bubur. tengahari makan puree buah. petang bubur lagi. dalam bubur dia wajib ada beras(dah memang lah), ayam/daging/tofu telur/udang sotong(jarang sekali letak), satu jenis sayur (ikut apa yang dalam peti ais). 3 item tu memang wajib ada dalam bubur nasi dia. puree buah pulak wajib ada epal, sebab favret dia epal. kadang tu campur jugak dengan pear, kiwi, betik, labu atau ikut suka ummi lah nak letak apa pun. 

kalau dekat rumah pengasuh ada 4 sesi dia minum susu. pagi susu anmum, pasal abah dia (abah pengasuh) suruh ajar jugak minum FM takut nanti bila dah besar atau susu saya takde dia jadi tak reti minum susu formula. kesian ke dia nanti. dan selebihnya susu saya yang dibekal setiap hari. alhamdulilah walaupun lagi berapa hari nak masuk 10 bulan masih diberi kesempatan dan rezeki menyusukan anak. walaupun tak secara eksklusif tapi masih bersyukur punya rezeki yang banyak ini. kalau hari saya cuti atau weekend memang dia fully bf. alhamdulilah syukur sangat. walaupun susu taklah banyak macam orang lain sampai tak muat nak simpan dalam peti beku tapi masih bersyukur ada jugak rezeki untuk Fateh Uwais. Alhamdulilah.

dan bersyukur yang Uwais jarang nak kena demam atau sakit-sakit yang mudarat. mungkin sebab tu badan dia masih bersemangat. alhamdulilah. kalau dia demam atau sakit sikit tu selera masih ada cuma kurang sikit-sikit jela. syukur sangat antibodi anak ummi kuat. itulah nikmat nya bila dia dapat susu ibu agaknya. syukurrrrr.

dan yang pasti. hati yang gembira dan suka melahirkan badan dan otak yang sihat dan cergas. alhamdulilah sekali lagi masih diberi kesabaran yang maha tinggi dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak. jarang sekali dia nak menangis meragam tak tentu pasal. yang selalu nampak senyum manis kat bibir dia. dari situ saya tau dia seronok. bila dia seronok ummi abi lahhhhh yang paling beronok-ronok suka.

moga Allah terus sentiasa lindungi anak ummi Fateh Uwais. berikan kesihatan yang baik pada anak ummi abi. sihatkan tubuh badan Uwais. otak yang cerdik dan cergas. dan jadikan Fateh Uwais anak soleh yang berjaya dunia akhirat. amin amin  

23 June 2014

Pra-Walk Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ke Taman Jubli Emas kita lagi. yeayyyyy. semalam suami mengasuh anak. pepagi lagi dah mesej saya kata petang karang nak bawak Fateh Uwais main baby walk dia dekat tempat yang luas. kesian dia main tolak-tolak dalam rumah. ruang kecik. bila tolak kena dinding tak reti nak pusing dah bebai-bebai. hahaha. tingggggg terus teringat kat taman jubli emas ada dataran tapi suami kata. nak bagi main atas rumput. kalau anak jatuh pun atleast dia tak sakit sangat, ok abi. setuju!!!!!


lepas ambik ummi balik kerja. anak terus cari susu. kami suami isteri dah boleh agak kejap lagi mesti dia tido nie. lepas balik lunch dengan saya tengahari semalam sampai petang dia tak nak tido kata abi. tepat jangkaan. anak tido dengan mudahnya. terus punah harapan ummi abi nak bagi dia main dekat sana. suami kata. takpe la. nanti2 la kita bawak dia. terus ke Longwan nak cari barang ummi. sekali masa turun kereta elok Uwais jaga sambil senyum simpul. abi kata awal lagi kalau nak ke taman. capai barang apa nak cepat-cepat dan terus patah balik ke taman jubli emas. 


masa bawak turun baby walk dari Nurul Iman, terfikir jugak. nanti tak ke orang kata poyo je bawak menda alah tu bagi anak main kat sini. tapi bila fikir balik. asyik nak fikir apa orang nak kata je, jenuh nak atur hidup. lagipun niat utama nak bagi anak main puas-puas tempat luas bukan nak mempoyo depan orang ramai. jadi ignore sahaja kata-kata kecik sang hati. gituuuuuu.

sementara tunggu abi solat. saya bagi anak makan dulu. tak larat nak kejar dia tolak baby walk dia. dah la tu. dalam sibuk main, dia boleh berhenti tarik rumput dulu. lepas tue sambung balik tolak. grrrrrrrr. ummi suruh main bukan suruh mesin rumput =.= sudahnya decide bagi makan dulu. takde la ummi letih nak larang dia cabut rumput. kihkihkih.


kemain eksaited dapat main tempat luas. sampai satu masa dia dah letih. dia duduk. tak boleh la bagi duduk sebab nanti togel rumput tu dikerjakan jari comel dia. kuman tu yang utamanya. abi kata jom pergi tengok ikan. boleh jugak bagi ikan makan. dan macam biasa bukan je anak. ummi dengan abi pun eksaited tengok ikan berduyun-duyun datang. cuma macam sayuuuu je tengok ikan kat tasik situ. macam takde sape bagi makan. maksud saya. macam pihak pengurusan sana takde sediakan makanan khas untuk ikan dalam tasik itu. kalau pengunjung datang baru dorang makan. hurmmm mungkin itu hanya telahan saya sahaja. dengan harapan nasib ikan-ikan yang sungguh banyak itu terbela lah. *ummi jangan nak drama sangat boleh tak?????*

 takde gambo bubble. gambo anak jugak yang banyak. hewhewhew :p

dan petang semalam baru nampak orang ramai main bubble besar. macam yang Mummy GK selalu sebut. terus terdetik dalam hati, bila Mummy nak balik nie. boleh la bawak anak main bubble sekali. ummi tak reti. sedangkan nak main bubble kecik pun tak reti ini kan pulak besar-besar gitu. kahkahkah

bila abi tengok anak kemain seronok main tempat luas. abi kata lenkali kita datang sini lagi. boleh bagi anak main lagi. ok abi insyaAllah. ummi abi nie takde lain. asal boleh tengok anak hepy, senyum manis-manis dah cukup membahagiakan hati ummi abi. love u Fateh Uwais. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...