Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2014

Perhati, Mencuba dan Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

mengintai orang bawah. mesti dia terfikir nak turun bawah pulak tewwwww

boleh dikatakan sekarang adalah waktu untuk Fateh Uwais memerhati, mencuba dan belajar dari apa yang dia lihat. kalau kemana sekarang kami lebih suka biarkan dia berjalan, tegapkan lagi kaki dia. tapi tengok tempat dan situasi jugak lah. kalau situasi yang boleh bahayakan dia memang abi tak lepas turun bawah. jenuh la kena kepit dengan abi atas dukung. selalunya bila dia berjalan sendiri dia akan lebih senang nak belajar. pegang, lihat, rasa semua tu cara dia untuk belajar. biasanya kami memang lepaskan dia bebas. kalau asyik kena dukung je susah pulak budak tu nak belajar ihihihi :p


yang ni masa dia tengok saya dengan suami ubah kedudukan almari. dia pun nak tolong kemas sama. angkat tolak tong air. berat tuuuuu. penuh air dalam nya. berkerut kerut muka nak ubah sana sini. jadi leerrrrrrr. sekurangnya kami tau dalam hati dan diri dia ada niat nak tolong kami buat kerja. sejukkkkk perot ummi ni nak oiiiii hihihi


setiap kali saya kupas kulit buah untuk puree dia mesti jemari gebus tu sibuk nak kidnap. selalunya memang ummi layankan aje. bagi dia sebijik epal. ikut suka dia la nak buat ape. sekarang dah ada gigi memang berlekuk epal dikerjakannya. tak banyak pun tapi dapat jugak la dia jus nya. jadi lerrr. nanti dah banyak gigi ummi bekalkan seplastik untuk awak yeeeeeee.


pesen ummi. bila dah bosan main dalam playground mata perhati orang keliling. perhati segala segi aktiviti orang lain. hihihihihi. dia tengah syok tengok bebudak lain berlari panjat sana sini. takpe yayang. tak lama lagi yayang pulak berlari ye? itu pun bila main kejar-kejar dengan dia dah macam boleh berlari ajeeee.

sekarang ni dia memang mengikut aje ape yang saya buat. macam semalam. baring sakit perut berbantalkan barney. elok saya bangun dia pulak gantik tempat. menonggeng berguling sebijik macam ummi buat. kalau nampak ummi mengadap cermin sikit rambut pun. dia mula ambik roll on minyak, sikat rambut dia jugak. alahai anak. mohon ikut ape yang baik aje tauuuuuu ;)

26 August 2014

Terbalik Pulak Lah!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulilah sejak dah reti turun katil sendiri satu masa dulu, Fateh Uwais dah reti naik dan turun sendiri segala motor dengan kereta dia. tapi tetap kena ada pengawasan lah, dah budak kecik main kan dia mana tau bahaya ke apa ke. MIL pun terkejut bila tengok dia turun sendiri dari motor, memang takde orang ajar dia. mungkin dia masih ingat yang ummi kata kalau nak TURUN, turunkan kaki dulu. Alhamdulilah anak ummi bijak (biarlah nak puji anak sendiri punnnn :p)


tapi nya sejak dah reti berjalan, berubah pulak peelnya. kalau sebelum ni elok naik ikut depan. sekarang kalau nak naik kereta motor mesti pusing duduk kat bontot macam kat gambar atas. entah ape pulak la yang ada dalam kepala dia tu. yang pasti mesti ada sesuatu yang berlegar kat fikiran dia sampai boleh main macam tu =.=


bila dah duduk dekat belakang nak turun udah tak reti pulakkkk =.= mesti tertonggeng bila nak turun. kalau kereta baby walk dia ni la. sebab tempat duduk tu akan ternaik bila dia tekan dekat warna hijau tu. ummi sajeeeee biar. biar dia belajar sendiri sambil kita tunjukkan lah. moga-moga anak ummi dibukakan pintu hati untuk terussss belajar dan celik mata hati terima setiap pelajaran dan pengalaman amin amin.

25 August 2014

Food Poisoning

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sakit kifarah dosa. Allah uji kami berdua suami isteri dengan keracunan makanan. mujurlah sikecik tu takde pape. seksanya perasaan bila dedua tak sihat dan lembik Allah je yang tau. kalau sebelum ni bila suami tak sihat saya akan ambik alih jaga anak dan kalau saya tak sihat suami akan buatkan semuanya bagi pihak saya. tapi bila dedua lembik, Allah je yang tau macam mana rasanya T.T

 budak baik sangattttt, tikar merah tu kalau ada bantal dia buat baring. kalau takde bantal dia buat tempat solat dia. arghhh ummi melting sangattttt

syukurlah Fateh Uwais jenis pandai bawak diri, tak merap, tak menangis, tak main benda pelik-pelik. cuma berharap pada Tokma dengan Wan dia menjaga si kenit tu. takut dia pergi panjat tangga panggil abi yang tido dekat atas. bila Tokma masuk buai suruh tido dia pun tido. takde nak mengamuk protes ke ape benda ke. Alhamdulilah terima kasih yayang jadi anak yang baik, ummi abi sebak dengan awak sebenarnya.

kami mencari jugak punca dimana kena keracunan tu tapi apa yang kami pasti kami cuma makan dirumah dan orang lain tak pulak kena keracunan. mungkin perot kami suami isteri second hand gamaknya =.= tak boleh masuk ape pun, penyudahnya mesti keluar balik apa yang dimakan. 

mulanya terfikir jugak, ada adik uwais ke dalam ni? tapi naluri memang tak rasa ada pun. terfikir gitu sebab hanya kami berdua je yang kena. masa pregnant kan Fateh Uwais dulu memang suami yang alah kuat. dia yang demam dulu. muntah mual pening semua dia yang dapat. pesen sayang isteri memang gituuuuuuuu :p tapi bila ke klinik dan buat jugak lah urine test untuk kepastian yang lebih lagi. dokte kata masih negative dan memang pasti kami keracunan makanan. takpe lah sakit tu penghapus dosa. Dia yang memberi sakit Dia juga lah yang menyembuhnya amin amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...