Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 December 2014

2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2014 yang penuh dengan suka duka tangis tawa. bukan je pada diri sendiri tapi dengan ujian dari Allah untuk semua umat manusia dalam negera yang bergelar Malaysia ini. ye setiap yang terjadi adalah ujian Allah. stop blaming each other dan mula kan dengan betulkan diri sendiri dahulu. pernah dengar suami cakap bila Allah murka akan sesuatu tempat tu maka hilang lah rahmat pada tempat itu. bukan maksud saya orang yang ditimpa musibah banjir tu jahat, buat salah etc. tapi mungkin salah tu berpunca dari diri kita. sedangkan kalau ko buang sampah sejemput atas jalan raya dan ko tak kutip balik, itu pun dah boleh buat Allah murka sebab ko dah kotorkan dunia dia. atau kalau ko pergi mana-mana, berebut parking, bergaduh maki hamun sesama sendiri, keluarkan kata-kata kesat itu pun dah boleh buat Dia murka. jadi sebab itu saya kata tadi mula betulkan dengan diri sendiri dulu. mungkin kah semua ini berpunca dari kita? kita kah yang bersalah? boleh faham? good!!

saya yang dari kejauhan hanya boleh membantu takat yang termampu dan boleh menitipkan doa setiap hari buat diri mereka dan diri sendiri. haaa lagi satu pernah dengar suami cerita. katanya. pernah satu ketika para malaikat dengar yang Allah kata salah seorang dari mereka semua (para malaikat) nanti akan ada yang ingkar pada arahan Allah dan akan dimasukkan ke neraka jahanam. makanya semua para malaikat takut dan berjumpa dengan iblis. masa tu iblis ketua semua malaikat kat situ. Malaikat lain pun mintak iblis doakan untuk mereka supaya tidak termasuk antara yang ingkar tu. iblis pun berdoa tapi iblis lupa doa untuk diri dia sendiri. jeng jeng jeng. jadinya setiap kali mendoakan kesejahteraan orang lain jangan lupa berdoa untuk diri sendiri sekali. supaya diri kita sendiri tak jadi lalai, lupa atau alpa akan perintahNya. peringatan untuk diri sendiri ni haaaa.

2014 bakal melabuhkan tiranya hari ini. moga kita semua terus berlari mengejar keredhaan Allah, meninggalkan laranganNya, mengerjakan perintaNya. 2014 penuh suka duka dalam mendidik dan membesarkan seorang Khalifah Allah, amanah dari Allah yang paling terberat untuk kami suami isteri. terasa berat bahu ni andai didikan yang kami beri tak sempurna atau tak baik. 

dah cuba senaraikan dari January sampai Disember. tapi nampaknya semua pun pasal anak, abi, anak, abi. ngehngehngeh. bersyukur diberi kesempatan dan peluang punya keluarga-keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang. doa sangat moga kasih sayang antara kami berkekalan hingga syurga Allah nanti. Aminnnnnn.

2015. banyak rencana dan plan yang cuba diatur. perancangan yang dirancang sebaik mungkin. moga Allah permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, redhakan hati kami dengan setiap ujian dan dugaanNya, serta titipkan kekuatan pada kami untuk terus taat padaNya. sebaik-baik perancangan kita, hebat lagi perancangan Dia. kalau kita rasa sedih sebab tak dapat sesuatu yang kita nakkkkk sangat, buanglah jejauh perasaan itu. kerana setiap perancangan Allah adalah yang paling terbaik dan tersesuai untuk diri kita. pasti ada hikmahnya. bergantung haraplah hanya pada Allah sahaja. hanya pada Allah sahaja. hanya Dia yang berupaya dan punya kuasa.  



ummi tetap sayangkan awak sepenuh hati sampai nak melimpah walau stokin awak hitam legam lepas berjalan sampai laman depan rumah. 

24 December 2014

Tido Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak dua menjak ni kemain lasak budak kecik sorang tu tido adoyaiiiii. kalau sebelum ni lasak dia cuma takat tido melintang katil. atau kaki tangan atas ummi abi. tapi sekarang lain pulak haaa peel dia ni. silap hari bulan ummi beli katil lain pulak kat dia nanti ni. mihmihmihmih. ok gurau je abi. takut tengok abi jeling :p


kalau dua tiga minggu lepas pesen tido bawak diri. mesti pusing badan ngadap tilam tepi katil ni. dah berapa kali kerja nak berlaga dengan dinding je. kesian. lastnya ummi mintak abi angkat tilam spare letak tepi dinding. settle masalah. 

tapinya sejak malam kemarin. tido kemain jadi tersangatlah lasak. dah la ummi tersilap makan ape tatau. muntah cery bery semua makanan dan tenaga yang ada. tengah sedap boleh tido lena tetiba rasa ada benda berat atas pinggang (tido mengiring) nak pusing badan susah dan rasa berattttttt sangat. rupanya budak kenit sorang tu elokkkkk landing atas pinggang ummi. pftttttt bertuah betoi haaaaa.

semalam lagi sekali. tengah tido rasa susahhhh sangat nak bernafas. adoyaiii dah kenapa pulak ni. mata nak bukak rasa sayang sebab mengantuk yang amat, tapi dada sempit rasa nak bernafas. sekali tengok rupanya dia boleh tido sedap atas perot ummi. hoiiiiiiiii melebih betoi kannn. grrrrrr

cuba bayangkan bila budak berat dah 11 kilo kot sedap landing atas kita. boleh bayang tak macam mana ummi punya sesak nafas nak tahan? T_T sabo aje la. tengah dia kecik la boleh tido dengan kita kan? nanti dah makin besar ntah2 nak ke tak lagi tido peluk kita. tido celah ketiak kita. hurmmm

23 December 2014

Family Day Office Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Khamis lepas 18 Disember 2014, hari keluarga office Ummi Uwais, bertempat di Pendang Lake Resort, Kedah. disebabkan hari khamis, abi kena kerja dan tak boleh nak cuti sekali. ummi cuma berdua je dengan Fateh Uwais ke lokasi kejadian. ikut kan boleh je kalau ummi nak tinggal dia dekat rumah mak pengasuh. tapi hati ummi tak sampai hati, baru je terdetik dalam hati pun dah sayu. baiklah ummi bawak dak kecik sorang tu, sebab kegembiraan ummi adalah bila adanya anak di sisi. 

sampai je lokasi kejadian terus daftar diri, mintak Kak Rafizah jagakan dia sekejap sementara ummi menulis dalam kelompok ramai orang tu. kata Kak Rafizah dia kerja nak ke kolam je. memang dari mula sampai lagi situ dulu yang dia pergi. mungkin sebab kami selalu bawak dia bagi ikan makan dekat Jubli. itu yang dia fikir kolam ni pun ada ikan jugak =.= sampailah ummi lepaskan hajat dihati dia nak tengok kolam sambil bagi pencerahan "sayang, ini bukan kolam Jubli yang ada ikan banyak selalu lapar tu, kolam ni takde pape pun. yang ada ranting, kayu. ummi takut tengok anak ummi duduk tepi kolam ni. nanti hari cuti kita ajak abi tengok ikan ye" dah puas hati dia baruuuuuu lah tak menuju ke kolam dah. phewwwwww

lepas mendaftar boleh terus breakfast. ohhh hampir nak terlucut budak sorang tu bila tangan ummi lagi sebelah terpaksa pegang pinggan makan. terus laju-laju tuju meja makan geng IT. Razif pun offer nak jadi baby sitter sekejap. Nik pulak tolong suap makan baby Uwais. Jas tolong ringankan beban sedikit. Alhamdulilah Allah permudah urusan ummi, walaupun abi takde di sisi waktu itu. 




sementara kami berhimpunan bulanan. ummi lepas je budak sorang tu. nak dukung pun bukan dia nak duduk diam atas dukung. buat lenguh tangan je kepit dia. baiklah lepas je dia main. memang sehari tu hari dia berjalan meronda merata secara bebas. baru kali ni lah ummi bebaskan dia sebab yang ramai kat situ semua pun officemate ummi. ummi tak lah risau sangat. kalau public tu memang takkan lah sesekali dia lepas dari ummi. hewhewhew



memang seminit pun tak diam =.= macam mana dia dekat rumah, memang macam tulah dia dekat luar. Fateh Uwais bukan seorang budak yang pasif, dia memang aktif macam gitu. Alhamdulilah ummi suka dengan keadaan tu sebenarnya walaupun letih sikit. ummi memang tak suka kalau tengok anak ummi dudukkkkk pasifffff semacam. terus risau huuuu. dia aktif tapi bukan hyper aktif. 

dekat sape pun tak takut, dukung lah sape pun tapi biasanya memang perempuan dia tak berapa mau sangat pun dari dulu lagi hukkkk. memang Fateh Uwias tak takut ape pun kecuali clown. kalau ummi nak bertenang berehat sekejap boleh duduk dekat clown. tapi jenuh kena kerabat la dengan budak kecik sorang tu =.=" tapi tak boleh praktik selalu dengan clown tu takut nanti terus sel otak dia terbantut pulak. sesekali tu boleh la ehehehehe :p




Alhamdulilah officemate semua pun rajin mengasuh dia sekali, anak2 officemate pun mau main sama dengan dia. Alhamdulilah Allah permudah urusan kami sehari tu. yang penting ummi puas hati dapat gembira ceriakan hati anak ummi. maaf pada officemate kot kalau ada terkasar perbuatan Fateh Uwais pada kalian. sobbbsss



masuk je kereta nak keluar Pendang Lake, dia sibuk duduk tengok atak dia(lori). bila ummi pujuk suruh baring, tido. ummi tepuk dan zikir dia pun menurut perintah. mungkin sebab memang dia tau dia letih tersangat-sangat. dan baru nak masuk tol pendang je dia dah mula tido lena sampai la pukul 5 petang!! alhamdulilah dapat ummi tumpang tido barang sejam dua. hewhewhew
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...