Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 June 2015

Setinggan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

iye, saya dulu duduk setinggan je. setinggan tu bermaksud kita duduk menumpang di tanah kerajaan. itu bahasa sopan. kalau bahasa kasarnya kita menceroboh tanah kerajaan gituuuuu hewhewhew. tapi kalau dulu-dulu takde orang nak kacau sangat. saya dengan family duduk setinggan sampai umur saya 12 tahun kalau tak silap. berpuluh tahun rasanya duduk setinggan. alhamdulilah Allah pelihara sepanjang menumpang dibumi nya ini :)

rumah masa tu rumah papan, depan rumah ada lombong besar. dekat situ lah kami mandi, basuh baju. tapi lombong dulu bersih yakmat. kain napkin putih adik beradik kami tetap kekal putih berseri walau basuh dengan air lombong sahaja. takde kuning2 berkarat ke ape ke pun.



dalam rumah ada perigi. kalau nak guna air kena pam dulu. nak mencedok memang idok la dah perigi pun dalam kemainnnn. sumber letrik memang takde. hari2 guna bateri jana kuasa. makanya tv hanya dapat ditengok bila balik kampung mama. malam2 pakai pelita minyak tanah. nak iron baju pakai seterika letak arang. susah? ye memang kami orang susah dulu tapi alhamdulilah masih kekal bahagia sampai sekarang ;)

dekat tepi rumah papa bela macam2. ayam kampung, rabbit. bercucuk tanam itu ini. tapi binatang semua tu kadang takdan pun kami nak sembelih makan. duduk tepi sungai. ular sawa rajin naik makan dorang semua >.<

toilet buang air papa buat atas sungai. pakai papan je. meniti atas jambatan kecik dan duduk la dalam bilik air tu. takde flush kawan2 sebab lubang nya terusssss dalam sungai ituuuu hewhewhew. kalau air sungai naik deras alamatnya hanyut lah sekali jamban titewwwwww hahahahaha.

sampai la saya darjah 6 masa tu dah ada tanah milik sendiri. papa bawak keluar duit kwsp dia. buat rumah kami yang ada sampai sekarang ni. barulah masuk sumber air paip, letrik. kenangan betoi. banyak kenangan kami adik beradik situ. kalau pergi balik kawasan setinggan kami tu dah hutan dekat situ. lalang naik kemain tinggi. rumah papan kami pun dah tak wujud gamaknya :D

susah, senang, ombak duri semua tu mengajar erti kehidupan yang sebenar. cuma beza kuat atau tidak, sabar atau tak je. alah bisa tegal biasa kata orang. moga anak2 kami nanti pun mampu jadi kebal dengan erti kepayahan hidup. walau rumah kecik, hidup susah tapi alhamdulilah family tetap bahagia tetap berkasih sayang setiap hari.

Love all of you family ;')


post signature

23 June 2015

Gua Kelam Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera



cerita bulan bila entah la ni hahahaha. on the way nak ke wang kelian hari tu dulu terrrnampak sign board sungai kaki bukit, makanya dah decide dengan suami balik dari makan pulut ayam kita pergi mandi sungai ek. lama beno rasanya kaki ni tak merasa air sungai, lah konon :p

tapi simpang yang kami masuk adalah simpang gua kelam, sebab macam nampak ada perkataan sungai jugakkk. pestime masuk area gua kelam. gua nya kita tak masuk pasal ummi uwais is seorang yang takut nak masuk dalam gua ni hahahaha very bad :p




sungai dia bersih ada banyak part2 nak main. maksudnya tempat dia besar lah. siap ada gelongsor air dekat bahagian paling atas. tapi sebab kita bawak budak kecik main dekat bawah-bawah aje la. air dia jernihhhh sangat. ikan berenang2 pun boleh nampak walau kita cuma jenguk gitu-gitu aje. 




masuk RM1. selain sungai mandi manda, masuk dalam gua kelam ada jugak laluan kereta api ke gua kelam tapi masa kami pegi tu dalam proses ubah suai. jambatan gantung pun ada dekat sana. rasanyalah. ingat ingat lupa dah pun hahahahah. jadinya kalau ke wang kelian atau padang besar tu singgahlah ke gua kelam. alang-alang jalan kan, nak pulak kalau dah datang dari jauh :)

pada yang bertanya dah boleh masuk ke wang kelian ke tidak sekarang ni.. saya sendiri tiada jawapan lagi. andai pihak berkuasa tegaskan tak boleh maka janganlah membantah, nanti diri sendiri yang binasa. andai mereka bagi keizinan berfikir lah jugak dulu banyak2 kali. tunggu sampai isu rohingya tu selesai dulu ke. atau boleh jugak riki2 dengan kengkawan yang duduk area sana. mintak kepastian. saya duduk alor setar jauhhhhhhh dari wang kelian tu :D

post signature

22 June 2015

Padang Besar atau Wang Kelian?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

syurga tempat membeli belah tu hihihihi. ok ok sebelum tu nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dan selamat berpuasa pada semua kengkawan yang membaca. lambat bersiaran lambat jugak la wish ekekekek.

ihsan google

sambung balik cerita. kadang orang buat lekeh bila kita beli baju seluar dari belah siam ni. elehhhhh engkorang tatau yang duk jual kat kl tu pun yang dekat kiosk shopping mall tu banyakkkkk datang dari siam. memandai je saya buat cerita? idakkk. ini orang jual kasut aritu yang ngaku sendiri. katanya dekat wang kelian boleh la dapat kasut tu harga RM25, dia jual dekat kl katanya RM50!! kahkahkah :p kadang nampak orang jual online skirt mermaid ke skirt orang pregnant selalu pakai tu kemain mahal mencanak sehelai RM40 sampai RM60 pun ada. dekat padang besar sana baruuu RM20 kalau pandai tawar lagi dapat harga murah. mihmihmih

tapi tula macam kitorang yang memang duduk utara ni dekat lah nak lajak ke padang besar atau wang kelian tu kalau yang jejauh tu duit minyak duit tol lagi kan. kecuali lah kalau nak mai berjalan. kalau saje datang semata nak beli skirt RM20 tu memang cari penyakit lah ekekeke :p

ihsan google

jadinya padang besar ke wang kelian lagi berbaloi? dari pemerhatian kami yang ada la beberapa kali sampai ke dua tempat ni. 

padang besar. kalau nak soping baju, seluar, jersi, hand bag, makanan sila lah kesana. kalau nak beli periuk belanga, tikar, mainan anak, beras pulut, pulut ayam, teh ais siam sila lah ke wang kelian.dekat wang kelian tak banyak sangat baju atau jersi yang elok-elok. padang besar lebih berkualiti kalau bab kain baju. 

tapinya nak ke wang kelian tu kalau pestime memang berpinar lah mata, memanjat kaki buki nun haaaa tapi dengan kereta lah hihihihi. cumanya pesan saya kalau ke dua tempat ini sila sediakan peruntukkan yang banyak sikit sebab mata ni meliarrrrrr je rasa nak itu nak ini hahahaha. dan sila pandai tawar menawar dan servey. sebab harga mereka kadang banyak lari tapi kualiti barang sama je. kalau ke wang kelian yang meriah hari sabtu dan ahad. hari biasa tak meriah sangat. tapi kalau ke padang besar sila lah pergi hari bekerja. lagiiii dapat tawar harga murah2 dan tak berhimpit2 dengan orang ramai :)




post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...