Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 July 2015

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum

sepanjang minggu malas nak hudpate blog kan? mihmihmih. takde la sepanjang minggu ni mood melayang2 dah sampai kampung sebenarnya. jasad je ada dekat tempat kerja sobsssss. dan sepanjang minggu tu jugak kerja seorang ummi bawak baju seluar anak alter dekat meja opis. haaa la kerja dah kurang dan takde langsung tambah semalam dengan hari ni. maka marilah kita meng alter baju raya sambil dengar lagu raya kohkohkoh :p



hati2 memandu walau kemana jua destinasi anda. kesempatan hari raya ni berkunjung lah ke rumah sanak saudara rakan taulan. dah kalau bukan hari raya kita macam takde sebab (kononnya) nak menziarah mereka, jadi ambik la kesempatan dengan beraya. seronok tau tak beraya dari rumah ke rumah ni. dah jadi tradisi family saya. raya dari rumah ke rumah. kalau tak larat nak beraya jauh raya je dekat-dekat. dari pagi sampai malam tu takde rasa bosan. tapi jangan lah beraya sampai dekat sejam satu rumah tu je hewhewhew :p

ampun dan maaf andai ada kata dari perkataan atau langsung yang mengguris hati sesiapa. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) selamat pulang anak rantau ;'D


post signature

12 July 2015

Resepi Famous Amos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


satu satunya kuih raya tunggal yang ummi uwais kerjakan untuk aidilfitri yang tak berapa hari je lagi hewhewhew. ai is seorang pemalas nak buat cookies. alkisahnya oven kecik je tu pun pemberian bebudak KBU masa kawen dulu. kalau buat kek, dah siap adun, bakar je sebijik dalam tu takyah tunggu dah. bila buat cookies empat kali kena bukak tutup oven nak tunggu sampai habis adunan. malas!! hahahaha

dah pernah buat tahun lepas ke dua tahun lepas ntah lupa dah. rasa dia boleh la tahan sedap. puji diri sendiri takpe ke ni? wahahahahaha :p tapi bab bentuk tu memang failed!! ada yang bujur, bulat, empat segi je takdak kahkahkah. 

nampak macam kena buat lagi satu adunan. duk pulun makan laki bini sikit-sikit karang takdan nak bagi ke sesape pulak. tehehehehe. mohon masing-masing doakan ummi uwais ni diberikan sifat yang maha rajin untuk buat cookies ni. mohon ye mohon :p 


resepi cookies Famos Amos yang tatau boleh dapat berapa bijik satu adunan

sumber asal : dah tak ingat kat sape tapi mohon halal pada empunya resepi
olahan semula : Syakira Yaakub

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
1 cawan butter
1 cawan minyak
1 biji telur 
1 sb susu cair @ segar
4 cawan tepung gandum
1 sk kecil garam
1 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan coklat chips yang bermutu tinggi
1 sk esen vanilla
3 sudu besar sebuk koko

Cara-caranya :

  • pukul mentega, gula, minyak, telur, susu dan vanilla hingga sebati
  • masukkan tepung gandum, garam, soda bikarbonat, serbuk koko pukul sampai sebati lagi
  • masukkan walnut dan coklat chips gaul2 bagi sekata dan rata dengan adunan tepung. sila pakai spatula untuk mengaul. pakai tangan pun bolehhh
  • saya simpan adunan dalam firdge 30 minit dulu untuk elak adunan meleper sangat masa dibakar
  • sudukan adunan (mengikut acuan dan besar sendiri) atas dulang pembakar yang dah siap digris butter. kalau taknak letak dalam fridge terus boleh sudukan adunan dan bakar
  • jarakkan sikit sebab nanti cookies akan mengembang bila dibakar
  • bakar pada suhu 170c selama 15 minit. atau bergantung pada suhu oven masing-masing. saya suka cookies yang rangup sikit tu yang bakar suhu tinggi
  • setelah cookies perang atau masak sejukkan diatas jaring sebelum disimpan didalam bekas kedap udara
  • selamat mencuba!!!!

sila guna butter dan coklat chips yang bermutu tinggi. baru lah sedap sikit nak dimakan ihihihihi. ohhh ye takde ambik tempahan ye. kalau nak ambik pun lepas raya la gamaknya. tak rajin nak kojekan cookies tengah ni hahahahaha

saya olah balik dari resepi yang asal. tang mana nak kurang nak lebih ikut citarasa sendiri bergantung pada apa yang ada dekat rumah. jadi kalau korang nak tambah kekacang lain ikut sedap tekak korang dipersilakan ;)

ohh ye semasa proses membakar sila simpan adunan yang lain didalam fridge dahulu ye. nak bakar lain baru bawak keluar pulak. dan begitulah sehingga adunan habis dibakar. 


atau kalau macam tak berapa nak rajin buat sendiri tu boleh la order dengan SYAKIRA HOMEMADE

satu balang cuma RM30
55 + 5 biji extra 
019-4942450
:)




post signature

09 July 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



hahahahaha sejak bila ummi uwais rajin join GA ni entah la hewhewhew. tapi mana nak tau kan rezeki di bulan ramadhon yang mulia niiiiiii. eleh nak join letewwwwww pegi kat blog Lyssa Faizureen ni. kat situ ada dia bagitau cara penyertaan. cepat sikit jangan tangguh2. tarikh tutup 14 JULAI 2015 nanti.

dannn 5 items pilihan dihati ::::


Product: Men Long Sleeve Shirt
Price Meletop: RM16.90
Date: 30/06/2015
Time: start: 2.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
 Limited Quantity: 100 pieces (sold out)


Product: Haniya Podka Dotted Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces (sold out)


Product: Haniya Long Fish Tail Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 100 pieces (sold out)


Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 60 units


Product: Mix Color Hoodies
Price Meletop: RM21.90
Date: 07/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited Quantity: 150 pieces  (sold out)

Ok dah cukup 5 itu pun berbintang dah mata memilih hahaha. jadinya marilah kita sama-sama berdoa moga tuan blog kiera sakura ini dimurahkan rezeki menang GA kali ni. amin amin mihmihmih 

oh ye nanti jangan lupa pulak check korang berjaya ke tak dekat sini ye 15 Julai 2015 nanti. 



post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...