Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 September 2015

Sample Enfagrow A+ Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



pagi-pagi isnin masuk ofis tengok ada sample susu Enfagrow A+ atas meja. wehuuuuuuu terus rasa berbahagia sampai petang. padahal baru 8 pagi. kemain lagi ko kannnnnn. alhamdulilah rezeki Fateh Uwais dapat sample susu free lagi. Enfagrow pulak tu. bila ke mall atau kedai yang selalu beli susu Uwais tu berpinar mata nengok rega susu Enfagrow A+ ni wuwuwuwuwu. setin cecah dekat Rm1** kauuu. kalau diskaun pun 1++ jugak kalau tak diskaun wuuuuuu pitam pitam.




tapi disebabkan ummi ni pantang nengok perkataan SAMPLE FREE terus apply jugak hahahahaha. mohon anak ummi tak mintak beli susu ni ye. mohon sangat ekekekekeke :p anak ngasuh MIL kat rumah minum Enfagrow A+ ni. mak dia kata sebab anak takmo makan nasi, susah nak makan makanan yang sihat ni. makanya mak dia pun sanggup beli susu ni untuk anak yang seorang. bertuah awak dik, yela mak-mak ni kalau untuk anak memang takkan berkira punya.




hakak mampu beli susu uwais Friso je aritu. itu pun takat dua tahun je. alhamdulilah rezeki dia bersusu badan dan berselera makan makanan orang dewasa. alhamdulilah rezeki jugak tu kan ;) ehhhh banyak pulak sembang nya kan. mana nak dapat sample free susu Enfagrow A+ ni? sila klik di sini ye. tak kena bayar pun, nama lagi FREE ;)

Update, Nota Ummi : Fateh Uwais reject!!! katanya tak sedap. susu masam. erkkkkkkkk alhamdulilah anak ummi takmo susu mahal2 ekekekeke :p


post signature

28 September 2015

Hepy Birthday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

alhamdulilah 
alhamdulilah
alhamdulilah

dah 27 tahun hidup atas dunia yang Allah pinjamkan ni. 
terima kasih mama yang lahirkan saya dulu
terima kasih mama papa yang menjaga, membesarkan, mendidik dan berkorban segalanya untuk seorang anak bernama Nur Syakira ini. 
terima kasih yang tak terhingga

bersyukur dikurniakan mama papa yang mampu mendidik dengan baik walau dah besar panjang dah jadi mak budak pun tetap disayang, ditatang takde beza dari dulu sampai sekarang. kasihnya seorang ibu dan ayah pada anaknya :)

usia 27 tahun

masih punya mama papa menumpang kasih, menumpang berkatnya doa mereka, bersandar dan berpaut saat diri rasa ditolak dan ditolak dari belakang,
masih punya adik beradik yang saling sayang menyayangi, kasih mengasihi sesama kami,
masih punya mentua dan keluarga yang sayang dan terima diri ini seadanya,
masih punya saudara mara, rakan taulan yang tak putus mendoakan yang terbaik untuk diri ini.

juga masih punya seorang suami yang kekal teguh berada disisi menempuh segala onak dan ranjau, ujian dan dugaan bersama-sama. tempat bersandar, tempat berpaut, tempat berteduh dan tempat segalanya. 
kawan rapat, kawan baik, kawan gaduh, kawan kelai, kawan bercanggah pendapat, kawan sependapat semuanya dia. alhamdulilah. terima kasih kerana masih setia bersama saya, saya sayangkan awak :)

jugak masih punya seorang anak yang menyejukkan hati, menyejukkan perut ummi yang mengandungkan dia. nikmat yang tak terhingga dan tak terbilang dengan kata-kata. punya seorang permata bernama Fateh Uwais :)

saya sayang semua yang menyayangi saya, terima kasih masih berada bersama saya. menegur saya saat saya teralpa, membimbing saya saat saya terlupa, bersama meraikan saat saya gembira. mendoakan yang terbaik dan baik-baik juga buat kalian 

lots of love
ummi uwais, 
;)




post signature

22 September 2015

Hadiah Misteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tengahari hari bila ntah lupa dah hewhewhew. sampai satu parcel atas nama saya. pelik jugak rasa takde beli apa-apa sebab tengok alamat pengirim bukan dari mana-mana syarikat pengeluar susu formula. ummi uwais kan suka mintak susu free hihihihi.



bukak sampul tengok ada perfume. alamat pengirim tak biasa tengok. sebarang nota takde pulak diselit. makanya kita post dalam IG dan pesbuk. kot si pemberi hadiah tu nampak dan boleh mengaku. kalau takde yang mengaku tak pakai-pakai kot perfume tu. yela perfume kot. buatnya ada orang niat tak elok jampi-jampi perfume tu kita pakai jadi lain pulak. nayaaaaaaa. orang sekarang susah nak baca hati nya huhuhu.



dannnnn petang tu masuk wassap "psttttt perfume tu dari akak, lupa nak bagitau aritu" siap bagi tracking number lagi. hahahahaha. mujur ada yang mengaku!!! :p rupanya betul tekaan suami. dari Blogger Kak Zai. saya jadi top 3 pengomen dekat blog beliau. alhamdulilah rezeki. marilah kita mewangi setiap hari hihihi. bau dia memang wangiiiiiiiiiii. lalu la hidung ummi uwais ni bau nya lagi. yela kita ni kan tak suka bau wangi-wangi. tambah bau yang tajam tu kannnn. BTW terima kasih lagi sekali kak zai. kita memang suka baca-baca entry kak zai. tambah lagi budak bam bam Aqil Najmi tu haaaaa. korang pun sila-sila lah ke blog beliau storymoryluahku.blogspot.my :)


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...