Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 November 2015

Sunan Cinta Nan Sakti I RAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ramlee Awang Murshid, sape la yang tak kenal. tapi kalau bukan peminat novel thriller mungkin tak kenal la kot, atau bukan kaki novel. errr errrrr. tapi serius habaq hanggggg novel sweety mooty sekarang ni dah banyak yang merapu. balik-balik jalan cerita yang sama. kahwin paksa, bersuami dengan jiran, kahwin aturan, derita awal kawen, kena buli dengan mentua, laki curang, bini tak reti melawan, endingnya bahagia......tapi tula menulis novel ni memang cabaran. cabaran nak buat novel diluar kotak. tak percaya try la karang cerpen. 

dulu ummi uwais memang kaki novel la. berderet novel dalam almari bertutup. bertutup ok. ummi uwais is tak suka letak novel dekat almari yang takde tutup. berhabuk lepas tu nanti novel ada macam taik lalat melekat-lekat tu. euuwwwwww kotor!! harta kesayangan ok. bahahahaha :p 

dan ditakdirkan dapat suami yang kaki novel jugak. bezanya novel dia letak dekat rak tak bertutup dan tak berbalut. berbulu mata maksss ni nengok novel tak berbalut. gamaknya terbawak-bawak sindrom pengawas perpustakaan dulu sampai sekarang ni hahahaha. yela dulu segala buku dekat library kami pustakawan ni yang kena balut cantik-cantik. mai buku sendiri bila tak berbalut memang berbulu-bulu la mata hahahahaha. siap pesan dekat tok laki "selagi orang tak balut abang jangan nak baca!!!" padahal tu buku dia tu bukan buku diri sendiri :p

ehhh tadi nak cerita pasal RAM je kan? kahkahkah. RAM bukan TOKRAM. novel dia memang jenis thriller je. baca tu memang dup dap dup dap haaaa. terasa macam masuk sekali dalam watak tu. masuk sekali dalam cerita tu. bila sampai bab seram terus ceringggggg bulu roma. sekali cicak bunyi dekat dinding terus terpelanting novel sebab terkejut. hahahaha. punya la menghayati watak sangat. 

tapi.... bila bab Sunan ni memang dari dulu tak follow. bukan tak best tapi malas nak baca dari awal. kalau tak baca dari novel yang first, tergagap gagap la engko nak paham jalan ceritanya dari mana dan macam mana. tapi bila tengok suami boleh habiskan novel dia dalam satu malam terus macam terujaaaaa nak baca jugak kihkihkih



dan kata mereka Sunan Cinta Nan Sakti ni ending untuk watak sunan. maka gelisah la pakcik tu dekat rumah fikirkan sunan dia. nasib ada kakak shida yang baik hati nak tolong beli dan pos kan novel ni haaa. siap jadi antara 100 terawal yang dapat cetakan pertama. amboiiiii berbunga la hati tewwww

nak mula dari mana kalau nak baca sunan? nah list dia. thanks to Kak Sunah Sakura yang rajin senaraikan list nya. muahh ciked hihihihi. tunggu kawan pulangkan Bagaikan Puteri dan ummi akan mula membaca sunan(insyaAllah) moga Fateh Uwais tak terabai la nanti bila dah start baca novel balik kihkihkih :p

Laksamana Sunan Series






post signature

11 November 2015

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



10.11.12 - 10.11.15

Happy Anniversary Nadzri & Syakira. kejap je dah tiga tahun pun hidup dengan lelaki yang langsung tak pernah kenal sebelum ni. lelaki yang tercukup asing tetiba berkongsi hidup sekali. hewhewhew :p

terima kasih suami atas segala-galanya. terima kasih atas layanan yang baik, tabah dan sabar melayan seorang isteri dan perempuan, berkongsi segala rasa sedih dan gembira bersama, berkongsi segala rahsia berdua, dan untuk segalanya yang tersimpan kemas antara kita berdua dan Allah SWT.



lelaki yang baik dan terbaik untuk seorang syakira. abi yang baik dan terbaik untuk Fateh Uwais. moga Allah sentiasa kuatkan iman kita berdua mengharungi segala ujian, cabaran dan dugaan dalam hidup. moga kita selalu ingat tujuan utama kita bernikah satu masa dulu. moga kita terhindar dari fitnah dunia. dan moga kita sentiasa berkasih sayang sampai syurga hendakNya amin amin.

we love you abi :)



masih jauh lagi perjalanan. moga kita sama-sama kuat dan tabah hendaknya...

post signature

08 November 2015

Malaikat Kiri Kanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kadang memang pening bila anak ada masa takmo dengar cakap. garu kepala rasa. Fateh Uwais pun sekarang dah pandai nak pyscho ummi abi bila takmo buat sesuatu ikut arahan kami. contohnya, "no youtube dan sila tido"



yeeeeee Fateh Uwais dah pandai ber youtube. bukan tengok kartun ke upin ipin ke doraemon ke. semua tu dia tak berapa minat. tengok pun tengok macam tu je. tapi yang paling dia seronok tengok video lori tanah, lori sampah dan segala macam lori yang ada dalam youtube tu haaaaa. yela dekat situ kan boleh pilih pilih. pening..... pening!!!!. nak dilarang sangat, dalam tu dia boleh belajar macam-macam jugak. belajar jenis jentera dan kegunaannya. bila masuk kereta memang becok mulutnya sebut nama semua jentera tu. dan ummi rasa okeyyyyy, dia tengok video bukan kosong. ada something yang dia ambik dari video tu jugak.

tapiiii... ada tapinyaaa terkadang agak payah nak ceraikan dia dengan telefon. parokkkkkk. tingggg tetiba timbul idea dalam benak akal ummi yang cerdik ni. kohkohkoh :p

cerita Malaikat Raqib dan Atid. Malaikat atas bahu kiri dan kanan. since Fateh Uwais dah mula tahu siapa itu Allah, Allah tu yang jadikan dia. Allah tu siapa. jadinya tugas ummi semakin senang dan lancar hewhewhew :p

pernah satu hari cerita dekat dia. atas bahu kita (sambil pegang bahu Uwais) ada dua malaikat. yang kanan catat segala amalan baik kita macam dengar cakap ummi abi, kemas mainan, makan elok-elok, susu baik-baik, solat, sayang semua orang. malaikat kanan ni akan tulis dalam buku biru(ummi reka untuk anak lebih mudah hadam dan paham). sambung lagi. setiap hari malaikat kanan akan bawak buku biru ni naik bagi dekat Allah. Allah tengok Allah check buku biru tu. kalau banyak yang malaikat kanan tulis, Allah akan sayang kita, Allah sayang uwais. Allah peluk, Allah cium, Allah bagi nikmat, Allah bagi mainan, bagi lori, bagi makanan sedap-sedap. tapi kita kena buat benda yang baik-baik la, (ulang balik ayat first tadi supaya dia ingat) yela budak-budak ni kan kena selalu ulang-ulang benda tu supaya lekat dalam otak dia.

dekat sebelah kiri ni pulak(pegang bahu kiri pulak) ada malaikat jugak. malaikat kiri ni pulak catat segala amalan kita yang tak baik, yang buruk. macam tak dengar cakap, sepah mainan takmo kemas, tumpahkan makanan, tak solat, jerit sana sini, buat orang. malaikat kiri ni nanti tulis dalam buku merah!!(yes ummi reka jugak. sebab merah kan warnanya garang jadi ummi guna la kaler merah pulak. kang kata kaler hitam lain pulak penerimaan versinya huuuu). pun sama macam malaikat kanan. setiap hari malaikat kiri akan bawak naik buku merah ni bagi dekat Allah. bila Allah nampak banyak sangat malaikat kiri tulis dalam buku nantiiiiiiii Allah PUKUL kita!!!(guna itonasi tegas sikit). Allah tak sayang, nanti Allah biar je kita tak makan, takde mainan, Allah tak peduli dekat kita sebab Allah marah.

masa sebut perkataan PUKUL tu. terus Fateh Uwais peluk ummi, dia memang takut kena pukul, takut kena marah huuuu. bila buat salah memang cepat-cepat dia sebut. "ummi jangan marah adik tauuuu, abi jangan marah adik tauuuu. jangan buat adik tauuuu" huuuuuu padahal kita pukkk sikit je pun. pukkk mengajar bukan sakit mana pun. marah pun dengan cara silent mode.

tapi kesan yang nampak bila cerita pasal malaikat kiri kanan dekat Fateh Uwais, kesannya sangat positif. tak payah marah, tak payah membebel, tak payah membentak dalam hati. sebut je "buat laaaa nanti malaikat kiri tulis dalam buku kiri padan muka dia!!" dalam takut2 tu pandai jugak tu pyscho kita balik "adik baikkkk, Allah sayanggggg adik, nanti Allah peluk adik, Allah bagi menan, Allah bagi buku" =..=

tapi memang betul, Alhamdulilah berkesan dalam hati Fateh Uwais. takde dia bebai dengan ummi abi dah bila ummi abi larang buat sesuatu, tegur salah dia. tapi jangan la pulak sebut malaikat kiri je. bila dia buat benda yang baik, tolong kutip sampah orang yang buang tepi pool tu. sebut la jugak "haaaaa ni malaikat kanan tulis dalam buku biru" dia pun jadi syok.

Alhamdulilah, ini cara kami, catatan panduan kami untuk anak-anak akan datang pulak. bukan niat nak bangga diri :) moga Fateh Uwais akan terus ingat dan lekat dalam hati dia yang Allah tu sentiasa perhatikan segala gerak geri dia. 

................................................................................................................

Nama-nama malaikat dan tugasnya :


  • Malaikat Jibril, tugasnya menyampaikan wahyu
  • Malaikat Mikail, tugasnya menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
  • Malaikat Israfil, tugasnya meniup sangkakala
  • Malaikat Izrail, tugasnya mencabut nyawa malaikat hidup
  • Malaikat Raqib, tugasnya mencacat amal kebaikan manusia
  • Malaikat Atid, tugasnya mencacat amal keburukan manusia  
  • Malaikat Munkar , tugasnya menanyakan mayat di alam kubur (barzakh)
  • Malaikat Nakir , tugasnya menanyakan mayat di alam kubur (Barzakh)
  • Malaikat Malik , tugasnya menjaga pintu neraka
  • Malaikat Ridwan , tugasnya menjaga pintu syurga


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...