Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 December 2015

MBO Cinemas Central Square Sungai Petani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

panggung baru bukak dekat sungai petani. tak jauhhhh dari loqstaq dan seberang jaya gituuuuu. motif? kalau hari cuti senang la kalau kot tetiba nak merasa nengok wayang dekat panggung baru kan hewhewhew. 

sabtu lepas #ProjekBloggerUtara berpeluang sama-sama merasmikan MBO Cinemas dekat Central Square Sungai Petani. amboiiii meriah nya tengok haaaaaa


auchhhh confirm empuk kerusi ni haaaa. baru pulak lagi tu. belum tercemar dengan bau bau kepam oppsssss kihkihkih :p


pakat-pakat senyum sampai telinga semuanya. nak pulak masa hari kejadian artis undangan kumpulan adik beradik Zero tu haaaaa


En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas) memberikan ucapan aluan semasa sesi movie screening di dalam dewan pawagam. sesi ini adalah sesi khas untuk wakil media & tetamu jemputan sahaja :)

ok meh nak bagi sedikit info

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara

MBO Cinemas Membuka Tirai Terbaru di Central Square, Sg. Petani | Event Review by #projekbloggerutara | 

Alhamdulillah, #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review pembukaan rasmi MBO Cinemas, Central Square, Sungai Petani, Kedah, pada 26 Disember 2015. Rezeki jangan ditolak kata orang ;)

Tarikan Terbaru di Sungai Petani, Kedah | MBO Cinemas Central Square Sg. Petani


Tarikan Terbaru di Sungai Petani | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | MBO Cinemas telah membuka pawagam terbarunya bertempat di Central Square, Sungai Petani yang merupakan pawagam ke 26. Sehingga kini MBO Cinemas menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara. 

MBO Cinemas, Central Square menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk dengan dewan terbesar yang mampu menampung sehingga hampir 300 orang. En. Cheah Chun Wai (Pengarah Pemasaran dah Jualan MBO Cinemas), berkata pada majlis pembukaan rasmi: 

"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central di Kulim. Kami ingin memberikan pengalaman terbaik dalam hiburan filem kepada penduduk sekitar Sungai Petani dan rakyat Kedah serta pengunjung dan pelancong ke kawasan utara."

Pawagam MBO di seluruh Malaysia manawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :

  •  merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  •  menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
  •  menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
  •  selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
  •  merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
  •  tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  •  harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
  •  menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama


Riang Ria di Hari Raya #eh3 :p Perasmian | MBO Cinemas, Central Square, Sg. Petani | #projekbloggerutara telah sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak integrated Public Relations (iPR) untuk bekerjasa dengan sebuah lagi syarikat ternama di Malaysia iaitu pihak MBO Cinemas. 


Kali ini #projekbloggerutara berpeluang membuat liputan sebagai wakil media untuk perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani, Kedah. 


MBO Cinemas Central Square
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru,
Taman Patani Jaya,
08000, Sungai Petani, Kedah

Laman web rasmi :


Pentas Perasmian Hari Berkenaan


Kaunter Pendaftaran MBO Starclub

sesiapa yang memang kaki wayang tu boleh lah mendaftar sebagai starclub. banyak ganjaran yang menanti dengar ceritanya


Kaunter Tiket MBO Cinemas Central Square Sungai Petani



rezeki rezeki :D


Acara memotong riben sebagai simbolik perasmian MBO


Ruang menunggu yang selesaaaaaaaa sangattt 



arghhhh malas lah tengok gambar dorang ni.......... kofkofkof :p



Sporting uolsssss





dah dah malas nak cerita banyak. sekarang save the date dan sila list kan movie yang korang nak tengok dekat sana haaaa. sekarang movie Diwale tengah trending kan? ape lagi save the date cepattttttt ;)


post signature

28 December 2015

Kisah Khalifah II : Adik Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

20 Sept 2015

Alhamdulilah doa ummi nak bagi Fateh Uwais adik Allah makbulkan alhamdulilah. 16 sept lepas saje ummi check UPT test tu haaa lepas seminggu lewat period. mulanya takmo mengharap sebab takut nanti kecewa sobssss. tapi lepas dah seminggu hati terus melonjak-lonjak nak test UPT hewhewhew. oh ye satu lagi tips nak check UPT. sila check di waktu pagi lepas bangun tido. sebab air kencing waktu pagi2 tu lebih ber alkali. makanya resultnya lebih cepat, pantas dan diyakini. insyaAllah.




dan Fateh Uwais bila dapat tau ada adik terus berubah sikap dia huhuhu. jadi lebih agresif, manja dan merap. sampai kadang rasa tak boleh nak kawal tapi alhamdulilah masih dalam kawalan. ketahuilah Fateh Uwais walau ape pun awak tetap yang pertama di hati ummi abi. cinta dan kasih kami tak pernah berubah walau sekelumit pun. 

sengaja kami rahsiakan kewujudan adik uwais pada public. dekat family. hanya kami yang simpan sendiri. sebab takut jadi apa-apa sebab masih terlalu awal. dan risau kalau ada kawan-kawan, sedara mara yang belum punya rezeki 'itu' rasa sedih atau rendah diri. keputusan kami. biar dorang tau sendiri nanti samada dari diri kami atau tetiba ternampak adik baby uwais dalam perut ;) 

Doakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih :)

20 Weeks 4 Days


post signature

17 December 2015

Kembo Siam Abi Perangai Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



tengok tu kembo siam abi. melekattttt jela dengan abi dia. tido tengah malam pun boleh merengek cari abi dia kalau takde bau abi ppfffttttttt

tapi Fateh Uwais ni sebijik memang perangai ummi. nak kata perangai abi tu boleh bilang dengan 5 jari je rasanya. perangai abi yang dia ikut. tiba-tiba menyusup atas lantai tengah tido. sedar-sedar terbaring atas lantai padahal tengah tido tu. perangai abi dia la tu. dan ummi tengah malam pun boleh menyinga kalau tengok anak beranak tu tiba-tiba terbaring atas lantai. TAK SUKA!! lepas tu terkulat-kulat dua orang tak paham apa salah deme kihkihkih



biar dia dulu yang menyapa say hai dekat orang. perangai ummi la tu hahahaha. kalau kemana-mana ke ape ke dulu masa zaman otak tak center lagi. tak berapa suka orang mai approach kita dulu, kita approach orang takpe. macam Fateh Uwais la sekarang kalau balik kampung. opah tu berlari-lari la nak sambut dia balik. rindu cucu. tapi dia punya sombong siap menangis peluk abi takmo lepas. macam tak kenal je tu opah dia. tapi bila opah tu sorang-sorang tengah buat kerja dia datang pelan-pelan peluk opah dia. "adik sayang opah, adik bukan combong(sombong), adik rindu opah. opah jangan sedih tauuuu" kehkehkeh perangai ummi la tu. nak kategori ape pun tatau kahkahkah :p

selalu jugak pesan dekat mak ngasuh dia. barang menan kalau anak2 mengasuh mak nya yang lain nak main sama mintak izin Fateh Uwais dulu. kena mintak izin tak boleh main rabut je ambik. memang sampai ke balik la takkan dia bagi budak tu sentuh mainan dia langsung. Fateh Uwais tak kedekut tapi dia tak suka orang macam 'curik' barang dia. macam kakak yati anak mak mengasuh dia aritu. saje lah ambik koko krunch dia sebijik dari dalam bekas. mungkin tak mintak izin dia. terus dia bebai marah suruh letak balik. dah mengamuk tu bebai takmo makan dah koko krunch tu!! huuuuuuu perangai ummi jugak la tu. kalau ambik barang tanpa izin memang hazab la ko nak dengar aku mengamuk membebel kehkehkeh 

kalau katanya A tak payah la mimpi nak ubah jadi B kecuali kalau pandai pujuk. pandai pyscho. keras kepala sebijik macam ummi. ummi dulu opah pun payah nak pujuk bagi jadi C dah kalau ummi kata D. sejak kawen dengan abi uwais baruuu lah ada sorang yang boleh nak ubah kata putus tu. tu pun jenuhhh pyscho hahahahaha. Uwais ni pun antara ummi dengan abi. abi yang paling boleh handle keras kepala dia tu. tapi tak la macam nak lori mahal tu kena lori mahal jugak. boleh je beli lori murah sikit tapi tula kena pandai pujuk pandai pyscho

"kalau nak tau bayangan sayang tu macam mana. cermin dekat anak tu. macam mana anak, macam tula diri sayang" kata suami. yekeeeeee???????? kofkofkof :p


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...