Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 May 2016

Sample Susu S26 | Susu Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


masa mintak sample susu S26 ni sebenarnya niat nak mintak untuk Fateh Uwais. tapinya sebab masa tu saya pregnant dah dorang bagi sample untuk ibu mengandung pulaknyaaaa. gasak la janji dapat benda free hahahahaha.


dalam sampul dorang bagi banyakkkkkkk voucher. ada yang boleh diguna ada yang boleh ditengok aje kihkihkih. selain tu dapat dua pek sample susu S26. cuma nya ummi time mengandung kali ni langsung tak boleh telan susu. maka kita simpan kot nanti time dah bersalin. lalu minum susu. dapat jugak nutrisi tu ke anak time menyusu nanti kan :p sape nak voucher ni sila komen dan tinggalkan email ye. nanti saya pos. lambat lagi expired date dia tu. saya memang tak beli la kot susu nya nanti huhuhu



dapat jugak voucher Photobook ni. tapinya masanya suntuk sangat. expired Disember 2015. masa dapat sample ni pun dah tengah bulan Disember tu. mana nak create album lagi. Disember tu pulak busy dengan macam-macam. kita tengok jela voucher free tu huuuuu. yang bestnya bila mintak sample S26 ni lepas lepas pada tu pun dia hantar sampul lagi. tapi katalog jela takde dah sample susu lain hihihihi :p

mana nak mintak sample susu ni? boleh ke laman web dorang Sample S26

09 May 2016

LUNAVIE | Breast Pad Nursing Cover

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Akhirnya yang dinanti dah sampaiiii. yeayyy sukaaaa sangat. nak nak pulak sekarang memang tengah tunggu masa kelahiran adik baby dalam perut ni haaa. macam entry lepas, LUNAVIE ni produk baru. tapi walau produk baru kualiti barang dorang superb tau. ape yang superb nya?


macam Nursing Cover ni. lembut, ringan dan selesa sangat. anak yang 'tersorok' dalam tu pun tak panas atau rimas tau. anak kat dalam tu yang paling penting. kalau dorang panas atau tak selesa dekat dalam jenuh la kita nak berlawan tarik dengan dorang pulak Nursing Cover tu. elok-elok tujuan asal nak 'sorok' dah jadi satu hal lain pulaknya nanti. apa yang lagi bestnya Nursing Cover ni?

  • Nurse or pump comfortably and discreetly
  • Gentle against baby's skin
  • Lightweight breathable material
  • Stylish enough for everyday look
  • Features neck loop for easy nursing

kadang tengah menyusu anak sebelah kiri, yang sebelah lagi pun mengalir sama susunya. mesti tak selesa kan? sila pakai breast pad ni haaa. memang membantu. takde baju korang basah dengan susu. yela susu badan ni kan ada macam 'bau' sikit. lekat breast pad selesai masalah :D wajib letak dua barang ni dalam beg hospital nanti. senang nak pakai dalam bila dalam wad.

  • Superb absorbent & leak proof - day or night
  • Stay comfortable, confident & dry all day
  • Ultra thin & discreet under clothing

haaaa nak dapat semua barang ni dengan harga promosi? sila lawat booth dorang dekat baby fair yang dekat Mid Valley tu nanti. 12-15 Mei ni haaaa. ada promosi hebat menanti korang. ataupun klik je memana laman sosial dorang ni. kot kalau nak tau apa lagi yang best untuk korang ;)


Instagram : lunavie_com
Facebook : Lunavie
Email : info@lunavie.com


Discharge Fisioterapi | Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



dah lama rasa tak cerita pasal anakanda yang seorang itu. bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dia. hujung tahun lepas Fateh Uwais kami disahkan dengan ujian Thumb Trigger Finger. ada banyak cerita dia dalam ni. macam mana akhirnya kami berjaya dengan izin Allah luruskan balik ibu jari dia pun ada saya kongsi kan dalam ni. untuk pengalaman kami sendiri dan untuk rujukan kami sendiri jugak nanti nya. 

sebelum boleh discaj dengan Klinik Fisio kena discaj dengan klinik pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah dulu. Alhamdulilah 3 Feb 2016 dokte pakar tulang sendiri yang discaj kan Fateh Uwais. tak perlu buat rujukan dengan diorang lagi memandangkan ibu jari Fateh Uwais dah sembuh sepenuhnya. cuma kena tunggu apa pulak kata dokte Fisioterapi dia. kalau Dokte Fisio 'lepas' boleh la discaj. 




14 March last Fateh Uwais appoitment dengan unit Fisioterapi HSB. dokte buat jugak la segala aktiviti fisioterapi tu. tengok jari dia pun dah boleh bengkok lurus bengkok lurus. akhiranya dah boleh dicaj dengan unit Fisioterapi jugakkkkk. alhamdulilah syukur sangat. tak payah ulang alik hospital tetiap bulan tetiap minggu dah. Uwais pun dah naik kenal dokte dengan nurse dekat unit tu. staff sana pun dah boleh cam dia. budak ramah tamah tu biasa la. huhuhu

cumanya malam lepas balik dari hosp jadi balik jari dia!!! duk menangis kata jari adik sakit jari adik sakit. tengok ibu jari bengkok keras balik. errrrrrr apakah??????? cuma sapu minyak TYT je. nak sentuh beria-ria tak di baginya. ada la jugak dokte pesan sebelum balik tu. kalau jadi lagi. kena pergi klinik tulang cepat-cepat. supaya dapat diagnosis cepat. errrrkkkkkkk erkkkkk

esok bangun pagi alhamdulilah tak sakit dah jari katanya. minggu depan nya jadi lagi. ayooooo ape ni ape ni. bila ummi buat keras main-main ibu jari dia. jadi ok balik. oohhhhh baru la dapat tau. urat ibu jari dia macam terpeleot sikit. errr tak reti nak terang. jadi macam kadang tengah2 kita solat urat kaki rasa berselirat. kena main-main kan tulang tu baruuuuuuu ok. baru tak sakit. haaa jadi macam tu lah. 

apa pun alhamdulilah dokte sahkan Uwais dah bebas Thumb Trigger Finger. syukurrrrrrr sangat. terima kasih pada semua yang pernah mendoakan Fateh Uwais kami. terima kasih pada yang mengambil berat dan terima kasih Doktor dan Staff unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah khasnya. budi baik anda hanya Allah je yang mampu balas :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...