Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
tepek gambar budak berdua buat semangat kerja. Akhi tengah mengasuh adik baby tu. Alhamdulilah boleh la nak harap sikit2. tapi tak boleh jugak harap sangat. budak tengah akal ligat bukan boleh baca sangat hihihi
tepek gambar budak berdua buat semangat kerja. Akhi tengah mengasuh adik baby tu. Alhamdulilah boleh la nak harap sikit2. tapi tak boleh jugak harap sangat. budak tengah akal ligat bukan boleh baca sangat hihihi
oh mai very bad prestasi bulan Ogos lepas. Ogos tersangat sangatlah busy!!! busy yang bukan dibuat-buat tau huuuu. awal bulan Ogos baruuu nak masuk kerja lepas cuti panjang. cuti bersalin 3 bulan. jadinya paham paham jela kalau orang baru mula masuk kerja balik ni. banyak kerja nak kena update. dan nak mencari mood kerja tu balik kihkihkih.
Ogos jugak bulan exam saya. 30 Ogos lepas ada exam. exam kait bidang kerja. walau cuti 3 bulan duduk dekat rumah tapi tak dapat langsung nak study walau buku tu ada je dekat rumah. sibuk uruskan anak anak. uruskan rumahtangga. bila dah masuk kerja baru la terkejar-kejar nak study. ada dua paper je nak kena ambik. tapi buku nak baca tu ada banyak huhuhu. dah la tu kalut pulak buku yang berkaitan takde tak cukup. nak mencari buku lagi. print pekeliling baru lagi. entah lah super duper busy rasanya hukhukhuk.
balik dari kerja memang takde masa langsung nak hadap blog ke ape ke walau internet dekat rumah lagi laju. balik rumah memang jadi surirumah tangga sepenuh masa je. tengok facebook tengok Instagram pun time tengah menyusukan anak. Nampak mata dia dah layu tertutup baru sempat capai telefon sekejap. salah satu untungnya bf anak kecik ni. ada la masa nak relaks sekejap. nak baring sekejap ke. badan je baring tapi otak ligat fikir nak kemas rumah macam mana. nak mula kan dari mana. lipat kain dulu ke basuh pinggan dulu ke. mak mak sangat hahahaha
dan Ogos jugak bulan busy prepare segala dokumen untuk cubaan beli rumah pertama sendiri. orang kata kalau nak beli rumah ni tak boleh pedo (tahan tahan) tak boleh sangat nak kira itu kira ini. buat geram je beli. kalau duk fikir tu fikir ni alamatnya memang tak terbeli la sampai bila pun. bukan fikir ape pun. fikir ekonomi keluarga yang kian meningkat sekarang ni. dengan ekonomi semasa lagi. tapi arghhhh malas fikir banyak. try je submit loan dulu. lepas tu baru fikir lain huhuhu. moga Allah permudahkan urusan kami. moga Allah murahkan rezeki kami. amin amin.





