Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 February 2011

Aku Tau Aku Tak Layak Denganmu

Assalamualaikum….



Jika aku punya kesempatan untuk berdamping dengan nya
Aku lah insan yang paling bahagia
Jika aku punya kesempatan untuk menemani nya
Aku lah insan yang amat bertuah
Jika aku punya kesempatan untuk menjadi isterinya
Akan ku turuti kesemua perintahnya

Namun siapalah aku untuk digandingkan dengannya
Aku insan kerdil yang kerdil lagi hina tidak tegar untuk berdampingan denganmu wahai
Nabi Muhammad saw nabi ku…
Namun aku sentiasa tidak lupa akan dirimu
Akan ku pupuk rasa cinta untukmu sepanjang hayatku…

Nabi Muhammad telah diputerakan di makkah
pada hari isnin, 12 Rabiulawal, (20 April, 571M) bersamaan tahun gajah

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah pesuruh Allah yang terakhir.

Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulluah bagi seluruh umat di dunia.

 Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang Rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

 Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah.

 Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang islam, tetapi orang-orang yahudi dan kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul.

 Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Salam maulidur rasul dari aku…

Walaupun aku tau maulidur rasul semalam tapi aku tetap nak post entry nie sebab semalam aku cuti maka internet pown cuti sekali…
Sekian…

Yang Baek Itu Dari Allah Dan Yang Buruk Itu Dari Aku Sendiri

4 comments:

ZannaMazlan said...

Salam maulidur rasul :)

Kira Sakura said...

zanna :: salam maulidur rasul untuk awk jgak...

zmanja said...

salam maulidur rasul

Kira Sakura said...

zmanja ::salam maulidur rasul kembali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...