Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 August 2013

Persiapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tinggal hari nie dengan besok je lagi kita sempat nak berada dalam ramadhan 1434H kan. langit pun macam sedih je seminggu nie, mungkin sedih mengenangkan yang nanti mesti masjid dengan surau kurang meriah tak sepertimana meriahnya waktu bulan ramadhan. pada yang nak memulakan perjalanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju hendaknya.

kalau tanya persiapan raya saya, tak semeriah tahun-tahun sebelumnya pun. persiapan saya lebih pada persiapan nak sambut si khalifah kecik nie je yang banyak. sekarang pun dah cukup 9 bulan. anytime boleh keluarnya dia. perasaan? mestilah nervous semua cukup tapi selalu ingatkan diri. relaks ummi, kalau buat kalut tak kena tempat nanti apa pun tak jadi.

tengok gaya suami pun, persiapan raya nie lagi la takde. dok kalut beli untuk mama ayah, mama papa dengan anak bini dia nie je. bila tanya tak nak beli pape kat diri sendiri ke? "abi takde perasaan pun nak beli pape" pulak dahhhh =.=

persiapan nak menyambut khalifah nie alhamdulilah dah boleh dikatakan 100% menepati apa yang disenaraikan. tinggal tunggu masa dan saat si kecik nie lahir ke dunia je. sungguh, sangat tak sabar nak tunggu dia keluar. nak belek muka dia, nak dengki dengan suami kalau dia ikut muka saya. hahahahaha :p

dikesempatan yang ada saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada menyinggung hati awak semua, tak kira la dalam entry saya sendiri mahupun semasa meninggalkan komen dientry kalian ataupun tika saat kita bersua muka. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. jangan lupa hati-hati walau dimana jua kalian berada. doakan moga urusan saya nak melahirkan dipermudah ye. doakan juga moga saya dan baby selamat hendakNya, amin. mekasih semua :D

#Senarai Keperluan Bayi Baru Lahir

7 comments:

juicy X said...

raya makan pepuas. nt dlm pantang menanges kang tgk org mkn sesedap ;)

Nur Zulaikha said...

semoga selamat melahirkan bayi kelak..jage kesihatan ye bakal umi..hhihihi..selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

p/s:mood raye tk smpai lg sbrnya..huhuhu

cik Anggur said...

selamat hari raya kiera...mintak maaf yea kalau akk ada salah ngan kiera ......

inche hlovate said...

moga dipermudahkan kak kiera

Fiza Rahman said...

Salam aidilfitri buat kiera & family.

kay_are said...

tak habis habis nak dengki ngan husben ko tu.. aku doa muka baby nanti same r ngan muka bro nadzri.. amin.. =) selamat hari raye weh! maaf zahir dan batin dan selamat menyambut kelahiran baby =)

OKje said...

Selamat Hari Raya Kiera....moga Kiera selamat bersalin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...