Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

20 November 2014

Abi's First Bridge Run

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok kita tiru tajuk entry abi :p ahad lepas ummi TERPAKSA approve permohonan cuti abi dari menjaga anak. yela kan setiap hari ahad hari Uwais bersama abi sampai ummi tak boleh mencelah =.= ok ok ekceli bukan terpaksa tu, ummi memang ikhlas bagi abi join Penang Bridge Run ahad lepas. yela sekali sekala kena lagi bagi dia berdunia dengan persekitaran luar tanpa kami. ehh sebenarnya kalau event tu tak jatuh hari ahad, ummi dengan baby mesti dah sibuk mengikut jugak tu. sebab ummi kerja je hari tu, kalau tidak mesti kami berdua dah jadi tukang sorak abi hewhewhew :p

yang ini anak punya kata abi, juara Futsal dulu. ok ummi redhaaaaa, anak dapat piala abi. ummi redhaaaaaa :p

alhamdulilah suami asal nak buat ape, pergi mana tak pernah membelakangkan isteri dia, walau kami duduk jauh tapi asal dia nak keluar ke mana hatta gunting rambut kedai auntie kat depan jalan pun dia akan wassap bagitau. eh eh jangan la salah faham. ummi ni tak mengongkong la, tapi sebab mungkin kitorang dah terbiasa macam tu. ala setakat wassap seketoi dua nak bagitau ke mana bukan gaduh kena bayar beratus ringgit pun kannn. terima kasih suami yang selalu ingat kat isteri tercinta ni :p

ok ok berbalik ke pangkal jalan. dah lama suami kata nak join Penang Bridge Run, saya ni asal benda tu tak mendorong pada yang negatif, saya mesti sokong. siap masa dia tengah gigih berlatih boleh hadiahkan kasut lari lagi. beli yang kaler striking supaya bila ummi dengan anak teman abi jogging boleh cam dari jauh kasut abi, abi yang mana satu. perangai sangat kannnn hahhahahaha :p

matlamatnya nak habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam setengah. hadiahnya seutas medal. eh betoi ke seutas tu? lantak kan nya :p setiap hari gigih berjogging dekat PISA sana nun, setiap hari mesti dia update berapa round boleh lari, macam ummi la yang update setiap kali pump dapat berapa aunz. pemangkin semangat katanya :p ehh melalut lagi. 

abi declare ini hadiah untuk ummi, jadi Fateh Uwais mohon tengok aje medal ni nanti. ummi punya!!! kehkehkeh :p

pendek ceritanya abi berjaya habiskan 10 kilometer dalam masa satu jam 20 minit. alhamdulilah ummi tumpang bangga dan hepy untuk abi. dan yang bagus nya selain tu badan abi dah mula fit dan sihat. siap mak mengasuh Uwais tegur lagi kata abi dah kurus. kalau ummi yang dengar dah kembang hidung, abi apatah lagi kan hewhewhew :p

tahniah abi sayang, moga lepas ni abi terus kuat semangat nak teruskan aktiviti kesukanan abi. nanti dah pindah sini abi mesti boleh lagi fit. yela dah hari2 bersenam kejar Fateh Uwais :p

11 comments:

aizamia3 said...

Suka aktiviti macam ni tapi setakat ni belum ada kesempatan nak join sebab takde orang nak jaga askar2 kecik tu.. huhuhu.. ni pun dah dekat 2 minggu tak jogging.. :(

ewanthology said...

berbaloi approve cuti :-)

aIEn said...

tahniah to abi uwais =)

Zai Zamree said...

syoknya...dl company sponser gak maraton ni tp lani x da dh

Siti Sharini said...

wah wahh tahniahh

Aryan azra said...

salam kira.. wah tahniah buat abi fateh uwais, seronok dpt join lari2 mcm tu..

btoi tu bkn nak mengongkong at least bgtau dia p mana pun dah ok,bkn apa kita sbgi isteri ni nak tau je,mcm akak dgn asben pun mcm tu jg,kalau dia buat keje..jap2 hantar location kat mana..hehehe

arysha_fayyadh said...

Assalam ummi uwais,
akak pun sama hokeyh
tak salah haih
hubby & wifey sentiasa inform pasangan kalo nakg mana2, nak buat apa2
baguih la tu kan3 :)

juicy X said...

Rajinnya abg nadh dok lari2 tu haha

LadyBird said...

Rindunye penang...

Linakhtar said...

waaa...apa pun mesti si kecil tu happy... tahniah...

apa kita dapat..mesti rezeki anak2 kan...

salam perkenalan dari mommylina

QasehnyaRania said...

assalam kira :)

wow.cayalah
tahniah buat suami kira..
ok la tu ada juga hadiah utk ummi :)
so, 0-0 skrg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...