Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 November 2014

Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



minggu lepas, minggu tak sihat, minggu memenatkan, minggu menguji dengan macam-macam ujian dari Allah. Alhamdulilah syukur Allah masih ingat pada kami dan uji kami macam-macam. senyummmm :)

rabu 29 Oktober 2014 lepas. maghrib tetiba badan Fateh Uwais jadi panas. adoiiii demam pulak dah. tengah tido terjaga menangis merengek. bila bukak lampu tengok badan dia dah menggeletar. Allahuakbar kenapa pulak anak. call lagi abi. sebelum tu dah call bagitau anak demam. kali ni call nak bagi tau anak menggeletar? kenapa tak terus bawak klinik. oiiii aku panik, ko boleh bayang tak duduk rumah hanya anak dan diri sendiri. suami takde. boleh bayang tak? ok teruskan.

suami kata bawak anak ke klinik, ajak mak mengasuh uwais teman. mujur lah pun rumah mak dia dekat. kat luar hujan lebat dengan kilat. anak pulak menangis menjerit tak nak keluar rumah, dia nak tidur sedangkan suhu badan dia dah 39.5 darjah celcius. serius menangis rasanya nak bawak kereta tengah-tengah hujan lebat kilat tu. mujur ada mak dia teman kat belakang kalau tidak memang mau pecah takungan mata ummi T.T kalau nak tunggu suami balik dari penang ke alor setar baru nak bawak anak ke klinik, takut nanti ummi akan menyesal seumur hidup kalau jadi pape kat anak. moga dijauhkan lah amin.

ke klinik dokte kata dia demam tapi suhu tak setinggi dekat rumah tadi. yela tadi masa dia menggeletar ummi dah bagi makan ubat sesiap. mungkin itu yang suhu dia turun. alhamdulilah. dapat ubat, balik rumah dan rehat. sepanjang malam kerja dia merengek menangis dan merap. memang tido atas badan atas tangan je. naik kebas sakit-sakit lengan ummi anak tido berbantalkan lengan. takpe la nak janji awak selesa.

esok paginya abi datang ke sini. alhamdulilah anak tengok je muka abi dia terus melompat-lompat seronok, muka ada senyum. tapi senyum yang kelat bagi kami. dia masih cuba berikan senyuman pada abi walaupun dia tak larat. nangesssss T.T abi beri peluang ummi tido sekejap hari tu, sementara abi mengasuh anak. syukur alhamdulilah abi cuti dan datang sini. sekurangnya takde la ummi jadi zombi bila anak asyik nak melekattttt je. dan bila ada abi anak jadi bersemangat nak main walau sekejap-sekejap dia akan datang merap dekat saya bila keadaan badan dia mula lemah. 

khamis suami sambung cuti lagi memandangkan cuti saya pun dah tinggal sehari je untuk tahun sobssss. cepat nya habis? hanya orang yg paham pjj je akan tau ke mana hala tujunya cuti tahunan yang ada. ok sambung pasal anak. tido malam semalamnya pun sama, panas nya naik balik. merengek menangis serba tak kena saya tengok dia. kesian sungguh sebab dia nak bagitau tapi tak reti. cuma reti zahirkan perasaan tu dengan menangis dan menangis dan menangis ;'((((((

hari ahad dalam 10 lebih macam tu suami call katanya anak bangun tido terus menangis terok-terok tak nak berhenti, saya agak dia mimpi ngeri masa tido tu. dan bila saya kata "yayang cuma mimpi je, semua tu mimpi takde pape" dengar la dia berhenti menangis sekejap dan sambung balik =.= dan alhamdulilah ahad petang dia dah mula recoved betul dari demam. cumanya nampak muka dan badannya letih dan tak bermaya lagi. sekejap lagi baring. sekejap lagi merap. dan rentetan dari itu ummi pun jadi tak bersemangat nak update blog. huuuu. moga anak ummi Fateh Uwais sentiasa sihat, ceria bersemangat macam selalu amin amin.

11 comments:

cik Anggur said...

semenatar nk besar.....sakit sihat sakit sihat tu je la keja nya kan...moga kita tabah nk hadap semua ujian Allah

Siti Sharini said...

salam kiera..
budak2 memang selalu demam tiba2..
umi uwais jangan panik2 ye..

get well soon uwais!!

Zai Zamree said...

boleh agak situasi Kira mcm mn sbb k.zai pon mcm PJJ gak wktu mlm tp still boleh col suami blk rumah bw p kinik lg sbb Aqil penah demam menggeletar cmtu.x buka lmpu mmg x prasan tp bl buka lmpu tgk...MasyaAllah...tuhan ja yg tau prasaan ms tu.Gelabah xtau nk wt apa.Tera suami nk blk dan la bg ubat & jerelum air kt bdn

Izwa Kamaruddin said...

alahaiiii kahlifah nak makin besar dan makin bijak :)

Unknown said...

Ila pun sama..kalau bab2 anak demam nie memang risau sangat lah sbb dah ada pengalaman warded 3x sebab demam tinggi...kalau anak demam jer malam tu mesti tdo uma MIL hehehe...xberani kalau xde orang tua... semoga cepat sembuh ye

Unknown said...

Ila pun sama..kalau bab2 anak demam nie memang risau sangat lah sbb dah ada pengalaman warded 3x sebab demam tinggi...kalau anak demam jer malam tu mesti tdo uma MIL hehehe...xberani kalau xde orang tua... semoga cepat sembuh ye

OKje said...

Biasalah Kiera ...... asam garam yg perlu dilalui oleh seorang ibu dan juga seorang baby yg nak beso....

OKje dapat rasakan macamana keadaan Kiera tu dengan anak demam dengan suami tak de...ohh mmg stress kan...Sabolah yeh...

eima said...

semoga uwais get well soon dan mebesar ngan jayanya

QasehnyaRania said...

assalam..
ALLAH, ciksu blh bayangkan saat tu macam mna bila pjj

sabar ye kira..
so, skrg mcm mna fateh.. ??

ewanthology said...

Minta ubat antibiotic skali kat doctor tu... baby memang mudah berjangkit demam.

Bunda_nora said...

Kalau bunda pun panik jugak sensorang jer...

Pesan bunda lain kali sementara nak g klinik atau bb panas sangat...basahkan kepala bb...lap2 kan badan bb...longggar kan pakaiannya...jangan pakai tebal2...

Kalau kat rumah jaram kepala n badan bb dengan air asam jawa pekat....InsyaAllah boleh turunkan suhu badan bb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...