Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 November 2014

Muzium Padi Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



perginya dah lama tapi baru teringat nak masuk entry kakaka :p disebabkan ummi pernah sebut dekat abi teringin nak pegi Muzium Padi, last pergi masa form 5 ke form 4 dulu ntah. makanya bila ada hari lapang, abi pun tunaikan lah permintaan seorang ummi ini. terletak di Gunung Keriang Kedah, beroperasi setiap hari dari jam 9am hingga 5pm. cas bayaran masuk, dewasa RM5. kanak-kanak @ berpakaian seragam RM2. 

apa yang ada? ada tiga tingkat. tingkat bawah sekali menempatkan alatan-alatan tradisional dan moden yang digunakan di sawah padi, dan segala kegiatan yang boleh dilakukan pesawah. macam contoh, tahan jerat burung ke, tangkap ikan ke etc. masa ni Fateh Uwais tido, jadinya kami cuba berjalan sambil belajar saja lah, malas nak berhenti posing itu ini hihihi.

tingkat dua galeri lukisan dinding, jugak aktiviti pertanian padi dari zaman batu dulu kala sampai lah ke zaman sekarang ni. ada jugak tayangan info mengenai pertanian padi yang dijalankan di sini. (tak tangkap gambo)



tingkat tiga. ini yang paling istimewa. ada lukisan dinding 3D disepenuh dinding. kita cuma perlu duduk di atas kerusi yang disediakan dan pelantar akan bergerak sendiri, membawa kita menyaksikan pemandangan negeri kedah. ada gunung keriang, kampung orang, sawah padi, macam-macam lahhh. kalau duduk situ menikmati dengan tenang memang terasa macam kita duduk dekat balkoni hotel dan yang depan mata kita tu adalah pemandangan yang sebenar. hebat orang yang menghasilkan lukisan tu, hebat lagi Allah yang mengurniakan nikmat itu pada mereka :)

sekitar kawasan tangga pulak diorang reka bentuk macam dalam gua. siap ada bunyi-bunyi suspen macam dalam gua betoi. siap ada bunyi titisan2 air lagi tu. Fateh Uwais mula-mula nak naik peluk abi sekuat hati, bila nak turun dia pulak seksaited lebih =.="


dekat luar banggunan muzium ada la macam-macam artifak yang boleh jadi port tangkap gambo. tapi sebab masa kami keluar tu hujan dah turun. makanya kita masuk Nurul Iman cecepat aje la :))))))

11 comments:

Siti Sharini said...

salam kiera

boleh kami p nanti sini

Zai Zamree said...

tingin nk p gak sbb x penah smpai lg

Yanty Lee said...

wah , Uwais gi jln2 ke muzium...

eima said...

muzium ni kat kg aku ... tp sekali pun aku tak penah masuk...hahhahah

Izwa Kamaruddin said...

jauh nyer nak sampai sana..uhukss..

Aryan azra said...

macam best je tengok lukisan tu..cantik sangat

Kakzakie Purvit said...

Cantik dan santainya kakak tengok lukisannya. Hero tu pun apa kurangnya. Mestilah seronok sama dpt jenjalan..

Mazatul azura said...

salam perkenalan... saya pun x pernah sampai muzium tu lagi.. walaupun kampung mertua dekat jer...

QasehnyaRania said...

huhu.ciksu ni tok n paksu dduk dekat area gunung keriang tp serius sekali pon ciksu x pernh masuk muzium padi ni.
selalu tgk n baca ntry kengkawan je..

ppsstt: kira, betul la apa yg kwn kira bgtau tu.ciksu ada goggle sebelum bersalin hari tu..
mmg ken solat walaupon keluar darah. cuci darah tu and solat mcm biasa. alhamdulillah, berjaya buat cuma tinggal solat subuh aje.. huhu..

lagi satu kan, bab mandi wiladah n nifas.
ada setengah ciksu baca kena mandi 2x
sekali masa keluar anak, skali masa darah nifas habis.

bila tanya mak, mak kata mandi sekali je. terus mandi nifas

ini pon ciksu tgk utube ustaz azhar ahmad idrus.. so, ciksu mandi sekali je la. lps kering darah nifas..

kira dlu. mcm mna

arysha_fayyadh said...

Assalam ummi uwais,
tu la kan2 zai
iols pun tingin nak p he3

Bunda_nora said...

Pernah jugak dengar Muzium padi ni...tapi tak pernah pergi pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...