Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
semalam pukul 5.17pm kakak mengasuh Uwais mesej, anak mak mengasuh dia la. bagitau kata dorang nak bawak adik (Fateh Uwais) pergi hantar kawan-kawan dia yang datang bercuti ke sini balik naik KTM. ohhh ok. ummi pun relaks jela. sebab selalu paling lewat pun ummi ambik dia dari rumah mak pukul 5.50pm lepas selesai ummi mandi solat. biasa la PJJ kan, mak dia memang hari-hari suruh ummi settle diri dulu baru ambik dia.
pukul 6pm pun ummi relaks lagi. boleh settle basuh baju dalam mesin lagi. bila part nak makan nasi dah mula rasa sunyi. sungguh sunyiiiii sangat takde budak kecik Fateh Uwais tu dalam rumah. selalunya kalau ummi sidai kain pun dia akan mengekorrrr je, ummi kibas kain dia pun kibas kain. kalau ummi duduk bersila makan, dia duduk bersila depan ummi sebut "nanak nanak" nak nasi sekali. bila anak takde, ohhh ummi sunyiiii sampai kena bukak video-video anak la buat ceria suasana, tapi masih hampa sobssss
sepanjang itu jugak duk mesej abi tak berenti. bosan la itu la ini la. bertabah aje abi melayan hihihihi. akhirnya bila jam dah 7.30pm ummi tak betah duduk. rasa nak meleleh dah air mata rindu anak sobsss. ummi mesej kakak dia tanya ada kat mana dah, lambat lagi ke nak balik. teruk beno perangai ummi kan sobsssss
balik je anak, terus dia menyelak-nyelak tudung cari susu. rindu letewwww. memang peel dia kalau balik keja sampai je rumah terus cari susu dia dulu. tapinya kejap aje, nampak moto mak sibuk nak naik lagi =.= alhamdulilah mak kata dia baik bila bawak berjalan, cumanya jenuh nak kejar dia berlari. saya tak risau pun pasal tau mak tu bukan senang-senang nak lepas dia merata. kalau jiran nak mai dukung dia pun mak tak mudah nak bagi.
dan ummi memang tak boleh duduk lama kalau takde anak ummi depan mata. huuuu. takde abi boleh bertabah lagi, takde anak ummi dah separa mereng sobsssss
11 comments:
hehehe.. biasalah tu..
geram je tengok dak Uwais tu.. ;)
hahaha...gitu la k.zai rs ms team building ritu.wyg abes pkl 6 ptg.tera nk abes lucky draw xtau pkl brapa.tera nk blk kot2 jem...bek la blk awai main dgn anak...hahahaha
kann...tk de suami tak pe lagi tak de anak mcm ilang nyawa !!
sama la dengan akak ni kira... walapon kalau depan mata bergaduh je dengan anak,tp kalau berjauhan tak sanggup rasanya... setakat ni memang tak pernah tinggal lama2 melainkan kena kursus je
jap jap..ummi yg manje sgt ke atau fateh uwais yg manja sgt ni..kekekek..
Alahai umi ni baru 3 jam jer Fateh tak de umi dah separuh mereng .....Dahsyat sungguh penangan anak ni yer umi....
Balik jalan terus nak nenen....... sedap sangat ke Fateh oiiii...
Haha..kesian abi..dah masuk kelas kedua keskeskes
Kalau dah biasa dengan keletah anak-anak memang rasa sunyi kalau diorang tak de.. faham perasaan itu.. :)
tak boleh nk thn kalo rindu anak, mak2 camtula...
kan.. naluri seorang umi bila bjauhan dgn anak.
sama la dgn syskrg ni.selsai kja rumah nk j dduk sbelah anak.nak ngadapblog lelama pon rasa mcm semacam j.
skrg bw n buat n3 guna phone je.
ddk.j sebelah menyebelah dgn.anak..
salam..lama x berkunjung ke sini..dah besar dah uwais..suka tgk dia dh leh bdiri...xsedar waktu berjalan..semoga ummu uwais sentiasa sihat n sejahtera d samping keluarga tersayang..amin.....
Post a Comment