Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

20 November 2012

Satu Perjalanan #28 versi Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

arghhhhh gerun bila Okje dah mula bebel mana entry kawen. kawan-kawan pun ramai yang dah tanya. suami pun kata "tue kawan awak dah tanya mana entry kawen" hihihihi maaflah. tak sempat update entry la. tapi saya tak janji kalau dalam masa seminggu nie awak semua muntah hijau dengan berderet entry Satu Perjalanan saya. 

sebenarnya tatau nak mula dengan yang mana satu. saya mulakan dengan hari akad dan walimah lah ye. itu sebahagian ada lagi yang insyaAllah akan saya kongsikan nanti. dan nak jugak buat entry penghargaan kawan-kawan yang sudi memeriahkan majlis tapi insyaAllah besok entrynya. janji ek korang tak kan muntah? hihihihi


Alhamdulilah tepat jam 12.04pm dengan sekali lafaz saya sah bergelar isteri pada Nadzri bin Azlan. Allah hadirkan perasaan nebes yang teramat sangat. tak caya tanya kawan-kawan yang ada sekali dengan saya masa tue. depa tau macam mana nebesnya saya. syukur Ya Allah perjalanan kami dipermudah. menjadi seorang isteri pada seorang lelaki yang saya sayangi, seorang lelaki yang saban waktu berdoa moga diizinkan menjadi bidadarinya di dunia juga disyurga hendakNya. 


sebelah kiri mama mentua saya, disebelah kanan mama kandung saya. sebaknya bila dipeluk dan memeluk mereka yang saya sayangi. pesan mama jadi isteri solehah. utamakan suami. taat pada suami. jaga suami lek lok. jangan manja lagi. ;(


yang saya peluk itu papa saya. sebaknya terasa bila papa jugak peluk erat saya. walau takde air mata papa yang turun tapi saya perasan mata dia yang merah. papa mama ya tetap anak mama papa walau sekarang ya dah bersuami. ya tetap nak manja dengan mama papa ;(


awal tue papa pakai shirt biasa jer. sebab hari sabtu akadnya, ahad nanti baru walimah tapi bila paksa nak jugak tangkap gambar dengan mama papa. papa cepat-cepat masuk bilik. kata papa "papa nak jugak pakai baju elok-elok hensem-hensem" hihihihi


semoga saya mampu menjadi menantu yang baik juga kakak ipar yang baik buat keluarga mentua saya. bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik, menerima apa adanya saya dan menyayangi saya sebaiknya. moga kasih sayang ini berpanjangan hingga syurga. Amin


muka orang banyak sebek. kadang meluat jugak tengok gambar sendiri. gambar tue nanges gambar nie nanges. cakap kat diri sendiri takde menda lain ke nak buat selain nanges? hihihi.. pape pun saya nak berterima kasih pada semua yang sudi hadir, maafkan kalau ada pape kekurangan dari pihak saya, suami dan keluarga. maafkan andai ada tersalah bahasa tersilap bicara. maafkan kekurangan saya. mekap ditaja oleh Cik Gksb. cantik dia mekap walaupun sepanjang proses mekap banyak onak dan ranjau yang terpaksa dilaluinya hahahahaha :p


alamak entry walimah tak dapat sambung kat sini lah. boleh tak sambung nanti? gambar tak sempat nak convert lagi. nanti saya update sampai korang muntah nak tengok ek. hihihihi.. mekasih tau sudi gak mai gegar belog saya sebab lama sangat bercuti hihihihi.. terima kasih bagi yang sudi mendoakan kami walau dari jauh atau dekat. amat saya hargai.


dah tayang gambar sikit-sikit cukup. simpan untuk next entry pulak. hew hew hew :p sat tau saya jalan pelan-pelan ke belog awak semua. kalau tak ziarah rini insyaAllah besok atau lusa tapi yang pasti mesti sampai jugak dengan izinNya ;)

Eh dah jadi isteri Nadzri lah. macam tak caye jer. itulah yang saya selalu sebut kat suami. dia senyum je hihihihi.. 

23 comments:

Yan Ty said...

Tahniah ye sweetie . Akk OKje memang rajin BW , xde entry 2 3 je dah tanya ok ke x mana pergi hehe...

JIJI YU said...

mabruk2..ehehhe.sori aku tak dapat pergi..sedang berada di luar negara..

Cik Sara said...

Tahniah!
Barakallahumma
Semoga memperoleh rahman dan barokah dari-NYA dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat~

aku HaniAsyira said...

Tahniah.. comel je kan.. heee~~

Shahada Fauzi said...

comel je kira..tahniah..semoga kekal bahagia sehingga hujung nyawa dan syurga nanti..insyaAllah..^_^

hainom OKje said...

He..he.... baru muncul entri terbaru... Cantik Kiera!!!! sama cantik sama padan!
Sukanya tengok gambo Kiera yang hepi..... sukalahtuuuu dah jadi bini orang!!! he..he...

Semoga berbahagia ya Kiera .....
Hish, lagi hari tu tanya Honeymoon gi mana? OKje nak folo ni..he..he..

aDisH.sHidA said...

tahniah kiera n nadh...tengah bayangkan kehidupan nadh n kiera mesti nadh selalu buli kamu kan hehe/..

apa pun semoga bahagia selalu..jgn manja2 sangat erk

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...sonok2~~

kay_are said...

tahniah sume berjalan lancar =)aku datang awal so tak sempat jumpe bro nadzri.. lagi satu aku speechless lak jumpe ko 1st time.. err.. tapi ayam percik tu sedap ^__^

ape pun, dah jadi isteri orang.. rerajin ketuk periuk belanga.. jangan asyik ketuk keyboard je =P

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

keh3....memang penuh onak dan ranjau time nak mekap ampa...

alhamdulillah segalanya dah selesai dan dipermudahkan...

;)

Puan LiYzA ^^, said...

welcome to a new phase of life~
sgt2 indah dan mencabar..hehe

Kesuma Angsana said...

tahniah ye, moga kekal bahagis hingga ke syurga

Iffah Afeefah said...

apapon selamat menjadi kekasih halal nadh sampai ke jannah

sebak pulak da =P

Wak Gelas™ said...

wahhh sonoknyer dah kawennn jugakkk.. hehhE

Ain Norainsyah said...

Cute sangat! Jelesnyaaa... nak kawen jugak la camtu.hehe..tahniah tau. :)

Jna marcello said...

KIERA RINDU~!!!!!
okk how married life??
mesti laa best kan ka kan hihihi
again tahniah awk...
Cantikkk nya dye !!! hihihih ;D

so lepas ni xsabar nak tggu kiera update entry baby pulak hihihi

Z@i Z@mR33 said...

Tahniah...

sedey x dpt nk p knduri kiera n nadh :(

wahida idris said...

tahniah sis dan husband. smoga berkekalan hingga ke syurga :)

hainom OKje said...

Yuhuuuuu..... dah keje ke? ke masih cuti lagi ke Emergency Leave ke MC? ..he...he...

torazmaih said...

#smbillapayaqmata#
nebes time 2 ad mknanye my dear....
anyway congratz my buddy.....

cHeRyNa PiReS said...

Cantiknya dia!!! Kak Sha nak tunjuk gambar ni pada kawan yang kata, "Warna kelabu tak cantik."

You have proven it :)

Noraim said...

selamat pengantin baru akak! :) lebyu so much la hihi.

cantik ok akak. warna kelabu tu peberet org jgk. ni yg nak nikah nnti nk buat warna kelabu jgk. hihi.

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

OE baca entry akak terbalik... hehe..
memang suka je sepanjang baca entry walaupun tak kenal akak...
hehe... ^^

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...