Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 April 2011

letter untuk dia.....

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

INI KISAH AKU DAN DIA
BUKAN KISAH COKLAT DAN STRAWBERY
BUKAN JUGA KISAH ALI BABA DAN PENYAMUN
TAPI KISAH JALINAN PERSAHABATAN ANTARA AKU DAN DIA

BUKAN SAHAJA KETIKA SENANG TAPI KETIKA SUSAH DIA ADA BERSAMA AKU
MESKIPUN PERKENALAN INI BARU SAHAJA BERMULA NAMUN ADA SESUATU YANG MEMBUATKAN AKU SELESA BERSAMA DIA
DIE TEMAN DIWAKTU AKU KETAWA, DIA JUGA TEMAN DIWAKTU AKU BERDUKA

Mastura….
Saya dah mula rindukan awak…
Rindu waktu kita beli kuih, keluar lunch, merayau same2,bergelak tawa berdua…
Awak sahabat pertama saya kat sini,
Dengan awak saya boleh cerita semuanya.
Dengan awak saya boleh ketawa dengan riangnya,
Awak setia menemani saya disaat saya perlukan kekuatan.

Saya doakan yang terbaek untuk awak juga untuk persahabatan ini
Doa saya moga awak sentiasa dibawah payung Ilahi, diberi kesihatan yang baek, dimurahkan rezeki, diberi keberkhatan sepanjang awak diberi peluang menghirup kenikmatan dunia, semoga awak juga menjadi penghuni syurga kelak
Saya doakan juga awak mendapat seseorang yang awak impikan

Saya bersyukur punya seorang sahabat seperti awak,
Semoga persahabatan ini berkekalan….
Saya sayang awak….


ini la sahabat saya
cik mastura (sedang mencari seseorang yang boleh menjaga die sehingga syurga,hihihi)

04 April 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang V

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada encik yang aku tak tau nama
Terima kasih kerna memilih aku sebagai suri dihatimu
Terima kasih kerna memberi kebahagiaan kepadaku
Terima kasih kerna mengizinkan aku mengisi ruang kosong dihatimu
Terima kasih kerna memberi aku peluang untuk melahirkan zuriatmu

Kepada encik yang aku tak tau nama
Semoga mahligai yang kita bina akan terus mekar dan mewangi
Semoga kita bisa menjadi mama dan papa yang terbaek untuk zuriat ini
Semoga Allah sentiasa memberi keberkhatan dan keredhaan ke atas pertalian ini

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku bahagia disampingmu
Aku akan terus setia bersamamu
Aku bersyukur atas apa yang Allah tetapkan untukku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Kini namamu bertakhta dihatiku….
Bahagiakan aku, pimpinlah daku, ajarilah aku…
Cintaku hanya untukmu….

“sayang, ceritalah kisah ummu salamah pulak, baby rindu nak dengar suara papa die”











** kepada yang follow cerita,blog, yang tolong komen... ira nak ucapkan trima kasih ye... balik dari kursus nanti ira reply balik sape2 yang komen tue... trima kasih.. assalamualaikum...

03 April 2011

kerana kau, aku jadi minang jiwang IV

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada encik yang aku tak tau nama
Hari nie rumah aku meriah dengan sanak saudara dan jiran tetangga yang datang berkunjung
Hari nie umi dan abah aku tersenyum sepanjang hari
Hari nie aku akan ditunangkan
Hari nie jugak hari pernikahan aku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku mengharapkan keajaiban agar kau datang menghentikan pernikahan ini
Hampir seminggu aku tak Nampak kelibat kau
Tadi mama tunangku baru lepas menyarungkan cincin tunang kami
Kini tok kadi sedang memberi pesanan buat bakal suamiku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku kini sah bergelar isteri kepada suamiku
Aku menangis kerana aku takut tidak dapat memberi cinta kepada suamiku
Ya Allah bantulah aku

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku menangis saat suamiku menyarung cincin pernikahan kami di jari manisku
Aku menangis saat suamiku mencium dahiku
Aku menangis saat aku terpandang akan wajah suamiku
Besarnya kuasamu Ya Allah

Kepada encik yang aku tak tau nama
Aku bersyukur atas apa yang terjadi
Aku bersyukur menjadi seorang isteri hari nie
Aku bersyukur kerna impian akan termakbul tak lama lagi
Aku bersyukur kerna kau adalah suamiku….










** kepada yang follow cerita,blog, yang tolong komen... ira nak ucapkan trima kasih ye... balik dari kursus nanti ira reply balik sape2 yang komen tue... trima kasih.. assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...