Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 January 2012

wajib tutup aurat tapi tak wajib pakai tudung?

Assalamualaikum semua

apa yang kira nampak sekarang nie isu "perempuan wajib menutup aurat tapi tak wajib pakai tudung"... banyak sangat kekeliruan yang kira tengok dari segi pandangan mereka yang bincangkan isu nie.. mungkin masih ada yg x paham..

betul perempuan tak wajib pakai TUDUNG tapi wajib tutup aurat. selubung kepala dengan selimut pown masih menutup aurat. tutup kepala dengan kain batik,pin elok-elok pown masih dipanggil menutup aurat. belitkan kepala dengan tuala kemas sampai tak nampak sehelai rambut pown masih diklasifikasikan menutup aurat. 

cuma nya cara yang paling terbaik menutup seluruh aurat seorang wanita adalah dengan memakai tudung. cara yang lebih memudahkan perempuan islam menjaga aurat mereka. 

kalau nak tau lebih lanjut click video bawah nie.. penerangan seorang ustaz..


sekarang dah faham kan? jadi ia bukan satu isu lagi. 

sama-samalah kita muhasabah. apa yang kurang kita tingkatkan , apa yang salah kita betulkan. peringatan untuk kira dan semua...

yang baik dari Allah yang buruk dari kira sendiri...

1st day disekolah

Assalamualaikum semua

rini first day bebudak masuk sekolah bagi zon utara nie haa..
teringat pulak zaman kira bersekolah dulu..

asal nak masuk sekolah taun baru perkara wajib yang kira mintak dari papa
"papa tolong anto ya pegi sekolah"

seingat kira dari sekolah rendah sampai la ke form five untuk hari pertama memang papa la yang akan anta ke sekolah, balik jalan kaki sbb rumah dengan sekolah tak jauh mana pown kalau tak pown tunggu sampai lunch hour balik dengan along.

tapi............
masa lapor diri kat ofis nie ritu pown tetap papa mama yang anta kan jugak,
miahahahahaha...

satu perangai yg memang susah kira nk buang, manja terlebih... huhuhuhu
dan terima kasih papa sbb selalu layan perangai anak papa yang senget kekadang nie, dan itulah kasih seorang bapa x pandai menzahirkan rasa sayang melalui kata-kata tapi dibuktikan melalui perbuatan...
 
love u papa!!!!!!!!!!!!!

errrrr macam kena tukar tajuk jer...... :p

01 January 2012

Syakira Yaakub 2011 yang lalu

Assalamualaikum semua...

bukan nak bercerita azam taun baru tapi nak menyenaraikan kebahagiaan tahun lalu.. yang pahit biarlah kira simpan untuk dijadikan pengajaran... :)
apa yang bakal disenaraikan disusun secara random sbb kira tak ingat spesific kejadian tue bila :)


sekitar bulan febuari tak silap kira tau kewujudan group Kami Blogger Utagha kat pesbuk. Alhamdulilah syukur dapat kenal dengan diorang nie semua. membuatkan kira tak rasa alone berada di negeri Kedah. terima kasih semua :)


ekceli kira mula merayap-rayap sekitar utara nie dengan diorang, KBU.. Pasific (first join mini gath) Tanjung Asam (first gath) , Farewall Onie Tatia Erika, makan-makan kat pendang yang ditaja oleh kak Shida (mekasih akak) , Taman Jubli Emas, sungai rimba ke taman rimba ntah lupa dah dekat bukit wang, dan dan banyak lagi la?


yang nie agak sedih la sikit, berpindahnya kak Iffah (tengah) ke selangor.. xda dah kawan yang nak ajak race balik kampung sesama, xde dah kawan yg nak bertanding sape lagi lama cuti balik kg, kakak yang byk membantu mula sampainya kira kat sini. mekasih kakak!!!
hajat hati nak bawak family jenjalan sekitar Langkawi diizinkan Allah jugak. Alhamdulilah. seronok tengok anak-anak 3 orang tue hepy naik feri, jalan sana sini, naek cable car (adik dua orang berani yg amat, abang pulak yg tinggal bawah sbb takut) kebahagiaan family akan buat kita tersenyum sepanjang hari.


Blogger Perak. keterbatasan waktu membuatkan hanya sekali jer kira dapat join gath BP. bukan nak memencilkan diri tapi gath yang dibuat selalu jatuh hari Ahad (weekend kan) tapi kira duduk kedah, ahad dah mula kerja.. =.="


Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah
syukur kerana Allah masih kasihkan kira.
diberi kasihnya pada kira hingga kadang kira malu pada Dia. 
suatu perubahan yang membuatkan kira lebih tenang, lebih kuat dan kasihkan Dia melebihi kasih kira pada yang lain. 
Alhamdulilah kira yang terpilih moga kasih kira pada Dia tak kan pudar malahan makin utuh.. Amin.


rase macam kena buat diari khas untuk Kami Blogger Utagha nie..
terlalu banyak suka duka yang dikongsi bersama.
Kembara Ramadhan dan Majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung Padang Melangit. satu program yang membuatkan kira tersenyum bangga dengan kesungguhan semua warga KBU... tahniah untuk semua!!
semoga tautan yang terjalin antara kita akan mekar mewangi hingga ke Jannah, dan tiap pertemuan tidak berlalu tanpa nilai.


errrrrrr nak cite ke tidak, cite ke tidak?
nak cite malu,, tapi.....
okey kira bagitau tapi janji korang semua jangan tanya banyak ok?
serius kira malu nak jawab kalau korang tanya macam-macam...







Alhamdulilah selesai separuh dari kisah Satu Perjalanan kira. jauh lagi nak sampai ke destinasi.
korang dah janji xnak tanya kan?
terima kasih sebab memahami kira dan tidak bertanya... :)


Alhamdulilah selesai sudah cerita 2011 Nur Syakira Yaakub. harapan dan impian dah kira azamkan masa Awal Muharam hari tue lagi. semoga segala nya diberkhati Ilahi dan dipermudahkan olehNya. semoga tiap nafas yang dihembus tidak kosong dan tiap detik jantung yang berdetak makin bernilai. InsyaAllah.. mudah mudahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...