Assalamualaikum dan salam sejahtera
kejadian nie berlaku 5 hari lepas Fateh Uwais bersalin. Macam biasa pagi tue susukan dia walaupun nipple luka teruk. Teruk la jugak bila tersadung dengan baju memang pedih. Asalnya saya tak tau cara yang betul nak cabut nipple dari mulut anak yang tengah menyusu. Main rentap macam tue je sampai la nurse ternampak dan tegur jugak terus diajar cara yang betul nak tarik nipple masa anak tengah menyusu. Huuu mana saya tau.
Tengahari tue lepas salinkan pampers uwais. Dia tersedak. Ingatkan tersedak biasa. Tapi bila tengok bukan susu yang keluar tapi darah!!! Ada la dalam 2 sudu besar makan darahnya keluar dari mulut uwais Allahuakbar tatau macam mana nak gambarkab perasaan masa tue. Mama saya pun hampir pengsan tengok cucu dia macam tue. Terus anta gambar kat suami. Suami call saya dia suruh bawak anak ke hospital. Tanya dokte Fana pun dia suruh bawak ke emergency.
Tapi jujurnya saya takut nak bawak ke hospital kerajaan takut diorang kasar buat kat anak. Suami pun risau yang sama. Terus ajak along saya ke klinik raaofah. Klinik yang saya biasa pergi sebelum bersalin dulu. Situ ada sorang pakar kanak2 tak silap. Terdetik kat hati. Saya baru 5 hari dapat anak nie. Sakit bersalin pun tak hilang lagi. Tak sanggup nak terima kalau jadi pape kat kesayangan tue.
jumpa dokte raaofah dia tak pegang babypun cuma dia tanya nipple saya luka tak. Dan katanya normal keluar darah bila nipple saya luka. Dan lebih elok baby keluarkan darah tue sebab badan dia tak boleh terima darah yang masuk.Alhamdulilah semuanya selamat. Dokte sarankan jangan susukan anak sehingga nipple sembuh. dokte suruh pam susu keluar takut nanti bengkak susu pulak. Sampai rumah pam pulak rosak. Pulak dah!!!!
malamnya uwais taknak tido sebab tak puas menyusu. Saya cuma boleh susukan sebelah kiri. Yang itu tak luka teruk macam kanan. Bila tak sanggup tengok anak menangis lapar saya mintak adik belikan susu formula. Dah takde jalan lain. Lepas uwais minum susu tue barulah dia berenti nangis. Tapi saya terus sambung nangis. Awalnya nangis kerana kesiankan anak. Lepas tue nangis sakit bengkak susu. Huuuu mama la yang banyak kali bangun tengah malam basahkan sapu tangan dengan air panas letak pada breast. Barulah saya dapat tido walau dengan linangan air mata.
esoknya dah mula bagi susu ke uwais balik bila tengok nipple macam dah sembuh. Bila lap dengan tisu tengok takde darah melekat baru berani. Kata tukang urut saya bila nipple luka. Sapukan susu kiri di nipple kanan dan sebaliknya untuk sembuhkan luka. Alhamdulilah menjadi. Syukur semuanya pun selamat.
Abi Uwais Menulis..
04 October 2013
02 October 2013
Menyambut kelahiran khalifah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Habis je sesi menjahit dalam labour room nurse terus tolak ke wad bersalin sambil ditemani suami, mama dan along. Suami pun ambikkan uwais untuk di azan. Masa azan tue terdengar suami berhenti sekejap. Sebak rupanya suami sambil mama gosok2 belakang dia nak tenangkan hati abi baru tue. ummi? Haruslah sebak lebih bila abi dah se1bak tue. ummi kan lebih lagi emosinya. Hihihi :p
Masa tengah azan tue suami bagitau mulut si uwais tak berhenti mintak nak makan. Baru je kuar dari perut ummi dah pandai mintak makan ye? Sabo aje la. Terus suami ambik air zam-zam dan kurma untuk belah mulut uwais. Lepas tue terus susukan uwais. Dengan kuasa Allah yang menggerakkan bibir baby baru lahir terus pandai hisap dan saya juga dengan izinNya dan naluri seorang ibu mampu menyusukan uwais. Alhamdulilah.
Sepanjang kat sepital memang suami banyak melayan isteri dia yang tercinta nie, sampai along kata "ira tue takde laki dia elok je nampak kuat datang je si nadh terus xlarat. Manja sangat" hahahaha kau memang mengade lebih bila ada suami depan mata kan Syakira oiiii :p
layanan kat hospital permaisuri bainun ipoh bagi saya sangat baik. Sepanjang diwad bersalin, wad kelas dua dan kelas satu. Awalnya saya ditempatkan di wad kelas dua disebabkan wad kelas satu yang terhad dan takde kosong. Malam first tinggal dengan uwais, dia buat pangai nanges2 tak nak tido sampaikan saya rasa dah tak mampu nak berjalan. Kepala dah sakit sangat akhirnya nurse datang ambik. Dapatlah saya rehat dalam 2 jam sebelum nurse hantar uwais ke saya semula. Makanan not bad. Layanan nurse pada patient pun mesra. Alhamdulilah servis hospital kerajaan sekarang nie dah makin baik dari sebelum2 nie.
malam esoknya saya transfer ke wad kelas satu. Bukan ape dekat wad tue suami boleh tunggu 24 jam teman saya. Takde la saya terkehel2 nak uruskan diri dengan anak sorang diri. sakit jahit takleh nak kejar anak nanges lelaju lagi. Bila uwais nanges jenis selop tue mau tak kena jalan lelaju ambik dia. Macam saya yang ada GL nie sebab kakitangan awam cuma perlu tambah RM80 satu malam untuk wad kelas satu. Makanan dia? First class la jugak dari wad kelas dua. Tapi jangan mimpi la makanan first class tue dapat makan chicken chop atau salmon grill pulak. Hihihi
hari ke 3 lepas bersalin keluar. Lambat sebab lepas je bersalin kena demam. Alhamdulilah takde jangkitan pape dan semua selamat.

Subscribe to:
Posts (Atom)