Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Permulaan Pemberian

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

30 March 2017

8 Gambar Sekitar Hari Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

27 March 2017, Ahad lepas berlangsungnya Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah di Muzium Kedah. di bawah saya sertakan 8 gambar sekitar Hari Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A untuk kawan-kawan yang tak dapat turut serta masa hari kejadian

Ketukan Gong sebagai simbolik Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A









jadi pada semua yang belum berkesempatan untuk melihat sendiri segala tinggalan artifak Nabi kesayangan kita dan para sahabatnya boleh sama-sama ambik peluang untuk ke pameran yang sedang berlangsung di Muzium Kedah sekarang. ada 27 artifak yang dipamerkan. Asli dari pemegang koleksi persendirian. jadi jangan lepaskan peluang.

sedikit info mengenai Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A

Tarikh : 20 Mac - 19 April
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah

Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com

#PameranArtifak #TamadunIslam #Kedah #MuafakatKedah #Islam #iloveislam #MuziumKedah
@PameranArtifak

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang

cabutan bertuah buat pengunjung yang hadir di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A
setiap 1000 - sehelai tshirt
setiap 10 000 - sehelai tshirt berderta Al Quran Digital
setiap 100 000 - sehelai tshirt, Al Quran Digital dan pakej umrah untuk seorang


29 March 2017

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau Furqan Uqbah dulu pantang dalam bulan Ramadhan. dengan Fateh Uwais pulak mengandung 8 bulan dalam bulan Ramadhan. ummi dengan bulan Ramadhan ada je kenangan nya huuuuu. tapi alhamdulilah masa mengandungkan Uwais dulu dapat puasa penuh 30 hari walaupun dah sarat dan tunggu hari je masa tu. dengan perut berat. dengan tak boleh lapar. tapi alhamdulilah Berjaya. syukur takyah nak ganti puasa banyak2. masa tu la. tapi bila keluar adik baby ambik ko. herherher



kalau boleh rasanya memang ramai ibu mengandung yang nak ambik peluang puasa penuh bila pregnant. yela time tu jela nak curi peluang puasa penuh pun kan. tahun lain belum tentu lagi. takkan tiap2 tahun nak mengandung pulaknya :p

Tips Berpuasa Ketika Hamil cara Ummi FatehFurqan

Kuatkan semangat

yang ni paling penting sebenarnya. kuatkan semangat. mind set yang aku boleh puasa. mesti mampu punya. kalau sebelum puasa dah was-was dengan diri sendiri. macam mana nak dapat kekuatan semangat tu?

Niat dari awal

bukan niat nawaitusamarodin tu. tapi niat nak puasa penuh. niat dalam hati aku nak puasa penuh sebab nak ambik peluang yang bukan selalu ada. niat yang nanti bila anak ni lahir dia tak liat nak puasa.

Sahur

sahur jangan skip. kalau tak sahur atau sahur acah2 memang takkan boleh tahan. sahur ambik makanan berat. kalau saya memang makan nasi je waktu sahur. wajib minum susu makan kurma. kalau tak boleh nak telan kurma banyak2. beli air kurma minum. saya salah seorang yang tak berapa suka makan kurma dalam kuantiti banyak. tapi saya gantikan dengan air kurma. bancuh air kurma minum. air masak pun kena minum banyak sikit. sebab kita bukan macam orang lain. badan kita ada nyawa lain dalam tu jadi kena minum lebih sikit. sebab badan perlukan tenaga yang lebih masa ni.

Kurangkan Aktiviti

kurangkan aktiviti waktu siang. sebaiknya waktu siang duduk je rumah rehat. rehat tak semestinya tido je ye. rehat tu rehatkan diri bersantai dalam rumah. kalau banyak sangat tido pun nanti tekak jadi kering dan jadi lebih penat. kalau bekerja. cuma pergi ofis je. waktu rehat tengahari tu pergi tido atau rehat tenangkan diri. takyah la pergi jalan-jalan cuci mata dekat bazar kain baju nak tengok baju raya ke apa ke. rehat. balik rumah nanti dah nak kena masak untuk berbuka pulak. jadi ada peluang dan masa lebih sikit rehat. kalau nak berjalan cuci mata pergi waktu malam lepas maghrib. atau cari je baju raya awal sebulan sebelum raya tu haaaa. nanti tak la kacau waktu terawih ke apa ke. kalau weekend pun jangan keluar lama-lama time siang. cuba elakkan keluar masa matahari tengah terpacak atas kepala. cukup sekadar cari apa yang perlu. kalau masa bulan puasa baru nak buat persiapan raya memang letih la. itu yang punca kena pecah puasa tu.

Minum Air Masak

lepas je berbuka gantikan dengan minum air masak yang banyak. bukan suruh minum 8 gelas terus sekali gus. minum sikit sikit. dan kurangkan minum air berkafien. tak kisah la kena bangun buang air kecil selalu pun janji ada gantian air dalam badan

Elakkan makanan berminyak dan Berlemak

macam mee goreng, masak lemak udang cili padi. nak makan tu boleh tapi jangan selalu. tambah kalau untuk sahur sangat tak sesuai. takut nanti makanan yang berminyak dan berlemak ni boleh buat tekak jadi mual dan muntah. bila muntah habis la sisa tenaga yang ada untuk teruskan puasa nanti.

buat masa ni itu jela yang ingat. kalau ada nanti kita tambah lagi. kot kengkawan ada tips lain pun boleh share sekali ;) tapi kalau dah usaha ikuti semua tips tapi kalau rasa badan tak boleh nak puasa jugak. jangan teruskan. bukak lah puasa tu sebab memang dalam islam diringankan puasa untuk ibu hamil. diringankan tu bukan boleh suka suka hati tak puasa ye. tapi atas sebab yang perlu je diharuskan membuka puasa. cuma jangan jadikan alasan pregnant je tak boleh puasa. kalau setiap tahun pregnant takkan setiap tahun tak puasa kan? kofkofkof :p ingat untuk diri sendiri jugak ni ;)



27 March 2017

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Allah. Rasulullah S.A.W. hari jumaat lepas baru je berpeluang ke Muzium Kedah. sama-sama ambik peluang melihat dengan mata sendiri Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A. ohhh ye mana yang belum tau lagi. sekarang ni sedang berlangsung Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A di Muzium Kedah. bermula dari 20 March itu hari sampai lah 19 April 2017 ni nanti. ramai jugak pengunjung yang datang, masuk ke hari ni dah cecah 13 ribu lebih orang. Subhanallah ramainya. memang terkejut sangat. minggu lepas masa awal pembukaan ada la lalu depan Muzium Kedah sementara on the way keluar lunch. ramainyaaaaaaa orang. parking penuh!!!!! kagum sekejap hihihhi




bukan orang Kedah je yang tak lepaskan peluang tau. yang dari Kuantan, puchong, yang jauh jauh pun turut sama tak lepaskan peluang. yela peluang bukan selalu datang kan. rasanya ada yang balik dari LIMA Langkawi pun singgah ambik peluang sekali rasanya ni. nak nak pulak minggu lepas baru je lepas cuti sekolah kan. sambil jalan-jalan sambil ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A ;)


korang jangan tatau ada Cabutan Bertuah di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Setiap pengunjung ke 1,000 - Sehelai tshirt. Pengunjung ke 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital dan yang paling best pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang. Ada yang dah dapat tau. Gambar atas tu buktinya. Jadi nya sebelum korang masuk ke dalam Muzium nanti baca la doa sikit-sikit. Kot korang antara yang bertuah tu. dapat pakej Umrah bestnyaaaaaaaaaa. Masa kami pi hari tu bertembung la jugak dengan pengunjung yang ke 10 000. Seronok dia.

RAMBUT RASULULLAH S.A.W
dari helaian rambut Rasulullah S.A.W. yang jelas dan nyata terdapat 27 koleksi di muzium dan orang dari keturunan sahabat yang diturunkan pada setiap generasi dan dari keturunan Baginda sendiri. terdapat di india, mesir, turki, Syria, mekkah, Madinah dan di Uzbekistan
suka baca dan tengok kata-kata ni :)

Harga tiket agak berbaloi la jugak. Walaupun nampak agak pricey sikit. Tapi berbaloi dengan usaha pihak berkenaan yang menjaga dan simpan segala tinggalan Nabi dan Sahabatnya. Ingat senang ke nak menjaga dan menyimpan tu. belum lagi takut ada pihak tak bertanggungjawab yang menyalah gunakan semua Artifak tu. yela sekarang kan ada je yang pasang setanggi puja puja tu. kami dimaklumkan masa Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A diadakan di Melaka aritu. Ada pihak tak bertanggungjawab yang bakar setanggi dalam tempat pameran. Allah takutnyaaaa. Boleh dapatkan tiket di www.tamadunislam.com. Beli tiket online sesiap. Mudah kerja. Nanti tak payah dah nak beratur panjang beli tiket. Beli online nanti sampai sana terus boleh masuk jimat masa.

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang

PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W.

Bila dah masuk ke dalam pameran terus rasa emosi. Emosi tengok semua tinggalan Nabi tu. masa pegang penutup Makam ni lagi la terasa emosi. Tatau nak cakap emosi macam mana. Mungkin sebab Nabi yang kita sayang. Walau tak pernah berjumpa tapi rasa cinta dan sayang tu ada untuk Baginda. Tambah pulak bila pihak penganjur sentiasa alunkan zikir, selawat dan salam serta lagu nasyid sepanjang pameran berlangsung lagi la rasa perasaan tu menusuk ke tangkai hati. Korang cuba pergi. Bila sampai dekat sudut tempat Artifak Baginda Rasulullah mesti akan emosi. Bukan saya je blogger El Darwena pun akui benda yang sama.



Sedikit panduan kalau nak ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A sila elakkan pergi waktu cuti hari minggu. Jumaat sabtu ahad. Tiga hari ni memang crowded sangat. Tambah yang bawak anak kecik macam kami ni. Jenuh nak kepung anak satu hal. Takut anak hilang satu hal. Jadi tak focus nak tengok dan hayati Pameran Artifaknya. Jadi kalau nak pergi dan hayati dengan tenang dan aman sila pergi dari hari isnin hingga khamis. Waktu hari bekerja disini. Jangan risau pameran bukak dari pukul 10 pagi sampai 10 malam tau. Tapi kalau nak kesini hari jumaat dari jam 12.30 tengahari dah tutup untuk rehat solat jumaat. Nanti 2.30 petang baru diorang bukak balik.

kalau dah sampai sudut ni maksudnya dah sampai pintu keluar ye kawan kawan

Dan lagi panduan kalau ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A tiket per entrance nya. Jadi kalau dah melepasi pintu keluar tak boleh masuk balik untuk ulang tengok pameran. Kena beli tiket lain pulak. Jadi untuk elak perkara yang tak diingini. Sila pusing tengok pameran sampai puas. Sebelum masuk pameran buang segala hajat sesiap dekat luar. Pameran hanya berlangsung di dalam dewan yang bertutup.

Nampak yang dalam kantung tu? yang tu sebenarnya butir beras tau. ada sebutir je. yang tulisan tu sebenarnya salah satu surah Al Quran. cuba teka surah apa. takde hadiah disediakan ekekekeke :p

Nampak barisan gerai belakang tu? haaaa selain pameran dalam dewan ada jugak gerai jualan dekat luar Muzium Kedah. ada memanah, jualan baju dan banyak lagi. tapi sayangnya lupa nak ambik gambar kejadian. bukan tu jela. nak selfie anak beranak pun lupa terus. adoiiii cam mana ntah benda penting macam tu pun boleh lupa :p gambo budak kecik ni je yang banyak. sekarang dia tengah gila kamera. banyak la muka elok. kalau tidak tu muka ntah apa apa je yang di buatnya.

Kalau korang nak tau lagi pasal Pameran Artifak Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A boleh klik link yang saya share dekat bawah ni. Jangan lepaskan peluang yang tak selalu datang ni tau!!! tak seronok kalau saya cerita semua dalam ni. korang datang sendiri dan hayati segala tinggalan Baginda disini ye ;)




21 March 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



wahhhh semangat nak join Lazada Birthday Blogger Contest hari ni. mana tahu rezeki boleh dapat wishlist yang dihajati kan. korang pun boleh je join contest ni tau. klik dekat sini. baca terma dan syarat dan jangan lupa jawab tiga soalan yang Lazada Tanya. ala tiga je tak susah ;) ohhh lupa pulak Happy 5th Birthday Lazada!!!!!

1. What do you love about Lazada Malaysia? Apa yang korang suka pasal Lazada?
sememangnya dari dulu memang suka sangat shopping atau window shopping dekat Lazada ni. satu nya sebab mudah nak paham. cara susunan barang dalam web dorang pun sangat mesra pengguna. senang nak cari barang apa yang kita nak. atau kalau susah boleh taip dan search. nanti keluar la carta dia

paling best kalau time offer tu la. selalunya beli plastic milk storage. kalau jatuh offer tu memang murah sangat banding dengan beli dekat kedai. kos penghantaran pun murah je. kadang tu bawah RM6 walaupun barang berat yakmat. tapi pernah juga dapat free postage. yang itu lagi seronok hihihihi

buat masa ni tak pernah lagi dapat barang rosak. selalunya memang dapat yang elok dan berkualiti. ada jugak kawan yang beli tilam dengan lazada. tapi dah lebih banyak hari barang tak sampai2 jugak. rupanya tilam tu stuck dekat pejabat courier dan item rosak. bila call complain dengan CS Lazada. layanan tetap elok dan siap dapat voucher lazada dan refund duit walaupun salah tu bukan dari pihak dorang.

2. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) Tiga produk Lazada dari Lazada Malaysia (tiga barang kegemaran korang)
ini yang seronok ni. sukanya kalau dapat wishlist ni hahaahaha. tapi kenapa tiga? perempuan ni mana cukup tiga hahahahaha. kalau ikut wishlist ni banyakkkk sangat nak list kan hahahahahaha kali ni nak pilih gadget je. wishlist lain kita peram dulu hihihihi

1. Canon EOS 1300D EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS II Lens Kit DSLR Camera



Wishlist pertama saya Canon Eos 1300D Dslr Camera. memandangkan kamera canon pink dah rosak lepas Fateh Uwais jatuhkan. takde lagi dah kamera yang boleh guna kalau nak dapat gambar cantik ni. tambah pulak kalau ada jemputan event. susahnyaaaaaaa. kamera telefon ni faham faham jela kadang kalau copy masuk lappy mesti kualiti tak sebaik kualiti kamera yang seketul macam ni. lagi best kalau dapat hadiah beranak beranak macam dekat atas tu kan. hihihihi

2. Apple IPhone 7 Plus 128GB (Rose Gold)



seronoknya kalau dapat ip7+ ni haaaa. warna kesayangan pulak tu pink. memerlukan ip7+ ni bukan apa. satunya kualiti gambar terbaik. tambah untuk blogger macam kita yang selalunya kena selfie. untuk handphone yang ada sekarang ni kamera depan tak cantik. terpaksa pinjam handphone suami kalau nak selfie bila time event. leceh pulak jadinya. memory ip7+ ni besar. sangat sesuai untuk letak berderet deret gambar produk. kalau penuh memory pun tak lagging. seronoknya kalau dapat seketul ni haaaaa

3. Apple MacBook Pro Retina Display 13.3" MF839ZPA /2.7Ghz Dual Core Intel Core i5/13.3"/8GB/128GB Flash/Mac OS Yosemite

                 




selalu jugak menyanyi2 dekat telinga suami nak MacBook air apple ni haaaa. laptop yang duk ada ni guna dari tahun 2009 lagi. dah mula buat perangai. memandangkan blogger dan laptop ni sangat la berkawan rapat. memang memerlukan jugak la. kata dorang laju dan selesa sangat dengan MacBook air ni haaaa. internet pun Tarik elok kuat. semestinya takde istilah 'waiting responding" yang selalu buang masa menunggu laptop kembali ok tu huuuuu

3. How do you think Lazada Malaysia can improve?  Apa yang boleh dipertingkatkan lagi oleh Lazada Malaysia?

ermmm tak banyak sangat lah. mungkin Lazada boleh pertimbangkan dengan menghubungi pengguna yang pernah masukkan wishlist dorang dalam bakul shopping kalau kalau offer untuk barangan tu dah hampir tamat masanya. yela ada masanya pembeli ni tunggu dapat gaji atau dapat claim baru boleh beli. letak dalam bakul wishlist dulu. tup tup hari dah ada duit offer sales tu dah tamat. tak sedar dah tamat. mungkin kalau Lazada boleh remind pembeli melalui email contohnya, sehari dua sebelum tarikh offer tu tamat adalah lebih baik dan lebih menggembirakan hati pembeli

4. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? Ucapan selamat hari lahir dari korang untuk Lazada Malaysia



Tahniah Lazada dah 5 tahun berada dalam hati rakyat Malaysia khususnya. Selamat Hari Lahir yang Ke 5. Moga terus setia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kami. dan moga satu hari nanti Lazada dapat menjadi antara platform yang dikenali bukan sahaja rakyat Malaysia khusunya tapi menjadi platform yang dikenali dimata antarabangsa. terima kasih kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kami semua.

jadinya korang yang nak join contest jugak sila klik link sini tau. dan email kan ke contest@lazada.com.my dengan subject titled: Lazada Birthday Blogger Contest. cepat contest tamat 23 March 2017 ni tau!!!! yang menariknya lagi banyak penyertaan dari blogger lagi banyak peluang untuk dimenangi tau!!  








Suami Masuk Ward


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cerita basi teruk dah ni. Cerita hujung tahun lepas nun. 3 bulan dah basinya kofkofkof. Sebelum decide nak masuk ward. Dua bulan sebulan tu memang suami selalu ngadu sakit dalam perut. Bila datang sakit tu berguling guling dia macam orang sakit nak beranak. Ada masa nampak macam naik gastric. Tapi bila kita kata “abang ni gastric kot” ye ye je nafikan. Katanya bukan dia tak makan. Makan kot. Makan banyak kot. Kot kot. Padahal bila tempat kerja makan ikut dan je. Kalau sempat makan kalau tak sempat petang sat lagi balik rumah baru nak mencari makanan. Ingat orang tatau la tu. Tapi bila kita tanya beria ria nafikan. Takut tembelang pecah nanti kena bebel sampai besok pagi =..= buat perangai tak makan tu bila turun site. Kalau tak pergi site selalu tengahari kami makan sama-sama. Sebab tu bila hari dia kena turun site tu bergelen ailio kita duk pesan jangan lupa makan. Makan ikut masa. Tapi rupanya dia masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Dah dapat sakit baru nak ingat pesan kita ni grrrrrr


Hujung bulan 12 dah tatahan dah la tu sakitnya terus decide nak pergi KMC Kedah. Alang-alang ada medical card baik kita gunakan bila dah sampai waktunya. Lagi pulak kalau masuk hosp swasta proses cepat sikit. Dan boleh datang melawat bila bila masa. Itu pun pergi hosp time hari bekerja. Tinggal anak anak dekat pengasuh. Ambik cuti dan bawak dia pergi KMC. Mulanya dokte suggest lusanya baru buat EndoScopy. Tapi sebab kami pakai medical card. Untuk layak guna medical card syaratnya kena ‘check in’ ward semalam. Jadinya terus mintak dekat dokte buat hari esoknya je. Lagi pun kesian dekat dia bila sakit dekat rumah tu. Kita tak boleh nak tolong. Sekurang2nya kalau dekat ward boleh jugak nurse cucuk ubat tahan sakit dekat dia. dokte pun setuju. Maka boleh la terus proceed. Mujur jugak la saya mintak dokte tahan dia hari tu jugak. Malam sebelum nak tido suami kata sakitnya tak boleh nak tahan sangat. Terus nurse cucuk ubat tahan sakit. Baru dapat tido lena sikit. Kalau tidak malam sebelumnya tu memang langsung dia tak boleh tido. Dekat rumah kita mana la nak boleh cucuk ubat. Makan ubat pun lambat kesan dia.

Sementara nak tunggu boleh masuk ward lama la jugak. Datang pagi tengahari baru boleh masuk ward. Sementara tu jenuh jugak la menahan sakit sementara nak boleh masuk ubatnya. Dokte suggest EndoScopy. Masuk kamera kecik ikut tekak. Dan tengok apa yang ada dalam perut suami. Nak tengok ubat apa yang sepatutnya atau lebih tepat yang special untuk sakit suami saya tu. katanya lagi proses tak sakit dan nanti suami tak sedar langsung lepas bagi ubat tidur. Ok proceed.


Elok hari kejadian Endoscopy berdebar pulak tengok dia pakai uniform OT. Dia pun saya tau berdebar tapi biasa la kena berlagak buat buat relaks hihihihi. Tak lama pun dalam 15 minit je dalam Endo Room. Dokte pun keluar bawak result dan terangkan dekat saya apa yang jadi sebenarnya. Suami cerita. Masuk je dalam Endo Room dokte spray ubat bius dekat lidah. Sedar sedar dokte kejut dia kata habis dah proses EndoScopy. Maksudnya memang bius satu badan la tu. tak sedar langsung.



Tapi yang seramnya tu. lepas nurse tolak masuk dalam ward. Dia tanya kita macam-macam pasal proses tadi. Kita pun siap cerita itu ini. cerita pasal result dan apa yang dokte cadangkan. Lepas tu dia tido balik. Elok bangun dari tido tanya lagi sekali pasal proses tadi. Haaaaa?????? Yang tadi saya cerita pung pang pung pang tu apa? Dia kata langsung tak ingat. Yang dia ingat tadi last dokte spray mulut dia dengan ubat bius. Rupanya ubat bius yang kuat boleh buat kita jadi biol jugak. Mujur biol sekejap je. Cemas dah Ummi FatehFurqan. Dah la anak kecik lagi dua pulak tu. macam-macam dah ada dalam kepala hahahahahaha. Dasar drama queen :p


Rupanya betul la puncanya sebab tak jaga waktu makan dengan betul. Makan ikut aci dan je. Jadi lah gastric. Tapi yang ni gastric nak jadi teruk dah. Dalam perut dah merah keseluruhannya yang menjadikan radang. Lubang dalam perut dia tak grip elok macam orang lain. Puncanya sebab tak jaga makan tula. Solutionnya. Makan ubat yang dokte bekalkan dan wajib jaga waktu makan dengan teratur balik. Kena kurangkan makanan pedas dan berminyak buat sementara waktu. Minum air yang beralkali. Contoh lemon suam. Dan tak bagi ruang dan peluang untuk perut berasa lapar. Bila agak2 berasa pedih2 perut je kena cepat cepat cari makanan. Lagi afdal makan sebelum rasa lapar tu datang. Sekarang ni alhamdulilah tak pernah dah kena sakit dalam perut macam tu lagi. Dan takde dah tahan2 perut sebab nak kejar dateline kerja. Tula dah terhantuk baru nak terngadah. Herrrrrr



Sepanjang masuk ward KMC puas hati lah. Layanan nurse dan dokte ok. Masuk kamera dalam tekak pun tak rasa sakit. Dah lepas proses EndoScopy pun suami kata tekak ok. Takde la rasa macam pedih luka ke apa. Normal sama macam sebelum EndoScopy. Yang paling best makanan dia. siap boleh request chicken chop lah lamb grilled lah. Dah macam masuk hotel pulak. Dah macam bukan makanan orang sakit pulak ekekekeke. Tapi yang tak best satu jela. Takde uniform ward. Kalau saya dulu bersalin hosp gomen kena pakai baju pink. Yang ni pakai baju kita biasa. Rasa macam bukan duduk hosp pulak. Ehhhh hihihihi. Jakun la kejap untuk rakyat marhaen yang macam kami ni. Masuk hosp pun berbekalkan medical card. Tapi tera nak bayar insurans setiap bulan tu berpeluh2 jugak la. Jenuh pejam2 mata nak membayar tiap bulan tu hahahaha




Suami kalau boleh katanya takmo masuk ward lagi. Bukan takmo sebab tak best ke apa. tapi kesian ke anak2. Terabai sikit. Kami dekat Alor Setar ni lone ranjer. Takde sedara mara. Cuma harap ehsan pengasuh anak2 je. Syukur Allah hantarkan dorang sebagai pengasuh anak2. Dah lebih macam mak abah budak2 ni sendiri pun. Bila tau suami masuk ward. Pagi2 lagi mak budak2 ni dah datang rumah nak ambik dorang. Takut saya takdan nak bersiap takdan nak masak bubur suami bila ada dua bala tentera. Petang pulak suruh balik solat mandi dulu baru ambik dorang. Sekurang2nya bila saya teman suami dekat ward time siang saya tak susah hati tinggal dorang. Malam balik la teman anak2 pulak. Pak dia boleh jaga diri sendiri hihihi. Cumanya bila bawak Fateh Uwais melawat abi dia dekat ward petang2 jenuh nak bawak balik rumah pulak. Menangis air mata berambu2 nak lepaskan abi dia. itu pun bersungguh2 ajak abi balik sekali. Tak boleh tido hospital. Sampai la ke saat ni asal lalu tepi KMC je dia pesan siap2 “abi tak boleh tido hosp kena ikut akhi dengan baby dengan ummi balik rumah kita” fobia dia hahahahaha

20 March 2017

Tayangan Istimewa Didi & Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



kerja abi dorang la ni. dia dulu awal awal tagged dekat facebook. layan jela hahahaha. kalau bab nak menggembirakan anak anak ni memang selalunya abi dorang yang lebih lebih. sebab tu takboleh masuk kedai toys kalau bukan hari gaji. nanti dari kurang duit tetiba boleh pulak terbeli menan. dah la kadang tu menan yang boleh buat beli satu dua kampit beras pulak tu =..=




Alang alang balik Ipoh minggu lepas. ada pulak TGV Cinemas tu dekat sana. boleh la nak lari pi tengok sat. hari jumaat pulak tu. awal pagi. ambik tayangan yang terpaling awal pukul 11.15am dengan harapan orang tak ramai. parking pun senang dekat Jusco tu. kalau hari minggu ke malam ke adoiii payahnya nak dapat parking yang tak jauh kena berjalan ni haaa. kalau boleh turun kereta terus nak masuk pintu jusco je hahahaha. memang sungguh kurang orang, parking pun dekat pintu masuk TGV tu hahahaha puas hati mak korang :p disebabkan anak ada dua orang. makanya dapat la dua bijik belon didi ni haaaa. yang tengok Didi jela dapat. kalau tengok cerita lain tak dapat la gamaknya kot. sebijik dah arwah meletop awal awal lagi hahahaha




bagi kami suami isteri ok la berbaloi la jugak bayar harga tiket. tak ingat la pulak berapa episode didi tu. tapi banyak jugak la. budak budak seronok la layan. dah memang dorang suka kartun. boleh pulak kartun yang sekejap sekejap menyanyi. kejap lagi menyanyi. lagu pulak yang dorang dah hafal lagi la seronok nak layan. budak kecik baby tu pun bila keluar lagu dia dulu berdiri bila keluar ceritanya mula nak manjat sana sini. cuma kami laki bini jela bila dah nak hujung hujung mula menguap. mengantok. hahahahaha 




cuma dekat TGV ni Fateh Uwais dah kena beli tiket sekali. kalau biasa kami tengok MBO dekat Alor Setar dia tak payah tiket. kami berdua je yang kena bayar. untuk tiket dewasa bagi Tayangan Istimewa Didi & Friends ni RM14. kanak kanak besar Fateh Uwais RM9. total RM48 termasuk air dan pop corn. cuma beza untuk Didi ni dia ada kotak pop corn gambar didi tu sekali. pop corn nya sama je rasanya hihihi.



yang bestnya hari jumaat hari tu. kami berempat je dalam Hall wayang tu. hahahahaha. haaaa la pergi time hari orang kerja. waktu office hour pulak tu. nak bajet bajet nak tengok dengan sape kalau bukan tengok anak beranak je hahhahaha.


 

so cadangan saya patut ke tidak pergi tengok Tayangan Istimewa Didi&Friends ni? kalau niat nak menggembirakan hati anak anak boleh la bawak tengok. bukan ke kalau menggembirakan hati anak anak ni akan dimurahkan rezeki lagi nanti. dorang tak bosan pun kalau dorang memang suka tengok Didi. cerita kartun tu yang baru bukan recycle tak silap. selain layan kartun ada jugak banyak benda boleh belajar dari animasi Didi tu sendiri. dan yang penting anak happy boleh menyanyi menari dalam tu. anak anak kan suka tengok tv besarrrrrrrr. jadi umpama macam reward untuk dorang setelah seharian ditinggalkan bila kita keluar bekerja :) hopefully nanti Upin Ipin dapat hasilkan filem fully animasi macam ni untuk anak anak. dan tinggi harapan animasi yang tak menakutkan anak anak :)

08 March 2017

Pampers Diapex | Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


selain Drypers saya suka bagi Furqan Uqbah pakai pampers Diapex ni haaa. kualiti dia elok. tak kisah samada jenis pants atau tape. dedua kualiti sama je. setakat hari ni tak pernah lagi lah bocor. pakai malam atau siang sama je. alhamdulilah tak pernah bocor. ruam lampin pun takde. dan cawat dia besar lebih sikit dari Drypers. size sama. tapi cawat diapex besar lebih sikit. anak lebih selesa la. kalau Tesco Love atau Huggies cawat pendek. kalau bagi pakai tape jenuh adjust pampers tu. tapi Drypers dengan Diapex cawat besar. selesa anak dan selesa mak pak nak kenakan pampers tu dekat anak.

dan yang paling best harga dia murah banyak. diapex sepanjang dekat tempat kami untuk size M ada 60 keping atau 60+4 keping RM29.80 ke RM28.90 ntah lupa antara dua tu. itu harga pants ye. kalau tape pulak lupa dah berapa keping rasanya 70 kot. RM28.99. memang murah sangatlah tu. sepaket pampers yang kualitinya elok dan tak nipis harga bawah tiga puluh ringgit. ekonomi zaman sekarang ni kena pandai buat kunci kira-kira ihihihi.

saya pakaikan Diapex Pants dekat Furqan Uqbah. budak tu susah betul kalau nak pakaikan tape. lari sana sini. baru baringkan nak bagi pakai pampers dah bangun entah kemana grrrr. bagi pants je senang tak payah berpeluh nak kenakan pampers. getah pants ok kemas tak pernah lagi jumpa yang terkoyak. lepas bukak tak pernah lagi Nampak merah kesan getah pinggang walaupun pakaikan waktu tido malam. celah peha dia pun ok tak merah. ruam lampin pun takde. lulus untuk piawaian momies yang ambik berat pasal ruam lampin anak ;)

cuma satu yang tak best. Diapex tak boleh kumpul point. sobsss. ke boleh entah? kot ada momies yang tau diapex ni boleh kumpul point ke tidak. atau cara kumpul point pampers diapex ni. boleh share dengan saya :) oh ye kalau nak sampe diapex percuma boleh klik link Sample Request Diapex ni

02 March 2017

Animal Wooden Puzzle | Redeem Drypers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebelum ni point drypers tu saya redeem pampers je balik. tapi sejak dua menjak ni macam seronok pulak bila redeem toys. sekurang2nya boleh jugak tengok benda tu selagi tak rosak kena kepak dengan anak ke. kena gigit ke. anak2 monsters, payah kalau mainan nak bertahan lama ni. adaaaaa je benda nak dibuatnya. paling best meja tulis abc yang plastic tu pun boleh patah dikerjakan dek Fateh Uwais kami tu. bila Tanya kenapa patahkan? "yela meja tu raksasa, akhi ni otomen. otomen kena la lawan raksasa" adoiiiiiiiii mak ko hijo dah rasanya ni

saya salah seorang Drypers Lovers. lovers lah sangat hahahaha. lovers pun sebab kualiti pampers dia ok. kecuali masa dia baru tukar hari tu. tapi sekarang ok dah. takde bocor dah. harga dekat tempat kami ni masih mampu milik lagi. kalau pergi kedai ubat cina boleh dapat RM31.89 kalau pergi longwan RM31.90 ke RM32** ke ntah lupa dah tapi lebih kurang harga tula. dan drypers boleh kumpul point tukar dengan toys atau pampers pek kecik. itu yang seronoknya tu hahahaha

Animal wooden puzzle ni cantik sangat. tahan lasak. kualiti dia memang sangat ok. anak2 suka main benda ni. boleh latih tangan dia masukkan benda dalam tempat yang sepatutnya. dan kadang bila kemahiran berfikir luar kotak dia datang ada la merasa jugak ayam itik masuk dalam periuk kena 'masak'. yang baby Furqan Uqbah pun suka main benda ni. suka sangat main ketuk ketuk. mungkin sebab bunyi dia kuat kot. bila letak Animal wooden puzzle ni depan dia kemain senyum gelak mengekek sampai telinga. apa yang seronoknya entah.

macam mana nak kumpul point drypers? boleh klik entry saya yang lepas ni Redeem Drypers Point. ada saya share dekat situ. dan mana nak cari unik kod pun ada saya ceritakan dalam entry yang sama. bagi saya ok la drypers ni. tapi ada masanya saya beli jugak pampers brand lain yang lebih murah terutamanya kalau pampers brand lain tu ada free gift atau lebih kepingan pampersnya kihkihkih :p



macam sekarang kalau siapa yang baru nak daftar drypers ada welcoming gift dorang bagi. saya hari tu saja daftarkan nama suami sebab nak dapat 100 extra point untuk akaun saya. dapat lah flash card ni haaaa. tapi lupa nak tangkap gambar. jadi sape nak flash card percuma sila pergi register akaun sekarang ;)

Tabung Kiera'Sakura

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...