Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label MBO Cinemas. Show all posts
Showing posts with label MBO Cinemas. Show all posts

18 April 2016

Kung Fu Panda The Movie : MBO Cinemas

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Dalam misi dan visi menghabiskan voucher MBO Cinemas sebelum tamat tempohnya 31 march 2016 aritu. ada balance lagi dua keeping voucher MBO lepas tengok Boboiboy dengan beli Botol air Kungfu Panda aritu. Jumaat pepagi pergi tengok dulu movie apa yang ada dekat MBO Alor Setar. niat sebenarnya nak tengok Zootapia tu. tapi Zootapia takde pulak dekat Alor Setar. ada 5 movie je masa hari kejadian.

Batman vs Superman suami pangkah awal-awal taknak tengok. kata kawannya sejam awal cerita amatlah membosankan hurmmm. Tanya Fateh Uwais nak tengok Boboiboy lagi ke? tengok Kungfu Panda? dia pilih Kungfu Panda. ok lah kita tengok Kungfu Panda. bukan tanak tengok Po tu. tapi suami buat spoiled awal-awal lagi dia pegi donlod movie tu. siap dah tengok dekat rumah lagi. tapi mujur la masa tu dia sorang je yang layan. saya sibuk buat kerja dekat dapur walau sambil2 tu intai jugak movie tu dekat laptop dia. bila tengok dekat wayang takde la bosan sangat sebab 95% movie tu tak tengok lagi herherher.




pilih waktu petang. start pukul 3.10pm. ambik combo jimat. dan buat dua transaksi. kami ambik dua set combo jimat. dalam combo jimat tu ada satu tiket dewasa + satu air + satu kotak popcorn dengan harga RM17.92 termasuk GST. satu voucher MBO bernilai RM16 makanya cuma bayar RM1.90 jer lagi untuk sekali transaksi. masa hari kejadian cuma bawak keluar Rm4 jela untuk dua tiket dewasa, dua air dan dua pop corn. jimat!!!!! kalau tau masa tengok Boboiboy aritu buat dah cara gini!!! takpe la. Dia nak bagi kami spend time tengok movie dua kali lah tu hewhewhew

So far jalan cerita Kungfu Panda memang best. tak bosan. tak annoying dan memang best lah!!! sama macam BoboiBoy aritu. jalan cerita pun mudah nak paham. bebudak tengok pun tak berapa nak bosan. dan yang penting ada plot yang disampaikan pada pengunjung. itu yang penting sekali ye. cumanya bila part Mak Po(kungfu panda) tinggalkan anak dia dalam kotak sayur yang melalui sungai masa kampong dorang kena serang tu. teringat cerita Nabi Musa a.s dalam kotak melalui sungai sebelum Asiah isteri Firaun jumpa tu :)

Fateh Uwais sebelum tengok wayang dah tido dalam dua jam lebih. memang saje suruh tido. budak tu kalau waktu tido dia tak tido. tak cukup tido nanti mula aktif serupa apa je. jadinya dari ummi abi nak kena pening kepala dengan hyper aktif sebab tak tido dia tu. baiklah paksa je suruh pejam mata. nak pulak memang dia dah letih. senang kerja. bagi bantal, bukak kipas kuat-kuat. toleh lagi sekali tengok dah sampai ke bulan budak tu hihihihi.

Kungfu Panda kami masa baby2 ;)


dalam wayang pun dia takde buat hal nak berjalan serata alam ke ape ke. cumanya bila dah sejam lebih movie mula dia berpaut dekat kerusi depan. mujur kerusi tu takde orang duduk. cuma tu jela cara dia tunjuk tanda dah letih duduk setempat. suruh abi pujuk2 alhamdulilah boleh makan pujuk hihihi. balik rumah dia pulak jadi Po, guna kuasa 'chi' hewhewhew

"ummi tengok tu rimau pukul kungfu panda adik(botol air dia)"

:p

Terima kasih MBO Cinemas bagi empat keeping voucher percuma aritu. dan terima kasih jugak Projek Blogger Utara sudi jemput saya join venture review MBO Cinemas yang lepas ;)

26 January 2016

Tiket MBO Cinemas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


yeayyyy Alhamdulilah tiket MBO kami sampai dah. sebenarnya voucher. voucher MBO bernilai RM16. kalau ikut terma yang dorang tulis belakang voucher tu nilai tu boleh beli sekeping tiket atau barangan lain yang terdapat dekat sana. kurang faham jugak sebenarnya. takpe lah nanti boleh pergi tanya sendiri dekat kaunter dorang ;)

thanks team #ProjekBloggerUtara(boleh cari dekat facebook page dorang, saya tak boleh bukak pesbuk dekat laptop dalam opis ni sobssss). salah satu reward hasil berkerjasama dengan dorang dan pihak MBO. dah boleh dah jenguk2 web MBO Cinemas. nak tengok movie apa yang best2. target cerita animasi je. sebab nak bawak anak kecik Fateh Uwais tu. 

macam ada dengar cerita ada animasi Upin Ipin gabung dengan Balqis tu nanti. tengok dalam trailer tapi tatau la betoi ke tidak akan dijadikan movie. dan bila nak tayang pun wallahualam. tapi kalau betoi ada boleh la bawak Fateh Uwais. tengah demam Upin Ipin pulak budak sorang tu. dok betoi betoi betoi. betoi tu ummi!!! =..= tabah jelaaaaaaa


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...