Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Roti Canai. Show all posts
Showing posts with label Roti Canai. Show all posts

27 March 2016

Nasi Dagang Roti Canai : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih cerita mengenai Terengganu. biasa la gambar dalam kamera banyak sangat nak share!! miahahaha. mohon bertabah. Pagi pertama kami Di Pantai Peranginan Kelulut Marang Terengganu. hari kenduri. makanya pagi-pagi sebelum bersiap ke kenduri marilah kita mengisi perut yang berkeriuk dulu. boleh pulak pukul 3 pagi tengah tido tu terjaga sebab lapar!!! grrrrr sungguh. kalau dekat rumah sendiri lapar boleh la jugak selongkar dapur. ini dekat chalet apa je yang nak diselongkar.


Anakanda sorang tu dah berzikir nak mandi laut nak mandi laut. kan dah janji malam nya suruh dia tido awal. besok pagi2 lepas breakfast nak mandi laut. elok je dia terjaga pukul 6.30am "haaaaa nasib baik adik bangun awai kan abi" sebab nak mandi laut. tapi nya awal sangat ni Fateh Uwais oiiiii luar pun gelap lagi!!! =..=


Niat dihati nak cuba Roti Tempayan. dah datang negeri orang rugi la tak try makanan tempatan dorang kan. tapi Roti Tempayan tutup..... sedihnyaaaa la hai. singgah je warung-warung tepi pantai tu. suami ambik Nasi Dagang. sedapppp tapi biasa la lauk ikan tu ada rasa manis-manis sikit. tapi dah kalau orang tu makan sampai dua bungkus. memang sedap kena tekak dia la tu ye dok. ekekekekeke. harga tak pasti berapa.


Saya yang tatau nak makan ape. akhirnya pilih roti canai telur sajeeeee. merasa la jugak roti canai telur versi Terengganu. nama sama, rupa hampir sama tapi rasa tak semestinya sama jugak kan hihihi. Kuah dia manis manis pedas tapi masih boleh lalu tekak ibu mengandung ni hihihi. satu untuk Fateh Uwais satu untuk ummi. tapinya Fateh Uwais tak suka kuah cicah tu. terus spoil mood dia nak makan roti canai. mujur jugak abi bagi nasi boleh dia makan. so far breakfast kami pagi tu sedapppppp. total makan pagi kami aritu RM9.60 sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...