Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
tengahari hari bila ntah lupa dah hewhewhew. sampai satu parcel atas nama saya. pelik jugak rasa takde beli apa-apa sebab tengok alamat pengirim bukan dari mana-mana syarikat pengeluar susu formula. ummi uwais kan suka mintak susu free hihihihi.
bukak sampul tengok ada perfume. alamat pengirim tak biasa tengok. sebarang nota takde pulak diselit. makanya kita post dalam IG dan pesbuk. kot si pemberi hadiah tu nampak dan boleh mengaku. kalau takde yang mengaku tak pakai-pakai kot perfume tu. yela perfume kot. buatnya ada orang niat tak elok jampi-jampi perfume tu kita pakai jadi lain pulak. nayaaaaaaa. orang sekarang susah nak baca hati nya huhuhu.
dannnnn petang tu masuk wassap "psttttt perfume tu dari akak, lupa nak bagitau aritu" siap bagi tracking number lagi. hahahahaha. mujur ada yang mengaku!!! :p rupanya betul tekaan suami. dari Blogger Kak Zai. saya jadi top 3 pengomen dekat blog beliau. alhamdulilah rezeki. marilah kita mewangi setiap hari hihihi. bau dia memang wangiiiiiiiiiii. lalu la hidung ummi uwais ni bau nya lagi. yela kita ni kan tak suka bau wangi-wangi. tambah bau yang tajam tu kannnn. BTW terima kasih lagi sekali kak zai. kita memang suka baca-baca entry kak zai. tambah lagi budak bam bam Aqil Najmi tu haaaaa. korang pun sila-sila lah ke blog beliau storymoryluahku.blogspot.my :)


